Tuesday, July 21, 2009

Selingan..

Salam,

Wei...cakap pasai depression ni memang murung dan sugul. Silap hari bulan kita lak yang jadi termenung. Sebab tu aku malas nak bercakap bab tu. Tapi at least tau la keadaan bila sesorang tu dilanda penyakit ni.
Kadang keadaan begini meletakkan aku dalam keadaan serba tak kena.
Okay kita tinggalkan topik tu sebentar..meh aku cerita kat hangpa satu kisah...

Ni pasai arwah ayah aku. Arwah ayah aku ni dulu..kekadang memang selamber dek.
Kelakor!
Aku rasa adik adik aku pun tak dengor cerita ni lagi.
Dulu dulu kalau buka cerita ni among my mak sedara, memang letih gelak..

Pada suatu pagi, ayah aku terbangun lambat untuk ke sekolah. Kena pulak pagi tu kat sekolah dia, ada acara apa tah..kira ada pertandingan juga la.
Dia kena in charge.
Biasa la...bab bab sambutan apa ka..pertandingan ka..
ayah aku memang CERGAS. Dia memang suka.

Dalam kekalutan bersiap siap pagi tu, dia mengambil sehelai sapu tangan di rak almarinya untuk kegunaannya seperti biasa.
Biasanya ayah aku sudah bersiap sedia mandi untuk ke sekolah sebelum masuk waktu Subuh lagi. Bila masuk waktu Subuh sahaja, dia terus solat. Selesai solat, dia akan menunggu bas yang terawal sekali yang melalui jalan besar di hadapan rumah.
Bas merah no 8, Parit Buntar-Taiping.

Ayah aku akan turun di persimpangan Krian Road untuk menumpang kereta rakannya ke Batu Kurau pula. Begitulah keadaan ayah sehari hari.

Tetapi sekiranya terlambat maka menjadi tugas ibuku pula untuk menghantarnya ke persimpangan Krian Road itu.
Ingat lagi tak?..ayah aku tiada LESEN MEMANDU!
(phobia selepas kemalangan tahun 1972....ish macamana tah nak boh link ke entry yang itu...)

...dan pagi itu juga ayah aku terpaksa di hantar ke persimpangan Krian Road oleh ibuku.
Maka selesai lah masalah terbangun lambat pada pagi itu...

Semuanya telah pergi ke sekolah dan kerja, yang tinggal di rumah ialah mak dan adik kecilku, si Budin. Mak sedara aku yang bekerja sebagai nurse gigi juga ke tempat kerjanya di Klinik Pergigian Bagan Serai...
.
.
.
.
Sewaktu ayah aku pulang dari sekolah, kami adik beradik semuanya telah berada di rumah. Ayah turun dari bas merah Taiping-Parit Buntar dengan giginya yang tersengih sengih. Nampak dari jauh..begitu CERIAAA sekali. Selalunya kalau ayah dalam happy mood begitu mestilah ada berita baik..dapat apa apa ke..KAN. Beritanya keluar front page kat paper ke apa ke..( ayah aku part-time reporter)

Sebaik masuk dalam rumah je ayah cakap dengan mak,

" Intan, hang tau dak apa jadi kat sekolah tadi?" ( 'intan' adalah panggilan nicknamed mak aku..ha ha ha ..intan payung...)

" Apa jadi?" sahut mak aku pula. Aku nganga juga. Sibuk sibuk ambik tahu..

"Masa aku dok sembang ngan jemaah hakim lepas selesai acara syarahan tu kat jamuan teh, aku seluk la pakit nak gabuih mulut. Elok aku gabuih mulut..aku perasan yang sapu tangan aku tu bukan sapu tangan. Aku tak tau depa perasan ka dak..ha ha ha.." Ayah aku gelak dan sengih sengih.

"Dah...kalau bukan sapu tangan..abang gabuih mulut dengan kain apa?" tanya mak aku.

"Nih..hang tengok la nih.." sambil dia seluk poket seluag dan mengeluarkan kain yang dia guna untuk gabuih mulut..

he he he..cuba TEKA APA dia?

Mak aku punya gelak sampai nak terkucil. Aku pun joint sekali gelak guling guling..

wakakaka...
.
.
.
.
.
.
.
.
SELUAG DALAM LAMA AYAH AKU yang warna putih..
Dah koyak pulak TU!!

Lepas habih kesat ayag mata..mak aku tanya sambil sambil tekan perut nak gelak lagi.

" Abang rasa macam mana bila perasan yang tu seluag dalam?"

"Aku beralih muka kut lainnnn..macam tak dak apa apa..Pastu aku slow slow masuk balik 'sapu tangan' ni dalam pakit" kata ayah aku.

TIPIKAL ayah.

Dalam kelam kabut bersiap siap pagi itu, tangan ayah sebenarnya menyambar sehelai seluar dalam lama yang terselit bersama sama dengan lipatan sapu tangan. Tak check betul betul lantas seluar dalam berwarna putih dan koyak itu di sangkanya sapu tangan.Yang bestnya ayah menggunakan 'sapu tangan' itu untuk MENGGABUIH mulutnya setelah selesai makan jamuan teh bersama sama dengan Ustaz Ustaz Jemaah Hakim pertandingan syarahan.

kui kui kui..

Tak boleh aku bayangkan.....

Hopefully, kut ada la anak dia yang jadi UCETAD /cikgu, jangan lah hendaknya kejadian sebegini berulang kembali...ek?

Errrr...tapi kalau ada pun baguih juga. Boleh sama sama kita gelak keraih peruit..

sekian.

10 comments:

5 'so' bersaudara... said...

salam... kunjung lagi :)

Untuk membuat link.. select word 1972 td.. then klik gmbr 'rantai @ chain' kat atas.. but before that, open a new tab yg dah bukak entry berkaitan.. (http://hidasaif67.blogspot.com/2009/04/ayahku-wartawan-bernama.html)
then you link it.. siap!

DrSam said...

kih...kih...memang klasik cerita kelakar ala P. Ramlee.

umi_e said...

hehehehehe lawaklah cerita kali ni :P

kucingorengemok said...

hehe mcm dah agak je dia capai slo dlm! hehehe

ASH said...

4 sedara,
thank you.

Dr Sam,
arwah ayah memang cam tu..ada ada saja..

umi-e,
pernah ada sesapa terjadi cam ni tak?

kucinguringumok,
he he he..mujurk 'harta' ayah aku sendiri!

siti_m said...

salam...
seronok bila sesekali teringat cerita2 lama..

ASH said...

siti_m,
ini antara kenangan lucu waktu akak kecik..zaman sekolah rendah..

Nizam.Ariff said...

Masam tu... kalau dah dipakai.

tasekM said...

nasib baik tak pi kirai2. hehehe...


.

ASH said...

Nizam,
Tu yang tak dipakai dah..sudah berbasuh tetapi lokasi di atas rak bersama sama lipatan sapu tangan.

TM,
tu yang kami dok gelak tu!!!
ha ha ha..
mujurk buat gabuih mulut...
Kut nak terbersin...
berkibaGGG la jawabnya!