Salam,
Waktu aku dalam tingkatan satu dan dua kat sekolah Sains Peghelih dulu, ada seorang kawan dari Sabah yang rapat dengan aku. Orangnya cukup pemalu. Suara dia kalau bercakap susah nak di dengari sebab terlampau perlahan. Aku pun kadang kadang naik rimas sebab bercakap dengan dia macam orang berbisik. Kalau kat kelas susah benar lah nak dengark suara. Kadang kadang orang yang hingar bingar macam aku ni, naik heran macamana kawan aku yang seorang ni boleh hidup tanpa bercakap dan kalau bercakap pula terlampau perlahan.
Dulu ni, cikgu cikgu kat kelas aku selalu kata dia ni bisu. Kesian kat dia...Tambah tambah cikgu Matematik aku yang garang tu. Kawan Sabahan aku tu tak bisu cuma dia terlampau pemalu. Kalau dengan orang yang dia tak kenali, dia tak akan bercakap. Kalau dengan budak lelaki, lagi la..jauh panggang dari api. Dia tak akan buka mulut. Kalau kena sapa dengan budak lelaki, dia akan tunduk merekot dan akan blushing habis. Tapi si Baiti (nama kawan aku ni) rapat juga dengan aku terutamanya sewaktu kami di dalam tingkatan dua.
Dalam bisik bisik dia tu, rupa rupanya si Baiti ni suka menyanyi. Cumanya disebabkan pelat dan loghat Sabah dia yang agak pekat, Baiti jadi rendah diri untuk bersembang sembang dengan orang yang dia tak biasa. Tapi bila mai tang menyanyi, kawan aku ni berminat juga. Kadang kadang aku dan dia akan cari senikata lagu yang kami berdua tahu dan kami sama sama akan menyanyi, tak kiralah samada sumbang mambang atau tidak. Antara lagu omputih yang Baiti ni suka nyanyi dulu ialah For Your Eyes Only, lagu tema Filem Jebon..oooppss, James Bond. Hah! Tak sangka aku dan dia boleh menyanyikan lagu ni walaupun sumbang mambang dan dalam keadaan berbisik bisik.
Si peminat seni lagu ini dalam diam rupa rupanya suka mendengar aku mengaji juga. Selalu juga dia mengekori aku ke kelas mengaji yang diadakan oleh persatuan Agama Islam sekolah untuk pelajar Tingkatan 1 dan 2 pada pagi Jumaat. Dia selalu mengekori aku untuk mendengar aku mengaji . Kawan aku ni bukanlah beragama Islam jadi kadang kadang aku pun naik hairan juga.
Setelah sekelian lama, akhirnya dengan tak disangka sangka kawan pencinta seni ini melafazkan kalimah syahadah. Terkejut aku! Tak sangka rupa rupanya Allah telah mengkurniakan hidayah melalui kecintaannya pada senilagu Al-Quran. Selepas dia melafazkan syahadah, kawan aku ini terus sama sama mengikuti kelas mengaji al-Quran setiap pagi Jumaat. Kali ini dia tidak sekadar lagi menjadi pendengar sebaliknya menjadi penuntut yang sama sama belajar membaca Al Quran. Alhamdulillah..
Bila terkenangkan dirinya, aku berharap dia masih kekal dalam Islam kerana dia pernah memberitahu aku bahwasanya bukan dia seorang dalam keluarganya yang memeluk Islam. Kakak dan abangnya turut masuk Islam..
wallahualam.
p/s Kami terpisah kerana Baiti tidak lagi dapat menyambung pelajarannya di Sains Peghelih. Sewaktu dalam tingkatan 3, dia dihantar oleh kementerian ke sekolah harian berasrama di Sg Petani.
No comments:
Post a Comment