Wednesday, May 30, 2012

Ibu Susuan..

Assalamualaikum,

Dua minggu sebelum anak pertama aku dilahirkan, kakak sulungku telah melahirkan anak sulungnya.
Jadi anak sulung kekandaku hanya dua minggu lebih tua jarak umurnya dari anak sulungku.

Aku lahirkan anak sulungku di Ipoh, rumah ibu mertuaku.

Setelah kira kira 20 hari, aku kembali tinggal di rumah sewa yang dikongsi bersama kekanda sulungku.

Hmmmm...rupa rupanya anak saudara sulungku itu mempunyai satu masalah besauuuuu..
Tidak mahu menerima pakai SUSU BOTOL walaupun botol itu diisikan dengan susu IBUNDANYA!

AYOOOOOOOO paaaaaa...

Kekanda ku meninggalkan anaknya kepada aku ( yang masih dalam pantang ) untuk dijaga bersama sama anak sulungku.
Aduhai...

Meraung raung dan menangis melalak se kecil itu bila disuapkan botol ke mulutnya.

Oleh kerana TENSION kan tangisan nya yang KUA KUA KUA dan sangat kuat itu maka aku pun menetekkannya sendiri...
Nah ambik kooo!!
Oh..bijaksana sungguh anak saudara aku tu...
Dan dan dia jadi baik dan menyedap tidur!!

Maka untuk mengelakkan dari dia terus menangis melalak lalak, pada hari hari yang berikutnya juga aku menyusukan dia walaupun kadang kadang aku jadi seperti ibu yang melahirkan anak KEMBAR..
Menyusukan dua orang babies serentak.....
wakakakaka

Pun begitu, kebanyakan masa dia denganku, aku tetap berikan juga dia minum dengan botol sebab dalam botol tu berisi susu dari ibundanya sendiri...tapi budak tu memang la agak mengada ngada...
hahahahaha...selalu buat perangai kalau diberi susu dengan menggunakan botol.

Hari hari berlalu...ada la dekat sebulan aku menyusukannya...maka jadilah anak saudara aku tu a.k.a anak susuanku...
Kiranya sekarang ni, budak tu tak da masalah la kalau datang rumah aku, sebab semua sepupunya dari kalangan anak aku adalah adik beradik susuannya. Dia juga takder masalah aurat dengan suami aku sebab suami aku dah jadi ayah susuannya.


Hmmmm...dan kalau kalian nak mengambil anak angkat, eloklah berusaha untuk menjadi ibu susuan kepada anak angkat kalian. Sebaik baiknya ambil lah anak angkat yang masih kecil dan kurang daripada dua tahun umurnya supaya dapat disusui sendiri.

Aku kenal seorang kawan yang dah 18 tahun berkahwin tetapi masih tidak mempunyai anak...
Allah mengurniakannya seorang anak angkat ...dan dia berusaha untuk meransangkan badan dengan suntikan hormon dan berjaya mengeluarkan susu sendiri biarpun tidak mengandung.

IT WAS NOT EASY...she told me.

Berhempas pulas juga kerana side effect dari ransangan suntikan hormon itu tetapi alhamdulillah dapat juga menyusukan anak itu lebih kurang dua bulan lamanya.



Kini anak itu bukan setakat anak angkat...tetapi anak susuannya sendiri.

Syukur!!!

sekian

No comments: