Assalamualaikum,
Ini dugaan di bulan puasa. Bulan Ramadhan yang mulia..
Bila bulan puasa, dugaan yang pelik pelik mungkin akan muncul.
Perkara yang tak biasa berlaku dalam bulan lain akan muncul dalam bulan puasa.
Tak mengapa...
Allah nak bagi pahala lebih.
Redho saja.
Pada hari Isnin 6/8/2012, kami bercuti.
Sekolah aku cuti...suami aku ambil cuti.
Sempena 17 Ramadhan, masjid Hassanah mengadakan Halaqqah Al Quran Perdana.
Aku dan suami turut serta.
Sebelum ke sana, suami ambil kunci van.
Oleh kerana sabtu dan ahad van tidak bergerak ke mana mana maka suami aku menghidupkan enjinnya.
Setelah itu, kami sama sama ke masjid dengan kereta suamiku.
Selasa 7/8/2012
Pagi pagi Selasa, setelah selesai Subuh, suami aku bergegas mandi dan bersiap ke tempat kerja.
Aku rehat rehat baring sekejap.
Suruh anak anak mandi dan bersiap juga.
Setelah mereka bersiap, aku pula bersiap siap.
Jam dan hampir 7.35 am.
Aku cari kunci van aku.
Cari dalam beg tangan. Tak ada dalam beg tangan aku.
Cari atas almari hitam. Tak ada juga atas para almari hitam.
Cari dalam bilik. Tak ada juga dalm bilik tempat bekas pin.
Cari dekat dapur. Tak ada juga dekat kabinet.
Tengok dekat TV. Tak ada.
Tengok dekat tempat kasut. Tak ada
Aku garu garu kepala...
MANA AKU LETAKKAN KUNCI VAN AKU?!!!
Aku dah macam nak menangis bila teringat suami aku yang last sekali guna kunci tu.
Dia yang start enjin pada hari Isnin.
Dan dia dah pergi ofis.
Ofis dia kat KL sana nu.
AaaaaaHHhhhhhhhhhhh....
MANA dia letakkan kunci van aku!!!!
Aku telefon suami. Masuk peti suara.
Aku telefon lagi.
....dan lagi.
....dan lagi.
....dan lagi.
....dan lagi.
....dan lagi.
Juga aku cuba telefon dia yang satu lagi.
Yang nama macam biri biri tu.
Juga tak berangkat.
Aku telefon ofis. Pun tak ada siapa angkat.
Mungkin orang baru sibuk sibuk nak masuk ofis.
Tiada siapa lagi yang teringin nak angkat telefon.
Kemudian aku telefon handphone dia lagi dan bila peti suara yang jawab,
aku terus jerit, " BAANNNNNNGGG....mana kunci vannnnnn sayaaaaaa!!!"
Bukan apa....sekadar nak melepaskan geram.
hahaha..
Aku dah hampir hampir nak putus asa dan rasa nak message kakpah.
Nak beritahu yang aku tak masuk kerja.
Tapi aku teringat yang aku kena ambil dan hantar budak budak yang naik van sama dengan aku.
Siapa yang boleh tolong?
Lepas tu aku teringat pada anak murid yang aku kena hantar ke SERI BANGI nuuuuuu jauh kat belakang TUTTI FRUTTI sebab rumah dia di sini tengah buat renovation.
Aku cepat cepat telefon ayah anak murid tu.
" Assalamualaikum, Dini dah datang sekolah ke belum?"
" Saya tengah siap siap nak keluar rumah ni."
" Hari ni boleh tak dia tak payah datang sekolah?"
Ayah dia pun bertanya kenapa. Dan aku pun menerangkan padanya.
Ayah dia kemudiannya sms padaku sewaktu balik nanti dia akan menjemput anaknya sendiri.
Lega...
Kemudian aku teringat kunci spare.
Aku ambil dan cuba buka pintu van aku.
Aaaaahhhhh...suami kunci pakai alarm locking.
Kunci spare tak ada alarm.
Mana boleh buka pintu.
Akhir sekali aku telefon rakan sekerja.
" Kak tie, boleh tak ambil saya kat rumah ni. Kunci van saya suami bawa dalam kereta dia. Van saya berkunci. Kunci spare tak boleh guna nak buka pintu "
Alhamdulillah akhirnya ke sekolah juga....walaupun kami macam sardin dalam kereta Kaktie.. aku, dua anak dan beberapa orang anak murid yang menumpang sekali.
HAHAHAHA
p/s
Seronok rakan sekerja aku.
Besar pahala yang dikutipnya pada hari tu.
sekian
No comments:
Post a Comment