Salam,
Hari ni berapa haribulan?
Oh ye..21hb December 2008. 4 hari lagi birthday aku yang ke 41…sekaligus ulangtahun perkahwinan yang ke 19.
Hmm..How do I feel? Feeling yang macamana? Ye lah sedih ke sebab dah semakin dipanjat usia..dengan kata lain dah semakin tua..seronok ke? sebab dah bertambah satu nombor lagi ? ke bagaimana?
Entah lah..aku pun tak tahu. Yang pasti, rasa seram tetap ada. Seseram membaca buku Novel Stephen King ke?
Errr..Novel Stephen King tak de lah seram sangat..
Seseram berada keseorangan dalam gelap? Biasa biasa je kalau berada dalam gelap seorang diri. Pejam mata, engkau tidur je lah..
dah tu?
Rasa seram sejuk ini hanya diri aku sahaja yang dapat mentakrifkannya.
Seram sejuk memikirkan perbuatan lalu yang akan dipamerkan suatu hari nanti di alam lain.
Seram sejuk memikirkan apakah batas waktu yang diberikan pada aku selama ini telah dan dapat digunakan sebaik mungkin.
Seram sejuk memikirkan apakah hitam atau putih warna corak yang bakal aku tempuhi nanti.
Hidup ini terlalu singkat.
Sebelum kita dapat menarik nafas, kita telah pun bertukar menjadi si tua yang dipandang sebelah mata oleh si muda. Kelmarin, kita gagah..berlari ke sana ke mari seumpama si sibuk yang terlupa waktu. Tetapi hari ini, kita mungkin jadi si lemah yang tak berdaya mengatur langkah, menunggu si gagah menumpangkan tenaga dan menghulur simpati.
Adat dunia fana bukankah begitu? Ia satu ketentuan yang tak dapat tidak, terpaksa kita terima.
Kadang kadang aku akan ketawa berdekah dekah melihat iklan iklan Tv yang tak putus putus menawarkan mimpi palsu untuk si tua. Bagi aku, ia sekadar gimik yang mahu melariskan produk.
'Anda mahukan badan yang lansing dan kulit yang tegang',
pooorah kata aku!
'Saya rasa muda, kelihatan muda dan muda semuda mudanya'..ya la tu!
Helloooooo…
engko ambik yang dah memang lawa dan muda buat iklan. Mari sini aku bagi ko nenekk yang dah umur 81 tahun, engko buat muka dia muda dan anggun sebijik macam dia umur 20. Kalau engko boleh tukar, tak da buat plastic surgery , setakat produk engko tu, BUKAN SATU, SEDOZEN aku ambik!!
Haha ha..gelihati melihat manusia membuat penafian.
Takut menghadapi realiti? Hidup kan begitu. Ada pasang surutnya. Ada mula dan hujungnya. Ada awal dan akhirnya..
Jadi? kenapa takut melihat uban telah naik satu satu atas kepala. Rambut telah gugur Seurat demi Seurat dari tempatnya. Kulit telah mengukir segaris demi segaris kedutnya.
Mahu menafikan lagi ketentuan dariNya??
4 comments:
Puan, kita memang menginjak tua. Itulah hakikatnya.
Tapi maafkan saya, andainya terasa. Benarkah wanita takut apabila makin tua? Cuba nak hilangkan kedut dengan menggunakan apa jua alat solek, hingga memberi kesan sampingan yang lebih bahaya.
Bukan semua wanita, tapi kebanyakannya.. Jangan salah faham. Saya amat menghormati wanita. Cuma saya kekadang simpati dengan nasib mereka yang dianiaya oleh kesan sampingan alat solek.. Ingin cantik, tapi yang akhirnya dapat ialah merana sepanjang hayat.
Setuju?
Brahimnyok..
kak ida tak leh nak jawab soalan yang ditanya. Sebab akak ni bukan jenis tangan yang rajin menggunakan alat solek.
In fact, the last time alat solek yang aku pernah guna ialah 19 tahun dulu waktu aku nak kahwin..ha ha ha..
lepas tu minta maaf le..
sebabnya dulu aku ada kawan yang kerja kat PORIM tolong bagi information tentang alat alat solek ni. Dia pula reseacher bahagian lemak lemak dan penggunaannya..termasuk lemak al-khinzir!
Kalau lah saya ni takut melihat uban... hmmm...
GJ,
saya rasa anda mempunyai ciri ciri kesultanan Melayu Perak. Tinggal lagi anda tidak mempunyai gelaran raja raja la..
Post a Comment