Tuesday, August 05, 2008

kelahiran anak 1

Anak adalah anugerah Allah. Menunggu untuk mendapat anak pertama adalah saat saat bahagia dan cemas bagi pasangan yang baru pertama kali ingin menimang cahaya mata.

Aku dan suami pun begitu dulu..tentunya saat saat cemas dan bagaimana melahirkan anak akan diingati oleh mana mana wanita yang pertama kali melahirkan..

Anak pertama aku dilahirkan di hospital Besar, Ipoh dalam tahun 1991.

Waktu itu tiada lagi bilik bilik yang mana pihak suami boleh masuk bersama menyambut ketibaan anak sulong. Aku lahirkan anak pertama di Ipoh kerana ibu mertuaku akan menjaga aku selepas bersalin..

Kami balik menaiki keretapi waktu dua minggu sebelum tarikh jangka kelahiran..Aku ingat lagi..naik keretapi malam. ..

1) sebab suami aku tak berkereta lagi masa tu.
2) aku tak tahan naik bas sebab masa tu masih tiada lagi highway plus.

Tapi yang menariknya malam tu aku tak boleh tidur nyenyak...Orang mengandung yang sarat, naik keretapi..Hmmm perut bergoyang macam rasa nak keluar baby..

Keesokkanya aku rasa sakit macam nak bersalin..Masuk wad sehari semalam, lepas tu keluar balik..
FALSE ALARM..
Yang suami aku dah excited tak sabar nak menunggu ketibaan orang baru...
kehampaan..

Selepas tu suami aku balik semula ke rumah sewa kami di Kampung Padang Balang, Sentul untuk bekerja semula.

Hari Jumaat dalam minggu depannya pula, aku mula sakit subuh subuh hari lagi..tetapi oleh kerana untuk mengelakkan daripada "False ALARM" lagi, maka aku tangguh tangguhkan dulu ke hospital..takut takut 'dikerjakan' oleh doktor.

Setelah maghrib, maka terasa benar sakit hendak bersalin aku maka jiran sebelah mertua kau pun sudah bersiap sedia untuk membawa aku ke hospital Ipoh.

Setibanya aku di hospital Ipoh, aku diberi suntikan tahan sakit dan dipecahkan air ketuban serta di suruh rehat di katil 'standby' luar daripada labor room.

Kengerian dan kebimbangan aku untuk melahirkan anak pertama tak dapat diceritakan tetapi oleh kerana mengantuk dan letih kerana seharian aku menahan sakit maka aku terlelap sebentar di katil 'standbye' ditemani oleh seorang lagi mama China yang sedang sakit nak bersalin juga.

Aku terlelap sehinggalah tiba tiba sahaja terasa kepala baby aku dah nak keluar pada laluan pintu maka terus aku tersedar dan menjerit memanggil nurse..Kelam kabut aku di buatnya..tetapi nurse dan mak bidan yang dah profesional dalam kerja mereka senang saja menenangkan aku dan menyuruh aku tarik nafas panjang, menahan dan push bila tiba waktunya...

Alhamdulillah...semuanya selamat...dan aku tersenyum dalam tangisan anakku yang pertama..lahir Jumaat 8hb Februari 1991, jam 10:50, kini sudah 17 tahun...

No comments: