Friday, December 26, 2008

Rentetan 'one night ONLY',,

Salam,
Semasa pergi jalan jalan rendek berdua duan bersama suami, atas belas kasihan suami melihatkan isterinya yang suka terperonyok di Bandar Baru Bangi sahaja, maka di bawanya aku makan di Pavillion,KL.
Aku sememangnya sedia maklum di Pavillion ini, barangannya mahe mahe belaka. Sebiji jam pun harganya.. kussss semangat 20K hingga 100K!! Giler betul lar..Terfikir juga aku, kalau setakat nak tengok jam pukui berapa, had yang pasar malam dok jual sepuluh ringgit tu pun tunjuk jam waktu tu lah. Tak dak la kata kalau pakai jam 20K, hari kita jadi sehari semalam 44 jam. Dok 24 jam juga lah..
Tapi suami aku kata, orang pakai jam 20K tu nak habark kata dia mampu beli....elite punya kelas.....oooohhh ye ke? macam orang yang pakai telekung harga 11K juga kutttt..ada kelas.
Tak gitu?
Kita yang pakai telekung harga 40 ringgit ni kira kelas yang nombor berapa gamaknya..

Oh ye lah..lantak le aku nak dok kelas mana..janji Allah tahu hati aku!

Nak beritahu, kat pavillion ada Food Republic..mak aih macam macam 'negara' ada. Tapi seram sejuk juga aku nak makan menda menda yang aku tak biasa makan ni....ending up aku makan nasi kerabu kat apa tah..kampong something punya 'gerai'...

Err sedap nasi kerabunya tapi awat depa bakark daging keras kematu. Orang kita ni kurang sikit la bab bakar daging!! Jadi tak la dapat aku cuci calat (pinjam word OKOB..tak pa kut nu??) makanan aku tu. Ish! rasa membaziag pulak.


Lepas tu, takkala malam mengunjung, kekanda bawa pula aku jalan jalan round sekali lagi. Waktu ni lah yang aku jadi tak ketahuan hala sikit. Seram sejuk melihat aksi pelbagai manusia dari pelbagai 'negara' yang menjual 'daging' hidup hidup di pinggir jalanan. Tema jualan...err..reflexology! Walaupun jualan sebenar ialah YOU_KNOW_WHAT!

Pun begitu, aku cepat cepat mengajak suami ke destinasi sebenar ..restoren Arab. Teringin nak merasa masakan Arab..kut kut sama macam masakan orang Arab yang biasa aku jamah di Chicago, Jordan dan Mekah. Nasi Arab, daging kambingnya tersorok dalam nasi. Suami aku pula memesan Roti Kebab...
SEDAAAPP!!
Korang tak suka kambing, suka hati korang lah....aku suka!



Inilah restorennya SAHARA! Tup tup..korang tahu siapa yang aku jumpa? Orang yang kasi lebam bijik mata DSAI! Aikk..?? He looks much older than his age, I guess..Dia pun makan makan juga ngan I don't know who..
Okay..lepas tu, dah kenyang..Tunggu apa lagi..chow balik semula ke Hotel kami..err bukan kami punya..Hotel yang bagi voucher free tuuuuuu..
Taa daaa..
wassalam.





3 comments:

lukmanw@gmail.com said...

Salam

Saya suka Nasi Kerabu Pasar BB Bangi gerai tepi sekali sebelah gerai roti canai itu.

Daging Bakar dia lembut.

Nasi Dagang dgn ikan tongkol gulai sama timun itu pun best.

Lukmanw
orangkecilorangbesar.blogspot.com

ASH said...

Saya suka beli bungkus nasi kerabu kat tepi jalan ke Bangi tiga.

Ikan tongkol..err tak makan.

Kedai makan hujung deret Bank Islam, ahli kelurga yang jual nasi kerabu bungkus ni. Tengahari suka juga ke kedai ni. Ada ikan keli bakar..cicah ayark asam..kat sini sedddaaaapp.

lukmanw@gmail.com said...

Masa ngaji master hujung minggu 2003/2004 rajin juga kami makan di kedai kelate hujung deret Bank Islam tu - yg ada Murtabak Singapore kan. Depannya kalau petang ada budak-budak kelate buka gerai jual kuih goreng-goreng.

Lukmanw