Salam, adalah sukar untuk aku menulis sesuatu keperitan yang dialami oleh seorang rakan yang jauh. Secara jujur, aku sebenarnya tidak mengenali 'Datin' atau nama sebenarnya Dalilah Tamrin secara personal. Walaupun sebaya dan pernah berada di Shah Alam di tempat pengajian yang sama suatu ketika dulu namun disebabkan oleh kesibukan hal masing masing maka aku tidak pernah kenal dengan 'Datin'.
Nama 'datin' bukanlah asing kerana sering disebut sebut oleh rakan serumahku, Rosmah and company. Namun aku tak pernah kenal dirinya atau bergaul mesra dengannya.
Pun begitu, apabila aku terbaca articlenya sewaktu aku melayari blog seorang teman yang juga agak asing, Mr Mazle's blog, aku mendapat link untuk melayari pula ke blog 'datin'...maka sudah semestinya perasaan terharu singgah dan menyelubungi diri ini.
Kanser payudara umpama jerangkap samar yang tersembunyi menunggu meragut mangsa. Namun bagi 'Datin' untuk bangun dan terus memerangi sesuatu yang berada dalam keadaan tersembunyi dan samar adalah suatu perkara yang memerlukan kekuatan mental, kejituan sokongan dan kasihsayang yang tidak berbelah bagi dari semua pihak di sekelilingnya.
Dan aku kagum untuk itu. ..
Aku kagum kepada kasih sayang ibunya yang tidak berbelah bahagi, mengharapkan anak sembuh kembali.
Aku kagum terhadap cinta seorang suami yang menunggu isteri untuk sembuh dan bangun anggun seperti sediakala.
Aku kagum dengan anak anak yang mengharap ibunda mereka bangun untuk bersama ceria bercerita bersama.
'Datin', anda bertuah kerana mereka semua menyayangimu..dan InsyaAllah aku mendoakan agar Allah sentiasa memberkati dirimu..semoga anda diberi kekuatan dariNya.
'Datin', ingatlah,anda sebenarnya telah memberi suatu kekuatan yang bermakna buat mereka yang berada di sekelilingmu.
..........salam dari seorang teman yang asing..
No comments:
Post a Comment