Thursday, August 25, 2011

You all dah on the way balik kampung kan?

Assalam,

You all dah sibuk pack barang barang?
Nak balik ek?

Okay...sila sila...aku kasi laluan.
Lepas solat RAYA nanti, lapang sikit PLUS HIWAY...




Okay selamat hari raya...hati hati selalu.
Minta maaf zahir batin.

Ehem...berkenaan dengan gambar pula....hmmmmm...

Kita masak masak juga bulan puasa ni.
Ni puding caramel we all untuk RAMADHAN kali ini.



Ni pulak BUBUQ SOM SOM..O SOOOOMMM


nak resepi juga?
Ishhhh...dah berulang kali aku masak semua ni..
Malas le nak taruh lagi dah!
Ni resepi arwah ayahanda yang diperturunkan pada ambo.


Bengkang Bawang goreng!

p/s
al fatihah untuk ayahanda ambo..
Moga ayahanda sejahtera di sana.

sekian

Ittaqullah...

Assalam,

Kalimah 'Ittaqullah...' sering berkumandang sewaktu khutbah Jumaat.

Menyeru insan supaya takutkan Allah dengan sebenar benar takut.

Mengharapkan belas kasihanNya kerana Dia adalah Tuhan dan kita adalah hamba.

Tapi setakat mana kalimah BERTAQWA itu meresap masuk dalam jiwa.

Setakat mana diri kita takutkan pencipta?

Apakah kalimah amaran itu sekadar masuk telinga kanan dan mengalir keluar melalui telinga kiri.

Tidak sedikit pun bertapak dan berkesan di hati.

Kita terus menerus melakukan dosa tanpa ada rasa segan silu pada Pencipta yang MAHA melihat setiap perbuatan.

Kita lafazkan taubat di malam hari tapi di siangnya kita menokok kembali dosa.

Kita berharap keampunan Allah tapi kita tidak mencampak jauh perbuatan yang menggamit dosa.

.

.

.

Apakah kita bangga dengan dosa dosa yang berdaki pada diri?

Dosa dosa biarpun kecil jika dibiarkan dan ditokok tambah tanpa ada rasa ingin bertaubat akan menimbulkan kegelapan pada hati. Hati akan bertitik hitam..bertambah dan membesar melitupi hati dan semakin hitam menjadi seumpama bontot kuali yang tidak pernah bercuci setiap hari. Hati akan menjadi keras dan pemilik hati akan semakin jauh dari Allah dan menjadi terus seronok dan gembira melakukan kejahatan. Lantaran itu menjadikan dirinya lemah dan imannya semakin terkikis dari jiwa.

Sabda Rasulullah SAW,

" Sesungguhnya orang mukmin itu apabila berdosa akan meninggalkan titik hitam di hatinya. Jika dia bertaubat dan berhenti melakukan dosa serta memohon ampun terhapuslah titik hitam itu dari hatinya dan jika dia menambah dosa maka titik hitam itu bertambah besar. Itulah noda yang disebut Allah dalam Kitabnya"

Dosa dosa juga menyekat keberkatan rezeki dan sesiapa yang meninggalkan diri dari berbuat dosa nescaya Allah akan membuka jalan rezeki buat dirinya.

Firman Allah ( At-Thalaq : 23 ) yang bermaksud,

" Barangsiapa bertaqwa kepada Allah maka Dia akan memberinya jalan keluar dan mengurniakan rezeki dari sumber yang tidak disangka sangka "

Jadi, kepada yang merasa tersesak dalam apa jua keadaan hendaklah bertaubat dan berhenti dari berbuat dosa kerana mungkin perbuatan dosa itu menyebab terhimpitnya rezeki dan kembalilah kepada suruhanNya serta tinggalkanlah segala laranganNya mudah mudahan dipermudahkan Allah segala urusan.

Taubat adalah satu cara menuju keampunan Allah, menyingkirkan perasaan yang bergejolak yang ditimbulkan oleh oerbuatan yang bertentangan dengan nilai moral, sosial dan rohani.

.

.

.

dan Taubat itu WAJIB hukumnya ke atas setiap orang yang berasa berdosa dan merasa takut akan sisksaan Allah azza wajjala.

" Wahai orang orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat Nasuha. Mudah mudahan Tuhanmu menghapuskan dosa dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang di bawahnya mengalir sungai sungai.."

At Tahrim : 8

Tidakkah Ramadhan ini satu kenikmatan dan kurniaan???

Allah menunggu nunggu taubat dari hamba hambaNYA...

sekian

Monday, August 15, 2011

Jadual..

Assalam,

Februari hingga June aku dah menuruti kursus yang disediakan. Ponteng 2 kali.
Kemudian 2nd July demer suruh buat pemeriksaan kesihatan. Okay. Alhamdulillah..
Dalam bulan July itu juga dah pergi ke Masjid penjara Kajang. Kursus Intensif.
Sebelum puasa, di akhir July, Tabung Haji suruh serah passport Antarabangsa.
.
.
.
.
Sekarang aku melalui ibadah puasa..
macam macam perkara yang aku fikir.
.
.
.
.
pergi ni tak balik balik dah ker..
Kalau tak balik, dah ada wasiat?
Kalau tak balik, dah cukup amal?
Kalau tak balik, dah bersedia mengadap PENCIPTA?
.
.
.
bersedia atau tidak, kalau dah dipanggil 'semula'...PASRAH!

cepat cepat aku istighfar...

hmmm...puasa ni terasa aku sangat KERDIL
dan terasa aku diperhatikan olehNYA.
Aku mengharap, aku berada dalam keredho anNya..
.
.
dan aku tidak sabar untuk menjadi TETAMU TERPILIHnya.
.
.
.
ohhhh...Ya Allah
Permudahkanlah segala urusan buatku serta suamiku dan keluargaku yang ditinggalkan di tanahair...



p/s
Syawal ini dijangka akan menerima surat jadual penerbangan dan penempatan di sana, InsyaAllah.

sekian

Sunday, August 14, 2011

Mee Udang Arwah Abah..

Assalam,

Suatu hari mak aku malas nak ke dapur..

" Bang, masak le apa apa..mee ke bihun ke.." kata mak

" Aku masak mee udang kat hang. SAT jaaa" sahut abah yang memang boleh dikategorikan sebagai seorang suami yang pandai memasak.

Waktu tu aku ada di kampung. Entah sebab apa.

Mungkin sedang menunggu saat kelahiran anakku.

" Jom ida, mai abah nak tunjuk cara nak masak mee udang "

Aku hanya melihat gerak kerja abah yang sememangnya kalut bila di dapur.

" Hang kupas bawang besag sebuku. Bawang putih ambik 3 atau 4 ulas dah "

" Rendam cabai kering dalam ayag panas 12 biji!" abah mengarah aku.

" Udang ngan daging ambik dari peti ais "

Abah merebus seketul daging.

Abah mengupas seketul keledek dan memotong dadu serta merebusnya juga.

"Masuk ja dalam blender cabai kering ngan bawang merah/putih tu " abah meneruskan arahannya.

Kemudian abah menambah jintan manis dan jintan putih di dalam blender yang sedang berputar.

Bila daging dan ubi keledek sudah empuk, abah ambil daging dan hiris kecil kecil.

Dia menyuruh aku memasukkan keledek yang telah empuk itu ke dalam blender dan menghancurkannya.

Abah tumis bawang dan cabai. Bila wangi abah ambil air rebusan daging dan masukkan dalam periuk itu juga. Abah tambah hirisan daging dan keledek yang telah diblend juga.

" Udang ambik 5 ekog. Rebus sat. Pastu hang blend hancog juga" kata abah.

" Ngan kulit kulit ka abah? "

" Ngan kulit kulit laaa...sat lagi kita tapis."

Udang direbus dan diblend.

Airnya dan isi udang yang dah hancur abah tapis dan tambah dalam kuah yang sedang menggelegak.

Abah ambik sos tomato dan tambah sikit dalam kuah mee. Abah masukkan garam, gula dan sikit kicap masin.

Abah ambil sayur sawi dan potong,begitu juga dengan tauhu. Semuanya abah masukkan dalam kuah yang sedang menggelegak itu. Kemudian abah tambah udang dan mee.

Akhirnya abah pecahkan 2 biji telur dan masukkan taugeh.

Waktu menghidang pada mak, abah tabur bawang goreng dan daun sup.

.

.

.

Aku merasa kuah mee udang abah!

MEMANG MENGANCAM!!

.

.

Ya Allah,

Minggu lepas aku buat mee udang dari resepi abah...untuk bagi pahala pada abah di alam Barzakh.

Moga Abahku tenang di sana...

Ini salah satu ilmu yang diberikan kepadaku.

Ya Allah...untuk menggembirakan ahli keluargaku pula.

sekian

Saturday, August 13, 2011

Kena latih bebudak lebih awal!!

Assalam,



This is my preparation for a presentation by Aulad Perdana on the next AULAD's Convocation day.

I probably will not be there to watch the event so I need to let the kids prepare themselves EARLIER this year.


The sketch has a theme of 'GOING TO TOWN'.


The participants : All the six-year-old students. There are 17 of them.


.......hmmmmm.......and now presenting the AULAD PERDANA!!!


( Afifah is waiting alone at the bus stop )


Izzati and Athirah walk towards Afifah.


Izzati : Assalamualaikum, Afifah.

Afifah : Waalaikumussalam, Izzati.

Izzati : How are you today, Afifah?

Afifah : I am fine, thank you, Alhamdulillah.

Izzati : Where are you going?

Afifah : I am going to town.

Izzati : Oh, we are going to town too. Why don't we all go together?

Afifah : Sure...


Other passengers coming by. ( The rest of the students except Ruzain and Hazuan )


Afifah : Look! Look! The bus is coming. ( Ruzain and Hazuan carrying a 'BUS' )

Izzati : Wait for the bus to stop!!


( All board already )


Afifah : Let us recite doa.


(Doa recital .....doa before boarding a vehicle)


Afifah : Does everybody know the song, " The wheel on the bus"?

EVERYONE : yes!!

Afifah : Why don't we all sing together? Are you ready? 1,2,3..


" The wheels on the bus" song.


Lyrics :

The wheels on the bus go round and round, round and round, round and round, 2X

All thru the town


The wipers on the bus go swish 3X, swish 3X, swish 3X (2X)

All tru the town


The door on the bus goes open and shut, open and shut, open and shut 2X

All thru the town


The horn on the bus goes pin 3X, pin 3x, pin3x ( 2x)

All thru the town


The driver on the bus says " Step back, please" 3x

All thru the town


The mommy on the bus says " I love you " 3x

The daddy on the bus says, " love you too "

Allllllllll........ tru the townnnnn...



Izzati : Oh no, I feel so hungry!

Afifah : Let us eat first.

Izzati : WOW!! MasyaAllah..Look at all the food over there.

Afifah : Hmmm..why don't we all recite our doa.


Doa recital....( doa before eating )


Food Song!!


Lyrics :


Roti canai, roti canai

Char keu teow, char kue teow

Mee goreng, mee goreng

pizza hut, pizza hut

ayam percik, ayam percik

teh tarik, teh tarik

sate kajang, sate kajang

hmmmmmmmmmmm.....

delicious!!!!

alhamdulillah!!


( Doa recital....doa after eating )


THE END of the sketch!



....adeh adeh adeh...cikgu cikgunya dah mula agak pening untuk melatih anak anak murid!


sekian



Friday, August 12, 2011

Ramadhan bulan berkat..

Assalam,

Bulan Ramadhan bulan yang berkat

Bulan rahmat dan bulan utama

Pahala digandakan, doa diterima

Bulan Lailatul Qadar yang istimewa


Isilah bulan ini, banyakkan amalan

Beribadah malam, siang berpuasa

Banyakkanlah sedekah jangan dikira

Moga ia menjadi penebus dosa


Membaca Al-Quran jangan dilupakan

Zikir dan Tasbih elok disertakan

Meriahkan Ramadhan dengan bermacam cara

Agar Ramadhan tidak sia-sia...


Bulan Ramadhan bulan yang berkat

Bulan rahmat dan bulan utama

Pahala digandakan, doa diterima

Bulan Lailatul Qadar yang istimewa


Hindarkanlah dosa di setiap anggota

Kalau boleh, dosa hati jua

Kerna dosa, itu merosakkan pahala

Agar kita tidak mensiakan Ramadhan


Isilah Ramadhan dengan sebaiknya

Kerna ia datang setahun sekali

Tahun hadapan belum tentu jumpa

Kerna kita mati bila-bila masa


Bulan Ramadhan bulan yang berkat

Bulan rahmat dan bulan utama

Pahala digandakan, doa diterima

Bulan Lailatul Qadar yang istimewa


........betapa indahnya lirik n asyid kumpulan Hijjaz ini.

Nasihat yang hebat dan perlu di ceduk segala peringatan yang dinyatakan.

Moga mendapat menafaat.

sekian


Thursday, August 11, 2011

Ketika mata mesti dijaga..





Assalam...

Nikmat mata adalah antara nikmat yang besar yang diberikan Allah untuk kita.

Tanpa sepasang mata yang cantik akan menyukarkan segala pergerakan.

Kita mungkin akan teraba raba dalam kegelapan.

.

.

.

Namun nikmat mata inilah yang sering disalahguna.

Dan dengan pandangan mata mungkin ramai yang melakukan dosa dosa kecil dan terjerumus terpelosok dalam dosa dosa besar.

.

.

Bak kata pepatah Melayu :

dari MATA turun ke Hati..dari hati akan bergetar jiwa..dan jiwa mula resah gelisah..lantaran nafsu sarakah yang telah menguasai JIWA.

Jiwa mati dek kerana MATA.

Jiwa lemah dek kerana MATA.

Jiwa terhimpit dek kerana MATA.

Dari itu, diriku dan dirimu kawan hendaklah berhati hati menggunakan sepasang pancaindera yang indah ini.

Jika disalahguna maka binasalah yang menanti.

Hendaklah seorang Muslim menahan pandangan matanya dari hal hal yang diharamkan serta tidak melihat kecuali yang dibolehkan sahaja.Jika tanpa sengaja maka hendaklah dia segera berpaling..

" Katakanlah kepada lelaki yang BERIMAN, hendaklah mereka MENAHAN PANDANGANNYA dan MEMELIHARA KEMALUANNYA, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah MAHA MENGETAHUI apa yang mereka perbuat Katakanlah kepada WANITA yang BERIMAN, Hendaklah mereka menahan PANDANGAN mereka, dan MEMELIHARA KEMALUAN mereka..." Annur 30-31.

....dari Abu Said Al Khudri meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, " Jauilah oleh kalian duduk duduk di jalanan" Para ahabat bertanya, " Ya Rasulullah, kami tidak bisa menghindari majlis tersebut kerana kami biasa berbincang bincang di dalamnya " Rasulullah bersabda, " Jika memang kalian tidak bisa menghindarinya, maka berikanlah hak hak jalan." Mereka bertanya, " Apakah hak hak jalan itu, ya Rasulullah?" Beliau bersabda, " Menundukkan PANDANGAN, menyingkirkan GANGGUAN, menjawab SALAM serta AMAR MAARUF dan NAHI MUNGKAR."

Wahai diriku dan diri anda semua

Ini adalah arahan dan perintah Allah.

Kita dambakan cinta Allah tapi kita pekakkan telinga kita

Kita ingin Allah pandang kita tapi kita ingkar larangannya dan permainkan perintahNya.

.

.

.

Oh..alangkah ruginya kita.

.

.

.

Bangkitlah wahai jiwa. Perkuatkan iman di dada.

Lawan segala GAMITAN dan LAMBAIAN yang hina dina itu.

Kerana Jihad paling HEBAT dalam jiwa manusia adalah jihad NAFSU.

Dan kuncinya banyak terletak pada PANDANGAN dan PANAHAN di MATA mu.

.

.

.

JADIKAN RAMADHAN ini titik perubahan.

Menundukkan pandangan.

Menundukkan Nafsu.

Supaya bukan dia yang mengawal kita tetapi IMAN yang bertahkta di jiwa!

Amiin...moga kita sama sama dapat mengambil iktibar.


sekian..