Friday, July 31, 2009

Award dan fakta..Dak TM

Salam,Tempelkan award :
Dahhhhh.....
Ini penghargaan ( atau deraan) dari TM sebenarnya.
Hari tu aku dah dapat satu dari Nizam..

Ini sekira kiranya macam nyanyian 'Tok Tok Noyang' juga lah..
main pass pass around award

ha ha ha ha..

Bila dapat award, deranya lagi ialah kena bagitau 5 fakta tentang pemberi award..aiseh man!
ha ha ha ha..

5 fakta tentang pemberi award : TM ( Tasek Merah)

1. Orang pompuan...( kalau lelaki..lain macam lerr..sebab dia jelita!)
2. Dia orang perak. Teluk Intan ( mula mula dulu...setahun yang lalu..aku jadi silent reader dia..aku ingat dia dari BUKIT MERAH!..ya la..kat Bukit merah pun ada TASIK)
3. Dok kat TTU ( Taman Tasik Utama, Melaka...aku dah pergi kawasan tu 3 kali sebab husband kena buat tinjauan kat sana..he he he..)
4. Ada adik lelaki yang masih bujang..kuang kuang kuang..( LAIN MACAM JE BUNYINYE KAN?)
5. KERJA membalancekan buku kira kira!

Hobi diri sendiri :-
Hmmmm..apa lagi..
1.Snap snap snap ambil gambar!
2.Pastu jalan jalan melihat kebesaran/keagungan ALLAh!

Penerima seterusnya :-
Lepas ni aku nak bagi award ni kat siapa dan deskripsi mengenai penerima seterusnya?
he he he...

apa kata hmmmmm

Oleh kerana Dr Sam tengah rehat rehat..
( aku nak isi masa luang dia..mesti dia boring habis dapat MC dan terbaring tu..)
...maka sila ambik ini award!

Dr Sam ialah seorang jejaka 40 an yang bekerja di LADANG GETAH!
he he he..
takkkk..
dia terkurung dalam LAB kat tempat yang BERGETAH?.
err..tak juga??
kui kui kui..

apa apa lah..

tapi kalau nak tanya hal ehwal getah, boleh tanya Dr Sam!

sekian

Ubat batuk cap ibu dan anak..

Salam..

errrr..
agak agak kalau ada ubat batuk tempek gambar ibu dan anak kat bawah ni..
camaner?

ha ha ha ha...


kena pula ada nyanyi nyanyian
hai Obat hai Obat..
mari beli Obat tuuu


ala ala PILEM P.Ramlee..





hmmmmm..
ada rasa nak buka Gardian le tak!


kui kui kui...

p/s
gambar ibu diambil 20 tahun yang lalu ketika masih tiada anak..
gambar anak hasil kerja kakpah- auladjannah.blogspot.com



DI ATAS PERMINTAAN umi_e, aku cuba fokus gambar aku yang sebaya Huda..
kira kira berumur 5 tahun plus laaa!!
kui kui kui..
sila ketawa secara kecil kecilan sahaja kepada budak comot ini.

inesen jer budak berdua kat bawah tu..

ha ha ha ha ha ha ha

me and my YONG


sekian



Wednesday, July 29, 2009

Bila nama masuk surat kabar..

Salam,

Jangan seronok sangat kalau nama masuk surat kabor..
ya lah..
kalau masuk tu bukannya sebab menang award ke atau dapat gelaran Dato'/Tan Sri!

Lagi susah hati kalau naik nama kat paper tu sebab PINJAMAN PTPTN/MARA yang tak bebayo..
kui kui kui..

Nama aku naik juga dalam paper..
oooooo...
jangan salah sangka TAU!

Bukan sebab pinjaman tak berbayor!
Aku mana ada buat PINJAMAN!
Atau juga bukan sebab dapat award ke mende ke...
tu TERSANGAT tak muna-sabahan sekali!

Nama aku naik sekali ngan no phone..
ayooooo..
Ni gara gara ATUK FARIS la ni. Nak bagi aku femes satu Mesia.( he he he)
Lepas tu aku dapat sms daripada nombor yang tak aku kenali...
BUNYI cam ni :-

"Apa khabar?"

aku tak balas sebab tengah sibuk kat kelas..
(Ianya menyalahi peraturan sekolah menjawab SMS yang tak PENTING)

" Ini Hida ke?"( Pun aku tak jawab sehingga sampai rumah pukul 1 tengahari!)

Aku jawab," Alhamdulillah sihat. May I know who this is, please?"

Tepon tut tut bunyi lagi, " Sy sja nk kwan, blh ke?'

( pssssstt..aku sebenarnya cukup tak suka baca sms ringkas ringkas macam nih sebab aku pun terikut ikut baca dengan ejaan ringkas tu)

aku tak kuasa nak balas dah sms tu. Perabih duit aku jer..

Tepon bunyi lagi, " Sy ikhlas nk kwan, blh ke?"


Oh ye...
TAK KUASA!!

GUA bagi atuk Faris nama GUA buat iklan CARI PENGASUH TADIKA!!
BUKAN NAK BERKENALAN KENALAN !
GUA ADA MANYAK kenalan di CYBER WORLD...
okeh??

MAAP le ye..

lagi pun gua tak kuasa la Iklas iklas niiii..
sebab gua dapat rasakan betapa tak IKLASnya LU!!

ha ha ha ha

***sian kan bro tu..siap tepon aku lagi!!


sekian

Tuesday, July 28, 2009

Takziah kepada keluarga Dr Mahadzer Mahmud.

Salam,

Petang tadi adik ipar aku datang singgah rumah aku bersama seorang rakannya.
Dia kebetulan datang ke UITM Shah Alam semalam.
Tujuan kedatangannya itu adalah dalam berkira kira untuk further study.
Nak sambung PhD...

Selesai taklimat penting di UITM itu pula sepatutnya dia terus balik.
Tapi kawan dia tu pulak dapat satu call kata seorang sepupunya yang bernama Mahadzer Mahmud telah diserang sakit jantung dan meninggal lebih kurang jam 12.40 pagi ini.

Tau siapa dia sepupu kawannya itu?

Dr Mahadzer Mahmud...CEO KLIUC (Kuala Lumpur Infrastructure Univ College)

Keluarga Allahyarham Dr Mahadzer ni pulak kebetulan pernah tinggal berjiran dengan aku sebelum dia berpindah ke rumahnya sekarang. Juga di BBBangi ini.

Dulu sewaktu mereka baru pulang dari USA, mereka menyewa di kawasan kejiranan aku ni.
Dan aku baik juga dengan isteri dan anak anaknya.
In fact, anaknya si Afiq, Adibah dan Adib happened to be my anak murid yang datang dok mengaji malam malam atau petang petang di rumah aku.

Itu kira kira lebih kurang 9 atau 10 tahun yang lalu.
Waktu tu anak anak ni semuanya masih bersekolah rendah lagi.

Sekarang ni, kadang kadang aku terserempak juga dengan kak Ita ( isteri Allahyarham ) di pasar seksyen 4, BBBangi.
Tiap tiap hari, aku sebenarnya melalui hadapan rumahnya tapi tadi memang aku tak perasan bahawasanya ada kematian di situ sehinggalah sepupunya ( kawan adik ipar aku ni) datang dan beritahu..

Inna lillahi wainna ilahi rajiun..

It was quite a shock to me!

Walaupun sebenarnya aku tak lah terkejut bila mendapat tahu bahawasanya Abang Ded kena serang sakit jantung sebab sewaktu dia jadi jiran aku lagi, dia dah ada penyakit ini..
( dia didapati ada heart problem sewaktu umur 38 lagi..)

Yang sedihnya baru minggu lepas birthday dia..
Aku tahu sebab waktu dia berjiran dengan aku, kak Ita selalu bagi pulut kuning dengan kari daging/telur on 20th of July...( her husband's birthday) dan ianya sehari selepas birthday anak aku si Maryam (21st of July).

Waktu kak Ita jadi jiran aku, anak bongsunya Dik Nor Afiqah pula suka bebenor nak main dengan baby..maka Rahmah la yang selalu jadi anak angkat kak Ita. Kak Ita rajin dok bawak lari Rahmah dan si kecil itu siap lepak kat rumah dia. Kemain Rahmah dapat Royal Treatment sebab waktu tu Rahmah lah yang masih baby lagi!

Nama Allahyarham Dr Mahadzer Mahmud ni selalu saja keluar dalam news kalau ada kejadian tanah runtuh atau apa apa kejadian yang melibat struktur tanah.
Itu bidang dia..
Civil Engineering..aku rasa dia fokus dalam bidang Soil Struktur! ( aku rasa laaa..yang ni aku tak berapa nak tau..hangpa google la nuuu...sebab dia memang selalu masuk paper!)

Rasa sedih menghiba juga..
sebab aku dok terbayang anak anak dia..(Afiq, Adiba, Adib and Afiqah)...and also kak Ita!

Semoga Rohmu sejahtera di sana Doc...

Al Fatihah..

wassalam

Monday, July 27, 2009

Rezeki..alhamdulillah!

Salam..
Sebenarnya hari ini ingat nak puasa sunat.
Dah masuk Bulan Syaaban kan.
Rejab dah berlalu..Itu bulan Allah tu. Elok juga puasa sunnat.
Ini dah Syaaban..Bulan Rasulullah. Elok juga puasa sunnat.
Ye lah..Tak lama lagi nak Ramadhan .
Kalau tak dilatih perut tu takut lembik pulak Ramadhan nanti..
Dah niat nak bangun sebelum Subuh. Tup tup sedor sedor dah 6.10 am.
Hmmmm..
Kalau tak minum secawan air Milo, berat juga nak puasa.
Sebab bangun bangun tidur je mesti nak minum air.
Sekarang ni kadang kadang cuaca tak menentu..
Panas...hujan..panas...hujan
jadi cancel la untuk puasa..
orang lain akak tak tahu la..
Pun begitu hari ni pepagi lagi rezeki dah sampai..
Akak ambik budak naik kereta sama akak pergi sekolah.
Bapanya balik weekend lepas.
tup tup..dapat le buah tangan sebiji ni..
Berdengung baunya satu kereta!

Petang ni akak buka la kat rumah...

Hmmm..
tengok isinya tak banyak sangat..
Ini buah cempedak yang jenis kulit tebal..empulur je yang banyak..

haiihhh
apo macam?
anak anak dah berkobar kobar nak makan cucur cempedak nih..

sooooo
akak pun buat JEMPUT JEMPUT CEMPEDAK!

rekaan bagi yang beranak RAMAI..

ambik isi cempedak, buang bijinya..
tak payah digoreng sekali.
koyak koyakkan isi yang ada
campur tepung, gula sikit, garam secubit
bancuhkan ngan air suam..

goreng dengan minyak penuh

jadilah..
hah! dapat dua pinggan JEMPUT JEMPUT CEMPEDAK nih!

(macam cekodok pisang except digantikan cempedak aje)
Kan dah ada yang melarikannya...
he he he
panas panas tuu...


laksa ni pula sebagai tambahan untuk makan minum petang ini.
beli kat seksyen empat tambahan.

buat promosi abang ni punya laksa KEDAH
sedap...

kuahnya di masuk dalam periuk TANAH tau
akak syak dia taruh ikan kering kurau sama dalam itu kuah..
RASANYA PURE!!
memang macam KUAH LAKSA KEDAH!



Ini yang tak digodak godak lagi nih..
kalau dah kena sekali..
mau berulang ulang kali kunjung kat tepi jalan tu!
kepada yang berpuasa hari ini
SELAMAT BERBUKA PUASA!

sekian...

INCEIF vs H1N1

Salam,

Aku copy and paste info ni dari WIKIPEDIA..

The International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF) is the global university offering academic and professional qualifications in Islamic finance.

Among others, INCEIF is committed to elevate and advance Islamic financial knowledge, develop future leaders in the Islamic finance industry through learning programmes and serve as the centre for collaboration with other Islamic financial educational centres. [1]

This is important to the Malaysian Islamic finance industry as it is seen to be the most progressive and attractive in the world with banking assets exceeding US$30 billion and having the largest Islamic private debts securities market of US$35 billion. [2]

The establishment of INCEIF reflects the need to invest in human capital to advance the Islamic finance industry forward. An endowment fund of RM500 million was allocated by Bank Negara Malaysia to cover the operational expenditure of INCEIF.[3]

INCEIF offers three academic and professional qualifications:[4]

Certified Islamic Finance Professional (CIFP)
Masters in Islamic Finance
PhD in Islamic Finance


In its effort to establish a network of mutual cooperation and collaboration between institutions of higher learnings, INCEIF entered into a strategic partnership with institutions of higher learnings in Malaysia to strengthen the ability to leverage on the respective institutions expertise in research. This is in addition to strategic relationships with Takaful operators and similar institutions from Indonesia, Pakistan and Sri Lanka.
[5] [6]

The International Shari'ah Research Academy for Islamic Finance (ISRA) which was established to promote applied research in Islamic finance, is also part of INCEIF. ISRA also act as the repository of Islamic knowledge for Shariah views or fatwas and undertake studies in contemporary issues in Islamic financial industry. [7]
.
.
.
.
.

Yang ini pulak aku copy and paste dari The Star hari Jumaat lepas..
.
.
.
Nation’s first A(H1N1)-related death

PUTRAJAYA: The nation had its first Influenza A (H1N1)-related death Thursday.
An Indonesian patient died of underlying conditions and health authorites said the cause of death was cardiac arrest.


Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai said the 30-year-old first-year student from the International Centre for Education in Islamic Finance, Kuala Lumpur, had died from cardiac arrest due to ventricular fibrillation (irregular heart rhythm).

“The Influenza A (H1N1) was not a direct cause of his death,” he said at a press conference.

The patient went back to Indonesia for a holiday and returned to Malaysia on July 5 and was reported to be suffering from a mild fever and cough, he said.

On July 21, the patient fainted while waiting for his medication after consulting a doctor at a private medical centre in Kampung Baru, Kuala Lumpur, Liow said.

He was given emergency treatment but he passed away at 11.50am. “A post mortem was carried out at the Kuala Lumpur Hospital on the same day and the results showed that the patient was obese, had pneumonia, an enlarged heart and liver and pus-like material at the bottom of the trachea,” he said.

Liow said 20 specimens had been taken to carry out virology, bacterialogy, histopatology, bio-chemical and toxicology tests.

The virology and bacteriology tests on lung tissues and the trachea showed the presence of Influenza A (H1N1). “We are still waiting for other test results and the cause of death will be confirmed once all the tests are completed,” he said.

Liow said 25 staff members of the medical centre were ordered to self-quarantine themselves for seven days while seven of his room mates and study group were identified and one of them had sought treatment for influenza symptoms.

The ministry also carried out health checks yesterday at the college, he said.

sekian...harap maklum.

Sunday, July 26, 2009

Hmmm..belajor

Salam,

Rezeki ni datang dalam bagai bentuk.
Ada dalam bentuk wang..
ada datang dalam bentuk barang...
ada datang dalam bentuk pakaian..
ada datang dalam bentuk makanan..

Cik abang ditawarkan untuk sambung belajar.
Setahun setengah. Kompeni bayar semua.
Gaji tetap jalan cam biasa...
Alhamdulillah...
Tapi lepas tu mungkin kompeni nak ikat dia selama 3 tahun pula.
Takut dia lari lari sana sini
Start bulan September ni, abang aku mungkin usung buku semula..atau juga laptop.
Ha ha ha ha..
Dah jadi cam anak anak dia pulak.

Tapi bukan ngaji kat obersea..
dah puas dia menetap 5 tahun kat negara orang.
Anak berduyun macam ni, elok sangat belajo kat Mesia jer.

hmmm...rezeki..

Belajar... jangan tak belajar!
Aku tumpang suka.
.
.
.
.
.
sekian

Friday, July 24, 2009

Apresiasi..(ada ke perkataan ni?)

Salam,
Saja nak cerita kat you all.

Dulu zaman awal 70an dulu, susah nak cari orang pompuan bawak kereta. Orang yang ada kereta pun tak berapa kerat..

Dulu, Faza I pun biasa naik basikal jer pi sekolah.TIME JADI CIKGU tu!..
Faza I sampai habis hayat pun tak dak lesen memandu.
Yang dok bawa kereta ke hulu ke hilir ialah my Maza. Maza I dulu meniaga.
TUPPERWARE youuuu..
Semenjak tahun 1972 lagi..
Aktif bagai nak rak Maza I ni berniaga.

Waktu mola mola meniaga, Faza and Maza I beli kereta Morris.
Warna putih. Plet no. AG 248....cantik tak nombor tu?

You all tahu ke antara model model kereta Morris ni.

ehhh..budak kecik cam maner nak kenal kan?
Jom I kenalkan kat you all..

hah..I terjumpa kereta Klasik ni kat depan kedai baiki kereta di seksyen 4.
I tengok kereta ni dah tersadai sekian lama..

Errr..kut ada yang minat ngan kereta anggun klasik cam ni, you all try la calling calling kedai Norsham tu.

kut kut you all boleh touch up ke,
make up ke..
kasi upgrade sikit..
buat botoks sana sini..
kasi lawa sama ini Morris!
Bahagian belakang..
hmmm....klasik tau lampu tu!
mancung gituuu
bahagian sisi..
dulu cermin tepi tak dak!

handle pintu kereta..
macam pintu ofis punya jer kan!


lampu bulat cam Merzzzz..
cayalah..
kalau you all dah touch up, kasi mengaum dia punya injin..
calling calling la I....
kita round satu Bangi!!
smile
sekian.......



Wednesday, July 22, 2009

Carta lagu SEPARA klasik..

Salam,

Sila buat pilihan!

kedudukan di tangga ke tiga..

'Tok tok Noyang, Tok noyang ambik air..

Buat apa air?
Nak asah pisau..

Buat apa pisau?
Nak tetak bemban..

Buat apa bemban?
Nak jolok bulan..

Buat apa bulan?
Nak bagi pada Joyah..

Joyah tak endak..
Bagi pada Dolah..

Dolah tak endak..
Bagi pada Kulub..

Kulub tak endak..
Bagi pada Senin..

Senin tak endak..
Pulang balik pada Joyah.


Oh Joyah! Oh Joyah!
Ghumah kamu nak ghuntuh..

keretekkkk..keretekkkk..kerentummm"

( pstt...nama nama itu boleh digantikan dengan nama nama anak KINI..contoh allya medina, alis sabila, daniel dzerando, zaqwan affendi..he he he he...dan perkataan Tok noyang itu juga boleh diganti dengan Tok Nanny)



di tangga ke dua...

"Cat cilut at at..
Cat cilut kucing lompat..

Nasti nestom Tok Ali tukang cat..
Patah paku patah dinding..

cari aku balik dinding..."


di tangga pertama ......Juara Carta lagu SEPARA Klasik minggu ini!


'A.B.SIIIIII

Sep atas tas tas
sep bawah wah wah wah
sep depan pan pan
sep belakang kang kang


Sep siku ku ku
Sep siku ku ku

ais krim krim krim
Mc donal nal nal nal

Superman man man
Otroman man man

jeli jeli mama
jeli jeli papa

jeli jeli jeli one two juice!"

sekian..

Tuesday, July 21, 2009

Selingan..

Salam,

Wei...cakap pasai depression ni memang murung dan sugul. Silap hari bulan kita lak yang jadi termenung. Sebab tu aku malas nak bercakap bab tu. Tapi at least tau la keadaan bila sesorang tu dilanda penyakit ni.
Kadang keadaan begini meletakkan aku dalam keadaan serba tak kena.
Okay kita tinggalkan topik tu sebentar..meh aku cerita kat hangpa satu kisah...

Ni pasai arwah ayah aku. Arwah ayah aku ni dulu..kekadang memang selamber dek.
Kelakor!
Aku rasa adik adik aku pun tak dengor cerita ni lagi.
Dulu dulu kalau buka cerita ni among my mak sedara, memang letih gelak..

Pada suatu pagi, ayah aku terbangun lambat untuk ke sekolah. Kena pulak pagi tu kat sekolah dia, ada acara apa tah..kira ada pertandingan juga la.
Dia kena in charge.
Biasa la...bab bab sambutan apa ka..pertandingan ka..
ayah aku memang CERGAS. Dia memang suka.

Dalam kekalutan bersiap siap pagi tu, dia mengambil sehelai sapu tangan di rak almarinya untuk kegunaannya seperti biasa.
Biasanya ayah aku sudah bersiap sedia mandi untuk ke sekolah sebelum masuk waktu Subuh lagi. Bila masuk waktu Subuh sahaja, dia terus solat. Selesai solat, dia akan menunggu bas yang terawal sekali yang melalui jalan besar di hadapan rumah.
Bas merah no 8, Parit Buntar-Taiping.

Ayah aku akan turun di persimpangan Krian Road untuk menumpang kereta rakannya ke Batu Kurau pula. Begitulah keadaan ayah sehari hari.

Tetapi sekiranya terlambat maka menjadi tugas ibuku pula untuk menghantarnya ke persimpangan Krian Road itu.
Ingat lagi tak?..ayah aku tiada LESEN MEMANDU!
(phobia selepas kemalangan tahun 1972....ish macamana tah nak boh link ke entry yang itu...)

...dan pagi itu juga ayah aku terpaksa di hantar ke persimpangan Krian Road oleh ibuku.
Maka selesai lah masalah terbangun lambat pada pagi itu...

Semuanya telah pergi ke sekolah dan kerja, yang tinggal di rumah ialah mak dan adik kecilku, si Budin. Mak sedara aku yang bekerja sebagai nurse gigi juga ke tempat kerjanya di Klinik Pergigian Bagan Serai...
.
.
.
.
Sewaktu ayah aku pulang dari sekolah, kami adik beradik semuanya telah berada di rumah. Ayah turun dari bas merah Taiping-Parit Buntar dengan giginya yang tersengih sengih. Nampak dari jauh..begitu CERIAAA sekali. Selalunya kalau ayah dalam happy mood begitu mestilah ada berita baik..dapat apa apa ke..KAN. Beritanya keluar front page kat paper ke apa ke..( ayah aku part-time reporter)

Sebaik masuk dalam rumah je ayah cakap dengan mak,

" Intan, hang tau dak apa jadi kat sekolah tadi?" ( 'intan' adalah panggilan nicknamed mak aku..ha ha ha ..intan payung...)

" Apa jadi?" sahut mak aku pula. Aku nganga juga. Sibuk sibuk ambik tahu..

"Masa aku dok sembang ngan jemaah hakim lepas selesai acara syarahan tu kat jamuan teh, aku seluk la pakit nak gabuih mulut. Elok aku gabuih mulut..aku perasan yang sapu tangan aku tu bukan sapu tangan. Aku tak tau depa perasan ka dak..ha ha ha.." Ayah aku gelak dan sengih sengih.

"Dah...kalau bukan sapu tangan..abang gabuih mulut dengan kain apa?" tanya mak aku.

"Nih..hang tengok la nih.." sambil dia seluk poket seluag dan mengeluarkan kain yang dia guna untuk gabuih mulut..

he he he..cuba TEKA APA dia?

Mak aku punya gelak sampai nak terkucil. Aku pun joint sekali gelak guling guling..

wakakaka...
.
.
.
.
.
.
.
.
SELUAG DALAM LAMA AYAH AKU yang warna putih..
Dah koyak pulak TU!!

Lepas habih kesat ayag mata..mak aku tanya sambil sambil tekan perut nak gelak lagi.

" Abang rasa macam mana bila perasan yang tu seluag dalam?"

"Aku beralih muka kut lainnnn..macam tak dak apa apa..Pastu aku slow slow masuk balik 'sapu tangan' ni dalam pakit" kata ayah aku.

TIPIKAL ayah.

Dalam kelam kabut bersiap siap pagi itu, tangan ayah sebenarnya menyambar sehelai seluar dalam lama yang terselit bersama sama dengan lipatan sapu tangan. Tak check betul betul lantas seluar dalam berwarna putih dan koyak itu di sangkanya sapu tangan.Yang bestnya ayah menggunakan 'sapu tangan' itu untuk MENGGABUIH mulutnya setelah selesai makan jamuan teh bersama sama dengan Ustaz Ustaz Jemaah Hakim pertandingan syarahan.

kui kui kui..

Tak boleh aku bayangkan.....

Hopefully, kut ada la anak dia yang jadi UCETAD /cikgu, jangan lah hendaknya kejadian sebegini berulang kembali...ek?

Errrr...tapi kalau ada pun baguih juga. Boleh sama sama kita gelak keraih peruit..

sekian.

Depression..

Salam,

Ibu mertua aku seorang anak tunggal. Arwah Tokwan suamiku dulu bekas seorang guru sebelum dia berhenti dan cuba berniaga. Perniagaannya sebagai peraih getah terpaksa diBUNGKUS mengakibatkan segala hartanahnya terpaksa dijual untuk membayar hutang pinjaman MARA. Tok mertua aku pula adalah seorang suri rumah tangga yang membuat kuih kecil kecilan untuk belanja dapur.

Kisah perkahwinan mertuaku, aku dapatkan dari Tok mertuaku yang pernah tinggal bersama. Aku terlalu ingin tahu mengenai ibu mertuaku yang terlalu pendiam dan bersendirian.

Perkahwinan antara mertuaku adalah pilihan ibubapa mereka namun begitu ianya tidak kekal lama. Setelah suamiku berumur 3 bulan, mertuaku berpisah dengan talak satu.
Ibu mertuaku pernah bekerja di kilang udang untuk menyara anak kecilnya. Ayah mertuaku seorang guru lepasan MPSI kemudiannya berkahwin lain setelah 3 tahun berpisah dengan ibu mertuaku. Pun begitu ayah mertuaku tetap memberi nafkah kepada anaknya. Namun hubungan antara anak dan ayah terlalu kurang sehinggalah aku dan suamiku berkahwin dan menziarahi keluarga ayah mertuaku.

Bukan mudah menjadi seorang ibu tunggal yang berusia muda seperti ibu mertuaku itu. Berumur 23 tahun dan telah bergelar JANDA. Mungkin faktor perceraian di usia sebegitu muda menyebabkan ibu mertuaku lebih banyak menyendiri sementelah pula dia anak tunggal.

Setelah suamiku berusia 7 tahun, ibunya berkahwin semula.
Suamiku terus tinggal dengan Tok dan Tokwannya di Temelok, Trong manakala ibunya mengikut suami barunya di Ipoh.

Hidup sebagai cucu tunggal adakalanya meriah tetapi adakalanya agak sunyi. Suamiku suka berkawan tetapi disebabkan Tokwannya seorang yang agak tegas maka kawannya agak terbatas demikian juga segala pergerakannya.Dipantau!

Bila aku baca kisah seorang rakan yang berbapakan seorang tentera maka aku rasa mungkin suatu perkara yang lazim bagi ayah/father figure zaman dulu mempunyai sifat tegas seperti tokwan suamiku.
Mungkin sifat tegas itu juga yang membentuk diri suamiku..menjadi seorang yang penuh kasih sayang dan sering memahami diriku di kemudian hari.

Cuma aku kurang memahami sifat bundanya..terutamanya selepas dia kematian suami keduanya itu. Pendiamnya menjadi jadi. Menyendiri..ketika makan ataupun minum..
Adakalanya ibu mertua aku makan seorang diri di dalam gelap. Hinggakan adik ipar aku terpaksa membawanya berubat dan memaksanya untuk tinggal diKL selama dua tahun lebih.

Sewaktu aku bawa dia ke Bangi, pernah ibu mertuaku membuka gas dapur tanpa api dan bau gas semerbak di dapur. Bila ditanya..dia kata yang dia tak perasan pun buka gas itu.
Bila dibelikan makanan seperti roti, buah buahan dan sebagainya, dia masukkan ke dalam almari baju. Adakalanya hingga makanan itu busuk. Ibu mertuaku jadi pelupa dan seakan akan nyanyuk..sedangkan Tok mertua aku masih boleh berfikiran seperti orang biasa. Begitu berbeza sekali keadaan mereka.

Dia pernah memberitahu kepada Tok mertuaku yang suamiku telah berkahwin dua. Bila tok mertua aku bertanya darimana dia dapat cerita, dia akan beritahu sipolan sipolan walhal tiada siapapun yang menghubunginya.

Pernah juga dia menelefon aku bertanyakan hal adik sebapa suamiku yang dikatakan kemalangan jalanraya. Kami semua agak gempar dan bertanyakan dari sumber mana dia dapat berita itu...maka dijawabnya dari suratkhabar..walhal tiada pun berita itu di akhbar.

Adik iparku merasa begitu tertekan dengan keadaan bundanya. Dia selalu ingin membawa ibu mertuaku untuk berjalan jalan keluar dari rumah namun disebabkan ibu mertuaku ini seorang yang menyendiri, dia selalu menolak.

Pada tahun 2001, aku, suami dan Tok mertua aku pergi mengerjakan Umrah dan ingin mempelawanya bersama tapi dia menolak. Alasannya ialah dia terlalu sedih di Mekah. ( ayah tiri suami aku sakit di Mekah sebaik selesai mengerjakan haji..dan sakit batu karangnya itu tidak sembuh sehinggalah meninggal dua bulan kemudiannya di Malaysia)

Kini ibu mertuaku tinggal semula di rumahnya di Ipoh bersama Tok mertuaku. Aku perhatikan adakalanya dia seperti sediakala...tetapi adakalanya keadaannya tidak menentu juga. Dia agak lebih ceria berbanding dengan tempoh dua tahun selepas kematian suaminya itu. Mungkin keadaan mindanya lebih stabil..tetapi tak siapa yang tahu sebenarnya apa yang ada dalam fikirannya..

Dia agak menyendiri..

sekian

Monday, July 20, 2009

Opppsss..mana si Jenab nih?

Salam,

Aku tak pernah cerita lagikan kat korang semua perihal satu peristiwa nih..
Rasa rasanya lah..

Not in the blog..Tapi aku dah pernah cerita kat dalam forum group sekolah aku. Dahsyat tau..habih aku kena kutuk!

Kalau aku cerita kat sini pulak, agak agak aku nak kena dakwa ngan MAHKAMAH tak?


Please la...
Ini kes KETIDAKSENGAJAAN!
Nak dongar ke tidak niii??

hah..
.
.
.
.

sila ambik tempat masing masing ek..
Wayang dah nak mola..

Peristiwa ni berlaku dalam tahun 2000..( kalau tak silap aku la)
Masa tu anak anak aku HANYALAH lima orang sahaja..
Kiranya masih tak ramai lagi macam SEKARANG.
( sekarang ni pun ada juga orang suggest kat aku suruh CUKUPkan sepuluh..
SUH dia beranak, pandai pulak dia bagi alasan)

Okay okay..kita teruskan bercerita cum berceloteh
Ceritanya bermula begini...


Pada suatu hujung minggu, aku dan suami aku bercadang untuk membawa mak mertua dan tok mertua aku pergi berkelah kat pantai Teluk Kemang. Waktu ni tok mertua aku memang la tinggal bersama dengan kami dan mak mertua aku pula tinggal bersama adik suami aku di Bukit Antarabangsa.


Pada tahun 2000, mak mertua aku ni macam kena penyakit MURUNG. Sebab suaminya dah meninggal dunia. Actually, suami mak mertua ( ini BAPA TIRI suami) aku ni dah meninggal dunia pada tahun 1998 tapi keMURUNGannya agak serius sehinggakan adik ipar aku ajak dia tinggal di KL..kut kut la bila dah bertukar angin maka kurang sikit penyakitnya itu.


So pada hujung minggu itu, kami sekeluarga, suami, aku, anak anak aku yang berlima, mak mertua dan tok mertua naiklah van SERENA (bontot bulat) kami menuju ke destinasi. Suami, aku dan Rahmah ( yang masih KOCIK bonar) duduk bahagian depan sekali..
Maklumlah drebar dan co drebar..

Tok mertua aku ( Tok Manis ), Aisyah dan Maryam seat bahagian tengah.
Manakala Mak mertua, Jenab dan Husna ( anak ketiga ) aku seat belakang sekali..

Meh sini aku boh umur anak anak aku waktu tuu..

Si Aisyah umur 9 tahun, si Maryam 7 tahun, si Husna 5 tahun++, si Jenab 3 tahun++, manakala si Rahmah setahun lebih.



Kami melalui lebuh raya Seremban-Port Dickson yang pada waktu itu masih KURANG bonar kereta yang melaluinya. Masih agak baru lagi.

Kami pergi sekira kiranya hampir waktu zohor. Terus menyinggah di Masjid Pantai Teluk Kemang untuk bersolat Zohor. Selesai solat, kami makan di kawasan gerai tepi pantai awam. Makan tengahari kat situ boleh tahan juga sedapnya kalau kena gerainya.
Setelah makan makan di situ, aku, suami dan anak anak membeli sedikit makanan untuk duduk duduk di tepi pantai bersama Tok Mertua dan Mak Mertua.

Anak anak aku si Aisyah terutamanya mana sah kalau pergi pantai tak mandi. Jadi suami aku pun menyewa pelampung dan mandi manda bersama mereka. Maryam dan Husna pun joint sekali..Zainab sekadar main pasir di gigi air kerana waktu tu masih berusia 3 tahun lebih.

Setelah hampir waktu Asar, anak anak aku tu pun dah letih benar dan kami pun bersiap siap untuk balik. Singgah semula di masjid Teluk Kemang untuk mandikan anak anak aku ni dengan air paip sekaligus menyalin pakaian mereka. Kami yang dewasa berehat seketika untuk solat Asar sekali.
Semua itu kami lakukan bergilir gilir. Aku took care si Zainab dan si Rahmah sementara Mak mertua dan Tok mertua serta suami aku bersolat dulu. Sementara mereka bersolat, aku menyiapkan urusan anak anak. Setelah anak anak selesai disiapkan maka suami serta mertua aku pun selesai solat Asar. Giliran aku pula bersolat dan semua anak anak diletak di bawah penjagaan suami dan mertua.

Sementara aku bersolat itu, anak anak aku masih bermain main sekitar tempat berwudhu' lelaki. Mereka bermain aci aci dan nyorok nyorok..
Selesai solat, aku pun terus mengambil Rahmah dari dukungan abahnya kerana sewaktu itu dia dah mengantuk serta mula meragam seraya minta disusukan.
Suami aku terus menggesa anak anak yang lain naik ke dalam van..tanpa MENGIRA terlebih dahulu semua anak anaknya memandangkan mak mertua dan tok mertua aku ada BERSAMA...
( mengharapkan mereka juga menjaga anak anakku)
Semua anak anak di dalam van itu semakin senyap. Aisyah dan Maryam dah mula nak tidur....
Al maklum dah letih.
Setelah van dipandu masuk ke LEBUHRAYA SEREMBAN-PORT DICKSON, tiba tiba anak aku yang ke tiga si HUSNA yang sewaktu itu berumur 5 tahun ++ bersuara..

" Eh, mana Zainab?"

Jeng! Jeng! Jeng!

Aku terus beralih ke belakang. Ingat kut dia tertidur ke apa ke sebab sunyi dan senyap je dah..Kut le dah terbaring kat lantai ke..

"Tengok betul betul..." aku kata.

"Hmmm mak perasan tadi dia takdak.." sahut mak mertua aku pula

"Dah.... kalau hang perasan dia tak dak, awat hang tak besogha?" kata Tok Mertua aku..macam marah aje kat mak mertua aku..

Suami aku tak mau kata apa...SAH LA ANAK AKU TERTINGGAI kat masjid....

ZOOOOOOOOMMMMMM.....dia bawak kereta macam oghang nampak pelesit. Bukan senang nak U-TURN di highway tu. Keluag kat Lukut baru boleh patah balik. Sikit punya jauh ka. Dah masuk highway, macam ni lah!

Aku pun senyap tak mau kata apa..Mujurk highway tu tak dak kereta. Kalau ada polis tahan pun kami nak minta bantuan polis. JADI ESCORT!
Aku tengok jarum kat speedometer van berada kat 140km/hr jerrrrrr..
Subhanallah!!

Sesampai kami di Masjid Teluk Kemang tu, dari jauh aku nampak anak aku dengan baju skirt PINKnye yang comel dok MELALAK sampai terhinggut hinggut badan!

Okay...abah datang for the RESCUE!!

Alhamdulillah... waktu kami solat asar tu elok masuk waktu. Jadi masa waktu Asar masih panjang dan masih ramai orang yang solat kat situ.
Mesti orang di situ ingat, hah, budak ni nangis mak ayah dia tengah solat!!

WALHALnya....hmmmmm..

okay okay....don't say anything..I know I know..OUR FAULT!!
Semenjak kejadian itu, aku dapat satu CONCLUSION....anak anak ni dipertanggungjawabkan ke atas IBU dan BAPA.....BUKANnya orang lain.PERIOD!

Dan setiap kali pergi mana mana aku panggil sorang sorang anak aku!
By names and their numbers!

1)Aisyah
2)Maryam
3)Husna
4)Zainab
5)Rahmah
6)Raudhah
7)Huda
8)Muhammad
9)Mawaddah

dan semua kena menyahut...SAYA!
macam askar tak?

he he he

okayyyy...take care.
sekian

90,000..hmmm

Salam,
Saja aku nak analisa..

Kalau 90,000 yang datang tengok MU tempohari..kira hebat la kan?
Dalam 20,000-40,000 mungkin orang Melayu Islam..

Hmm..yang solat asar kat Surau tepi stesen LRT Bukit Jalil tu..tak sampai 1,000!
walaupun nampak surau tu padat dan melimpah keluar jemaahnya.

Hmm...itu baru satu perlawanan BOLA.
Hmmmmm..

teringat satu lagi suasana pukul 3-4 pagi di Kelantan..
kat Stadium juga..
YANG tu lagi aku kagum!

sekian

Sunday, July 19, 2009

Teman nak berkabor kejap..

Salam,
Ish...jangan le marah teman yek..
Teman nak kabor benor benor ni.
Petang Sabtu kelmarin teman buat benda yang tak peghonah teman buat!
..aje nye ye!
Teman ngekor PAKWA teman nengok BOLA.
Wehhh..
MU lawan Harimau Malaysia.
Ape ke heiii nye....
Komer tak caya?
Itu tiket tu..
RM 58 sorang..
ITU yang MOGHAH sekali...
gayat teman lepak tingat 3
ha ha ha..
Bior BEBENOR?

Sesekali endak juga merasa nengok gelagat orang.
Apa ke hei nya nengok TIBI jer manjannnggg..


Tengok budak Muder ni..
semangat nyokong NEGARA sendiri TAU!!
orang lain pakei baju MEGHAH..dia ngangkat nama MALAYSIA!!
ye lerr..
keranaMU MALAYSIA..
haih..




Ini gambar yang teman boleh POKUS..
Udah sayup jer duduknya kat atas..
apa lah daya kamera teman yang kecik kenet ni..

I tell you..
Ape mende yang oghang soronok sangat dengan MU ni..
entah le..
aku tak paham bebenor..
well..
suka hati komer le yekk..

tapi yang pasti, sampai ghumah aku terjelepuk..
Penat..
jem
time jalan nak kuar..
pastu nak ke tempat parking pun boleh tahan jauhnya
jem..
kat jalanraya nak kuar stadium

yang agak LAPANG dan TENANG
kat surau POMPUAN
di sebelah stesen LRT..

ye la..
faham faham aje lah..

sekian.






Saturday, July 18, 2009

Gambar di header sekarang..

Salam,

Dearest Shemeq a.k.a MH,
Aku pinjam gambar yang hang tangkap ni.
Boh kat header di blog aku.
For a while.
Hope you don't mind...
Pinjam sekejap jer..

Bagi aku gambar ni menarik.
Ada penceritaannya yang tersendiri.
Gambark gambark yang lain pun berseni la..
Pandai hang ambik.

Gambar seorang nelayan di Sungai Mekong tu pun lawa..
Tak pa dak ni?
Kalau hang tak bagi pun, nak buat lagu mana..
Aku dah ambik dah..ha ha

* shemeq is one of my ex-schoolmates..antara hobinya adalah berangan, mengayuh basikal dan mengambil gambar..

*gambar yang diambil ialah sebuah bot berlatar belakangkan masjid Kristal, Terengganu..di kampung halamannya.

sekian

Friday, July 17, 2009

Quran..

Salam,

Sambil sambil akak belek Quran kecik bersuara Imam Masjid Madinah ni tetiba akak teringatkan sesuatu..
TERLINTAS DALAM HATI..

Quran aku ni cukup 30 juzu'. Walaupun tidak ada helaian helaian muka surat yang ditulis atas kertas tetapi tetap ada ayat ayat yang lengkap. Siap ada yang baca lagi.
Cam mana hah hukumnya?
Sebab quran ni boh dalam handphone!

Dan dalam handphone ni pulak macam macam lagu pun ada sekali.
Itu satu hal la.

Satu hal lagi, kalau pegang quran yang biasa tu, kita berwudhu'..kalau quran dalam handphone ni cam mana pulak?

Pastu handphone ni merayap merata tempat...

Boh dalam kocek seluar lah katakan..
Lintasan HATI AKU tu was was ke atau apa?

sekian

It is in the blood..

Salam,
Setengah orang cukup takut bila kena bercakap/beraksi di atas pentas atau berada di hadapan orang ramai..Nervous breakdown. Butterfly in the stomach..Panik..DG ( darah gemuruh) etc.
Bercakap, menyanyi, berlakon, bersyarah dan apa apa saja yang perlu di persembahkan kepada ramai orang memerlukan latihan, keyakinan diri, idea dan persediaan yang rapi.

Kadang kadang seseorang itu memang dilahirkan begitu. Suka berada di hadapan. Mungkin padanya ia sesuatu yang natural..
bak kata orang 'IT is in THE BLOOD'.
'Born to be a performer'..misalannya!

Contoh seorang yang mempunyai sifat semulajadi untuk bercakap di khalayak ramai pakcik Aznil Hj Nawawi. Walaupun dia ni memang suka bercakap dan acaranya yang dia buat kebanyakannya HIBURAN belaka, tapi kita tengok percakapan atau pengendalian dia dalam sesuatu program tu cukup natural. Dia boleh berlakon buat buat sedih..boleh berlakon jadi happy, boleh control the CROWD, boleh pulak buat buat cam nak marah..buat joke..buat perangai cam budak budak etc. Bukan senang oooooo...

Aku ada tengok si sapa nama tu...Rusdi ramli...ke apa namanya..ala yang kendalikan program berlakon berlakon kat Astro.
Mak aiii..
Nama jer PELAKON..tapi aku rasa dia TAK BOLEH NAK BERLAKON watak PENGACARA!!
Tell youuu..boring teramat la cara pengendalian si RUSDI Ramli ni.
Bukan senang kan..nak BERLAKON cam Pak NIL tu.

Cuma aku nak komplen le sikit kat Pak NIL, apasal kalau dalam Rancangan TOM TOM BAK ( mak yong dedek) tu, he has to shout a lot??
kadang macam MENGAJOR anak anak jadi RUDE pun ada gak..
Hmmm..

Pak NIL patut mau kena tengok tengok sikit cara pengendalian Bill Cosby ( pak Itam lamaaaaa ni) dengan anak anak dalam programnya yang dulu dulu tu.
Dengan anak anak ni, tak semestinya kita kena BERTEMPIK untuk menjadikan rancangan itu menarik..
Betul tak?
ye la..aku tahu..
Bukan mudah nak menghidup sesuatu rancangan..tapi aku rasa Pak NIL kena buat sesuatu untuk perbaiki cara pengendaliannya sebab anak aku rajin gak la nak tengok program TOM TOM BAK ( mak yong dedek tuuuu).
Aku tak nak le anak aku bertempik tempik dalam rumah cam Pak NIL pulak..

Rasa cam nak SEKEH jer pulak kannnn!

sekian

Poem From Starfall.com

Salam,

Aku TERSANGAT suka poem kanak kanak ni. Waktu aku kecik kecik dulu, masa darjah 1, 2, 3, 4, aku selalu masuk pertandingan Poem Reciting.
Dan aku selalu menang..baik lawan antara kelas mahupun antara sekolah sekolah Daerah Krian. Antara poems yang aku ingat ingat LUPA ialah A little pencil; Tip tip Toe;The Balloons; Stop, Look and Listen; Someone Came Knocking...
Hmmm..kalau lah aku boleh ingat semua wordings poems ni..InsyaAllah, aku akan ajar pada anak anak murid aku.
Malangnya aku tak ingat wordingsnya..
LAMA dah..
BERKURUN!

Yang menarik takkala membaca poems ini, aku sentiasa dilatih untuk menyebut perkataan perkataan English itu dengan sebaik mungkin oleh seorang guru..
Dan cikgu tu namanya Mrs Tan.
Itu adalah antara kenangan CUKUP bermakna buat aku, seorang anak kampung yang dok kat sekolah di SEMANGGOL tu!

Okay..
Aku ada poem yang diCILOK dari STARFALL.com..
Wordings nya cukup indah..

kalau anak anak AULAD boleh recite poem ni, cikgu pula boleh buat prop atau costume yang ada kena mengena dengannya mesti BEST!

Title: If I could touch the sky
(by NATASHA JOSEFOWITZ)

If I could touch the sky,
I would grab a star
And hanging it in my bedroom

If I could touch the sky
I would pull down the moon
And use it
To light up my room

If I could touch the sky
I would catch a cloud
And use it
For my pillow

If I could touch the sky
I would give away
All the stars that are there
To sprinle everywhere

Who would you give the stars to?

simple kan wordings nya tapi cukup indah...

sekian!

Wednesday, July 15, 2009

Ideas..PRAKTIKAL KAH IA?

Salam..

Aku tengah brain storming..seorang diri.
Bolehkah idea aku ini dizahirkan?
Bolehkah ianya dipraktikkan?
Idea ini adalah USUL untuk hari Graduasi AULAD!
Sekadar usul..mungkin diterima..mungkin ditolak..
Well..

Idea 1.

Nasyid - Binatang ( English, Melayu, Arab)
..........ini telah pun diajar saban hari di Perdana..kali ni kami lak nak CUUP bernasyid.

Gambar atau topeng sebanyak 12 binatang perlu dilukis atau dibuat.
( aku berangan nak buat baju menggambarkan binatang dan sebagainya...tapi dari segi praktikaliti..untuk salin baju budak semula kepada pakai seragam sekolah bagi mengambil sijil agak LECEH..nanti ada yang telupo bawa baju, seluar, tudung etc etc....dan dengan cikgunya yang ada SUKA PANIK PANIK....ha ha ha)


Idea 2.

Lakonan - Tajuk : Kerjasama.

Suasana di dalam kelas.
Ada guru masuk dengan kerusi meja yang TONGGANG LANGGANG.
Pensel colous berterabur. Buku buku besepah..
Anak murid pula buat donnooooo jer kat cikgu..
Anak murid lelaki siap silat silat power ranger lagi.
Anak murid pompuan pulak main sep sep sep..tom tom tom!
Ada juga yang makan makan biskut, cekelat dan tabur tabur kan bungkusan pembalut.

Cikgu bagi Salam..
Budak budak buat donno..
Bagi sekali lagi..buat donno juga.

Cikgu BAGI SALAM KUAT KUAT..
Baru ada dua tiga orang jawab..

Sekali cikgu jadi sedih..nangis HUWA HUWA..macam merajuk sikit laaa..
Ada anak muid dua oang tanya cikgu sebab musabab dia nangis.

Cikgu beitahu pasal apa dia sedih.
1) anak murid tak peduli.
2) kelas bersepah
3) murid murid asyik main jer..

sekali anak murid yang BAIK ni cakap kat kengkawan..

" Kawan kawan sekelian..kita telah buat cikgu kita dalam kesusahan. Mahukan kawan semua bantu cikgu?"

" BOLEH..!!" jawab mereka.

Dan budak tu pun nyanyi," Saya, awak dan dia juga...keluarga AULAD semuanya ..Kami tak besar dan kami tak kuat..Bila bekerjasama semua jadi MUDAH...Yeeaaaah kita AULAD!!"

Nyanyian diteruskan..

" Apa yang penting? Kerjasama ! Apa yang penting? Kerjasama!"

( tune : cam WONDERPETS la of coz)

Lepas tu anak anak tu pun tolong cikgu KOMAIH KOMAIH.
1) Kutip kutip kaler.
2) Susun buku.
3) Buang sampah dalam tong sampah.
4) Susun kerusi.

Selepas tu semua berdiri berbaris...Dan baca doa sama sama ngan cikgu. ( Doa harian untuk pulang) habis baca doa., budak budak masih dalam barisan dan beratur sorang sorang bersalaman dengan cikgu dan keluar.

TAMMAT.

Idea 3.

Divide into two groups. One being as a dog. And another one being as a cat.
A leader of each groups holds a picture of either cat or dog.

Dog : Go away, cat. Go away. I do not want you here.

Cat : Why not?

Dog : You do not look like me. I do not like you.

Cat : You look funny too. I will go away. I do not want to play with you.

Dog : Ha Ha Ha...Cat went away. That is good! Now I can have fun. I can run and play. I can do what I want.

(the dog sounds happy for a while..but after that he sounds sad and lonely)

Dog : This is funny. I can do what I want, but I am not happy.

( Then he sounds a little bit desperate..)

Dog : Where are you cat? I want you. Come here. Come here.

Cat : Why dog? Why do you want me?

Dog : I want to play with you. You do not look funny. You look like you, and I like you that way.

Cat : That is good dog. I like you too. I like to play with you.

The END.

( idea ni ciplak...setelah membaca kat starfall.com..Mungkin dialognya mudah dan sesuai untuk anak anak murid tadika)

Takat ni dulu ek..Aku dah agak letih. Nanti aku perah lagi otak aku!
Wassalam..

Magisnya Tukughou..

Salam,

Korang kena tahu magisnya tempat yang bernama TUKUGHOU a.k.a BATU KURAU ini !

APA DIA?



Kalau kena gayanya..SEMPERIT boleh didapati dalam bentuk TEMPOYAK!!
tak caya?


korang perati betul betul..
apa yang dituliskan pada balang kecil ini..

he he he

tetapi percayalah kawanku..

korang akan dapati THE FERMENTED KING OF THE FRUITS

waiting for you in
the BALANG!


ayooo..maap ye puan puan, acik dan abang kakak sekelian..


Den nak melayan TEMPOYAK dari cikgoodeen kojap!


SAMBAL YANG DILENGKAPI DENGAN TEMPOYAK..


perhatian! perhatian!
semangkok tu TAU..



dan ini setelah ianya digaul mesra..


Maap kan daku kiranya gambaran sambal dan TEMPOYAK yang di datangkan KHAS dari TUKUGHOU ni mengganggu kalian semua...

maaaaaappp.



Aku tak leh bayangkan macamana la gamaknya cikgooden bersusah payah bawa tempoyak dalam keretanya..

SURE BERKUWAP bauu..

DALAM bonet keretanya juga dilengkapi dengan seperdu DAUN PANDAN.

he he he..

Thank you so much..dapat pahala berganda especially kalau senin ngan khamis, ada orang yang rajin posa..pastu bebuka pula ngan lauk bercicah sambal tempoyak.

Pahala periiiii ooooo..

berbaloi!


sekian..




Tuesday, July 14, 2009

Tasik Pedu, Kedah


Salam,

Sewaktu suami aku dipostkan untuk bekerja di Alog Stag, Kedah merasa lah kami sekeluarga merayakan family day bersama staff tempat kerjanya di Tasik Pedu.

Waktu tu tahun 2004. Anak sudah ada tujuh orang masa tu dan Huda yang paling kecil sekali. Kami terpaksa berpindah pada bulan April 2004. Huda baru dalam linkungan 5 atau 6 bulan. Baru nak boleh merangkak.

Tasik Pedu ni terletak kira kira 45 minit-drive dari Alog Stag.
Masa aku di Alog Stag, kami menyewa kat Taman Nilam..kawasan perumahan yang baru terbina lagi sewaktu itu.
Waktu tahun 2004 itu, kakak Aisyah form one. Maryam tahun 5, Husna tahun 3, Zainab pula baru tahun 1. Bayangkan aku dah mendaftar dan bayar semua yuran persekolahan mereka di BBBangi ini termasuk si Rahmah yang baru tadika 5 tahun, tup tup dah terpaksa berpindah ke Alog Stag. Menyewa pulak tu..
Terasa begitu leceh sekali terutama sekali bila mempunyai anak anak yang terpaksa bertukar bersekolah pula. Aisyah kemudiannya masuk ke Sek Men Kebangsaan Sultanah Bahiyyah manakala anak anak yang bersekolah rendah didaftarkan oleh Pak Mertua aku ke Sekolah Kebangsaan Convent Alog Stag yang tidak berapa jauh dari rumah.
Kesulitan untuk bercuti bersama keluarga adalah apabila cuti suamiku clash dengan cuti anak anak yang bersekolah. Ada dua tiga kali anak anak aku terutamanya yang bersekolah rendah diberi amaran oleh guru besar kerana ponteng alasan kerana pergi bercuti bersama keluarga!!
Kalau tak silap aku, semasa hujung minggu kunjungan ke Tasik Pedu ini, ialah sama masanya dengan Final Night bagi Rancangan Akademi Fantasia ke 2..masa si Zahid jadi Juara tu. Sebab aku ingat anak anak aku curi curi tengok rancangan ini di bilik mereka dan ditegur oleh suamiku..
welll...
Kami bertolak pagi Sabtu secara konvoi dengan keluarga staff suami aku yang lain. Suami aku terutamanya masih kurang familiar dengan keadaan jalan di belah Utara. Lagipun kawasan yang ingin kami pergi itu agak pedalaman jadi eloklah pergi secara berkonvoi.
Setibanya kami di sana, hari masih awal tapi kami sudah boleh check in ke tempat penginapan kerana hanya kami dan beberapa kerat orang luar yang menjadi pengunjung ke MuTiara Rseort pada hujung minggu itu.
Keadaan di tasik Pedu juga sudah mula agak cetek dan kekeringan..yakni berbeza benar dengan keadaannya sewaktu mula mula ianya terbina!
Pada waktu tengahari kami di hidangkan dengan buffet yang cukup sedap. Inilah kelebihan berada di negeri negeri di Utara Malaysia. Selalunya jarang sangat makanan di hotel atau resort dapat dirasakan sesedap santapan kami pada tengahari itu.
Kerabu nya FULAMAK!
Rojak buah..aduiii meleleh..
Siap ada cendul pulut dan ABC yang begitu enak sekali.
Inilah satu perkara yang akan menjadi kenangan aku takkala di sini..
Pada sebelah petang, aku meninjau ninjau keadaan di resort itu. Ianya begitu menyedihkan . Tiga perempat dari Chalet Mewahnya telah ditutup. Sungguh sayang sekali. Mungkin keadaan di tasik Pedu yang hampir kekeringan itu menyebabkan ianya bukan lagi daya tarikan pelancong. Keadaan memang sungguh sunyi dan adakalanya agak menyeramkan terutamanya bila hampir senja..
Walaupun pemandangan begitu indah takkala senja namun suamiku cepat cepat menyuruh kami sekeluarga masuk ke tempat penginapan memandangkan suasana pinggiran hutan itu terlalu SPOOKY untuk kami yang beranak KECIL!
Sebelah malam kami hanya keluar untuk pergi makan malam di dewan makannya dan selepas itu terus pulang ke bilik. Ada di antara staff suami aku yang bujang bujang mengambil kesempatan untuk berkaroke namun ada di antara staff yang lain mengingatkan mereka akan 'KERAS'nya kawasan di tasik Pedu itu.
Pada keesokan hari, awal awal lagi aku sudah merayap keluar dari bilik untuk melihat persekitaran di situ sewaktu pagi. Memang sejuk dan segar kawasan hutan ini.
Apabila bertemu dengan beberapa keluarga staff, ada yang memberitahu mereka telah diganggu oleh SESUATU pada malam hari sehingga terpaksa tukar bilik. Kami yang telah tidur nyenyak sewaktu itu tidak menyedari perkara ini..
Alhamdulillah, keluarga kami tidak ada apa apa gangguan!
Kemudian selepas sarapan pagi yang enak, kami teruskan acara hari keluarga kami di tepi sebuah kolam renang di resort ini.
Yang paling aku perasan betapa resort ini sedang mengalami masalah ialah segala gala urusan bilik, makanan dan sebagainnya aku lihat hanyalah diuruskan oleh seorang STAFF..hinggakan dialah juga yang menjadi MC atau HOST bagi acara HARI KELUARGA kami..pun begitu dia patut dipuji kerana dapat mengendalikannya dengan cukup baik dan sempurna.
Ya la...dah kumpulan kami sahaja yang MENYEWA tempat tu WAKTU itu..
Begitulah cerita kunjungan kami sekeluarga ke Tasik Pedu, Kedah...2004.
smile...
sekian
p/s..RESORT INI telah pun tidak beroperasi sekarang...harap maklum!






Monday, July 13, 2009

Kisah canoing..

Salam,

Ada satu malam tu. Masa tu buat family day. Kat Nogori Sembilan.

Akak betul betul tak leh tidor. Ingat apasal la..sakit badan..cam nak cramp gitu.. Tangan KEBAS habis habisan. Rasa nak nangis tau! Puas akak pusing pusing.. Lari lari anak dalam bilik. Loncat loncat. Senam senaman. Buat cam aerobik pun ada..

Tapi kebas di tangan, bahu dan badan tak nak hilang hilang..Habis tu, akak bangunkan abang yang dah lama belayor dalam dengkurannya yang seakan akan motorbot sangkut ituuuu..( minta minta dia tak baca entry nih! kalau tidak merajuk nanti..) Suruh dia tolong urutkan tangan yang kebas dan bahu yang berdenyut denyut sakit!

Alah..korang pun pikirlah kan. Orang yang separuh sedar disuruh memicit badan kita yang lenguh ini....hmm.. ada kut tiga minit dah berdengkur semula!

Akak kata dalam hati, 'Serik aku macam ni..Ini lah akibatnya kalau tak WARM UP terlebih dulu'

Korang tahu apa yang akak telah lakukan disiang harinya masa tu?

Aku berKAYAK!
CANOING kalau dalam bahasa orang putih. Bukan sekejap tau!
TIGA JAM NONSTOP!!
dah la tuuu..
Tak reti nak WARM UP dulu..
Nampak canoe, terus TERKAM macam orang yang kelaparan menengok AYAM GOLEK Tijah.

Fulamak..best tau berkayak ni. Rasa macam tengah buat pelayaran keliling dunia sorang diri. Walaupun engko sebenarnya mengelilingi tasik buatan manusia!
ha ha ha

Tapi kalau aku dapat berkayak tempat yang cantik dan 'breathtaking' macam gambar bawah ni..
Maunya tak balik..

Bukan apa..
disorok dek MAMBANG AIR!!

Apa ke hal berkayak tengah tengah SENJA..


sekian..





Don't judge book by its cover, TAU!!

Salam,

Hari Ahad, selepas waktu zohor, aku dan suami bergegas ke sebuah Masjid di Cheras. Ada seorang staff tempat lama suami aku bekerja menjemput kami ke Majlis Perkahwinan anaknya. Untuk tidak menghampakannya suami aku memenuhi jemputannya itu.
Aku memang tidak mengenali staff ini kerana mungkin di tempat suami aku bekerja dahulu, dia berada di jabatan yang lain.

Selesai makan, aku dan suami ke Plaza Low Yat untuk meninjau sebuah lagi laptop. Ini adalah permintaan dari anak sulong aku yang sudah beberapa kali meminta dibelikan komputer kepadanya. Hmmmm...

Setelah ditinjau tinjau maka kami putuskan untuk membeli netbook jenama Lenovo, seperti yang aku guna sekarang tetapi ianya telah diperbaharui sedikit featurenya. Jadi namanya telah menjadi Lenovo S10-2. yang mempunyai keberatan hanya 1.1 kg sahaja. Ianya lebih nipis serta mempunyai bateri yang tahan selama 6 jam.

Harganya lebih kurang RM1550. USB yang terdapat di netbook ini ada 3 berbanding dengan USB yang terdapat pada netbook yang aku guna sekarang. Tapi aku rasa ianya mencukupi dan sekiranya anak aku perlukan USB yang lebih dia boleh tambah soket USB HUB.

Cuma seperti netbook S10, S10-2 juga tidak mempunya CD-rom untuk memainkan apa jua jenis CD. Well... itu suatu kelemahannya, aku kira. Kalau dibandingkan dengan laptop aku yang lama dan gedabak dulu, terdapat CD-rom yang membolehkan aku memainkan cakera serta menonton filem dan mendown load apa jua nasyid yang aku nak download dari CD. Tapi memandangkan rata rata sekarang kita telah menggunakan pen drive atau thumb drive serta MP3/MP4 yang mempunyai RUANG BYTES yang lebih besar maka ketiadaan CD dalam netbook ini tidaklah mendatangkan masalah!

Okay, setelah selesai urusan pembelian netbook untuk kakak maka aku pergi meninjau NIKON siri D. Memanglah aku masih lagi tidak mahu membelinya semalam tetapi tinjauan aku ke NIKON untuk bertanya tanyakan harga serta membanding bandingkan harga NIKON dengan CANON, SONY dan camera jenama lain.

Korang tau bila aku tanya D40 dan D60 berapa harga, Miss Ah Moi tu buat apa kat aku?
Dia tak de SELERA pun nak beritahu berapa harga apatah lagi nak keluarkan kamera tu dari tempatnya...
Siap cakap kat aku, "Nanti kakak tengok dalam itu INTERNET..banyak INFO!!"

Wei Ah mooooiiii aa..
Aku rasa aku tengok internet lagi lama dari ko tengok TAU!
Sebab aku dah tengok dalam internet la, aku datang meninjau harga, MANGKOOOOOKK...
Dia kata itu siri S pun harga MOLAH!

Nak keeeeennnnaaa betui amoi nih.


Aku dah ada siri S tu!
Canon pun aku dah ada!
Aku tahu lah.

TAK ke TERBAKAR hati aku?

Nasib ko lah tak nak 2 atau 3 kilo dari aku!

sekian

Sabtu penuh aktiviti!

Salam,

Lately badan aku ni rasa cepat letih.
Mungkin lama dah tak exercise..atau mungkin juga terlebih makan?
Dah tuooooo..

Sepatutnya malam tadi aku ada mesorat. Aku silap set masa kat alarm pukul lapan pagi. Mesorat 8 malam.
Tiba malam dah terlupo..lepas makan..letih teruss ..luuuuupp tidur!!

Ini pula kegiatan hari Sabtu lepas..ingat nak hapdate...dapat masuk gambar..lepas tu letih, letih dan letih..terus tak hapdate.

beginilah cerita ringkas hari Sabtu..

Pagi :

Sarapan pagi bersama Rahmah di Z n I.. lambat dah pukul 9 lebih. Terus beli roti jala dan balik rumah bagi pada anak anak lain. Hanya ada 5 orang sahaja di rumah termasuk Rahmah. Husna ada pertandingan Nasyid. jadi ketua kumpulan. Zainab kena pergi sekolah ada pengambilan kad profil Tahun 6. Terus aku juga pergi sekolah untuk beramah mesra ngan cikgunya. Menunggu giliran hampir sejam. Menyembang dengan cikgu lima minit jerr. Tak kuasa menyembang lama lama. Lagipun aku dah berjumpa dengan cikgunya sewaktu pengambilan kad profil Rahmah. Jadi tak da apa yang hendak dicakapkan lagi. Semuanya okay aku rasa..

Tengahari :

Selepas pengambilan kad profil, aku bawa Zainab untuk makan di Billion. Dia nak makan nasi ayam..Hmm aku pulak nak makan nasi masih kenyang jadi makan PECAL JAWA..tengok taugehnya, teringat si budak Nizam..ha ha ha..rasa macam tak lalu pulak. Tapi dah aku memang suka pecal Jawa maka hampir habis jugalah biarpun gambaran kacang hijau yang diternak dalam perut bermain dalam fikiran. Habis makan tengahari itu, order lagi nasi ayam untuk dibawa pulang...Ingat nak pulang terus tetapi taksah kalau tak menyinggah sebentar di pameran buku. Selamat masuk ke kantung orang, RM150 duit aku membeli dua set buku cerita jawi ( terdapat 10 buah buku) dan siri anak soleh ( terdapat 8 buah buku) serta dua Novel. 'Laskar Pelangi'adalah salah satu daripada dua novel itu.

Petang :

Jam tiga petang ada mesyuarat AULAD. Hmmm..ding dong ding dong dah pukul 5.30. Bergegas solat Asar dan menuju ke rumah adik aku di seksyen 8..ha ha ha..Yang ni best sikit la sebab ada makan makan.BBQ lagi tu..

Dapatlah kiranya anda semua melayan gambar ini...

Ayam dan daging yang sedang berada di atas tempat pembakaran LETRIK!


Di sini pula ayam, daging sosej dan sayuran dibakar menggunakan arang!
api nampak cam tak de kan ..tapi bara nya ada..


Ini DAH TERLEBIH BAKOOOR!

Featuring TUKANG BAKO..
tapi tak boleh close up depan depan..nanti dia saman AKU!

Beberapa orang anak jiran yang MALU tapi MAHU untuk joint sekali..

Kami semua ( aku dan 7 anak) stay kat rumah adik aku sehingga selepas Maghrib melainkan SUAMI aku yang tercinta. Dia sebenarnya ada tonemen..Perlawanan Badminton di wangsa Maju. Nak tahu apa yang menati kami bila balik?

Tengok lah hadiah di bawah...

TEMPAT KETIGA!! JADIIII LAHHHH..

sekian...cerita SABTU yang meletihkan!

















Saturday, July 11, 2009

Apa yang penting KERJASAMA..

Salam,
"...........APA YANG PENTING? KERJASAMA! APA YANG PENTING? KERJASAMA!
Linny, Tuck dan Ming-Ming juga..wonderpets datang membantu..
Kami tak besar dan kami tak kuat, bila bekerjasama semua jadi mudahhhh..
yeah..wonderpets!..yeahhh!"


Familiar tak dengan lirik lagu di atas.

Alaahh..... itu di antara senikata lirik lagu tema rancangan WONDERPETS yang disiarkan setiap hari jam...errr 3.00 petang diTV9. Rancangan ini telah dialihsuarakan dari rancangan asalnya yang berbahasa Inggeris. Versi bahasa Inggerisnya tak silap aku disiarkan pada waktu pagi diTV3.

Jam berapa? Aku tak tauuu... sebab pada waktu pagi, aku di sekolah..

Mungkin waktu siarannya jam 9 atau 9.30 pagi.


Cukup menarik rancangan ini terutamanya bagi kanak kanak berumur antara 2 tahun hingga PRA sekolah. Dan yang mengkagumkan, sewaktu rancangan ini mula mula diperkenalkan di TV9, anak aku yang di sekolah menengah pun sibuk memperkatakan tentangnya. LAGU TEMA ini cukup menarik sehingga sering dinyanyikan oleh kawan kawannya termasuk yang lelaki sewaktu disuruh bekerja secara berkumpulan!


Hmmm...menarikkan?


Aku pun kalau menyuruh anak anak murid aku berkerjasama sewaktu bermain dan bekerja secara berkumpulan..rancangan WONDERPETS inilah yang akan aku JUAL!!

ha ha ha...

bukan apa..

the three pets, seekor anak itik, seekor kura kura kecil dan seekor hamster atau lebih kepada guinea pig (but it's not a pig!..mind you) itu sungguh comel dan memang menawan hati anak anak muridku.


Ada seorang anak murid aku beritahu yang dia membela seekor kura kura dan menamakannya TUCK serta menganggap kura kura itu adalah salah satu dari WONDERPETS..

ha ha ha...

tapi of coz la..kura kuranya itu tak berjalan AKTIF macam kura kura dalam wonderpets yang ke sana ke mari seluruh dunia..dalam misi menyelamatkan kawan kawan!


Hebatkan cara penyediaan rancangan ini?

Bayangkan rancangan ini hanya disiarkan cuma 20 minit. Messagenya cukup simple tapi penuh beerti....'selamatkan kawan dalam kesusahan..dan bekerjasama dalam apa jua dugaan'


Hmmmmm...aku dok berkira kira, satu idea mesti diperah untuk buat satu persembahan masa Graduasi Cilik AULAD..

he he he..

an idea just POPS OUT!!


smile..

Usaha, Doa..dan tawakal

Salam,

Dalam kehidupan sehari hari, kita sering menghadapi situasi yang kadangkala sukar untuk kita buat keputusan. Kadangkala kita minta pertolongan orang lain untuk selesaikan masalah kita. Kadangkala ianya berjaya. Tapi dalam setiap urusan terutamanya yang melibatkan keputusan yang besar kita sepatutnya menjadikan Allah tempat Pengadu detik hati kita. Biarlah Allah yang membuat keputusan untuk kita!! Selepas itu tawakkal dan yakin dengan keputusan itu.

Menyentuh soal pemilihan jodoh, biarlah aku coretkan di sini keadaan silam aku sewaktu membuat pilihan.

Sebenarnya aku tidak pernah mengenali suami aku sebelum kami bertunang dan berkahwin. In fact, selama setahun perkenalan kami, aku hanya berjumpa dengannya sekali sahaja. Itupun setelah disuruh oleh ibu ibu kami berdua.

Memang jodoh ini, Allah lah Penentunya..
Alhamdulillah, kami bahagia dengan sembilan cahayamata..
Hujung tahun ini genaplah 20 tahun perkahwinan kami.
(uiikksss...lamanya..eh, apasal tak rasa macam 20 tahun pun?)

Sebenarnya, suami aku adalah menantu pertama dalam keluarga ini. Kami bernikah empat bulan lebih awal daripada kakak aku sendiri.
( Melawan tokeh...langkah bendul jugak aku ni!! ha ha ha)

Cerita bertemu jodoh ni bukanlah pilihan sebenarnya. Ianya datang dalam masa yang tidak dapat dijangka!

Ingat tak aku selalu bercerita perihal traveling? Aku merayap sampai ke Canada dalam musim panas 1988? Salah satu tempat yang aku singgah ialah Boston ( tempat di mana suami aku belajor). Tapi aku tak JUMPA dia pun waktu ni. Aku jumpa seorang bekas roomate aku yang pernah belajor TOEFL di Shah Alam. Kawan satu universiti dengan suami aku la..

Sewaktu menyinggah di Boston, memang bekas roomate aku ni lah yang bawa kami ronda ronda Bandar Boston. Pergi jalan jalan kat University Harvard, ronda Down Town Boston, tengok laut dan tempat tempat bersejarah. (Boston is an old city..one of the oldest cities in the USA)

Dipendekkan story, sewaktu aku bermalam di rumah kawan aku inilah, seorang kakak telah TERBEKENAN dengan aku.ha ha ha..apa yang dia tertarik dengan aku... WALLAHUALAM. Dia tertarik dengan aku untuk dimatchkan dengan seorang pemuda ( adik angkat dia ka apa ka..) yang sebaya dengan aku juga. Jejaka yang berupakan adik angkatnya tu telah berpesan pesan padanya suruh carikan pasangan buatnya. (...pada kemudian hari aku tanya suami aku..dia sebenarnya pun tak berapa reti nak cari pasangan ni..lagipun sibuk tumpukan masa untuk belajor..)

ha ha ha..

Aku punya la nak tergelak sewaktu kakak tu tanya aku..sebab waktu tu pun aku tak la consider secara serius bab jodoh ini lagi!

Pening juga mikirkannnya.WAKTU TU LAAA..

Bila aku tiba di Chicago (setelah balik dari jenjalan tu)aku tak lah mengambil serius perkara ini lagi sehinggalah suatu hari kakak itu ( namanya Kak zah) menelefon aku sekali lagi dari Boston supaya consider proposal dia tu.
UIKKSS..serius tau!

Aku pulak tanya pada senior senior aku yang di Chicago. Kakak kakak yang tengah dok buat MASTERS in Computer Science. Kakak tu suruh aku fikir sendiri.

"Kalau bab jodoh ni kena solat istikharah.." kata mereka.

At the same time, ada seorang lagi kawan aku (agak baik juga sebab dia ni dah kenal dengan aku semenjak di Shah Alam lagi ) dok sibuk menelefon aku. Ni kawan lelaki la ni..Leceh betui si Pakcik sorang ni. Apasal pulak la dia dok kerap menelefon aku!! He just telefon tapi tak dak kata apa sehinggalah pada suatu hari dia berterus terang..

KUANG KUANG KUANG!!
HADOIIIIHHHHHHHHHH..

Nak menjadi lebih complicated dan serabut perut lagi, seorang senior kat Chicago yang berada dalam tahun akhirnya juga sibuk la dok BUAT BAIK DENGAN AKU!!
( haiyaaaaa..buat baik berpada pada ke atau buat baik ada makna?)
Situasi ni almost at the same time..tak ka PENING kepala aku memikirkannya. Dah la aku dok serabut perut tengah belajark..KACAU sungguh kan?

Sebelum ni memang le aku ada berkenan kat orang..tapi SEMUANYA HABURK PUN TARAK..Orang kata tepuk satu jari jer..mana nak ada bunyi. Bawa diri la aku sorang sorang.
Sekali bila mai pula kes macam ni, aku pulak yang gabrah tak ketahuan hala.

Depa tiga tiga ni :-
1) suami aku
2) kawan lama kat Shah Alam tu
3) senior aku kat Chicago

....graduate pada masa yang agak sama...jadi aku rasa depa ni mula consider untuk mencari pasangan. Biasalah kan..sebelum ni lebih tumpukan perhatian untuk belajor.
Bila dah berada dalam situasi begini, aku pula kena nilai..

Nak tolak semua, sat lagi kut tak bertemu jodoh pula kemudia hari..
nak pilih pulak, yang mana satu yang paling sesuai???

Mula mula aku tolak senior aku tu..sebab musababnya aku perhatikan sikap dia terhadap waktu solat. Macam ada sikit cilok sana sini..Bab education, aku tak kisah sangat sebab semua sama level dan senior ni juga budak engine. Bila dah dok satu universiti, kita lebih senang tahu pe'el depa..jadi kita boleh fikir sendiri.

Yang susah ialah dua orang yang sebaya dengan aku ni.
1) suami aku ( yang sewaktu itu aku langsung tak kenal)
2) kawan aku yang dikenali sewaktu di Shah Alam. ( belajar di Michigan)

Both considered calon yang baik. In fact, memang aku DOK tunggu juga la budak yang aku kenal semenjak di Shah Alam tu..ha ha ha... tapi sebelum tu macam ta de apa apa jadi aku takut aku pulak terharap harap! Malas la kan..( takkan aku pula nak bertanya dia kannnn?..awak suka saya ke?? OIII..ni zaman aku la! bukan zaman budak la ni. kalau dia kata TAK PUN..kat mana aku nak sorok muka??)

Sewaktu suami aku buka mulut telefon aku, aku try contact kawan aku ni. Nak tanya dia terus terang. Mulanya dia macam tak ambik serius...
Pastu dah aku betui betui Istikharah dan pilih suami aku sekarang ni, sibuk lak dia telefon aku suruh consider dia.
Aku tak faham kawan aku tuuuu...jadi aku stick dengan keputusan aku biarpun aku tak kenal suami aku tapi aku nampak dia lebih jitu dalam decision making.
(gamaknya orang yang ambik bisnes memang cam gitu kut!!)

Letih kan bab nak pilih jodoh ni??...

Alhamdulillah..biarpun lelaki yang aku terima sebagai pasangan hidup ni bercinta dengan aku selepas berkahwin tapi aku rasa dialah penghibur dan peneman aku seolah sudah kenal dengan aku semenjak sekian LAMAAAAA sebelum ini.

.....jodoh.

p/s
Awal perkahwinan dulu pun
ramai cakap muka kami hampir hampir sama!
ISHHH...

sekian...

Friday, July 10, 2009

Kalau aku boh gambar 'DAK' tu nak cekik aku tak?

Salam,
Agak agak le kan..
Kalau aku boh gambar adik aku yang aku masih single tu kat sini, dia nak cekik aku tak?

Takut juga dia merajuk 5 tahun dengan aku kang!
ha ha ha..

sekian

Soal jodoh..

Salam,

Aku sebenarnya tak nak peningkan kepala aku..
Tapi bila dapat sms dari adik aku, si Budin.
Rasa terpaksa pening pening gak la..

"Our sis tu worry sangat level of education!
Orang tu SPM...
..tapi Ustaz sekolah anak si polan polan yang dikenali"

Cam tu lah lebih kurang maksud sms yang aku terima.

Aku faham kenapa adik pompuan aku yang dimaksudkannya itu merasa susah hati untuk menerima..

Adik pompuan aku ni TENGAH further study.
Buat Master in Biotech...memang la dia inginkan lelaki yang soleh sebagai peneman hidup.
Tapi dalam masa yang sama dia nak yang SEKUFU la juga.

Aku tak mau kata apa apa..tapi aku teringat time kak aku dulu!
Mungkin adik adik yang lain tak tau peristiwa ini.
Depa mana nak pi tau..semua kecik kecik lagi!
dan ada yang tak lahir lagi.

Dulu waktu kak aku tengah dok study Medik kat UM, ada sorang kawan dia nak matchkan dengan abangnya. Abangnya ini kira bagus la dari segi akhlak...tapi dia kerja Technician.
Satu malam, ( sewaktu itu aku pulak tengah semester break maka aku ada la kat kampung), entah macamana..kakak aku telefon mak kata ada orang nak mai masuk meminang.
Orangnya sekian sekian..begini begini..

Bayangkan waktu tu aku ada kat rumah dan memasang telinga serta melihat reaksi dari muka ayah aku. Ayah aku ni sebenarnya jenis Happy-Go-Lucky..tapi malam tu muka ayah cukup serius dan malam tu juga ayah naik keretapi pi KL jumpa kak aku!
Warning :Kut nak cari sendiri, kami kena cari pasangan yang at least same level of education. SEKUFU! ( especially time ayah masih around!). Bab miskin atau kaya tu ayah tak berapa kisah..tapi bab education memang selalu diperingatkan...

Bila ayah balik dari KL, aku kena syarah lagi panjang..
( leceh kan..bila orang lain punya pasai..kita pulak yang kena tempias!!ha ha ha )

So untuk sedara sepusat sepusing aku..
weii....
Korang pikir ahh sendiri!
Dan buat yang empunya diri, buatlah solat Istikharah..
Have faith in qada' and qadar Allah.
Kalau rasa berat nak terima, tak payah lagi!
Kalau rasa suka, terima jer lah..
mana tau kut orang tu pun datang semangat nak further study cam kita gak.
Who knows??!!

.......................jodoh ni kalau ada, datangnya nanti cam TAK NYEMPAT NYEMPAT!

Tengoklah contoh contoh yang ada sebelum sebelum ni.

sekian