Salam,
Baru sebentar tadi aku buka yahoogroups..Dua hari tak dapat tengok yahoogroups. Sibuk ke hulu ke hilir selesaikan urusan anak. Aku hanya tengok blog aku saja. Blog orang lain pun tak berkesempatan nak tinjau tinjau lagi..
Dapat berita sedih..
Seorang guru sekolah lamaku, Cigu Ahmad Husin telah kembali ke Rahmatullah pda petang Rabu di Hospital Ampuan Rahimah, Kelang. Dia datang ke rumah anaknya di Seksyen 7, Shah Alam tapi telah tiba tiba di serang sakit..(aku suspect macam heart attack..kalau daripada gambaran yang kawan aku hantarkan dalam yahoogroup tu..wallahualam..aku bukan doktor)
Entah bagaimana, dia sakit sakit dada hingga berpeluh peluh macam mandi..dan akhirnya petang around pukul 5 telah disahkan meninggal dunia di hospital.
Oleh kerana cikgu Ahmad Husin ni orang Peghelih maka kebarangkalian besar jenazah beliau akan disemadikan di sana. ( tak da siapa update kan berita dari Peghelih..hopefully ada kawan aku yang pergi waktu pengkebumiannya di sana..)
_________________________________
Sewaktu aku sekolah kat Peghelih sana tu, Cikgu ni mengajar P.E ( physical education)..Dia memang ajar kelas aku tapi disebabkan waktu P.E, girls and boys separated maka kami yang perempuan bergurukan Miss Anne manakala boys di bawah supervision cikgu Ahmad Husin ini.
So cikgu Ahmad Husin memang dikenali oleh semua pelajar lelaki sewaktu itu.
He was a nice man and cikgu yang peramah...(kebanyakan cikgu dari Peghelih memang macam tu..stail orang kampung..concerned, humble and down to earth..in fact kawan kawan aku dari Peghelih pun mostly macam tu..Aku suka depa macam tu..Please, orang Peghelih...)
Aku berdoa agar cikgu aku ni dirahmati Allah dan moga mog rohnya bersama sama orang orang yang soleh..Amiiinnn..
wassalam
3 comments:
alfatihah untuk cikgu itu. Insyaallah khidmatnya mengajar anak-anak akan diberi ganjaran di akhirat. Amin.
Setiap kali akak buat p.e, akak jadikan ajaran dia sebagai ilmu yang dia curahkan dulu. semoga berkat ilmu itu bermanfaat baginya disana...
Hari ni ada 2 kematian kat sini.. Biasa la kan.. sapa tok cik kita..
Anyway, kenduri dah selamat dijalankan lepas Jumaat td..
kehadiran tetamu hampir 60org..
warga kerjanya kami2 + jiran2 berhmpiran..
Post a Comment