Hujung minggu ini aku mahu melihat mereka gembira. Sebenarnya bukan hujung minggu ini sahaja aku mahu melihat mereka gembira. Aku mahu melihat mereka riang sepanjang hari, sepanjang minggu, sepanjang tahun dan sepanjang detik hidup mereka. Siapa yang tak mahu??
Mereka adalah darah dagingku..yang terhasil dari kasih sayang aku dan suami.
Ya Tuhan..biarlah kegembiraan dan kesyukuran menemani hidup mereka. Jangan biarkan kesedihan menyelubungi jiwa mereka..
Muhammad riang gembira dan sukar dikawal di dalam bilik penginapan..Ikut suka hati jer nak baring..nak melompat ...nak main nyorok nyorok..kat mana mana! Ish..MUHAMMAD! Tolong dok diam diam sikit!!
Last last, terlolap juooo...
Esoknya, kakak kakak pulok menunjukkan aksi tengah tengah pantai..Melepaskan geram macam Muhammad jugak!!
ha ha ha..
suka korang jer lah ye..
Di samping kakaknya yang paling rapat, Muhammad bergumbira sakan dapat tengok ratusan ketam kecil di dalam tempat tinggal mereka...
Auw auw auw...
ummmmiiiiiii!!!!!!
ek eleh..ketam tu kecil jerrrr...
7 comments:
hehe..seronok melihat kegirangan mereka..harapa kegembiraan itu berkekalan mendampingi mereka sehingga ke akhirnya..
Salam Maal Hijrah, May Allah crown us with the best of iman, health, wealth and peace of mind in the New Year.
Azza,
InsyaAllah..terima kasih kerana mendoakan kebahagian untuk keluarga Kak Hida.
Arsaili,
Jazakallahilkhair..
Same goes to you.InsyaAllah.
Yang jelas, maknya paling gembira saat anak-anak gembira....
CkLah tengah gusar dan gundah...sebab anak lagi gundah menunggu munculnya hari esok. Esok 30 hb kan!!!
salam maal hijrah,
semoga penghijrahan kali ini akan memberi lebih makna dan keberkatan untuk kita semua.
budak budak mandi laut kau kena supervise
Cklah,
Memang berdebor juga hati ni..sama ler kite. Tapi kalau tak mencapai apa yang diharapkan, kita kena tabah dan redho..
Takut anak lagi hampa, kalau nengok maknya sedih...
Aku kata kat anak aku..dia belajor untuk diri dia, bukan untuk diri aku. Ilmu yang dia dapat, untuk kegunaan dia..di dunia dan di akhirat.
Dr Sam,
Thank you for visiting my blog. The pictures in your blog are very nice...
Salam maal Hijrah to you as well..
Doc,
InsyaAllah..Itulah yang selalu dipesan oleh arwah ayah saya.
Deme tak mandi..main kat tepi jer.
Saya faham..laut ni kekadang unpredictable..Dia pun makhluk Allah.
Thank you.
Post a Comment