Cuti sekolah masih lagi bersisa.
Masih tidak berkesempatan untuk ke mana mana?
Kalau mampu, merayap lah hingga ke utara.
Bukan semua boleh ke luar negara.
Di Malaysia pun tak kurang cerianya..
Langkawi, destinasi kami semasa cuti.
Walaupun tak semua anak ada di sisi.
Tapi cukup letih ke sana dan ke mari.
Membawa angkatan putera dan puteri.
Menginap di hotel yang bernama Fave
Walaupun sebelah bendang dan takder 'wave'
Not bad, bilik biasa biasa, harga tak bencana
Keluarga besar macam kami, kena tempah dua
pandangan dari bilikku...mengintai bapak budak dan anak anak di kolam
Harap tak jemu tengok muka mereka berdua...bersenda senda
sekali sekala kena letakkan gambar anak anak bonda
rindu pada anak yang kedua...
yang telah pun dihantar ke tempat studinya
( lokasi : ruang makan hotel )
p/s
Hotel Fave terletak di Pantai Tengah, Langkawi dan tidak jauh dari Pantai Chenang
Di sebelah hotel ini ada tempat makan. Boleh makan malam di situ.
Dan di seberang jalan berhadapan hotel, ada gerai yang menjual sarapan pagi.
Kuih muih sarapan pagi di gerai itu sedap sedap belaka.
sekian
2 comments:
Hotel Fave. Hotel baru kan? Bln January hari tu pegi, ada nmpk hotel ni. Nmpk baru & cantik.
Langkawi best. Pegi bnyk kali pun tak boring.
yup..hotel tu baru setahun...
hmm entah la..
dulu langkawi tak sesak..
sekarang macam dah ramai...serupo feringgi le pulok!
Post a Comment