Wednesday, October 16, 2013

Terasa satu Rahmat

Assalamualaikum, 

Anak ketigaku kini berada nun jauh beribu batu di bumi Maghribi.
Telah lebih dua minggu dia menjejakkan kaki di sana.

Saban hari, hati sentiasa menunggu nunggu berita darinya. Mujur teknologi semakin canggih. Dan dengan kecanggihan itu, bukan saja berita boleh diperolehi melalui message whatsapp tetapi juga di ruangan sosial facebook. Gambar dapat dikongsi. Berita berita diperolehi dengan cepat tanpa perlu menunggu nunggu abang posmen menghantar aerogram.

Aerogram??

Terasa sangat lama tidak mendengar perkataan itu. Itu penghantaran berita zaman aku di perantauan. Kini mungkin ianya tidak perlu digunakan lagi. Mungkin...

Sekarang apa yang mungkin lebih menarik lagi ialah penggunaan 'skype'...yakni panggilan telefon bervideo secara live.

Ianya bagai satu rahmat dapat melihat keadaan anak yang sihat dan gembira di tempat orang. Ku doakan semua anak anakku sihat sejahtera di mana sahaja mereka berada.
Dan yang penting, mereka mengetahui tanggungjawab mereka untuk belajar dan menuntut ilmu sebanyak mungkin supaya dapat dimenafaatkan dikemudian hari.

Sekian

No comments: