Friday, November 15, 2013

Selesai sudah...

Assalamualaikum,

Semalam result UPSR dan PSRA anak yang ke 6 telah keluar.
Alhamdulillah... keputusan UPSRnya cukup menggembirakan.
Dan PSRA pula MUMTAZ 94.2%.

5A itu maksudnya perbanyakan ucapan Alhamdulillah.
Bukan ke A is for Alhamdulillah..
Maka berkali kalilah kalimah Alhamdulillah itu disebut.

Mungkin ada yang tidak puas hati.
Bagaimana dengan anak yang mendapat B atau C atau D.
Apakah itu menunjukkan anak anak tidak pandai, tidak bagus dan tidak bijak.
Bagi aku...
Yang dapat B?
B is for Bagus.
C pula ?
C itu bermaksud Cerdik.
Kalau dapat D ?
D itu maksudnya Diam Diam UBI...maka perlu diisi lagi!!

hehehe

Bukan ke kita sepatutnya sentiasa berpandangan positf.
Biarlah anak nak kutip huruf apa pun.
Kita REDHO...
Itu ketentuan Allah ke atas usaha kita dan anak kita selama ini.
Rezeki anak kita entah di mana...sama lah juga dengan rezeki kita.
Allah telah menentukan Qada dan Qadar ke atas  kita.

Yang penting kita sentiasa berusaha untuk memajukan diri.

Alhamdulillah..
Alhamdulillah.
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

Tahniah anakku, Raudhah.


Tahniah juga kepada semua anak anak yang berusaha.
Usaha tangga kejayaan..

sekian

Tuesday, November 12, 2013

Berdiam ada masanya lebih baik..

Assalamualaikum,

Entah kenapa bila dalam keadaan begini, fikiran aku teringat abah.
Hmmm...
Ada perkara baik yang mungkin boleh dijadikan tauladan.
Buat diriku dan buat mereka yang membaca penulisanku ini.

Nikmat besar yang diperolehi oleh ayahandaku....

Semasa dalam keuzuran sakit diabetesnya, ayahandaku telah diberi suatu nikmat dari Allah yang tak terhingga.
Kenikmatan dan kurniaan itu terjadi takkala kaki ayahandaku sedang rosak teruk sehingga isi kakinya terlerai dan menampakkan tulang kakinya. Walaupun kakinya rosak dan luka teruk akibat diabetes, Allah kurniakan nikmat kebas dan nikmat kabur pandangan untuk menenangkan perasaan ayahandaku.

Ayahanda tidak berasa sakit langsung malah boleh tidur nyenyak sedangkan kami yang melihat luka ayahanda lebih risau dan gundah gulana.Ayahanda yang diabetes telah dikaburkan pandangannya dari melihat luka di kakinya dan dia tidak merasa terlalu risau tentang kakinya yang semakin hari semakin teruk.

Bukankah dua perkara itu suatu nikmat yang tidak terhingga?

Bayangkan kalau lah ayahandaku dapat melihat dan merasai kesan luka di kakinya...
Tentu arwah ayahanda resah gelisah dan tidak dapat tidur.
Mungkin juga habis seluruh ahli keluarga terbias dan terkesan dengan kesakitannya.
Malah kami mungkin saban hari akan terlempias kemarahan nya juga.
Bukan mudah untuk menghadapi orang yang sedang sakit.

Kita yang diberi kesakitan yang sedikit pun adakala mencecer cecer mulut sehingga orang di sekeliling tidak tahan dan tidak sanggup lagi mendengar keluh kesah dan aduan kita.

Petikan Buku Celik Mata & Jiwa, Prof Dr Muhaya:

"Dua perkara jangan disebut iaitu:
Saya letih dan saya tidak sihat.
Jika disebut 2 perkara tadi maka 50% tenaga kita akan turun kerana tindak balas negatif akan terhasil dari minda kita. Oleh sebab itu diri kita akan merasa tidak seronok sahaja"




Semoga penyakit diriku lekas sembuh.
Semoga aku tidak cepat letih.
Semoga mulut aku tidak mencecer cecer merungut tentang sakit yang menimpa.
.
.
.
Berdiam itu adakalanya lebih baik dan mendamaikan diri dan orang di sekeliling kita







sekian






Tuesday, November 05, 2013

Diingatkan dengan pelbagai cara...

Assalamualaikum,

Seorang anak mengadu, " Susah nyer la nak solat tengah kerja praktikal ni, ummi "

" Kenapa? "

" Diorang lain semua tak kisahkan nak solat"

" Pulak tu bila Angah nak solat terpaksa kejar kejar curi masa. Bayangkan Angah solat zohor dah dekat dekat akhir waktu sebab lepas tu nak tunggu masuk Asar. Kemudian terus solat Asar. Rasa itu jer yang Angah mampu buat "

Aku diam kemudian sambung membuka mulut.

Anak aku menunggu jer TAZKIRAH umminya..
hehehe..

" Sebab tu kita kena selalu beringat tentang lima perkara sebelum datangnya lima perkara" kata aku.

" Kadang kadang kita ni selalu take thing around us for granted "

".....err maksudnya Ummi? " tanya anakku.

" Ya laa.. Semasa kita berlapang di rumah..time becuti semester...rehat rehat..takder kerja...Bila masuk waktu solat samada Subuh, Zohor, Asar, Maghrib atau 'Isya'...jam berapa Angah solat? Selesai iqamah di surau? Sebaik habis azan? Di awal awal waktu solat? " aku bertanya.

Angah gelak gelak.

" Kita selalu merungut apabila tersepit sebegitu. Dihimpit oleh kesesakan kerja yang mendatang. Sukar untuk menunaikan solat. Kita rasa geram pada mereka yang mendesak kita dan pada kerja yang menghimpit waktu kita. Tetapi takkala kita lapang dan luas serta punyai banyak masa, apa yang kita lakukan? Adakah kita solat di awal waktu? Adakah kita isi waktu waktu terluang kita dengan solat sunat taubat, sunat rawatib dan solat sunat yang lain..tahajjud, witir, dhuha...?"

Juga adakah kita rajin nak ke surau yang tidak berapa langkah dari rumah?
Berjemaah?
Mencantikkan lagi pahala solat fardhu kita?

" Dulu ummi dah lalui apa yang Angah lalui. Ummi selalu lengah lengahkan solat. Dengar azan tetapi buat buat macam tak dengar. Tapi tahu tak apa perasaan Ummi bila tiba di USA dan tidak lagi berpeluang mendengar azan  di bumi Amerika?"

" Baru Ummi tahu betapa rindunya Ummi pada laungan azan... Sebab tu bila dapat beli rumah ni, Ummi bersyukur kerana rumah yang abah pilih berhampiran dengan surau. Ummi boleh dengar azan setiap waktu... Bila dah dekat dengan surau sebegini dan terdengar laungan azan pada setiap waktu....apakah ada alasan lagi untuk tidak bersolat di awal waktu?"

Angah angguk angguk...melayan perasaan dan sengih sengih.



Ingat lima perkara sebelum lima..

Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hiduppppp...sebelummm matiiii!

sekian









Monday, November 04, 2013

Terima kasih Tuhan, aku redho..

Assalamualaikum,

Aku kira persinggahan sebentar 'mereka' cukup menduga.
Delapan minggu.
.
.
.
Ia sesuatu yang tidak disangka sangka.
Benar benar menguji jiwaku.
Perasaanku..
Hingga aku tidak tahu lagi untuk bereaksi.
Samada mahu bergembira dan bersorak ria.
Atau tergamam dan kaget dengan kehadiran 'mereka'.

Siapakah aku?
Seorang ibu yang mungkin telah mulai meluput sisa tenaganya.
Seorang ibu yang mungkin  telah mulai mereput kudrat mudanya.
Seorang ibu yang mungkin beritanya menjadi bahan tawa rakan sebaya dan rakan maya!

Kebenaran terserlah jua..
Samada ianya satu kurnia atau satu anggapan bala..
Terpulang..

Aku pasrah dan redho..
Siapa aku untuk menolak takdir?
Dan siapa kamu untuk mentertawakan KuasaNYA?

Dia MAHA PERANCANG!
kamu siapa?
dan aku jua....
siapa?

Ukuran hayat 'mereka'...biarpun sebentar...
tapi cukup untuk mendamaikan jiwaku..
Istimewanya 'mereka' terwujud dek kasih sayang aku dan dia..
Dan menunjukkan kasihNYA terhadap kami..
KekuasaanNYA yang TERAMAT HEBAT..

Bukan umur kami menjadi ukuran dan menentu..
Bukan juga tenaga kami..
Tapi DIA jualah PENGUASA ALAM!!
Juga PENENTU dan PENCIPTA KEJADIAN!

Maka kiranya JADI maka JADILAH..
aku redho...

Kiranya diambilNYA semula...maka pasrah jualah aku!
Bukankah dunia dan seisinya adalah kepunyaanNYA?

Sesungguhnya kehidupan ini adalah ujian..
begitu jua dengan kematian..


Aku redho ya Allah tentang kejadianMu ini..
Sebagaimana aku meredhoi kejadian malam dan siangMU..

sekian