Friday, March 20, 2009

Uncle Kim Ya, My handyman.

Salam,

Selain dari Mr Naga yang menjadi tukang kebun rumah aku secara adhoc ini, satu lagi handyman yang sering aku panggil untuk kerja kerja rencam dalam memperbaiki kerosakan kecil atau besar di rumah ni ialah UNCLE KIM YA.

Uncle Kim Ya ni sebenarnya merupakan handyman jiran sebelah rumah aku ni. Dia dah jadi handyman pada keluarga ibu jiran sebelah sejak sekian lama. Bila aku tengok dia datang buat kerja kerja membaiki dan mengubahsuai kecil kecilan maka aku pun berjinak jinak memanggilnya membuat kerja kerja maintanance di rumah aku pula.

Mula mula dulu, aku panggil untuk baiki tingkap, buat semula lantai bilik air, tukar pintu pintu bilik air..( kalau dah beli rumah ni, macam ni lah selalu..ada je yang rosak.. kena maintance). So kalau ada kebocoran bumbung sana sini pun Uncle Kim Ya inilah yang akan dipanggil.

Uncle Kim Ya ni seorang yang agak berusia dan dia tak kisah dipanggil walaupun untuk kerja kerja yang kecil kecil tetapi cukup significant. Lama kelamaan, Uncle Kim yang menjadi handyman tetap kami sehinggalah dia menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam tahun 2004 iaitu semasa kami di Alor Star. (..terkejut juga takkala aku pindah semula ke sini dalam tahun 2005..panggil dia untuk baiki kebocoran lantai bilik air atas..isteri dia cakap dia sulah MATI..)

Perkara yang bagus tentang Uncle Kim Ya yang paling aku respect ialah prinsip MENEPATI MASAnya. Uncle Kim Ya akan datang untuk mulakan kerjanya TEPAT pada pukul 8.00 pagi dan akan mengakhiri kerjanya TEPAT pada pukul 4:30 petang dan akan berehat pada pukul 12:00 tengahari untuk makan dan datang semula dari rehatnya TEPAT pada pukul 12:30.

Bila berjanji untuk menyiapkan kerja pada masa tertentu maka kerjanya memang selalu ditepati. Perkara beginilah yang aku paling suka..Kalau dia kata kerja akan siap dalam masa 3 hari maka akan siap dalam masa 3 hari. Dia akan pastikan kerja itu siap dan itu memudahkan aku. Kerja kerja yang dilakukannya juga kemas dan teratur.

Biarpun Uncle Kim Ya sudah 'pergi' namun aku rasa paling tidak jasanya tetap ada dalam memudahkan kehidupan keluarga aku..( nak doa kesejahteraan dia di akhirat, dia bukan Islam..tapi jauh di sudut hati aku tetap bersyukur kepada Allah kerana dapat mengenali seorang handyman yang baik dan jujur seperti Uncle Kim Ya..)

Sekian..

3 comments:

ibundo said...

sebab tu kaum diorang ni boleh buat duit. Setiap saat berharga. Melayu ni kebanyakannya, datang keje lambat. Lepas tu potpetpotpet. Belum time balik dah balik. Sabau je la..
Kerja-kerja kat rumah aku ni aku panggil wak robi je. Itu pun selalu balik indon.

Nizam.Ariff said...

Aiikk... semua swastakan je? Agak-agaknya, akak ni adalah program penswastaan yang pertama di Malaysia... hehehe

ASH said...

Kak pah,
ye la..bila suruh orang bangsa SENDIRI, selalu jer lambat datang. pastu tak boleh nak qoute harga..

Kita suruh datang jam sekian, dia datang jam sekian..
Susah nak berjanji.

Kalau nak repair bumbung bocor, mana boleh tangguh tangguh..kena pulak kalau hujan lebat..hmmm..janji datang esok hari, dia bantai minggu depan..
TENSION dibuatnya kita!

Nizam,
Swasta pun swasta ler..Janji rumah aku tak banjir!! nak harapkan kerajaan YANG BAIKI bumbung bocor, BUMBUNG PARLIMEN pun jadi entah hapa hapa..silap silap RANAP atas kepala PAK MENTERI!