Thursday, June 13, 2013

Dunia ini pinjaman..

Assalamualaikum,

Hampir sebulan sudah Sue meninggalkan dunia ini.
Sue, rakan sebayaku yang pernah tinggal satu bilik di dorm PL di sekolah menengah. Rakanku itu telah lama terlantar sakit. Diuruskan sendiri oleh anak anaknya yang delapan orang itu.

Bayangkan anak anak yang semuanya masih dibangku persekolahan. Menguruskan diri, rumah, kegiatan sekolah dan seorang ibu yang lumpuh sesama mereka. Tiada pertolongan dari pembantu rumah. Sekadar seorang nenek yang berusia akhir 60 an dan telah pun pergi menemui Penciptanya setahun yang lalu.

Hebat anak anak ini..

Biarpun dilihat terpaksa bertanggungjawab memikul tugas berat itu namun mereka berupaya mengharunginya dengan tabah. Kehidupan mereka mungkin tidak punyai lawatan sana sini , perkelahan situ dan sinun namun mereka mempunyai kekuatan jiwa yang mantap dan lebih cekal berbanding rakan rakan yang seusia dengan mereka.

Aku kagum dengan dua anak pertamanya.

Dalam kemelut dan kepayahan menjaga ibu yang lumpuh, kedua mereka berjaya nenempatkan diri di kolej perubatan UIA dan Universiti Malaya.

Aku difahamkan kedua dua mereka mendapat A penuh dalam semua matapelajaran dengan pencapaian cgpa 4 flat sebelum memasuki kolej kolej tersebut.

Aku harap mereka terus menerus memperolehi gred yang baik meskipun susuk tubuh badan ibu mereka sudah tiada lagi di sisi mereka.

Betapa kehadiran susuk tubuh bonda mereka sungguh beerti buat mereka meskipun kawanku itu lumpuh sepenuhnya dan tidak berupaya melakukan apa jua pekerjaan hatta menyuap nasi ke mulut sendiri.
Namun dari renungan matanya dapat menyatakan rasa kasih dan sayang sehingga memberi semangat yang jitu kepada anak anaknya.

Duhai anak anak Sue,
jangan ditangisi bonda kalian yang telah pergi. Sudah resam seorang hamba begitu. Akan tiba masanya kita bertemu pencipta....kerana kita hamba...dan dunia ini hanyalah sementara.

Sekian

Saturday, June 08, 2013

Kari ikan...resepi buat anakku.

Assalamualaikum,

Masa kat rumah jarang nak jenguk mak masak.
Bila dah sampai USA baru rasa macam nak menangis..
Sebab terkial kial fikir resepi.
Hah...padan ngan muka!

Dah..
Resepi ni untuk anak aku.
Kalau gi oversi nanti jumpa ikan dan teringin nak menggulai.
Ikan kena fresh..
Omputih panggei MACKEREL..orang Melayu panggei tenggiri.
Arab panggei?
Errr...

Hiris bawang merah.
Bawang putih. Halia.
Tumis dengan halba campur dan daun kari.
Masuk rempah..sampai bau naik.
Masuk air asam jawa.
Masuk santan cair...masuk ikan dan kacang panjang.
Garam dan sedikit gula.
Ikan dah nak masak...masuk tomato dan santan pekat.
Biarkan sekejap...3 atau 4 minit.
Siap...


Dah... pi masak...lekas...

Sekian


Wednesday, June 05, 2013

Bermula...

Assalamualaikum

Maka akan  bermula satu episod baru dalam diri seorang anak.
Moga sejahtera...
Dalam redho Ilahi..

Doa bonda dan ayahanda mengiringi semua.

p/s  anak yang di Labu hari tu dah ke Ulu le pulok



Sekian

Hati...biasa diuji.

Assalamualaikum,

Rasa sangat tak normal..
Sebab?
Masuk blog macam kena block..

Lama tak berbicara hingga terlupa nama blog empunya..

Ada banyak cerita..
Tapi kisah kisah itu sekitar dalam otak..
Otak dan tangan tidak berkerjasama..
Lantas cerita cerita itu berlalu..
Tidak tercatat dek tangan.

Senyum..

Atas beberapa sebab.

Ada kesusahan yang berakhir dengan kesenangan.
Ada derita yang berakhir dengan bahagia.
Ada duka yang disudahi dengan ceria.

Timbal balik.
Jadi usah meredam duka bila diuji sejentik.
Hidup silih berganti suasana.
Bukan monotonous lagaknya.

Hari ini kamu bosan?
Esok mungkin mengeledik dan mengekek ceria...
Ya...
Hari ini cemas...
Esok mungkin tenang tiada riak sengsara.


Sekian..



Tuesday, June 04, 2013

Bicara cuti..

Assalamualaikum,





Kamu cuti?
Aku cuti.
Cuti sekolah.

Kamu tidak ke mana mana?
Jalan jalan?
Aku jalan jalan juga.
Sekitar sini, sana dan sinun.

Tidak... tidak sampai ke luar negara.
Macam kamu, dia dan mereka.

Aku merindui...
Siapa?
Siapa saja yang merindui aku.
hahaha

Baru kini tahu dan mahu bicara tentang rindu.
Rindu?
Ya, rindu..

Kamu rindukan aku?
hah!!


sekian