.
.
.
.
.
" Hah...kenapa tak pergi surau ni? " aku dengar satu suara menanya.
Aku buka mata.
Aku nampak suami aku masih berpakaian kerja.
Telinga aku juga mendengar suara bacaan Al quran dari surau kerana jemaah sedang solat Tarawih
" Saya dah solat Isya dan dah buat lapan. Tadi ada tazkirah. Saya ngantuk sangat nih.."
Aku jawab dan memejamkan mata semula.
" Abang nak berkejar ke surau "
Aku dengar bunyi pergerakan suami aku ke sana ke mari.
Pintu bilik ditutupnya.
Dan kemudian aku dengar bunyi pintu rumah dibuka dan ditutup.
Mata aku masih terpejam..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tetapi kemudiannya aku nampak sebuah rumah kampung.
Seakan akan rumah Opah yang aku panggil mak Didik.
Lokasinya saling tak tumpah seperti di sana.
Di sebuah desa yang bernama Pasir Kubu.
.....yang menghairankan aku, suasananya sungguh berbeza.
Rumah Opah aku kelihatan begitu besar dan anggun.
Luas dan lapang.
Dan bila aku masuk ke dalamnya terbentang tikar getah berwarna hijau di atas lantai dari hujung pintu sehingga entah ke mana.
" Cantik " kataku.
Aku nampak kelibat Opah yang kupanggil mak Didik.
Opah tidak tua tetapi kelihatan muda seolah olah umurnya sekitar tiga puluhan.
Dan kelihatan dirinya agak gempal sedikit.
Dia ligat ke hulu ke hilir membawa periuk yang diperbuat dari tanah.
Aku ingin menegur apa yang dibuatnya...tapi dia hanya ligat ke sana ke mari dan suaraku seakan akan tersekat.
Aku berjalan dan menjengah ke dapur rumah itu.
Ku dapati begitu banyak periuk periuk tanah berdekatan sebuah dapur kayu.
Disusun bertingkat tingkat.
" Banyaknya periuk!! Nak buat apa periuk banyak banyak ni? "
Pertanyaan aku kemudiannya seolah olah dijawap.
Entah dari mana datangnya suara itu dan jawapannya, Nak kenduri laa.
Kemudian aku lihat di tepi dapur itu terdapat juga periuk periuk tanah dipanggil buyung itu yang telah pecah.
Aku menjadi hairan melihat jumlah periuk periuk tanah di dapur itu.
Ianya seakan akan tempat perusahaan membuat periuk tanah. ( claypot )
Bila aku naik semula ke ruang tamu, aku dapati terdapat sebuah tingkap yang besar.
Dari tingkap itu, aku dapat lihat ramai kanak kanak mundar mandir di luar rumah.
Tersenyum senyum dan terintai intai.
" Siapa mereka tu ?" aku bertanya dalam hati.
Ajak le demer masuk
Entah suara siapa yang menyuruh aku tapi aku akur dan menjemput kanak kanak itu masuk ke dalam rumah.
Kanak kanak itu melompat lompat kegirangan di ruang tamu yang luas dan tidak berpenghujung itu.
Aku melihat di sekeliling rumah itu lagi.
"Banyaknya bilik" kata ku.
"Kenapa bilik banyak sangat? Bukan ke bilik di rumah mak Didik ada satu je?" hati aku berkata kata.
Tu semua untuk anak cucu.
Datang lagi suara yang menyahut persoalan aku.Aku nampak ramai orang mula masuk ke dalam rumah itu.
Aku tak kenal siapa mereka.
Mereka kelihatan gembira seolah olah sedang mengadakan majlis keramaian.
Mereka berbual bual sesama mereka.
Dan aku nampak mak aku juga sedang berbual bual dengan para tetamu yang tidak aku kenali itu.
Tiba tiba aku bertanya, " Mana abah? "
Dan satu suara berkata, Ada dalam bilik tu
Aku bergerak menuju ke salah sebuah bilik.
Aku bergerak menuju ke salah sebuah bilik.
Ayahandaku kelihatan tidur nyenyak. Mengkerekot seperti selalu.
Lututnya dilipat sehingga bertemu dagu.
" Sedapnya abah tidur " kataku.
" Kenapa abah tak tidur atas katil? " aku bertanya kerana di dalam bilik itu terdapat sebuah katil bujang.
Abah kamu kan ke suka tidur atas lantai. Sejuk sikit.
Dan entah bagaimana terpacul satu lagi soalan dari mulut ku, " Err..bukan ke abah dah tak der? "
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dan kemudian aku pun membuka mata.
Bilik aku terang benderang kerana lampu masih tidak dipadamkan.
Aku keluar dan melihat jam.
2: 25 am.
Tiada lagi suara Syeikh Ali yang menyampaikan tazkirah.
Tiada juga suara bacaan Al Quran dari surau kerana jemaah telah lama selesai solat Tarawih.
Kedengaran dengkuran suami di ruang tamu.
Aku cepat cepat istighfar dan hati aku jadi sayu.
Perasaan takut pun ada juga.
Aku berpindah tempat tidur dan baring di sebelah suami di ruang tamu.
Sambil hati aku tertanya tanya kenapa aku mesti bermimpi sedemikian di Ramadhan ini.
Aku jarang bermimpi ketika tidur.
Namun aku masih tertanya tanya tentang tafsiran mimpiku.
.
.
.
.
.
Aaaaahhhh.....aku sayu!
p/s
ini adalah sambungan entry yang ini
sekian
Lututnya dilipat sehingga bertemu dagu.
" Sedapnya abah tidur " kataku.
" Kenapa abah tak tidur atas katil? " aku bertanya kerana di dalam bilik itu terdapat sebuah katil bujang.
Abah kamu kan ke suka tidur atas lantai. Sejuk sikit.
Dan entah bagaimana terpacul satu lagi soalan dari mulut ku, " Err..bukan ke abah dah tak der? "
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dan kemudian aku pun membuka mata.
Bilik aku terang benderang kerana lampu masih tidak dipadamkan.
Aku keluar dan melihat jam.
2: 25 am.
Tiada lagi suara Syeikh Ali yang menyampaikan tazkirah.
Tiada juga suara bacaan Al Quran dari surau kerana jemaah telah lama selesai solat Tarawih.
Kedengaran dengkuran suami di ruang tamu.
Aku cepat cepat istighfar dan hati aku jadi sayu.
Perasaan takut pun ada juga.
Aku berpindah tempat tidur dan baring di sebelah suami di ruang tamu.
Sambil hati aku tertanya tanya kenapa aku mesti bermimpi sedemikian di Ramadhan ini.
Aku jarang bermimpi ketika tidur.
Namun aku masih tertanya tanya tentang tafsiran mimpiku.
.
.
.
.
.
Aaaaahhhh.....aku sayu!
p/s
ini adalah sambungan entry yang ini
sekian
1 comment:
... tercetus dari kerinduan yang dalam.
kadang2 apa yang terbuku jauh di benak hati tak kita perasankan hatta nyata di wajah atau lidah tetapi sebenarnya perasaan itu telah membuku jauh.
pada ketika tidur dan segalanya longgar, ia pun naik dan muncul di permukaan mimpi...
Post a Comment