Assalamualaikum,
Hidup ini menggiling beribu musim
mencanai sejuta warna
merencah seaneka rasa
kadang pahit yang ditelan
ada manis yang sekadar
tak kurang masam yang mencuka
masin yang seadanya
itu biasa...
tanpa rasa pahit, manis, masam, masin
hidup akan hambar
tiada perisa
tiada juga kehebatan jiwa
mana hebat mu?
lesu dan pucat kekeringan..?
bukan kah kerana musim akan tergulung zaman?
dan ada nyawa hidup pada embun pagi?
bangkit...
jangan terus layu
kerana embun pagi akan memberi nafas baru
meresap ke akar
dan pohon akan terus hidup menjalar
dan Allah Maha Mengetahui..
QudratNya menghidupkan
setiap jiwa...
sekian
p/s
apa pasai la aku terlalu bersajak cuti cuti ni...
adehhhh...
jiwooo sungguh!
hehe
2 comments:
...tapi orang masih kaitkan kehidupan dgn 2 rasa je... masam dan masin... (asam garam kehidupan)
Nizam,
ada gakk aihhh...
'masam masam manis ' cerita P.RAMLEE
Post a Comment