Thursday, August 02, 2012

Kenapa mesti bermimpi?

Assalamualaikum,

Aku nak buat pengakuan.
Aku ponteng tarawikh kat surau semalam.
Malam tadi selesai berbuka puasa, aku solat maghrib kat rumah.
Ingat nak pergi surau bila azan Isya'.
Sementara tunggu Isya' aku mengaji quran kejap.
Tak banyak mana pun. Dua muka jer...
Letih benar rasanya badan aku.
.
.
Aku menunggu Isya'.
Sekali...."puuuuttt"....udah terkentut le pulok.
( Uitt!! kentut pun nak masuk dalam blog ke? )
.
.
.
Penting...sebab lepas terkentut tu aku tanggal telekung dan pergi ke dapur.
Angkat tudung periuk.
Nampak sedap pulok kari ikan Nyok nyok aku ( syok sendiri )
Aku masih belum jamah nasi lagi.
Selalunya aku makan lepas Isya'.
Kadang kadang tak makan nasi pun.
Nuuuuun.... masa sahur baru makan.

Oleh kerana terliur dengan kari ikan nyok nyok maka aku pun kaut nasi dalam periuk.
Sauk sebelah kepala ikan nyok nyok!
Kaut juga kacang panjang yang jadi pe"ramai" kari ikan nyok nyok aku.

Sedap makan kari ikan yang dah terseduh pekat!

Lepas aku makan, azan Isya' dari surau pun berkumandang.
Aku cepat cepat basuh tangan, pinggan dan masuk bilik air.
Agak lama le sikit kat dalam tu.
Masa aku keluar bilik air je, aku dengar imam dah habis baca  fatihah.
Takper sempat lagi...
Sekali aku dengar imam baca surah Izaja sahaja..
Aik??? Awat ayat pendek?
Baru aku terkocoh kocoh nak pakai telekung, imam dah habis surah fatihah rakaaat kedua.
Imam baca ayat pendek juga.
.
.
.
.
.
Aaahhh...aku dah malas nak berkejar ke surau.
Lantas aku solat Isya' sorang sorang.

Masa dalam bilik air aku dengar suara dua tiga orang anak aku pergi surau.
Yang tinggal budak kecik berdua, seorang anak yang baru nak mandi dan seorang yang berkurung dalam bilik sebab tak puasa!

Dari rumah aku menunggu nunggu jemaah nak solat Tarawih.
Aku dengar pengerusi surau cakap cakap.
Aku dengar pulok suara Pak Arab...aaahh Tok Syeikh Ali yang pandai cakap Melayu bagi tazkirah.

Badan aku terasa letih teramat...mungkin penangan makan nasi dengan ikan Nyok nyok tadi!
Aku tak biasakan tubuh badan aku disumbat nasi sebelum Isya' jika dibulan puasa.....
MUNGKIN KEKENYANGAN melebihi had yang sepatutnya.

Nak pergi ke tidak?
Nak pergi ke tidak?

Mata sudah agak kuyu.
Baik aku solat tarawikh..
...............selesaikan 8 rakaat.
Kalau aku mampu, aku sambung di surau...

Aku menunggu nunggu...
Tok Syeikh masih tazkirah.
Aku dengar dia cakap...
aku dengar...
aku dengar...
sayuuup...
sayuppp...
sayuppppppp....
.
.
.
.
*blupp*





bersambung..... ( ini entry intro...)


sekian



No comments: