Friday, July 17, 2009

It is in the blood..

Salam,
Setengah orang cukup takut bila kena bercakap/beraksi di atas pentas atau berada di hadapan orang ramai..Nervous breakdown. Butterfly in the stomach..Panik..DG ( darah gemuruh) etc.
Bercakap, menyanyi, berlakon, bersyarah dan apa apa saja yang perlu di persembahkan kepada ramai orang memerlukan latihan, keyakinan diri, idea dan persediaan yang rapi.

Kadang kadang seseorang itu memang dilahirkan begitu. Suka berada di hadapan. Mungkin padanya ia sesuatu yang natural..
bak kata orang 'IT is in THE BLOOD'.
'Born to be a performer'..misalannya!

Contoh seorang yang mempunyai sifat semulajadi untuk bercakap di khalayak ramai pakcik Aznil Hj Nawawi. Walaupun dia ni memang suka bercakap dan acaranya yang dia buat kebanyakannya HIBURAN belaka, tapi kita tengok percakapan atau pengendalian dia dalam sesuatu program tu cukup natural. Dia boleh berlakon buat buat sedih..boleh berlakon jadi happy, boleh control the CROWD, boleh pulak buat buat cam nak marah..buat joke..buat perangai cam budak budak etc. Bukan senang oooooo...

Aku ada tengok si sapa nama tu...Rusdi ramli...ke apa namanya..ala yang kendalikan program berlakon berlakon kat Astro.
Mak aiii..
Nama jer PELAKON..tapi aku rasa dia TAK BOLEH NAK BERLAKON watak PENGACARA!!
Tell youuu..boring teramat la cara pengendalian si RUSDI Ramli ni.
Bukan senang kan..nak BERLAKON cam Pak NIL tu.

Cuma aku nak komplen le sikit kat Pak NIL, apasal kalau dalam Rancangan TOM TOM BAK ( mak yong dedek) tu, he has to shout a lot??
kadang macam MENGAJOR anak anak jadi RUDE pun ada gak..
Hmmm..

Pak NIL patut mau kena tengok tengok sikit cara pengendalian Bill Cosby ( pak Itam lamaaaaa ni) dengan anak anak dalam programnya yang dulu dulu tu.
Dengan anak anak ni, tak semestinya kita kena BERTEMPIK untuk menjadikan rancangan itu menarik..
Betul tak?
ye la..aku tahu..
Bukan mudah nak menghidup sesuatu rancangan..tapi aku rasa Pak NIL kena buat sesuatu untuk perbaiki cara pengendaliannya sebab anak aku rajin gak la nak tengok program TOM TOM BAK ( mak yong dedek tuuuu).
Aku tak nak le anak aku bertempik tempik dalam rumah cam Pak NIL pulak..

Rasa cam nak SEKEH jer pulak kannnn!

sekian

5 comments:

Tijah said...

aku pun penyakit ada darah gemuruh kak. esp tem nak jmpa blogger. aku kan pemalluwww

cm said...

salam singgah...
bukan senang nak nak jadi macam Aznil....
kita yang dah berpuloh-puloh tahu bercakap depan budak-budak, kalau di suruh handle program macam tu,,, harus angkat kaki pulang!

Nizam.Ariff said...

Nak menceriakan suasana kut... tapi, jangan le sampai macam tu. Aku pun tak suka tgk tom-tom bak, semacam je...

ASH said...

Tijah,
ko born to be a natural Tukang KARUT..idea ko memang berpusu pusu..ko kena joint Nabil!!
senoghi tu Jah..

Cikgu_math,
ini sebabnya dia dah jadi pengacara no 1 di Asia..mana mana yang kita rasa ada kekurangan tu, kena lah kita tegur tegurkan..
kalau tidak, tak ada lah peningkatan..dan mungkin Pak Nil boleh baiki kelemahannya itu..

Nizam,
setakat ni memang payah nak cari rancangan kanak kanak yang berjaya mendidik sekaligus menengahkan talent anak anak serta juga menarik ramai penonton...tapi jangan le sampai anak anak tu DIDEWASAkan sebelum masanya..

ASH said...

Di'DEWASA'kan bermaksud kanak kanak membuat persembahan tidak bersesuaian ngan umur mereka..
Sesuai ke budak umur 7/8 tahun nari gelek gelek DANGDUT..
seksi lak tu..