Assalamualaikum,
Semasa aku menunaikan ibadah haji dalam tahun 2011 tempohari, entah
bagaimana aku dipilih oleh jemaah di maktab aku untuk menjadi salah seorang Sahabat Tabung
Haji. Sahabat Tabung Haji ini ada volunteer dan antara tugas tugasnya ialah menolong petugas
tabung Haji menggendalikan jemaah yang ramai. Petugas Tabung Haji yang
menyertai jemaah tidak cukup tenaga untuk mengendalikan kesemua jemaah
di maktab maktab sebenarnya jadi mereka meminta VOLUNTEER dari kalangan
jemaah Haji sendiri bagi meringankan tugas mereka.
Ahli SAHABAT Tabung Haji ini dipilih dari
kalangan mereka yang berumur agak muda dan 'fit' berbanding dengan jemaah lain. Oleh kerana itu walaupun aku TAK LA MUDA tapi mungkin
kerana nampak lebih cergas/sihat maka aku dipilih menjadi salah seorang anggota sukarelawan SAHABAT Tabung Haji ini.
( walaupun semasa aku menunaikan haji ini aku juga
dilanda batuk batuk dan hampir hampir demam cuma tak la seteruk orang lain )
Semasa bertugas meninjau
keadaan jemaah sana sini, bantu itu ini, ada juga jemaah haji yang berkata
kepada kami dengan penyataan sebegini,
" I TAK NAK LA ORANG LANTIK I
JADI SAHABAT TABUNG HAJI, I DATANG KE MEKAH NI NAK
BERIBADAH..."
.....seolah olah menyatakan kerja kerja mengangkat
barang/beg beg jemaah, kerja kerja pengendalian jemaah, kerja kerja
mencari khemah untuk jemaah, kerja kerja menyambut jemaah, kerja kerja
menolong mengangkat jemaah yang uzur, sakit , sesat, hilang ingatan itu
TIDAK TERMASUK IBADAH!!!
Hairan juga aku dengan KECIKNYA SCOPE
SESEORANG TERHADAP PENGERTIAN IBADAH DALAM ISLAM INI.
Ingin aku nyatakan
di sini IBADAH dalam ISLAM bukan sekadar solat, puasa, zakat,
haji. Apabila kita melafazkan syahadat, KITA WAJIB menegakkan ISLAM di
mana mana saja. Dalam diri kita sendiri, dalam keluarga, dalam
masyarakat, di tempat kerja, di sekolah, dalam daerah, dalam negeri, dalam
negara....
SEBAB kita semua hamba ALLAH dan sebagai HAMBA YANG MENGAKU BAHAWASANYA
TIADA TUHAN YANG BERHAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH dan MUHAMMAD ITU
PESURUHNYA! kita WAJIB menjadikan setiap urusan serta perlakuan sehari hari kita untuk NYA.
Kitab Al Quran dan Hadis Nabi adalah petunjuk...dan KITA DITUNTUT
meneruskan perjuangan RAsulullah. Selagi mana kita berpegang dengan
PETUNJUK yang ditinggalkan Rasulullah itu maka kita selamat...OTHERWISE
janji dalam syahadah itu hanya tinggal ucapan yang tidak memberi apa apa
pengertian. KOSONG, LOMPONG dan sekadar OMONGAN kosong yang tidak
memberi apa apa makna..
...dan kalau KAMU orang yang
mengucapkan syahadah..dan mengertikan akan NILAI syahadah maka KAMU akan
teruskan perjuangan yang RASULULLAH telah lakukan....
Aku mungkin bukan HAMBA ALLAH
yang baik dan sebagai Umat Muhammad juga aku selalu leka dengan
keseronokan dunia tapi aku juga punyai maruah.
Sampai bila mesti
dilekakan dengan hiburan - pagi, petang, siang malam...khayal seolah olah
tidak mati, seolah olah muda tidak tua tua, seolah olah tiada pengadilan yang menanti
di akhirat.
Tugas kerdil ku hanya menulis apa yang aku rasa berbuku di
hati...dan ini adalah suara dari HATIKU.
.
.
.
.......walaupun aku mungkin tak sekuat kamu untuk ke SANA hari ini....
Sabtu 28hb April 2012.
sekian
2 comments:
pengertian ibadah itu tidak sempit..
orang yang menyempitkannya. Mereka sepatutnya berfikir di luar tempurung.
...heheh..betui betui betui..
Post a Comment