Wednesday, June 29, 2011

Fantastic photos and postcards

Assalam,

Buku ini dibeli lebih 22 tahun yang lalu oleh Pokcik Spek Itam.
Buku yang mengandungi gambar gambar bermusim di Niagara Fall yakni salah satu air terjun yang tercantik di dunia.
Kami berdua telah sampai di tempat ini suatu ketika dulu. Tempat yang indah menggambarkan keajaiban ciptaan Allah.
Kami tidak pergi bersama ke tempat ini.
Kami pergi bersama geng masing masing laa sebab masa tu aku kenal pun tidak lagi dengan Pokcik Spek Itam ni.


Aku suka tengok gambar gambar dalam buku ni.
Buku ni disimpan sekian lama kerana mengingatkan kami tentang keindahan tempat ini.
Masa dulu mana ada internet.
Gambar gambar seindah ini perlu disimpan dengan baik untuk diabadikan.

Aaaahhh...kalau lah aku boleh ambil gambar seindah ini
Hmmmm....

Aku dan suami juga sama sama menyimpan postcards yang kami beli di US
Satu album penuh postcards yang menandakan kami telah sampai ke tempat tempat ini.


ALCATRAZ?
korang pernah dengar?
hehe
.
.

Aku tak pernah sampai...sebab postcard yang ini suami aku yang membelinya.
Errr...tak sure pulak dia dah sampai ke tempat ni ke tidak.

Cuma suami aku biasa la merayap ke San Francisco semasa dia tinggal di California.

Alcatraz ini adalah pulau yang terdapat tinggalan penjara.
Penjara yang dihuni sekelian lama semenjak tahun 1933 lagi.
Kalau kat Malaysia ni macam PULAU JEREJAK kat Penang tu la.

Sekarang ni, Alcatraz dijadikan tempat tarikan pelancong.




TORONTO ni bukan kat Mesia atau Indon.
Juga bukan kat US.
Ni kat Canada...(FYI)
mana ler tahu kut kut ada yang tak sure lokasinya di mana.
Toronto adalah ibu negeri ONTARIO, sebuah negeri yang terdapat dalam negara Canada.
Dulu dulu sesiapa yang biasa belajar Geog mesti dah familiar dengan nama ONTARIO ni kan?

Kat Toronto ni, ramai orang luar yang jadi warganegerinya.
Contohnya orang Arab, Pakistan, Cina, India, Bangladesh dan sebagainya.
Jadi jangan terkejut kalau datang ke mari dan melihat ada ramai orang Asia sebab almost 50% warganegerinya orang yang lahir luar Canada.

Hmmm kat bawah ni pula postcard yang dibeli di St Louis.

Oh ya...
Bangunan ini ialah Gateway Arch.
Landmark bagi bandaraya St Louis.
Bangunan ini dibina untuk tujuan peninjauan para pelancong.
Dibina berdekatan dengan Sungai Mississippi ( sungai terbesar dan terpanjang di US )
Yang menariknya tentang idea binaan ini ialah architectnya mendapat ilham dengan hanya terpandang sebuah PENYANGKUT BAJU!!
hehehe...
Menarik bukan?!



BOSTON...
ohhhhh
bandar tua yang penuh sejarah
juga mempunyai sejarah antara POKCIK SPEK ITAM dan aku.

errrrr...


dah..

Anak anak sekelian, hari ni ummi masak lamb, okay!
Boston LAMB CHOP?
errrr...


makan diam diam..


sekian

Tuesday, June 28, 2011

Yang lahir dan Yang mati

Assalam,

Merechup kembang di hujan pagi,
lahirlah bayi setiap hari,
Membuat dosa di hari nanti,
Atau hidup penuh bakti.

Manusia, antara malam dan pagi,
membentuk sejarah hidupnya sendiri,
Di garis kesopanan atau kekejaman,
Antara perhambaan dan berontakan

Yang lahir dan yang mati,
bentukan alam semula jadi,
Hanya manusia memberi erti,
Untuk kehidupan yang tidak abadi.


Sasterawan Negara : Usman Awang ( GELOMBANG )




Aku,
Masih berlegar
Atas pentas bernama kehidupan
Meniti siang dan malam
Silih berganti

Merintih dan mencacai
pada malam yang kelam
pada siang yang sirna

Aku,
masih merangkak
tapak demi tapak
mengisi waktu
pada hidup yang tidak menentu

Pasrah menanti mati...


Sasauan Negara : ASH


sekian

Try and error..

Assalam,

Buat renovation kejap..
.
.
.
.
Hmmmm
Harap maklum


sekian

Friday, June 24, 2011

Pernah singgah kat sini?

Assalam,

Masa cuti sekolah tempohari, kami sekeluarga keluar rumah pagi pagi untuk berangkat ke Utara.

Sebelum pergi, kami pekena sarapan pagi.

Budak budak bangun tidur, mandi dan bersiap sorang demi sorang... so SLOW MELOW.
Ada yang bangun dari tilam, tidur balik kat sofa.
Alasan : takleh masuk bilik air...
Ada orang mandi.
Last last masa target untuk bertolak lepas subuh berginjak sampai pukul 9 am.

Itu pun...ada juga yang kami biarkan keseorangan kat rumah untuk kami pergi sarapan sebab dia tak mandi mandi lagi.
Lepas solat subuh boleh main ACI PI TIDORK BALIK!!
Selepas kami semua kenyang makan, baru kami KUTIP DIA BALIK untuk teruskan perjalanan ke UTARA.

PADAN MUKA sarapan roti 70 sen ngan air kotak dutch lady jer...



Kami singgah makan di sini. Pernah sampai tak?
Lokasi : kat Kg Abu Bakar Baginda.
Kalau nak pergi Putrajaya ikut pintu 1 dari BBBangi akan lalu depan restoren yang baru dibina dan dibuka ini.

Very spacey.
Cantik sebab mungkin masih baru.
Kalau dah lama lama nanti tak tau laaa

Tapi one thing for sure, aku suka tengok dinding dia..
MAK EKAU...colourful!!
BESAU NO LUKISAN DIA!!

waaaaaaa...dan dan rasa nak nyanyi lagu ALLEYCAT

" Angin pantai dingin mencengkam,
Ombak laut mengajak pulang..
Di sini kurindu kampung halaman
Yang lama ku tinggalkan..

Betapa indahnya negeri orang
Tak seindah tanah tumpah darahku
Wajah sanak saudara yang tercinta
bermain di mataku di kala sepi

Sawah ladang dan pohon nyiur
dengarkanlah jeritan hati
Ku ingin nyatakan
Aku sering merindu belaianmu"





....dah sudah sudah la menyanyi tu.

Moh kita makan jer.
Roti canai, roti bom, nasi lemak lauk paru, sotong, telur goreng lesap dalam masa 20 minit.
Lebih cepat dari masa nak seksiap datang sini.

REGA?
RASA?
Biaser biaser jer.
Idak le mahei bebenor.
Idak le mughah pulok.
Idak le tak sedap.
Idak le SEDAAAAPPPP sesangat.

p/s
POKCIK tak pakai spek Itam sedang melayan kerenah anak anak sekali dua kala!


sekian

Thursday, June 23, 2011

Anak anak adalah penawar..

Assalam,

Hari ini terasa sangat penat.
Walaupun tak der le aktiviti lasak yang dilakukan di tadika.
Cuma tetiba hati rasa sayu..
Mungkin...
hmmm mungkin disebabkan berita berita angin yang tidak tentu kesahihannya yang aku terima di tadika tadi.
Hmmmm..
apa khabar agaknya si anak kecil itu? ( adik kepada arwah Aishah Suffian Afendi )
Hmmmmm.....

Dan terasa pula aku nak meletakkan sebahagian gambar gambar yang diambil pada sambutan Hari Guru 2011.
.
.
.
Entah kenapa....



Ameer,
kiranya rindu menambat rasa kan kutatap gambar ini
teringat akan suaramu yang nyaring memanggil
" CIKGU! CIKGU! CIKGU! CIKGU!"
berulang ulang kali...
haiiiiiiiiihhhh...
PONING PALA DEN!
hehe



Izani,
wajah ayu lembut..
moga sopan santun berbudi
membaluti wajah dan akhlakmu
pabila dewasa kelak nanti



Aqmar,
biar jeritan dan tangisan yang memulai pengajianmu di sini
namun
aku doakan agar senyuman dan ceria mengakhiri langkahmu
dari sini


Izzati,
kan kuingati senyum, tawa dan kerianganmu
yang menghiasai
hari hari bersama kalian

Ariff,
Aku mendoakan dan mengharapkan suatu hari nanti
ke ARIFF an mu kan jelas tampak dipersada dunia..



Abid,
.
.
.
tetiba cikgu rasa kelu lidah untuk berkata kata tentang ABID!
hehehehe



Afiff,
.
.
Moga segala peningkatan pengajian di sini terus dimantapkan lagi sehingga akhir hayat



Nurin, Nayli dan Sakinah..

Cikgu sayang kamu semua!!!


eh...
TETIBA jer cikgu rasa nak TEGHOYAK!!
.
.
.

p/s
cikgu dapat surat TH lagi hari ni.
2 July cikgu kena pergi cucuk masa waktu petang.
2 July juga cikgu kena bawa kamu semua yang nak pergi TAMAN BURUNG masa paginya...
Harap harap cikgu tak terpeleot....INSYAALLAH.

sekian

Wednesday, June 22, 2011

Cek Mek Molek vs Encik Monyet

Assalam,

Tadi masa aku balik sekolah aku pasang radio.
Sinar FM.
Muhammad dan seorang anak murid aku memang penumpang tetap.
.
.
.
Demer dua sama sama dengor lagu kat bawah ni.







Muhammad kemain lagi gelak ngekek ngekek dengor.
Dia pun suka bebenor nyanyi.
Dia melalak lalak sampai masuk dalam kedai.

Cuma...
.
.
.
.
.
.
.
dia ubah LIRIK!!



SENYUM LA SENYUM LA AHAI ENCIK MONYET
SENYUM LA SENYUM LA AHAI ENCIK MONYET
SENYUM LA SENYUM LA AHAI ENCIK MONYET







Aku tak ngajor yer...


sekian

Tuesday, June 21, 2011

'Tissue'

Assalam,

Aku sentiasa pastikannya ada dalam tas tanganku.
Senang.
Bila bila kecemasan, ada bekalan.
Tak perlu panik.
Tak perlu susah hati.
.
.
.
Tapi kalau berjalan jalan dan tak bawa beg tangan, nasib aku la.
.
.
Untungnya kedatangan si'dia' itu very PREDICTABLE.
sebab musabab jadi PREDICTABLE kerana setiap hari aku akan menelan biji biji seperti kacang putih itu.
Satu biji satu hari.
Tepat waktu jam 10 pm.
sebab musabab aku menelan biji biji seperti kacang putih itu pun atas dasar tanah ladangku yang subur.
Nak buat macam mana.
Kurniaan.
.
.
.
Suatu hari, aku dan suami ke ALAMANDA.
Menikmati juadah di food court.
Hmmmm...
Sedap juga nampak gayanya Nasi Beriyani Iran itu.
Sepinggan dikongsi berdua.
GAYA PASANGAN ROMANTIK gitu..
haha
Air?
Air jambu pink.
Juga dibeli segelas dan dikongsi berdua.
Kalau dah tidur malam berkongsi satu bantal, takkan tak boleh sepinggan nasi dikongsi berdua kan?
Kalau dah tidur malam berkongsi satu tilam, takkan tak boleh segelas air dikongsi berdua?
.
.
.
'Alahai....tissue mana? tissue?' tanya POK CIK yang tak pakai spek itam hari itu.
' Laaa..lupa nak ambik tadi. Jap, jap, jap...kat dalam beg saya ada'
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

OPOCOT MAK EKAU!!!
.....hisssssh....apekehai pulak nak bagi PAD untuk DARLING Ai gabuih mulut dia kan?
hehehehehehehehe
.
.
.
tersedak NAFSU makan!


sekian

Saturday, June 18, 2011

Project cuti sekolah

Assalam,

Korang tahu le kan masa cuti sekolah hari tu kebanyakan anak anak ada di rumah.
Yang terkecuali hanyalah anak kedua yang baru masuk UITM tempohari.
Lain lain melepak di rumah.
Dan bila anak anak ada di rumah, selain tidur, mereka akan makan.
Selain makan mereka akan tengok TV.
Selain tengok TV mereka akan berkelai, gong geng gong geng!

Kadang kadang maknya macam nak cabut lari dari rumah...
hehehe.

Tapi dalam tidur tidur, makan makan dan tengok TV itu adakalanya demer mentelaah juga. Cuma kadar masa mentelaah buku itu teramatlah rendah nisbahnya jika dibandingkan dengan masa demer tidur, makan dan tengok TV.

Sewaktu menengok nengok rancangan di TV itu adakalanya mereka terpikat dengan apa yang ditonton.....maka rancangan BEST WAN di AFC telah memberi mereka idea untuk merayu ibu mereka supaya masuk dapur.
.
.
.
hasilnya ialah gambar di atas sana tu...

AYAM PERCIK...

resepi?
alahai...... tiru jer dalam rancangan chef wan tu.
Insya Allah jadi!



p/s
macam boring jer entry ni kan?
......memang pun, sebab tuan yang menulisnya pun tengah boring dan letih TERAMAT!

sekian

Friday, June 17, 2011

Perginya seorang bekas anak muridku..

" Ummi, ada budak darjah satu meninggal accident dengan datuk, nenek dan maknya. Adik dia pun accident gak tapi tak mati. Ayah dia tak sebab ayah dia tak naik kereta sekali. Cikgu nak kutip derma. Boleh tak derma? " kata Huda sepulangnya dari sekolah pada hari pertama selepas cuti sekolah baru baru ini.

" Oh... yang accident langgar pembahai jalan tu kut. Ummi ada tengok sekali imbas Harian Metro tapi ummi tengok tajuk jer surat khabar kat kedai. Innalillahi wainna ilahi rajiun..Oh..budak sekolah kamu ke tu? " jawab aku.

Tidakku tahu rupa rupanya dia itu ialah AISHAH SUFFIAN AFENDI...seorang dari bekas anak muridku jua yang belajar di Aulad semasa umurnya 5 tahun.

Berita tentangnya boleh dilihat di sini.

Aishah..seorang anak manja pergi menemui Ilahi bersama ibu,datuk dan neneknya..

Al fatihah..

p/s
Di atas ialah gambar aishah dalam uniform aulad semasa berumur 5 tahun (2009) yang masih dalam simpananku...

sekian

Monday, June 13, 2011

Kisah 3 orang menteri dan 3 karung...

Assalam,

Di dalam sebuah negeri yang aman makmur tinggallah seorang Raja yang bijaksana dan bijaksini.
Raja ini mempunyai sebuah istana yang besar dan di kelilingi ladang buah buahan yang luas.
Raja ini juga mempunyai 3 orang menteri kanan yang membuat kerja kerja pentadbiran dalam negerinya.
.
.
.
Pada suatu hari, si Raja ingin menguji ketaatsetian 3 menteri kanannya itu lantas dia pun memanggil ketiga tiga orang menterinya untuk mengadap.
.
.
"Wahai memanda menteri, hari ini beta telah perintahkan khadam khadam yang menjaga ladang di keliling istana beta untuk berhenti rehat dari bekerja. Oleh sebab itu pada hari ini, tugas kamu bertiga ialah untuk tolong memetik buah buahan yang terdapat di ladang beta itu. Beta harap kamu bergembira dengan tugas baru kamu ini "

Menteri yang pertama merupakan seorang menteri yang jujur serta taat setianya kepada raja. Dia tidak berdolak dalik dalam tugasannya. Lantas dia pun terus pergi ke ladang buah buahan di luar istana serta memetik buah buahan yang manis dan yang terbaik untuk dimasukkan ke dalam karung yang telah diberikan oleh raja tadi. Dia bersusah payah memanjat pokok pokok serta berusaha memilih hanya yang terbaik dari ladang itu. Akhirnya terkumpullah buah buahan yang segar, cantik dan manis sahaja di dalam karungnya.

Menteri yang kedua pula merupakan seorang menteri yang adakalanya jujur dan adakalanya mencuri tulang. Dia hanya membuat kerja dengan bersungguh sungguh ketika mana dilihat dan dipantau Raja. Apabila di belakang baginda Raja, dia sering culas dengan kerjanya. Jadi apabila sahaja dia mendengar tugasan yang dirasakan menyusahkannya, dia pun berkata kepada dirinya...
" Ahhhhh...peduli apa dengan buah buahan ini. Aku kutip buah buahan yang sudah gugur ini saja sudahlah. Tidak kuasa aku untuk bersusah payah memanjat pokok pokok yang tinggi tinggi ini."
Lalu si menteri yang kedua ini pun mengutip buah buahan yang gugur. Ada di antara buah buah yang gugur itu manis buahnya, ada juga yang terlalu muda dan masih pahit, tak kurang pula yang telah busuk dan berbau tetapi si menteri kedua ini tidak ambil kisah. Dia hanya mahu memenuhkan karung yang diberkan kepadanya sahaja.

Ini pula kisah menteri yang ketiga. Si menteri yang ketiga ini sememangnya seorang yang khianat dan tidak jujur. Apabila dia mendengar sahaja perintah dari raja, dia terus sahaja memaki hamun raja itu di dalam hati.
"Ahhhh...persetankan suruhan yang yang bodoh ini. Bukan kerja ku untuk memetik buah pada hari ini. Aku mahu isikan batu batu dan rumput rumput sahaja di dalam karung ini supaya kelihatannya seperti ada benda yang terisi di dalamnya. Dengan kesibukan raja, dia pastinya tiada masa untuk memeriksa kandungan karung ini." kata si menteri yang ketiga di dalam hati. Lantas dia pun mengisi rumput kering dan batu batu di dalam karungnya itu.

Pada petang harinya, si raja menyuruh ketiga tiga menteri itu mengadapnya.

" Sudah kamu isikan karung karung kamu itu" tanyanya kepada mereka.
" Sudah..." jawab ketiga tiga menteri.

" Dengan itu beta mahu menguji ketahanan mental kamu pula. Sekarang beta perintahkan kamu untuk mendiami penjara beta selama dua bulan dengan bekalan buah buahan yang kamu telah masukkan ke dalam karung kamu tadi. Sila patuh perintah beta! Setiap dari kamu akan masuk mendiami satu bilik di penjara beta"
.
.
.
.
.
Alangkah terkejutnya ketiga tiga menteri tadi.
.
.
.

HMMMMMMM...agak agaknya siapa yang nak tersengeh dan siapa yang cam nak menanges?
hehehehe..

Oh btw....
jangan lupa bawak bekal yang bagus bagus ye kawan kawan...sebabnya SETIAP DARI KITA KAN MEMPUNYAI KARUNG MASING MASING...dan kita ni pun kan dalam perjalanan nih?
.
.
.
singgah jap jer kat dunia nih!

p/s
FAHAM TAK NIH?
.....cerita rekaan dari Tuan Sheikh Ali...disampaikan dengan gaya tersendiri oleh Puan Ash!


sekian

Tuesday, June 07, 2011

"Baroh", "Daghat" dan "Deyo"

Assalam,

Ada perbincangan yang dibuat oleh sepupu sepupu ibuku tentang kedudukan rumah ayahanda mereka di dalam FB.
Ayahanda mereka ini adalah adik bongsu opah sebelah ibuku.
Mereka membincangkan kedudukan rumah ayahanda mereka yang hampir dengan Sungai Perak.
.
.
.
.
Rumah opah sebelah ibuku juga berhampiran dengan Sungai Perak.
Sekira kira 10 atau 15 meter sahaja lokasinya di belakang rumah opahku atau yang aku panggil Mak Didik.
Rumah abang sulungnya pula bersebelahan dengan rumah opahku yang aku panggil Tok Wer.
( Tok Wa )
Tetapi rumah Tok Busu ( adik opahku) itu tiadalah aku ketahui lokasinya.

Seingat ingat aku, kebanyakan ziarah yang dibuat semasa aku kecil dulu, aku hanya berkunjung ke rumah quaters yang di sediakan oleh Jabatan Saliran Negeri ( DID) kerana Tok Busu aku bekerja di situ. Rumah kecil sebilik yang didiami oleh penghuni yang begitu ramai. ( Anak Tok Busu aku ramai )
Jadi rumah kampung yang didirikan oleh Tok Busu sebelum dia berpindah ke Quaters DID itu tidaklah aku ketahui.


Sepupu sepupu ibuku ini sibuk memberi tunjuk arah lokasi rumah ayahanda mereka.
Mereka menggunakan perkataan "BARUH"< "DARAT"< "DEYO" bagi menunjukkan lokasi.
Perkataan "BARUH", "DARAT" dan "DEYO" ini bukanlah perkataan asing bagiku. Sememangnya aku telah mendengarnya dari kecil lagi.
Tapi.....errr.....tapi....sehingga hari ini aku masih terpinga pinga bila mendengar perkataan perkataan ini bila ianya digunakan.
.
.
.
.
hehehehehe..

Dalam subjek Geography, "Darat" adalah tempat / tanah yang bukan berair yakni daratan. Manakala BARUH...err...BARUH...err..ada ke istilah ni dalam GEOG?
"DEYO" pula rasanya....hmmmm.....


...ini adalah petunjuk arah yang digunakan dalam negeri Perak belah SELATAN.

so....aku berhak untuk BLURRR!

p/s.....sehinggalah Pak YEOB ( anak sulung Tok Busu aku menerangkan maksudnya kepadaku )

" Baruh " ialah satu arah yang menuju ke sungai.
" Darat " ialah satu arah yang menuju ke daratan.
.
.
........" DEYO"???....cer cari?

sekian

Thursday, June 02, 2011

Rest Area at BORR ( Butterworth Outer Ring Road )

Assalam,

Anak anak adalah anugerah Allah yang paling bernilai dan berharga.
Bagi wanita yang pernah mengharungi kesusahan dan kepayahan mengandung, melahirkan serta menjaga anak semasa kecil mungkin memahami jiwa seorang ibu seperti aku.

Ibu dan bapa sudah semestinya mahu melihat anak anak mereka bahagia di depan mata.
Sama sama gembira melihat mereka tertawa..
Sama sama bersedih apabila mereka terluka...

Dan ibu dan bapa sebenarnya tidak mahu melihat kesedihan menyelubungi anak anak mereka.

Biarlah kesedihan dan kepayahan dipikul oleh ibu dan bapa itu namun untuk membiarkan anak anak diselaputi rasa kepiluan bukanlah kehendak mana mana ibu dan bapa..
.
.
.
Kerana itulah, aku dan suami meraikan mereka di suatu tempat persinggahan. Biarpun tempatnya bukanlah singgahsana atau mahligai indah namun kegembiraan dan derai tawa sembilan anak anakku cukup membahagia dan mendamaikan.

Anak anak seumpama layang layang.
Perlu dilepaskan perlahan lahan.
Sedikit demi sedikit kerana kalau dibiarkan tanpa arah mungkin hilang pedoman.
.
.
.
....dan kalau tidak ditentukan arah mungkin pula terabai di mana mana.
.
.
.
Hmmm...
jadikanlah peristiwa layang layang terputus dari talinya itu suatu iktibar, anakku!
Bukankah hidup ini diibarat seperti bermain layang layang juga?


Takperrrr....
....abah dan ummi tak marah!
Biarpun dua layang layang yang dibeli hilang dan tersangkut .
.
.
.
Hehehehehehehehehe..
Itu biase.
Dan setiap yang ada di dunia ini hanya bersifat sementara.
.
.
.
Sudah petang nampak.
Jom balik.


sekian

Wednesday, June 01, 2011

Masjid Terapung, Penang

Assalamualaikum,

Selalunya bila kita sebut Masjid Terapung, fikiran kita hanya teringat kepada sebuah masjid yang terletak di negeri Terengganu.
Sebenarnya ada satu lagi masjid yang telah dibina di atas laut dan diberi nama Masjid Terapung Tanjung Bungah di Pulau Pinang.
Walaupun ianya dikatakan terapung bukan bermakna ianya BENAR BENAR terapung cuma kelihatan berada di atas air jika dilihat dari jauh.

Masjid Terapung Tanjung Bungah ini dibina di atas laut persisiran dan menelan belanja sekira kira 15 juta dengan keluasan binaan 1295 sq meters.



.
.
.
.
...sesekali MAMARAZZI akan memunculkan diri bersama POKCIK spek Itam dan anak anaknya..
hahaha...

errrrr.....especially bila time cuti cuti Mesia ni kan?

p/s
kelihatan di dalam gambar ini anak lelaki mereka menunjukkan rasa keBUSANan dan keLETIHan yang TERamat sangat!

sekian