Monday, May 07, 2012

Sesekali merasai deburan ombak..

Assalamualaikum,

Langit terbentang luas.
Membiru.
Mentari terik membakar.

Lautan sepi disapa bayu sesekali.



Dari ruang jendela, aku mengintai dan merenungi ciptaan Allah.
Maha Suci Tuhanku pada penciptaannya di antara langit dan bumi seolah bersatu biarpun berjuta jaraknya.



Apakah aku mahu berteleku merenung satu ruang yang sepi di sini?


Atau sesekali  merasai sapaan puput bayu lembut menghembus ke mukaku.


dan ku biarkan mentari perit menerjah kulit dan membakarnya.


Akan dapat kurasai debur ombak memercik...






sambil cuba memahami satu wajah yang mengkhabarkan sejuta rasa.


sekian

2 comments:

Encik H said...

Wa'alaikumsalam..

Saya suka suasana di tepian pantai..saya suka bila lihat langit dan bumi bertemu pada setakat mana penglihatan saya mampu tersampai..

Rasa tenang jer..

ASH said...

encik H,

semua orang sukakan ketenangan..dan salah satu caranya ialah melihat alam ciptaan Allah.