Thursday, October 29, 2015

Bahasa jiwa bangsa

Assalamualaikum,

Karangan BM level tadika :-

Adam ada kucing.
Adam namakan kucingnya Koko.
Warna kucing Adam hitam.
Kucing Adam suka makan ikan.
Kucing Adam tangkap tikus.
Kucing Adam suka tidur atas tilam.

Soalan :

1. Nama kucing Adam ...................
2. Warna kucing Adam ...................
3. Kucing Adam suka makan ..................
4. Kucing Adam tangkap ....................
5. Kucing Adam tidur atas ..................

Bagi anak yang boleh membaca, soalan di atas adalah sangat 'KACANG GORENG'!
Bagi anak yang masih merangkak membaca, soalan di atas seperti soalan 'Suicidal'!

Bagi anak yang terlebih kreatif dan innovatif serta berfikir terlebih dari luar kotak....maka...

Jawapan Soalan 1.

Nama kucing Adam si Comel.

Cikgu : Apasal awak tulis nama kucing ni si Comel?
Anak murid 1  : Saya rasa kucing ni comel dan saya rasa nak bubuh jer nama dia si comel.
Cikgu : Cikgu pun rasa macam nak pangkah jer jawapan awak ni. Awak nak rite ke pangkah?
Anak murid 1 : *sengih sengih...cepat cepat tukar jawapan.

Jawapan Soalan 2.

Warna kucing Adam orange.

Cikgu : Ni kenapa awak tulis warna kucing ni orange? Awak tengok kat mana ada tulis orange?
Anak murid 2 : Warna kucing saya orange, cikgu.
Cikgu : Ini cerita pasal kucing Adammm... Bukan kucing awak! Awak nak cikgu pangkah ke jawapan awak ni?
Anak murid 2 : * lagi sorang sengih sengih..ambik pemadam..cepat cepat tukar jawapan.

#yang pandai membaca udah cam gini pulok!
#terlebih imajinasi

Sekian

No comments: