Salam,
Kalau orang tengah tension atau stress, macam macam perkara boleh berlaku.
Ada orang yang tengah stress, boleh bawa kereta laju laju...pastu terbabas LINTANG PUKANG.
Ada yang tengah stress, boleh tunggang todi berkodi kodi sampai muntah ijo.
Ada yang tengah stress, nampak orang macam dia nak ratah ratah saja..HEI!!
Ada orang yang tengah stress, dia boleh berlepuk jatuh sebab darah dah tepu sampai had KEPALA.
.
.
.
..uiksss...
.
.
apa pun aku rasa, sebagai orang Islam...kita kena tangani stress dengan Zikrullah..kerana itu adalah sebaik baik cara.
Ambil wudhuk, tarik nafas..duduk..solat..tafakkur..baca quran..adalah cara cara YANG baik menangani stress..
BIARPUN begitu, adakalanya aku pun RASA NAK JERIT SEKUAT KUAT hati bila tengah STRESS!
Ada satu incident sewaktu akhir satu semester takkala di kolej dulu.
Bagi bebudak archie, stress selalu terjadi bila kena hantar FINAL PROJECT di hujung semester especially bila dah dekat DUE DATE!
...................................................................................................
Aku agak terpinga pinga bila incident ni berlaku.
Waktu tu kelas Technical Drawing.
'Kelas' ini diadakan di studio.
Studio pula very OPEN. Maksud 'Kelas' sebenarnya ialah lebih kepada WAJIB berada di drawing TABLE masing masing dan siapkan apa apa jua kerja yang kena buat.
Studio adalah sebuah open space dan setiap penghuni 'kelas' boleh merayap rayap ke drawing table orang lain...
........samada nak mengorat budak tahun dua. Nak mengintai budak tahun 3. Nak tackle budak tahun 4. Atau nak menggoda budak Final YEAR...
(errr..ni bukan kerja aku ye..AKU LURUS ...GITU!! ha ha ha)
Dalam dok bersabok menyiapkan assignment pada minggu akhir itu yang sebenornya agak mengantuk sebab keletihan di bulan PUASA..tup tup kelas sebelah aku ...buat surprise untuk CIKGU Technical Drawing depa.
Aku ni memang blurrrr habis waktu tu...
Budak kelas sebelah sungguh stress dengan Final Project diorang so depa berbakat order STRIPPPPer untuk CIKGU depa...
GILA kan?
Waktu tu tengah sunyi. Masing masing dok melokeh..tup tup.. ada mamat pasang radio KUAT sangat. Sekali, aku nampak ada sorang makcik umur dalam thrity something dok menari atas meja...
Aku ingat kut makcik tu dok buat apa..alih alih...dia londeh baju selai selai.
CISS..
Habis bebudak dari tahun lain berlari kat kawasan budak FIRST YEAR...especially yang namanya MAMAT, JOHN, DAVID..dan sejenis kaum dengannya.
Mujur makcik tu tak over..dia ada limit gak...tinggai Under GARMENT..
KALAU TIDAK..mesti kelabu asap lagi.
AKU KATA MAT SALLEH NI MEMANG CRAZY!!
DEPA BUKAN KIRA APA..
walaupun budak yang buat perancangan tu kena pangge ngan advisor dia,
tapi tak de le kena denda ketuk ketampi ke aperr..
hmmmm...gitulah ceritanya bila dah TENGAH STRESS!
lain orang, lain cara menanganinya.
sekian.
8 comments:
buleh melukis...?
saja tak mau habaq...
aku pun stress, ah malu lak nak cakap..especially malam ini.
kih kih kih.
Aku syak Ashley lukis kartun-kartun kat dinding sekolah Kakpah tu ...
Salam ziarah..
Sabar ya..jangan stress..
http://www.faridrashidi.com
apasal semua nak stress ni kak? saya pon stress jugak la kalau macam ni.
pasal makcik bukak baju tu. saya syak bang nizam paling suka. faham-faham la abang akak tu. haha!
Cikgooden,
aku tak berapa pandai..setakat garis garis tu boleh laaa..hang lagi HEBAT!..sebenarnya aku KENA belajar..bukan bakat yang terANUGERAH macam hang..BAKAT aku seni bahagian lain..bab melalak menyanyi..yang tu semulajadi!
azani..
..memalu konon. DAH ISYTIHAR dah..
Nizam,
kakpah pun berbakat HEBAT gak dalam seni LOKEH MELOKEH ni.Dia yang sebenarnya bercita cita nak jadi arkitek.Aku pun bercita cita nak jadi arkitek..tup tup terpaksa tukar ambil engine..ada technical error!
Masuk kelas arch satu semester saja!
...dinding TADIKA tu setakat nak lukis butterfly,beetle,ulat bulu..hmmmm orang tak ambik seni lokeh pun, boleh CONTENG!
Ibnurashidi,
waalaikumussalam..
tak..saya okay jer.
addy,
hang tak boleh stress stress..
tak dak channel nak tolong kurangkannya..
alaaaa addy..
hang perasan tak siapa yang berlari bagi komen komen awai ni?
macam sama sifat jer dengan Mamat, John dan David yang berkejar tengok makcik tu jugak!!!
wa ka ka..
harap maklum.
Post a Comment