Wednesday, March 25, 2009

Luahan hati seorang hamba..

Salam,



Ada tak sesiapa yang dah baca buku buku kat bawah ni? Buku yang laris di pasaran. Di tulis oleh seorang prof yang mengajar di UITM, Prof Muhd Kamil Ibrahim.

Sebenarnya dua buku yang aku lampirkan di entry aku kali ini telah aku habiskan sewaktu aku menginap dua malam di rumah kawan ku di Penang tempohari. Dua buku untuk dua hari dua malam..



Bagi aku, buku ini adalah cetusan dan luahan hati seorang yang telah diberikan Hidayat oleh Allah SWT. Menarik isi kandungannya, seolah olah si penulis membawa kita bersama sama mengenali diri sendiri dan Penciptanya. Penulis ingin kita menginsafkan diri bahawasanya dunia ini terlalu sementara biar sekaya atau setinggi mana darjat dan taraf kita pada pandangan manusia.



Sebenarnya, Prof ni dah biasa datang ke surau berhampiran dengan rumah aku. Sebagaimana apa yang ditulisnya, Prof ini memulakan kisah dirinya yang tidak tahu langsung membaca Al-Quran walaupun pada hakikatnya beliau adalah seorang yang tinggi ilmu dalam bidang lain.

Kesedarannya terhadap kerugian tidak tahu membaca Al-Quran menyebabkan beliau bersungguh sungguh belajar sehingga akhirnya beliau dapat membaca dan mengkhatamkannya di tanah suci Mekah sewaktu beliau menunaikan haji buat pertama kalinya!



Kalau dari apa yang aku baca ni, aku dapati Prof ini lebih kurang sebaya aku. Around forty plus!



Bayangkan berkat kesungguhan dan kecekalannya, beliau melemparkan rasa malu (walaupun sudah ada title PROF) untuk mempelajari Al-Quran . Beliau terpaksa membaca merangkak rangkak dan bermula dengan membaca dan mengenal huruf dengan buku IQRA' (seperti seorang kanak kanak 4/5 yang mula belajar Iqra' ).



Sebenarnya aku kagum pada orang yang mempunyai kesedaran begini. Mempunyai daya kesungguhan dalam menuntut ilmu walaupun mungkin terpaksa akur dengan kelemahan diri sendiri.




Aku tahu Prof ini ada blognya. Dan mungkin yang dah ramai mengunjungi laman blognya. Cuma apa yang ingin kusentuh di sini ialah di luar sana TERLALU ramai yang masih tidak mahu belajar Al-Quran biarpun mempercayai KITAB Al-Quran adalah salah satu RUKUN IMAN. Bayangkan..di mana letaknya diri kita?

Ramai yang MALU untuk mengaku tidak tahu membaca Al-Quran. Dan ramai juga yang malu untuk mengaku hakikat TIDAK TAHU membaca. Ramai juga yang sampai umur lanjut masih tiada usaha untuk mempelajarinya....dengan alasan MALULAH nak mula baca dengan IQRA'!

Malu biar bertempat..belajar Al-Quran sepatutnya tak perlu MALU MALU!

sekian..

2 comments:

nurhuda_cahayapetunjuk said...

assalamualaikum..

Salam ziarah kak...

Alhamdulillah kedua-dua buku ini, saya sudah baca...bagus sekali pengisiannya...berkali-kali saya baca dan seolah-olah saya berkata-kata dgn diri sendiri, berkali-kali juga saya menitiskan airmata..Moga2 kata-kata itu menjadi sumber inspirasi utk kita terus mencari yang terbaik di sisi Allah...

Salam ukhwah buat akak..:)

ASH said...

Huda,
Eh dah nama macam anak saya le pulak..terima kasih dengan komen anda. salam ziarah dan ukhuwah.