Salam,
Hampir setiap hari aku melatih anak anak muridku untuk menyediakan diri dalam acara sukan.
Hampir setiap hari pula di Bandar Baru Bangi ini hujan..
Hujan..hmmm..
menyebabkan kawasan sekitar tadika kami di Bangi Perdana ini agak becak dan licin.
(kalau la
TOWKEY Tadika boleh boh PASIAG sikit kat kawasan becak tu..hmmm..alangkah leganya kami..)
Nak tau tak apa acara yang kami latih budak budak ni buat?
Nampak macam mudah dan simple..
Kalau hangpa rasa mudah, mai latih tegok!!
he he he..baru hangpa tau..
1)
Acara cucuk manik GERGASI ( sebenarnya tak la gergasi tara mana..tapi MANIK BESAG la)
komen aku : anak anak murid yang dipilih untuk acara ni okay jer..tapi kalau depa over excited sebab nak cepat dan nak menang lumba boh manik tu, sampai terketag ketag..hari sukan nanti aku harap depa tak yah la dok ketag sangat..he he he..
2)
Acara masuk bola dan kutip bola dalam gelung.Acara ni pun menarik sebab peserta no 1 kena bawa bakul.
Lepas tu dia kutip dua biji bola dan boh dalam bakul yang dia bawak.
Kutip dua biji bola lagi, boh lagi dalam bakul. Kemudian round kat kun.
Sep tangan kawan no 2 dan bagi bakul berisi bola kat kawan no 2 tadi.
Kawan had no 2 pula masukkan semula 2 biji bola kt gelung 1, dan 2 biji bola dalam gelung 2.
Pusing kun. Sep kawan no 3 dan pas bakul kosong.
gilir gilir....sampai kawan no 7.
Yang had no 7 ni, dia kutip 2 biji bola. Dan kutip dua biji bola..pastu lari terus sampai garis penamat. Bawak ngan bakul sekali yang ada 4 biji bola di dalamnya.
AKU DOK PERASAN macam ada yang pening ngan INSTUCTION aku ni...he he he..Nak latih acara ni okay juga sebab aku pilih anak anak yang faham instuction dan mahu bekerja sama serta ada semangat nak berlumba untuk menang!3)
Memakai pakaian.Acara ni aku rasa ada yang biasa buat waktu sekolah rendah dulu. Waktu aku sekolah rendah dulu pun aku biasa masuk acara ni. Dapat no 2..
Acara ni kena pilih satu MODEL..he he he. Bukan ambik MODEL luar ye..Ambil model dari kalangan anak anak tu jer..
Peserta 1 -pakaikan seluar kepada model itu.
peserta 2 - pakaikan baju pada model itu.
Peserta 3 - Pakaikan stokin.
Peserta 4 - Pakaikan kasut.
Peserta 5 - Pakaikan topi dan terus bawak lari model ni ke garisan penamat.
Yang lain lain okay..tapi tang pakai baju dan stokin tu agak mencabar sebab biasalah kan..Anak kecil kena ada SKILL untuk membutang baju terutama baju uniform lelaki.
Stokin pulak..he he he..DEPA MAIN TARIK jer..
Tambah tambah pula bila nak cepat!!
4)
Acara masukkan bola sebiji ke dalam bakul.Ada 6 peserta. Berbaris. setiap satu diberi sebiji bola.
masukkan bola itu secara bergilir gilir ke dalam bakul dan kemudian lari, pusing kun dan patah balik sep kawan seterusnya.
NAMPAK MUDAH KAN?
Tapi anak yang masuk acara ni terpaksa diambil dari kalangan 5 tahun..
Aduiii anak anak yang masih SUCI DAN TAK MENGERTI apa apa ni..
Aku suruh lari, dia tengok jer muka aku.
Aku suruh masukkan bola dalam bakul, dia tercegat!
Dah masukkan bola dalam bakul pula, dia tak lari pusing kun..
Dah pusing kun dia tak sep tangan kawan...
AAAAAA ha ha ha ha............KORANG TENGOK la nanti!!
kui kui kui..
Ikut suka hati jer dia nak lari mana mana..
Aku rasa, nanti ada yang lari terus kat mak bapak dia waktu hari sukan.
Atau pun, dia boh bola tu dalam bakul LAWAN dia nanti.
Atau pun ada yang MELALAK keriau tak nak masuk acara..
kui kui kui..
seperti mana tahun tahun LEPAS!!
okay itu acara yang menarik yang pasti menambat HATI dan MELETIHkan aku!!
acara seterusnya..lumba LARI berganti serta LARI PECUT dan TARIK TALI!!
Kita tengok siapa JUARA PECUT AULAD 2009
dan siapa pula JUARA TARIK TALI AULAD 2009!..
Tunggu di sana di sana di sana..
12hb April 2009
Stadium BBBangi, seksyen 15.
Mula 7:30 pagi
smile..