Assalamualaikum,
dia punya kengerian
ketakutan yang tiada berpenghujung
juga
kegusaran yang tiada bersebab
seandai
itu dan ini
begitu dan begini
mungkin
masa terluangnya tidak terisi
mindanya menari nari
dan imajinasinya mengherdik hati
lantas
jiwanya terasa dihimpit dan tersepit
oleh kengerian yang menghantui
bayang bayang hitam seakan menyeringai
dengan gigi gigi penuh darah
tewas dalam pertarungan ilusi
aahhh..
punah satu ikatan
kerana dendam yang tidak berkesudahan
musnah satu persahabatan
atas nama kebencian yang berlahar
membuak buak dan bernanar
bilakah masanya hati akan berseri
putih dan jernih
bagai air mutlak yang mengalir??
sekian
2 comments:
waduh...waduh...bukan retak menunggu belah lagi ni. Sudah pecah berderai, barai...
drsam,
buat cam no..
tapi..
hidup perlu diteruskan
Post a Comment