Friday, September 28, 2012

Alahan

Assalamualaikum,

dia punya kengerian
ketakutan yang tiada berpenghujung
juga
kegusaran yang tiada bersebab

seandai
itu dan ini
begitu dan begini

mungkin
masa terluangnya tidak terisi
mindanya menari nari
dan imajinasinya mengherdik hati

lantas
jiwanya terasa dihimpit dan tersepit
oleh kengerian yang menghantui
bayang bayang hitam seakan  menyeringai
dengan gigi gigi penuh darah
tewas dalam pertarungan ilusi

aahhh..

punah satu ikatan
kerana dendam yang tidak berkesudahan
musnah satu persahabatan
atas nama kebencian yang berlahar
membuak buak dan bernanar

bilakah masanya hati akan berseri
putih dan jernih
bagai air mutlak yang mengalir??




sekian



Thursday, September 27, 2012

tentang kawan..

Assalamualaikum,

terlalu banyak cerita yang perlu dicatat
terlalu banyak perkara yang berlaku..
tak tahu yang mana satu perlu didahulukan.
.
.
.
kisah suka duka yang terpendam sekian lama
kisah perit jerih dan derita
namun siapa yang simpati?
.
.
.
kisah dendam kesumat yang tidak berkesudahan
kisah benci yang terpahat mendalam
namun mestikah ianya di hamburkan?

bagaimana bisa aku mengukir huruf dan perkataan
mengatur ayat dan kalimat
sukar..
kerana aku hanya seorang pendengar, pemerhati
satu luahan rasa
.
.
.
jangan kawan,
kamu matikan aku
hilangkan aku dalam rangkaian sahabatmu
kerana aku rindukan ikatan kita


sekian

Thursday, September 13, 2012

Tak tumbang..

Assalamualaikum,

Dari berfikir tentang kata nista orang terhadap kita, lebih baik kita salurkan tenaga kita pada tempat yang mendamaikan jiwa.

Kita boleh memikirkan tentang kekuasaan Allah.
Kita boleh melihat tanda tanda kebesaranNya

Dan kata nista orang lain itu sebenarnya tidak menumbangkan kita....walau sehelai bulu roma pun....

hehehe..


Alangkah damainya suasana di waktu pagi di kampungku.
Kicauan burung lebih membuka minda. Melapangkan dada.


Silauan mentari mungkin mengilukan mata pabila muncul menyapa dari celahan awan.
Namun lebih baik dari silauan kata kata yang diucapkan dari lidah yang tak bertulang.


Hmm...mungkin bunga bungaan ini tidak semerbak buahnya namun cukup indah dipandang mata.


Haruman yang datang dari bunga yang kecil molek putih berseri ini berjaya memukau dan menarik aku.
Ya...biarpun kecil namun dikau berupaya mengeluarkan aroma yang menambat kalbu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
dan aku berupaya mempelajari sesuatu!!


sekian

Wednesday, September 12, 2012

Mak Senah gelang besar..

Assalamualaikum,


" Depa masak apa? " mak Senah jengok jengok dalam periuk.

Mak Senah ( bukan nama sebenar ) nampak gulai ikan baung masak tempoyak.
Mak Senah buat memek muka tak lalu.
Kening mak Senah sengaja diangkat angkat.
Dahi mak Senah berkerut kerut.
Hidung mak Senah sengaja dikembang kempiskan.

" Kami tak makan ikan darat " mak Senah cakap pada makcik Piah.

Kami tak suruh makan aihhhh.. aku cakap dalam hati.
Teruk betui aku.

Mak Senah tak perasan aku perhatikan dia.
Aku dan teropong aku.
Hahaha..

Mak Senah memang selalu tak perasan aku.

Dan ada sekali semasa dia makan setalam dengan aku, dia tak kenal anak tuan rumah.
Hahaha...mujur aku pandai menyamar.
Tetapi orang yang bersama sama dengannya kenal aku.
Tahu aku siapa.
Mereka hanya diam dan mendengar segala cakap cakapnya.
Dan reaksi aku sewaktu itu?
Hmmm..... ada juga rasa rasa macam nak tenyeh mulutnya ngan cili padi dari pokok mak.
hahahahaha..

Setiap kali kenduri, mak mesti jemput mak Senah.
Dan setiap kali itulah mak Senah akan jadi tukang komen itu ini, begitu begini.
Pengkritik TETAP.
Kadang kadang aku pun hairan.

Dia ni tak reti penat ka? kata aku dalam hati

Mak Senah mesti akan komen tentang makanan.
Sedap ka, elok ka, tersusun ka.
Mak Senah akan sibuk nak masuk bilik pengantin.
Katil pengantin.
Almari pengantin.
Langsir bilik pengantin.
Serba serbi nak ditahunya.

Mak Senah akan sibuk nak tengok baju pengantin.
Mak Senah akan sibuk nak tengok barang kemas pengantin.
Hantaran pengantin..
Mas kahwin pengantin akan ditanya tanya.

haihh...pendek kata mak Senah akan jadi seperti pemberita antarabangsa.
Walhal...mak Senah hanya 'pemberita dapur tingkap'..hehehe..
*jenguk tingkap dapur untuk sebarkan berita*

hai mak Senah...jadi jadilah mak Senah ooii..

Aku yang semenjak remaja lagi mendengar pot pet pot pet mu, wahai mak Senah.
Mak Senah lagi la dah semakin tuo.

Letih ooo.

Dan kalau mak Senah tak makan ikan baung masak tempoyak, maaf la ye.
KAMI SEMUA SUKA!!





Hmmm... sedap ikan baung kami yang dimasak asam tempoyak.
Kami pun masak ni untuk sedara mara kami yang amat menyukainya.
Seronok betul bila kami dapat membasuh dan menyucinya bersama sama.



.......dan kalau mak Senah tak makan ikan darat, tu kami ada hidangkan sup daging untuk lauk mak Senah.

Apa?!!
Mak senah tak der gigi nak kunyah daging?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

hihihihihihi nasib lerr.

sekian


Monday, September 10, 2012

pok pek pok pek..

Assalamualaikum,

Letih aaa..
.
.
.
pok pek pok pek
.
.
.
masa pergi dan balik rumah orang, tolong jangan bicara pasal rumah orang, langsir orang, sofa orang, dapur orang, kereta orang, kuih orang, BOLEH TAK?
.
.
.
letih aaaa...

.
.
.
pok pek pok pek

tak habis habis!

ZIARAH BUKAN DISURUH TINJAU ISI KANDUNGAN RUMAH ORANG!

Ziarah ialah kunjungan bertanya khabar, memenuhi undangan dan mejalinkan silaturahim sesama MANUSIA!
Bukan disuruh buat tinjauan dan laporan hal hal dalam rumahtangga orang.


...harap maklum!

p/s sangat MUAK.


sekian