Wednesday, February 20, 2013

sambungan...pengakhiran yang baik, InsyaAllah

Assalam,
.
.
.
Hari hari berlalu.
Sebaik bersolat Subuh di surau berdekatan, aku cepat cepat balik.
Selalunya tak menunggu imam selesai berzikir dan berdoa.
Aku zikir dan doa lebih kurang.
Secepat dan seringkas mungkin.
Bergegas aku balik.

Tok perlu dibersihkan.
Tok perlu disalinkan pampers.
Di wudhukkan.
Dia nak solat juga walaupun hanya terbaring di katil.
Ya, dia tahu kewajipannya.

Aku guna penyembur air yang selama ini aku gunakan bila mensterika baju.
Aku dudukkan Tok supaya kepalanya lebih tinggi.
Senang aku basahkan seluruh mukanya dengan penyembur air itu.

Aku wudukkan Tok seperti mana yang pernah aku lakukan sendiri di Madinah.
Ketika itu aku terperangkap dengan ramainya jemaah dan aku berada di saf yang agak depan.
Waktu itu aku tidak dapat keluar untuk ke bilik air bagi memperbaharui wudhukku yang terbatal sedangkan waktu Isya' sudah pun masuk.
Aku gunakan sebotol air dalam botol penyembur yang dibekalkan Tabung Haji.

Sekiranya pengetahuan dan ilmu berkenaan wudhuk ini tidak aku dalami nescaya aku tidak dapat mempraktikkannya buat Tok.
Tok selalu berterima kasih kepada ku.
Sebutan terima kasih itu datang dari mulut Tok
Selalu.
Itu membuatkan aku terasa sangat kerdil dan terharu.
Apalah sangat pertolongan aku itu berbanding jasanya menjaga cucunya, suamiku selama ini.

Sedang Tok selesaikan urusannya bersolat Subuh, berzikir dan berdoa, aku cepat cepat bancuhkan nestum sarapan paginya.
Tok perlu makan pagi sebelum diberikan ubatnya. Ubat penahan sakit sendi dan sengal sengal tulangnya.

Aku suapkan Tok nestum sarapan pagi sebelum aku pula selesaikan segala urusan anak anakku untuk ke sekolah. Mujurlah di hujung jalan ini ada kakak yang menjual nasi lemak, bihun dan kuih muih.
Jadi hampir setiap hari, salah seorang anakku ditugaskan membeli sarapan di hujung jalan buat anak anak yang lain.
Ibu mereka memang tidak sempat membuatkan sarapan.
Pandai pandai anak anak aku lah...

Salah seorang anakku bersekolah petang.
Ditokok pula anak yang seorang lagi yang menunggu keputusan SPMnya.
Maka kedua mereka ditugaskan mendampingi Toknek mereka.
Kiranya Toknek mereka dahaga maka mereka diwajibkan menyuakan cawan berstraw untuk hilangkan dahaga Toknek.
Sekiranya Toknek perlukan apa apa, mereka diwajibkan menolongnya ketika aku berada di tadika.

.
.
Tapi Toknek tak punyai apa apa keperluan yang penting sebenarnya.
Selama 4 jam lebih aku di tadika, Toknek hanya di pembaringan.
Tidur.
....dan bangun hanya sekali dua, meminta air kerana dahaga......

.
.

.
.
p/s (...aduhhh ...alangkah beratnya penulisan ini bagi membicarakan 20 hari hari terakhir bersama Tok )
.
.
bersambung...


1 comment:

DrSam said...

Salam Ashley,
Semoga perbuatan baik dan ikhlas itu diberi ganjaran pahala yang besar oleh Allah S.W.T. Anak-anak pun dilatih menjadi insan yang menghargai orang tua.