Salam,
'Kome' dalam tajuk tu sama maksud dengan 'korang' atau 'anda semua'...bahasa orang Perak pada yang tak tahu lagi..
Okay, meh kita sembang sikit pasal tajuk di atas tu. Sembang sembang sebab aku baru jer terbaca blog Brahimnyiur. Dia ada tulis pasal anak dia berkhatan waktu musim cuti sekolah ni.
Hah..bagi yang belum ada anak lelaki..meh kongsi pengalaman. Bagi yang dah ada pun, jom ikut perbincangan ini juga. Bagi yang belum ada, ada adakan lah...InsyaAllah.
Dalam blog cikgu kat atas tu, anaknya berkhatan kira dah besar le..(tak dituliskan umur anaknya berapa) tapi dah boleh bercakap, berlari, bergerak sana sini le. Kiranya apa yang cikgu buat tu sepertimana juga kebanyakan orang Melayu selalu amalkan..Kiranya dah menjadi adat dan kelaziman.
Bagi aku trend yang agak baru mula bertunas dan bercambah; terutamanya di tempat kelahiran bayi yang swasta dan ber'titled' ISLAMIK, kebanyakan bayi lelaki dipelawa untuk dikhatankan ketika mereka berumur sekitar 7 hari. Trend ini sebenarnya bukanlah baru..ia telah diajar oleh Rasulullah dalam Sunnahnya : bab menyambut kelahiran bayi.
Tapi oleh kerana kelaziman dan kebiasaan adat orang Melayu mengkhatankan anak lelaki sekitar umur 9 atau 10 tahun atau mungkin juga terlajak hingga ke 12 tahun maka sunnah yang satu ini seolah olahnya seperti ganjil bin pelik, sepelik dan seganjil melihat lelaki Melayu Islam berserban ke sana ke mari. ( he he he..ada orang berserban ke baca penulisan aku niiiii??)
Kalau kita beritahu orang orang tua yang 'kebanyakan'-(maksud aku ialah orang yang tak tersampai ilmu ini), dan kita pula nak sunatkan anak waktu bayi, selalunya apakah reaksi mereka?
" Ish..kecik kecik dah nak sunatkan..kesian budak"
" Tak pernah dibuat oghang..."
"Nanti ditunjuk ke sana ke mari"
"Orang kata kalau dah sunat, nanti cepat pulak cukup umurnya"....dan seterusnya lah.
Ini sebahagian reaksi..mungkin ada yang lebih hebat lagi.
Bagi aku jawapan kepada reaksi di atas :-
1) Apa nak kesiankan...seloyat kulit jer. Bukan nak seloyat kulit budak tu hidup hidup. Ada bius lerrr..
2) Apa pulak tak pernah dibuat orang. Rasulullah dah buat kat cucunya lamaaaaa dah.
3)Ek elehhhh..kalau tak sunat pun, jenis nakal, ditunjuk merata!
4)Aparah..so what? Buatnye dah cukup umur pun tak dikhatan lagi, tak ke kesian budak tu!! lagi memalu dan mengaibkan..
Oleh kerana aku tak ramai anak lelaki cuma seorang sahaja maka aku tak adalah cerita selain pengalaman dengan anakku yang seorang ini..errr tapi pengalaman dengan adik lelaki adalah. ( tak boleh la nak cerita pasal adik aku tu sebab kalau dia terbaca blog aku ni takut dia MERAJUK ngan aku pulak..he he he)
Sebagai ibu kepada anak lelaki yang SEORANG tu, aku rasa memang teramat mudah mengkhatankan anak ketika masih bayi lagi. Aku dan suami membawa anak ini berkhatan pada usia lebih kurang 20 hari. ( Muhammad mengalami jaundice yang agak teruk masa selepas lahir so doktor suruh hold dulu)
Anak pucat? Tak mahu dikhatan? Melarikan diri?...he he he ...tak !!!Dia tidur jer..
Penjagaan selepas berkhatan? seperti menjaga tali pusat jerrr..
Anak lasak berlari ke sana ke mari? alahai..baby, apa nak risau!
Makan kena pantang, ayam, ikan, telur? Aparah..dia minum susu maknye sahaja. Penuh khasiat cukup untuk memulih segala luka luka dengan cepat.
Adakah sakit ketika mandi?...Tak pun..mandi dan basuhkan seperti juga rawatan tali pusat.
Anak boring? tak dapat bergerak? kena bagi video game? PS 2 PS 3 PS 4?? Hellllooooo...baby kecik nak tekan tekan PS pun tak boleh weHHH!!
Maka dengan itu apa tunggu lagi? Selain anda juga mengikut SUNNAH (itu yang pentingnya) anda juga dapat rehat dan tak pening pening memikirkan perkara yang tak sepatutnya meresahkan anda.
Dan yang paling penting, takkala umur 5 tahun, anda boleh jinakkan dia solat bersama..tidak perlu mendukung najis. Begitu juga bila dia mula belajar Al-Quran..wudhu' dan solatnya tak sangkut!!
Selamat mengkhatankan anakkk...(bukan pak yer)
8 comments:
Anak aku berkhatan masa darjah satu. Memang susah nak jaga. Kena letak tv lah, kena bagi gameboy lah.
Nantilah, dapat cucu lelaki nanti aku suruh mak bapak dia khatan masa bayi.
Wei.. camane hang masuk blog aku lagi satu hah! Bocoq rahsia.. laki aku cakap. hehehe..
Ha ha ha...Tu la pasal!!!
Kan saya ni pelayar internet tegar. Bagus apa blog tu..penuh penghayatan. Dari hati ke hati!walaupun ianya ditujukan khusus untuk anak anak kak Pah paling tidak, sekurang kurangnya saya mengenali kak pah suami isteri...
he he he..
ANAK POMPUAN MASA BILA YG BAIK?
Anak llaki saya punb sorang je. Khatan masa umur 5. Bius penuh bg pengsan. Yang sadisnya, saya yang menunggu seluruh progress dari mula bius, sembelih, jahit dan angkat bawa masuk kereta sambil berbual dengan doktor bernama Haji Ramadhan.....
Abah dia....baring kat katil sebelah....pitam!!!!Ha..ha..ha..
Doc, Masa kecik jugala...baby lagi! takkan nak tunggu sampai besau.
Ilmu ni pun aku wonder sampai kat bebudak sekarang ke tidak...hmmm...
Cklah,
aku rasa la..husband hang tu terkenang kenang kutt..tu yang dia pengsan tu...
he he he
Hantar anak berkhatan semasa umur 20 hari tu di mana?
Ulang tanya: Khatankan anak tu di mana? Klinik mana?
Post a Comment