Saturday, May 28, 2011

Dedicated to all my friends out there..

Assalam,




sekian

Pak Ramli's song

Assalam,

Bait bait lirik yang cukup bermakna...
Fikir..





sekian

Tuesday, May 24, 2011

Di sini bermulanya satu cabaran baru..

Assalam..

Kerisauan tetap ada.
Begitu juga kesedihan.
Namun tetap terselit secebis doa dan keazaman.

Hidupnya perlu diteruskan...demi masa depannya.

Aku bukan dapat menongkat dunia.
Begitu juga dengan ayahandanya.
Kami hanya dua insan yang diberi amanah.
Dan kami lepaskannya dengan rela hati..
.
.
.
.

"Errrrr...pakcik, hantar anak ke?"
.
.
.
Hehehe...ada saja POKCIK SPEK ITAM ni!!
INTER PEREM betul..

Aku melayani hati...
dan sekalung doa mengiringimu anakku...
bila mana anak kedua ku dihantar ke daerah ini.

sekian

Di kala aku di sana, di sini berlaku bencana..

Assalamualaikum,

....bait bait yang cukup menyentuh hati!

Al fatihah buat anak anak yang telah pergi itu.

Thursday, May 19, 2011

Sajer nak pesan pesan..

Assalam,

Hari tu masa Ustazah bagi penceramahan pasai masaelah wanita dalam mengerjakan haji, dia ada remind 2 perkara.

Dua perkara ni dia kata RAMAIIIIIII orang pompuan MELEYSIA yang tak berapa nak ambik kisah sangat tapi ganjaran pahala amalan perbuatan ini amat LUMAYAN juga.

1) Bersujud TILAWAH atau bahasa mudahnya Sujud Sajjadah.
Kalau dilihat di dalam Al-Quran, ada 15 tempat yang bertanda macam kubah mesjid kat hujung ayat ayat quran menandakan ianya adalah ayat sajdah. Apa nak buat kalau baca ayat ni dalam solat??
Okay...lepas habis baca jer terus sujud sajjadah..dan bacaannya pula dah aku biasa tanya dalam entry entah bila dulu dalam blog aku nih.
Kalau sedang membaca ayat ayat ini di dalam Al-quran dan kita berwudu' serta menutup aurat lengkap, disunatkan kita berdiri, mengadap qiblat, bertakbir serta terus bersujud dan membaca bacaan sujud tilawah itu.

Tetapi jikalau sekiranya membaca ayat ini ketika mana kita tidak berwudhu', sebagai ganti sujud disunatkan bertasbih, " Subhanallah walhamdulillah wa laailahaillah allahu akbar"

DI MALAYSIA, jika sekiranya kita dapat pergi solat pada subuh hari Jumaat di surau surau atau masjid yang imamnya membaca ayat sajdah ini pada rakaat pertama, jangan lah kita terkejut sekiranya dia terus sujud apabila selesai membaca ayat dan kemudian bangun dan menyambung lagi bacaan ayat setelah selesai bersujud.
Perkara ini mungkin kita akan temui di Masjid Nabawi dan juga di Masjidil haram atau di mana mana masjid bila Imamnya membaca Ayat sajdah...

Kang buat macam blurr tak pernah dengor le pulok!!
Kata imam tambah rakaat le, aper le kan, kan, kan???
Kerana mungkin ramai wanita Mesia kita ni kurang pergi bersolat Jemaah di masjid atau surau
( epesiali subuh Jumaat ) jadi jaranglah nak terjumpa situasi ini.

2) Satu lagi perkara yang mungkin ramai sudah sedia maklum ialah SOLAT JENAZAH.
Aduhai... kat Mesia ni, kalau kita nengok betul betul time orang solat jenazah, memang orang pompuan TERRRR sangatttttlah sedikitnya untuk turut berjemaah bersama. Walhal bukannya susah sangat wehhhhh...

Solat jenazah 4 takbir je. Takyah rukuk, sujud, duduk ape kemender pun.

a) Berdiri tegak, niat untuk solat jenazah lelaki atau pompuan...atau ramai.
b) Lepas takbir pertama, baca fatihah.
c) Lepas takbir kedua, baca selawat macam selawat dalam tahiyyat akhir sembahyang biasa kita tu.
d) Lepas takbir ketiga, baca doa untuk si mati yang tak panjang mana pun doa tu.
e) Lepas takbir keempat, baca doa juga...tapi kalau rasa panjang...tak baca pun tak per..kalau pandai baca, lagi le bagus.
f) Pastu bagi salam...kalau jadi makmum, tunggu je la tok imam buat, kita ikut. ( tapi, pastikan imam tu tahu bersolat jenazah la..kang jadi lain pulok!!)

Aspek solat jenazah eloklah disentuh kerana selepas solat fardhu di setiap waktu di Masjid Nabawi dan juga di Masjidil Haram, akan adanya solat jenazah dan di umumkan pada jemaah untuk turut serta. Ianya, of coz la, diumumkan di dalam bahasa Arab...dan rugi lah kita tak turut serta kerana ganjaran pahala untuk bersolat jenazah ini ialah sebesar Bukit Uhud.
.
.
.
errrrr...
hihihi...sebut pasal solat jenazah, meh aku cerita masa mula mula BINGUNG dengan announcement yang dibuat oleh Imam untuk bersolat jenazah di masjid Nabawi.
.
.
.
Aku ingatkan solat sunat HAJAT ke apa kerr..
Aku pun turut la serta...al maklum...nak ganjaran..
SEKALI DEMER BUAT SOLAT JENAZAH..
.
.
.
lepas fatihah...Imam TAKBIR, aku ikut laa...
ORANG LAIN TAK RUKUK, aku pulak pi rukuk..sebab aku ingat kut depa solat sunnat..
.
.

HAHAHHAHA..
PASTU aku pun MUFARAQAH sebab aku dah niat solat sunat...dan teruskan solat 2 rakaat macam takder mender mender......
Tapi aku duduk kat hujung satu barisan ngan MAK MAK ARAB, lepas depa selesai solat jenazah, depa pakat pakat tengok aku...
HIHIHIHIHIHIHI..
Aku buat derkkkk je la...aku tau la depa solat jenazah tapi aku tak FAHAM SEBELUM TU TOK IMAM UMUM APEKEMENDER..
ape nak buat kannnn....
DAH TAK FAHAM ARAB.
hehehehhe
.
.
.
Tapi lepas terkena sekali tu, alhamdulillah, aku join le demer buat solat jenazah.
Tang niat dan doa tu, aku tak tau yang mati tu pompuan ke lelaki ( ni pun sebab tak faham ARAB) , jadi aku buat niat untuk umum dan doa untuk umum.

.
.
ITU pengalaman aku...hihihihi..
ya laaa..korang gelak la kat aku....hihihihi...buat camner kan?
hihihihihi...

sekian

Monday, May 16, 2011

aduhai BLOGGER yang....tak tau nak cakap!

Assalam,

Dua tiga hari tak meng HAPDET..
Time ada ide, blog pula UNDER MENTENEN
.
.
.
LETIH..
.
.
Dah boleh tulis, idea pulak susup sasap hilang entah ke mana..
.
.
Aku boh gambar kuih CARA udah leeer
.
.
Petanda AKU MASIH UJUD di alam PEMBLOGGERAN
.
.
.
Kuih cara tu juadah buker poser..
Poser senin.

sekian

Thursday, May 12, 2011

Dengan izinnya..

Assalam,

Entry sebelum ni aku tulis pasal Gemilang ( salah satu syarikat swasta yang menguruskan urusan jemaah Haji) yang buat kursus Permasalahan Wanita Dalam Mengerjakan Haji.
.
.
.
Sebenarnya ada banyak perkara yang dibincangkan oleh Ustazah Yusnah Yusuf ( ustazah jemputan ) tempohari.

Antara perkara yang disentuhnya ialah bagi mana mana wanita yang ingin mengerjakan Haji dan Umrah perlulah mendapat keizinan dari suaminya jika dia telah berkahwin dan juga wali walinya seperti bapa, datuk, saudara lelaki, bapa saudaranya dan berkaitan dengannya jika perempuan itu tidak berkahwin.

Pemergiannya ke tanah suci itu pula mestilah ditemani oleh mahramnya seperti suami atau walinya atau jika tidak mendapatinya bolehlah dia pergi bersama dua orang lagi perempuan yang thiqah ( yakni perempuan yang elok perangai dan baik )

Bagi perempuan yang masih didalam IDDAH RAJ'I juga WAJIB meminta izin untuk menunaikan HAJI dari bekas suaminya kerana dia masih boleh dirujuk oleh bekas suami yang menceraikannya itu. ( Tempoh Iddah raj'i ialah 3 kali Quru' = bersuci bagi yang masih berhaidh atau melahirkan anak bagi yang sedang mengandung )

Permasalahan IDDAH WAFAT pula :

Bagi wanita yang masih lagi belum berangkat ke tanah suci, tiba tiba kematian suami, wajib dia menangguhkan pemergian hajinya manakala bagi wanita yang telah berada dalam perjalanan ke tanah suci MEKAH wajib baginya pula menyempurnakan hajinya dan haram baginya bertahallul sehingga selesai.

Perkara yang boleh dilakukan bagi perempuan yang di dalam IDDAH WAFAT dalam pekerjaan HAJI ( jika telah berada di Mekah ) :-

1) Selesaikan ibadat haji dan umrah.
2) Menunaikan solat di Masjidil haram tetapi mesti ditemani perempuan yang thiqah dan tidak mendatangkan fitnah.
3) Membeli keperluan hajat
4) Menziarahi kawan kerana hajat.

PERKARA LARANGAN DALAM IDDAH WAFAT.
1) memakai pakaian yang menarik dengan niat berhias.
2) memakai perhiasan emas, perak dan permata.
3) memakai wangian di badan dan di pakaian.
4) memakai celak kecuali untuk mengubati sakit mata.
5) bersolek
6) memakai inai

LARANGAN di atas ini dikenakan ke atas semua wanita yang kematian suami berKUATKUASA selama 4 bulan 10 hari selepas suami meninggal dunia.

.
.
.
.
Itulah sedikit sebanyak pelajaran yang boleh disampaikan untuk entry kali ini.

Harap harap ianya sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu anda.


sekian

Wednesday, May 11, 2011

Kursus Haji - fokus permasalahan wanita

Assalam,

Hari Ahad baru ni 8/5/2011 Gemilang Travel ( syarikat swasta yang mengendalikan urusan Umrah dan Haji ) buat kursus untuk jemaah haji wanita yang berminat. Dia bagi tajuk Permasalahan Wanita dalam pekerjaan Haji dan Umrah.

Tempatnya kat Masjid Putra, Putrajaya.

Start pagi...jam 8 lagi tapi sebab pagi pagi Ahad ni aku dah mrancang nak berjogging dan walking maka aku pi time jam 11.
Aku tengok jadual program tu pagi pagi dia sembang bab Falsafah Haji.
Oleh kerana aku dah dengar dua tiga kali dari dua tiga orang Ustaz bab falsafah haji ni maka aku skip la tajuk ni.
Aku nak pi dengark bab permasalahan wanita tapi topik ni start jam 12pm jadi aku pi la masjid before that hour.

Gemilang ni mengajak jemaah Haji pompuan dari beberapa masjid sekitar Putrajaya termasuk Masjid Hassanah. Aku pun bagi nama.
FREE OF CHARGE..tak payah bayar apa apa..OKAY LA tu..siap bagi makan pagi dan lunch serta minum petang lagi.
Tengahari makan nasi MANDI ARAB wehhh..kemain sedap kambingnya!!
( itu bab lain le pulok )
.
.
.
Topik utama disampaikan oleh Ustazah (apekenamernya..tak ingat le pulok) pada waktu petang. Membicarakan permasalahan wanita yang berbangkit semasa haji especially yang berkaitan dengan masa dalam IHRAM, niatnya serta apa pekerjaan haji yang boleh dilakukan bila kedatangan HAIDH.
.
.
.
macamana nak niat.
apa nak dibuat kalau dah niat tapi tak boleh tawaf.
boleh ke orang yang datang haidh mengerjakan haji?
boleh ke orang yang datang haidh mengerjakan umrah?
.
.
.
macamana nak bayar dam...dan sebagainya.
Kiranya CLEAR la apa yang disampaikannya.

Pekerjaan haji bagi orang yang didatangi haidh ini semua boleh kecuali TAWAF!! Jadi dengan kerana itu, pandai pandailah kita menyusun jadual kita mana yang nak kita buat semasa dalam haji nanti selepas 10 zulhijjah.
Sebelum ni aku suspense juga...tapi bila dah pergi dan dengar pengajaran dari Ustazah ni rasa lega sikit sebab dalam haji ni TERTIBnya hanya pada kebanyakan rukun.
Apakah TERTIB pada kebanyakan RUKUN itu?
.
.
.
kena lah pergi kursus!!

Okaylah aku tak nak bagi you all pening kepala...
Meh aku bagi sikit jadual yang diberi oleh LTH kepada kami yang pergi dengan Muassasah.

Setiap Sabtu 9:30am -12 pm kursus asas....hingga pertengahan June.
23/06/2011 Pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang dilantik TH.
25/06/2011 Kursus Intensif
02/07/2011 Kursus Intensif
09/07/2011 Serahan passport

01/08/2011 PUASA RAMADHAN bermula
31/08/2011 1 syawal raya puasa

10 dan 11 September Kursus Perdana seluruh Selangor
24/09/2011 Serahan barangan TH
.
.
29/09/2011 - 28/10/2011 PENERBANGAN KE JEDDAH
05/11/2011 Wukuf
06/11/2011 Raya haji
.
.
.
.
12/11/2011 Penerbangan pulang bermula...

* semuanya hanya satu perancangan, dan segalanya Allah jualah yang menentukan.
Insyaallah..

sekian

Monday, May 09, 2011

Maryam pulakkkk dah...

Assalam,

"Sila cetak surat tawaran.
Gambar berukuran passport 8 keping...
Sijil kelahiran..
Kad pengenalan...
Slip gaji.."
.
.
.
.
.
and so forth and so on...
.
.
Yuran???
RM 625 pada hari pendaftaran.
.
.
.
.
.
.
MUJUR tak sepuluh ribu ke apa ke kan...
haha...kusss semangat.

Maka bermulalah semula lembaran baru buat si budak MARYAM.
Dia tak perlu terima tawaran MATRIKULASI setelah mendapat tawaran UITM.
.
.
.
.
Kita tak payah pergi Londang, MELAKA lagiiiiiiii....yeaaaahhh.
.
.
.
KITA PERGI BUKIT MERTAJAM pula!!!


p/s
1) Kota Kinabalu
2) Bukit Mertajam
3) Labu

.......tinggal lagi enam.


sekian

Wednesday, May 04, 2011

Merajuk..

Assalam,

Orang tuo kalau merajuk jangan le buat macam perangai budak budak...
Kalau budak budak merajuk, usahkan makan, pakai seluor baju pun tak nyempat.
Alih alih dah tertidur bawah kerusi meja makan!!
.
.
.
.
Cer kalau orang tuo merajuk buat perangai cam gini!!
.
.
.
.
HAHAHA...
lariiiiii...
TAK TERGAMAK orang nak pujuk.

sekian

Sunday, May 01, 2011

Analogi

Assalam,

Selamat hari buruh..
.
.
.
Buruh buruh sekelian,
sambil korang rehat rehat atau bersantai tu sila fikir fikir secara santai juga..
.
.
.
.
Seorang budak kecil.
Dia merangkak rangkak.
Dia merangkak menuju suatu sudut.
Di sudut itu terdapat kipas angin yang sedang terpasang.
Berpusing pusing dan kelihatan sungguh menarik bagi budak kecil itu.
.
.
Neneknya melihat cucunya merangkak rangkak menghala ke sudut tersebut.
.
.
Apakah yang akan dilakukan oleh si nenek?
Soalan mudah itu difikirkan, betul tak?
.
.
.
Kalau nenek itu sayang akan cucunya dan seorang nenek yang bertanggungjawab MAKA perkara yang nenek itu akan lakukan ialah :-
1) dia mungkin akan menutup suis kipas.
2) dia mungkin akan mendukung budak kecil itu dan membawanya ke tempat lain.
3) dia akan memberi permainan yang tidak merbahaya agar budak itu mengalihkan pandangannya dari kipas tadi.


Sebab seorang nenek yang bertanggungjawab dan pengasih tidak akan membiarkan sesuatu kejadian yang tidak diingini seperti kecederaan dan kemalangan berlaku terhadap cucunya itu.
Dia tidak mungkin membiarkan jari cucunya terluka ataupun kipas itu jatuh ke atas cucunya.
.
.
.
.
Wahai pembaca sekelian,
sebagai seorang Islam, sekiranya kita mengetahui suatu kemungkaran mungkin berlaku maka adalah tidak wajar untuk kita membiarkan saja. Sebagai seorang Islam, kita wajib mencegah jika ianya berlaku di depan mata.
BUKANKAH kita disuruh AMAR MAARUF DAN NAHI MUNGKAR?
Kita tidak boleh bersekongkol menjadi talibarut kepada orang yang melakukan maksiat.

Kalau kita tidak mampu atau takut diapa apakan, kita sewajarnya mencari/memanggil orang yang lebih berkuasa dan mempunyai authoriti. Biar ramai saksi yang lebih dipercayai menyaksikan perkara yang berlaku dan bukti dapat diperolehi pada masa kejadian.
Jadi tidak timbul dikemudian hari dakwaan kita sebagai saksi palsu.
.
.
.
Baru lah IKHLAS DALAM MENGERJAKAN AMAR MAHRUF DAN NAHI MUNGKAR!!!
hmmmm....

sekadar analogi..

sekian