Wednesday, September 12, 2012

Mak Senah gelang besar..

Assalamualaikum,


" Depa masak apa? " mak Senah jengok jengok dalam periuk.

Mak Senah ( bukan nama sebenar ) nampak gulai ikan baung masak tempoyak.
Mak Senah buat memek muka tak lalu.
Kening mak Senah sengaja diangkat angkat.
Dahi mak Senah berkerut kerut.
Hidung mak Senah sengaja dikembang kempiskan.

" Kami tak makan ikan darat " mak Senah cakap pada makcik Piah.

Kami tak suruh makan aihhhh.. aku cakap dalam hati.
Teruk betui aku.

Mak Senah tak perasan aku perhatikan dia.
Aku dan teropong aku.
Hahaha..

Mak Senah memang selalu tak perasan aku.

Dan ada sekali semasa dia makan setalam dengan aku, dia tak kenal anak tuan rumah.
Hahaha...mujur aku pandai menyamar.
Tetapi orang yang bersama sama dengannya kenal aku.
Tahu aku siapa.
Mereka hanya diam dan mendengar segala cakap cakapnya.
Dan reaksi aku sewaktu itu?
Hmmm..... ada juga rasa rasa macam nak tenyeh mulutnya ngan cili padi dari pokok mak.
hahahahaha..

Setiap kali kenduri, mak mesti jemput mak Senah.
Dan setiap kali itulah mak Senah akan jadi tukang komen itu ini, begitu begini.
Pengkritik TETAP.
Kadang kadang aku pun hairan.

Dia ni tak reti penat ka? kata aku dalam hati

Mak Senah mesti akan komen tentang makanan.
Sedap ka, elok ka, tersusun ka.
Mak Senah akan sibuk nak masuk bilik pengantin.
Katil pengantin.
Almari pengantin.
Langsir bilik pengantin.
Serba serbi nak ditahunya.

Mak Senah akan sibuk nak tengok baju pengantin.
Mak Senah akan sibuk nak tengok barang kemas pengantin.
Hantaran pengantin..
Mas kahwin pengantin akan ditanya tanya.

haihh...pendek kata mak Senah akan jadi seperti pemberita antarabangsa.
Walhal...mak Senah hanya 'pemberita dapur tingkap'..hehehe..
*jenguk tingkap dapur untuk sebarkan berita*

hai mak Senah...jadi jadilah mak Senah ooii..

Aku yang semenjak remaja lagi mendengar pot pet pot pet mu, wahai mak Senah.
Mak Senah lagi la dah semakin tuo.

Letih ooo.

Dan kalau mak Senah tak makan ikan baung masak tempoyak, maaf la ye.
KAMI SEMUA SUKA!!





Hmmm... sedap ikan baung kami yang dimasak asam tempoyak.
Kami pun masak ni untuk sedara mara kami yang amat menyukainya.
Seronok betul bila kami dapat membasuh dan menyucinya bersama sama.



.......dan kalau mak Senah tak makan ikan darat, tu kami ada hidangkan sup daging untuk lauk mak Senah.

Apa?!!
Mak senah tak der gigi nak kunyah daging?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

hihihihihihi nasib lerr.

sekian


3 comments:

Nizam.Ariff said...

mana dapat ikan baung banyak2?

baung belaan sangkar ke?

ASH said...

entah..
gamaknya...
my elder sister yang order...
50 kilo!
dah siap bersiang...kami cuci jer

ASH said...

I know I shouldn't write such entry...but sometimes this is the only way to release tension....

Cerita di atas hanyalah gabungan realiti dan fantasi penulis.