Sunday, March 22, 2009

Bila anak anda bertanya..

Salam,

Aku ni cikgu Tediker..

Bila dah jadi cikgu tediker ni, aku berhadapan dengan pelbagai soalan dari anak anak murid aku yang berumur 5 dan 6 tahun tu. Soalan soalan yang pelbagai ini datangnya dari naluri ingin tahu kanak kanak. Mereka sedang membesar. Ada banyak perkara yang mereka tak tahu dan mereka benar benar ingin tahu jawapannya. Kadang kadang ada pertanyaan yang bertalu talu dan kontrovesi sehinggakan terkial kial juga otak aku memikirkan jawapan yang bersesuaian dengan soalan mereka.

Dalam tahun 2007, aku mengandungkan Mawaddah..at the same time ada du tiga mama kepada anak anak murid aku juga mengandung. Sebaik sahaja aku bersalin , maka anak anak murid aku yang rindukan aku terus bertanya itu dan ini.

Antaranya ;-

Soalan anak anak dalam warna merah!!
Yang biru tu, jawapan dalam hati aku jer..

"Cikgu, baby dah tak ada lagi ke dalam perut cikgu? "
( Dalam perut cikgu tak da baby la sayang..baby terletak dalam RAHIM)

"Cikgu, perut cikgu kena belah ye?"
(tak..)

"Cikgu, baby keluar dari mana?..sakit tak cikgu?")
(.............ye...sakit...)

("Cikgu..macamana boleh ada baby dalam perut?"
(______________malas aku nak jawabbbbbbbbb!! korang tanya mak ayah korang le ye..nanti lain pulak yang korang cerita kat mak ayah korang kalau cikgu bagi jawapan!!)


Fening fening...bagi profesor serba tau pun, boleh fening nak jawab!

3 comments:

azza_irah said...

salam kak dayah..\
itulah dinamakan kanak2 kan.. soalannya telus tanpa ada niat di sebaliknya. menzahirkan apa saja yg terlintas di hati dan fikiran mereka.

lama aza tak amsuk bertanya kabar disini. akak sehat ke..esok dh mula skolah..balik kg 5 ari je..rs tak puas...

Nizam.Ariff said...

Ada org kat sini, bila ditanya soalan yg sama, dia kata bininya makan nasi banyak sangat, tu sebab perutnya kembung. Bila dah lama dalam perut, nasi tu bertukar jadi baby. Itu dulu.

Sekarang, bila aku guna cerita yg sama kat anak aku, dia kata aku tipu. Dia bukak majalah wanita, dia baca kuat-kuat... hish!

ASH said...

Azza,
akak selalu visit blog azza tapi bila nak bagi komennya selalu error pastu STUCK tak leh nak gerak..apasal ye?
Alhamdulillah..akak sihat jer..Cuti ni sedia barang barang si Maryam nak ke MRSM..kelibut le sikit.

Nizam,
Budak sekarang dah lebih advance dari kita..mana main kena TEMBERANG..
Kalau zaman kita dulu boleh le terlopong dengar orang tua tua sembang..Tu pun tak faham!!

Lebih lebih tanya kang, kena penampo! he he he..
entah kenapa teringat kakpah dengan penampo jepunnya..