Monday, February 27, 2012

Perginya bekas Imam Cilik kami....( Muhammad Lutfi Hazuan)

Assalamualaikum,

Agak lama aku tidak menulis...
Malah blog ini pun dibiar terkunci.
Maafkan aku kiranya blog ini bersuara semula hanya untuk menggambarkan kepiluan hati.
.
.
.
.
.
Anak ini...semuda ini...
biar disayangi oleh seluruh ahli keluarganya namun DIA lebih menyayanginya..






Anak yang dengan gembira ketika menjawab soalan guru gurunya.
Patuh pada arahan.
Akhlak murni yang terpuji..
.
.
.
namun bila tiba masa tetap akan kembali kepada Penciptanya.

Kehadiranmu, wahai anak, biarpun sebentar sahaja namun tetap meninggalkan kesan pada kami semua.

Hari ini aku menatap wajahmu buat kali terakhir...mengucup dahimu..merasai tangan yang biasa bersalaman dengan guru gurumu..
Biarpun kamu tidak lagi bisa tertawa atau menangis atau tersenyum malu..
....kami redho dengan pemergianmu.

Moga kamu dirahmati Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Moga kamu tenang di alam sana......wahai imam cilik kami...
Al Fatihah...


p/s

Muhammad Lutfi Hazuan - bekas pelajar Aulad tahun 2011 telah kembali ke rahmatullah pada petang kelmarin Ahad 26/02/2012 akibat pendarahan dalaman di kepala. Dia dikatakan telah jatuh sewaktu menunggang basikal dua minggu lepas. Kelmarin sewaktu warm up bagi memulakan latihan untuk Tae Kwan Do di sekolah rendahnya, dia tiba tiba jatuh pengsan.
Dia disahkan meninggal dunia di klinik Suraya, seksyen 3, Bandar Baru Bangi.

.
.
.
Anak anak, please wear a helmet when you ride a bike! PLEASE...

sekian

5 comments:

aza ni said...

Innalillahiwainnailaihi rajiun...
Semoga rohnya dicucuri rahmat...Takziah buat keluarga..

Gurindam Jiwa said...

انّا للہ وانّا الیہی رجیعون. الفاتحة

lukmanw@gmail.com said...

Innalillahiwainnailaihi rajiun...

Teringatkan anak lelaki saya semasa berumur 8 tahun (2005). Dia meminta untuk berbasikal ke sekolah. Saya memestikannya memakai topi keledar, penutup siku dan lutut serta bersarung tangan.

Malangnya hanya sehari dia berbasikal ke sekolah. Mengapa? Bukan sahaja diejek oleh rakan sebaya malah guru sekolah juga mengelarnya "transformer".

Itulah nilai budaya safety and health yang cuba disemai di Malaysia.

Catatan seorang ayah pengamal (practitioner) safety and health.

zafi said...

salamz akak

al fatihah... lama saya tak berkunjung n berblog juga... moga semua sejahtera hendknya...

Encik H said...

Innalillah...