Tuesday, October 28, 2008

Di penghujung Syawal ini..

Salam,

Ish open house lagi? Dah hujung hujung Syawal dah ni.
Eh..Sakan beraya budak budak ni.

Oh ye..hari Sabtu kelmarin, rumah aku kena serbu ngan budak budak form three kelas anak anak aku.

Maka tumbang la dua ekor ayam. Satu masuk dalam oven dibakar menjadi ayam panggang bermadu lemon, bersos cili masam masam manis. Satu lagi menjadi ayam goreng bersalut tepung. Dikuti seterusnya oleh kuetiaw goreng sebanyak 4 bungkus naik ke kuali. Berikutnya adalah mee goreng sebanyak 3 bungkus. Nasi ditanak seperiuk. Timun dan tomato bertukar menjadi salad Arab.( menu ni senang sebab kat USA dulu aku dah main campak campak ngan mak mak Arab kat sana). Dadih telah siap siaga pada malamnya sebanyak 50 bekas..Kek coklat telah ditempah bersempena dengan birthday Huda 24th Oktober, Jumaat tu. Dua bungkus nugget pula untuk standby. Air?? Cocktail buah buahan yang dibuat pada mulanya tersangat laris hinggakan bertukar menjadi air sarsi..he he he..

mana ke tidak..dekat 50 orang teenagers..KECEMAS gak aku ni..tapi alhamdulillah semua okay akhirnya! GAMBARnya mana? Macam biasa la...server buat perangai..

4 comments:

ckLah @xiiinam said...

Raya berbaki 2 hari lagi...kasi perabih! He...he..he...

ckLah pun rasa nak gi bakar kedai celcom tu...saat begini, rindu pulak pada streamyx yang dah dicerai talak tiga tu...

Gurindam Jiwa said...

Kalau setakat dua ekor ayam je, untuk anak-anak sendiri pun belum cukup tu. Bestnya ade jugak kueh teow, mee, dadih...

Anyway, nampaknya dah jadi trend juga zaman sekarang tetamu dihidangkan dengan carbonated drink (air gas tuu) di Hari Raya. Tak kiralah yg menghidang tu rumah kos rendah, atau banglo tiga tingkat.

Anak-anak kita belum lagi diajar mimum air gas tu, jenuh juga nak melayan... mungkin saya ni masih pakai otak zaman dulu...

Cikgooden said...

50 org?..tu bukan open house dah kak..tu kenuri sambut menantu dah tu.

ASH said...

Cklah,
anak dah besar besar pandai pulak mengajak kengkawan datang rumah. ajak satu kelas pulak tu.
Kita ni tak ke mana ler..jadi tuan rumah memanjang..

celcom? hmmmmmmmmmmmmm

g jiwa,
cocktail tu tak taruh air gas sangat pun...banyak air masak jer..depa terkena!!
tapi dah dahaga..mai meneru macam tu. air sarsi tanpa ais pun jalan.

cikgooden,
hmmmmmmmmmmm...bila sampai masa, ada lah tu.