Wednesday, November 23, 2011
Satu perjalanan..
Assalamualaikum,
Perjalanan menuju bumi barokah cukup mengharukan.
Ianya bukan sekadar perayauan fizikal tubuh badan tetapi yang lebih penting perjalanan rohani dan jiwa yang mengharapkan keredhoan Ilahi.
Persediaan untuk ke sana bukan sekadar persediaan kesihatan diri dan keperluan fizikal tubuh badan tetapi jua pengisian rohani agar jiwa terisi dan tidak kosong.
Walaupun secara mata kasar bekalan untuk fizikal tubuh badan penting tetapi kiranya roh dan jiwa tidak mempunyai bekalan yang betul betul mantap maka akan rugilah diri yang mengharap keredhoan Ilahi.
Terlalu banyak konklusi serta rumusan yang boleh aku simpulkan dari perjalanan fizikal dan rohaniku ini. Cuma samada aku berupaya menzahirkannya dalam penulisan, aku pun tidak tahu. Aku tahu aku perlu berkongsi pengalaman dan rumusan rumusan itu tapi aku mungkin tidak berupaya menyatakan apa yang bermain di kepalaku. Mungkin aku takut kalau kalau rumusan itu disalahertikan lantas menyesatkan yang lain. Atau mungkin aku takut ianya kelihatan terlalu berat untuk dipikul oleh individu lain. Tapi yang pasti perjalanan ku itu sebenarnya satu jihad bagiku...bagi tubuh badanku secara fizikalnya serta juga perjalanan yang indah buat rohaniku.
Dan aku kira tidak salah sekiranya aku paparkan di sini satu lakaran sajak yang dapat aku ukirkan semasa di sana :-
" Ku titipkan rasa rindu di langit luas bebas tak berawan..
Kerdipan bintang yang menemani rasa sayu yang menggigit jiwa..
Angin sejuk dari bukit menyapa lembah,
apakah mungkin dapat kufahami perkhabaran dan berita..
Di sisiku bisikan bacaan quddus memuji Ilahi..
Aku di sini duduk berfikir kenapa diri ini dicipta
dan jalan mana yang dapat kususuri nanti..
Kanan atau kiri..
maju dengan masa yang tidak mengenal erti undur..
Penciptaan manusia yang pelbagai rupa bentuk, warna dan bahasa..
Di jemput menjadi tetamuNya
Dhuyufurrahman...satu jemputan yang tiada tandingan..
Dan mereka menyahut jemputan itu
Seorang demi seorang
dan datang berbondong bondong
dan bergerombolan
Oh..janjiNya sangat benar..
"Labbaikallahumm malabaik..labbaikala syarikala kala baik.." sahut mereka.
Menepati waktu dan tempat dan ....
satu peristiwa besar tercipta!
Menzahirkan apa yang termaktub dalam KalamNya!
sekian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Assalamualaikum..
Ucapan tahniah kpd hidayah dan suami, syukur kalian selamat sampai ke tanah air dgn selamat serta wajah berseri2(haji mabrur,insyallah).
Silalah berkongsi segala pengalaman sebagai iktibar, pelajaran dan pengalaman khususnya kpd kami yg belum brkesempatan ke sana. Insyallah, ia bakal menjadi pedoman dan peringatan.
Katanya, bagi sesetengah orang yg mampu mudah saja utk melakukan umrah dan haji namun paling payah adalah utk mengekalkan amal ibadah,amalan mulia, sifat2 terpuji
yg sangat dijaga di sana.
Dibimbangi ianya tidak selari dan tidak berkekalan bila sudah pulang ke tanah air. Mudah2an kita semua dipelihara iman dan taqwa. Tahniah sekali lagi.
Hajjah dah balikk! :)
Alhamdulilah...syukur, semuanya selamat.
Ceritalah pengalaman & kenangan manis di sana :)
pengalaman perlu dicatat untuk panduan orang lain dan yang penting buat kenangan diri sendiri.
Kak yati (damai impian),
haji itu jihad bagi wanita dan ianya tidak lah mudah secara fizikal...dan mencari kemabruran haji juga tidak semudah menyebutnya..dan kita juga tidak tahu samada haji kita diterima atau tidak oleh Allah swt namun bagi saya, saya berdoa dan berharap agar Allah menerima ibadah saya dulu, kini dan akan datang, insyaAllah..wallahualam..
mama Azfar,
alhamdulillah..insyaallah akan akak cuba karangkan ayat ayat...kerana kadangkala agak sukar menyatakan sesuatu di hati dalam bentuk karangan..
kakpah (ibundo), insyaallah..I'll try my best..thank you.
sedapnya puisi ko kak.
syukurlah dah sampai. Kongsikan dgn kami mana2 yg boleh. Mana2 yg sensitif boleh email kat aku...
Post a Comment