Tuesday, November 12, 2013

Berdiam ada masanya lebih baik..

Assalamualaikum,

Entah kenapa bila dalam keadaan begini, fikiran aku teringat abah.
Hmmm...
Ada perkara baik yang mungkin boleh dijadikan tauladan.
Buat diriku dan buat mereka yang membaca penulisanku ini.

Nikmat besar yang diperolehi oleh ayahandaku....

Semasa dalam keuzuran sakit diabetesnya, ayahandaku telah diberi suatu nikmat dari Allah yang tak terhingga.
Kenikmatan dan kurniaan itu terjadi takkala kaki ayahandaku sedang rosak teruk sehingga isi kakinya terlerai dan menampakkan tulang kakinya. Walaupun kakinya rosak dan luka teruk akibat diabetes, Allah kurniakan nikmat kebas dan nikmat kabur pandangan untuk menenangkan perasaan ayahandaku.

Ayahanda tidak berasa sakit langsung malah boleh tidur nyenyak sedangkan kami yang melihat luka ayahanda lebih risau dan gundah gulana.Ayahanda yang diabetes telah dikaburkan pandangannya dari melihat luka di kakinya dan dia tidak merasa terlalu risau tentang kakinya yang semakin hari semakin teruk.

Bukankah dua perkara itu suatu nikmat yang tidak terhingga?

Bayangkan kalau lah ayahandaku dapat melihat dan merasai kesan luka di kakinya...
Tentu arwah ayahanda resah gelisah dan tidak dapat tidur.
Mungkin juga habis seluruh ahli keluarga terbias dan terkesan dengan kesakitannya.
Malah kami mungkin saban hari akan terlempias kemarahan nya juga.
Bukan mudah untuk menghadapi orang yang sedang sakit.

Kita yang diberi kesakitan yang sedikit pun adakala mencecer cecer mulut sehingga orang di sekeliling tidak tahan dan tidak sanggup lagi mendengar keluh kesah dan aduan kita.

Petikan Buku Celik Mata & Jiwa, Prof Dr Muhaya:

"Dua perkara jangan disebut iaitu:
Saya letih dan saya tidak sihat.
Jika disebut 2 perkara tadi maka 50% tenaga kita akan turun kerana tindak balas negatif akan terhasil dari minda kita. Oleh sebab itu diri kita akan merasa tidak seronok sahaja"




Semoga penyakit diriku lekas sembuh.
Semoga aku tidak cepat letih.
Semoga mulut aku tidak mencecer cecer merungut tentang sakit yang menimpa.
.
.
.
Berdiam itu adakalanya lebih baik dan mendamaikan diri dan orang di sekeliling kita







sekian






No comments: