Tuesday, August 26, 2008

Kenapa? Tak percaya ke..??

Dalam cuti sekolah ni, aku ada pergi ke rumah seorang kawan di Senawang. Pada masa yang sama, kebetulan pula datang sepasang suami isteri kepada kawanku ini ke rumah mereka. Maka berkenal kenalanlah aku suami isteri dengan sepasang kawan yang hadir tadi.
Sembang punya sembang, entah bagaimana bila bertanyakan pasal pekerjaan maka aku pun memberitahu aku ni mengajar..bukan cikgu sekolah menengah, bukan juga cikgu sekolah rendah tetapi cikgu tadika..sekadarnya. Aku agaklah, oleh kerana memandangkan usiaku yang lebih 'dewasa' sikit dari yang empunyai diri maka kenalan baru aku tadi pun bertanya apakah aku tuan empunya tadika tadi.
Maka dengan selamba aku menjawab " Tak, saya sekadar pekerja."
Lalu bertanyalah sikenalan aku tadi " Tak teringin ke nak own sendiri ?."
Maka aku jawab," Ntahlah..kalau memandangkan banyaknya kerja yang terpaksa dilakukan di tadika, errr..tak da la rasanya nak buka sendiri."
Lagipun kataku "Kena kuat semangat kalau nak own sendiri tadika.Dan saya takut saya tak daya."
Nak buat sesuatu kena teruskan..Berpatah arang, berkerat rotan.
Maka kenalan aku tadi pun berceritalah yang dia memang teringin nak buka tadika sendiri. Dia dah pun berkursus dengan Persatuan pengusaha Tadika2 Malaysia. Dia pun bercerita begitu begini kepada aku. Aku pun sekadar mendengar. Maka entah bagaimana dia bertanya pada aku apakah menjadi guru tadika ini pilihan aku. Aku pun menjawab..entahlah. Kebetulan kut.. Selama ini pun aku hanyalah sekadar seorang suri rumah tangga yang menguruskan anak anak saja.Cumanya aku pernah menjadi guru tuisyen English dan Matematik yang mengajar secara personal. Aku juga pernah menjadi guru fardhu Ain di sebuah surau di Wangsa Maju tetapi aku lakukan kebanyakkannya secara sukarela. Kebetulan aku berkelapangan maka aku isikanlah masa aku itu dengan mengajar. Aku juga biasa mengajar sewaktu aku di USA lagi. Mengajar Al-Quran pada anak anak kecil. Anak anak orang Pakistan dan Iran. Kenalan aku tadi terkejut bila dia mendapat tahu aku pernah ke luar negara. Disangkakan aku mengikut suami. Tak..aku pergi sebagai seorang pelajar. Dia hairan sebab aku tak teruskan karier aku dalam bidang yang aku belajar..Entahlah aku kata.."Mungkin sepatutnya saya ni pilih bidang Early Children Education kut..dan bukannya bidang Engineering." kataku..
Aahh..sebenarnya cita citaku dulu ialah untuk menjadi pensyarah universiti. Ironinya..aku sekadar menjadi guru kecil kepada rata ratanya anak anak pensyarah. Apa pun aku rasa setiap manusia telah ditentukan rezeki mengikut aturan dan ketentuan Allah. Kita merancang. Allah juga ada rancanganNya. Apalah sangat rancangan dan planning kita tu jika dibandingkan dengan perancangan dan ketentuan Allah.
So kenapanya la nak susah susahkan diri memikirkan nye ye...Well...

2 comments:

Gurindam Jiwa said...

Dok rumah tu pun career jugak. Cuma tak de EPF je.

Lagu susah ade la kerja rumah tu...

ASH said...

smile..

ada orang 'memandang' bila ada title Dr atau Prof atau Ir atau apa apa kat depan nama kita tu..

Kalau cakap seorang suri rumah, dikatakan sekadar berleter jer..

Tapi kalau yang bercakap tu ada Prof ke, atau Dr ke atau Ir ke kat depan nama dia, berleter pun tak dikatakan berleter..