Saturday, August 28, 2010

Seorang demi seorang pergi mengadap Pencipta

Salam,

Semalam sebelum Jumaat sekira kira pukul 12.30 tengahari, aku dan suami bergegas ke Keramat AU3.
Bonda seorang sahabat lama suami telah pergi ke Rahmatullah pada pagi Jumaat kira kira jam 2.30 pagi.

Makcik ni pun aku memang biasa sangat sebab kami pernah tinggal di kejiranan yang sama di Wangsa Maju dulu.

Aku bagaikan terbayang bayang wajahnya dan anak anaknya yang ramai.

Semasa aku melahirkan dua orang anak ku yakni Maryam dan Husna, aku tinggal di Wangsa Maju. Aku pernah menyatakan keresahanku menjaga anak anak kecil aku yang bertiga sewaktu itu. Tapi makcik ni selalu menyabarkan aku.

" Tak perr ...bior bersusah susah dahulu" katanya.
" Bersenang senang kemudian," sambungnya lagi.

" Makcik dulu dalam pantang biasa makan nasi dengan ikan bilis mentah. Nak goreng pun tak sempat sebab anak ramai. Memang banyak karenah.."

Ya...tapi dalam ramai ramai tu ada juga yang telah menjadi Hafiz Al-Quran. Beruntung benar rasanya.

Dan semalam selepas solat Jumaat yang diimamkan sendiri oleh anaknya, jenazahnya pun disembahyangkan...juga diimamkan oleh anaknya yang Hafiz itu.

Aduh...Bertuah rasanya...dan semoga Makcik Zaitun tenang dalam pembaringannya, InsyaAllah.

sekian

Thursday, August 26, 2010

Masakan yang dimasak sendiri..

Salam,

Masakan yang dimasak sendiri adalah lebih baik dari makan di hotel.
Di hotel belum tentu lagi ke HALAL annya..
Ish leceh betulkan?
.
.
Kalau pemiliknya bukan ISLAM tentu saja KURANG PERIHATIN bab Halalan Toyyiban ni.
Yang jadi pekerjanya pula bagaimana..Bukankah ramai juga yang beragama ISLAM bekerja di dapur hotel?
Hmmmm..kalau nama saja MELAYU tapi PERANGAI tak macam orang Islam maka akan dua kali lima juga la..
TAK PERIHATIN!


Itu kalau di hotel...
Kalau di pasar pasar RAMADHAN?
Siapa yang buat SPOT CHECK?
AHAKS!!
Ada demer basuh telur telur sebelum demer tebor roti telur, murtabak, char keu teow bagai tu?

Susah sangat masak sendiri la, Bedah ooiii...

Mee udang pun okay!!
Tinggal kulit jer untuk sedekah kat semut ngan lalat ijo!
sekian

Wednesday, August 25, 2010

Kisah Ramadhan pertama..

Salam,

Ish...setiap kali Ramadhan ni mesti jadi nostalgik. Teringat berpuasa di perantauan. Teringat beraya di perantauan. Teringat itu...teringat ini. APASAL ek?
.
.
.
Tapi paling BEST sekali bila teringat masa pertama kali ber RAMADHAN dengan suami I yang tercinta tu..
Wei haaai.. hahaha
Ramadhan kami yang pertama BERSAMA adalah sewaktu di Chicago, USA.
OBERCI oo.....
oooittt ooooittt..

1990 adalah masa honeymoon.
Masa tu suami aku telah habis belajar first degreenya dan mengambil keputusan untuk pindah dari Boston ke Chicago setelah kami berkahwin di penghujung bulan Disember 1989. Konon kononnya taknak la biarkan aku berseorangan sambil nak mencari kerja di Chicago. Malangnya pekerjaan adalah sangat sukar diperolehi di Chicago terutamanya yang berkaitan dengan kelulusannya...tidak seperti di Boston.

Maka suami aku pun jadilah penanam ANGGUR sementara sambil menjadi peneman hati aku selama 6 bulan sebelum visanya tamat dan pulang ke tanahair. Kadang kadang kesian juga tengok suami yang TAK DAK kerja dan melopong di rumah. Aku ke kelas, dia TERSADAI di rumah. Baca paperrrr, tengok iklan, buat laundry, lipat kain...heheheh...MASAK??? Err...not his specialty.
DUIT?
Duit simpanan dia adalah sikit sebanyak sebab waktu kat Boston dia memang rajin buat part time job kat universitinya plus duit biasiswa aku yang dapat setiap bulan. Tapi duit tu terhakislah setiap hari kerana yang masuk hanya biasiswa aku sahaja.

Tapi perkara yang aku suka tentang suami aku sewaktu tu ialah dia rajin bangun malam untuk solat hajat, rajin bergaul dengan masyarakat Islam di universiti aku dan sentiasa bersedia untuk menolong kawan kawan yang perlukan khidmatnya.

Sewaku Ramadhan, ramai kawan kawan dari Bangsa Arab mengajak kami berbuka puasa di rumah mereka atau berbuka secara beramai ramai. Selalunya suami aku tak menolak tetapi kalau aku dah masak di rumah maka dia akan menolaknya dengan baik. Untuk Tarawih pula, selalunya suami aku disuruh ke depan untuk menjadi imam.
Aku pun hairan dengan pak Arab ni, mereka faham bahasa Arab sepatutnya mereka lah yang lebih layak menjadi imam tapi selalu menyuruh pelajar Malaysia untuk mengimamkan solat.

Terasa cukup indah ber Ramadhan buat pertama kali bersama suami sewaktu itu. Dan yang paling mengharukan di Ramadhan itulah kami telah menerima sumbangan zakat dari Pak Pak Arab yang nak bayar zakat. ALASANNYA ialah suami aku termasuk dalam golongan AHNAF sebab tak dak kerja/pendapatan dan kami pun memang agak memerlukan segala sumbangan itu sewaktu itu.
WEIIII hai...macam sedihkan?
Tapi bagi aku itulah keindahannya ISLAM ini....dan aku berdoakan agar mereka yang menolong kami berdua sewaktu itu dikurniakan ganjaran pahala yang besar dari Allah SWT. InsyaAllah..
Amiinnn..

sekian

Tuesday, August 24, 2010

Kita masih di bulan Ramadhan..

Salam,

Kita dah masuk fasa kedua bulan Ramadhan. Ada sesiapa dah tinggal puasa? Aku? Belum lagi nampaknya...haha
Jangan eksyen..sebab anytime from now mungkin aku pulak kena main aci nyorok ngan anak anak.

Kaum wanita ni kalau tak boleh puasa tu, buatlah ibadah lain. Masak untuk orang berbuka dan bersahur besar ganjarannya. Kalau tak boleh baca quran..nyanyi zikir pun okay. Selawat pun not bad. Besar pahala. Kalau ada anak kecil sambil dodoikan anak boleh nyanyikan lagi Raihan..Rabbani ..Hijaz ke kan? Jangan nyanyi lagi Deep Purple pulak! haha

Keuntungan aku mengandung anak seramai 9 orang ialah paling tidak dalam hidup sebagai wanita berkahwin ni aku jarang tinggal puasa Ramadhan. Samada di tahun itu aku mengandung atau aku menyusukan anak. Menyusukan anak secara penuh menyebabkan aku tak didatangi darah haidh. Ini adalah salah satu kelebihan penyusuan bayi yang aku perolehi. Ramai juga dari kaum ibu yag mendapat kelebihan ini tapi ada juga yang tidak memperolehinya.

Maka dari tahun 1992-2002 aku puasa penuh semasa Ramadhan. 2003 aku tak puasa sebulan pula disebabkan bersalin anak yang ke7 pada penghujung Syaaban. 2004, 2005, 2006, 2007 dan 2008 puasa aku penuh semula. 2006 mengandungkan anak ke 8. 2007 pula mengandungkan anak ke 9. 2008 masih menyusukan anak ke 9.

Ramai kaum wanita yang mengharapkan supaya mereka dapat puasa dan beribadah khusu sebulan bulan Ramadhan.
Dan kurniaan beribadah di bulan ini sepatutnya digunakan sepenuhnya oleh kaum lelaki walaupun AGAK RAMAI yang tak menghargainya.

Dan kaum wanita pula sama samalah menjaga diri supaya diri anda tidak merosakkan puasa orang lain...ALMAKLUM...
Sembunyikanlah mana mana yang TERSEMBUL itu dengan BETUL BETUL sembunyi.
Segala SEMBULAN yang TERDEDAH BOLEH MEROSAKKAN PAHALA PUASA dan MENJAHANAMKAN IMAN orang lain..
Dan SEWAJIBNYA lah etika MENYEMBUNYIKAN APA APA yang TERSEMBUL itu di teruskan sehingga dalam bulan bulan lain juga...
KAN LEBIH BAGUS BEGITU?

sekian

Monday, August 23, 2010

Ikut rasa binasa, ikut hati mati..

Salam,

Aku nak nasihat menasihati lah dalam entry kali ni..Ya aku tau..aku ni bukanlah baik sangat nak menasihat orang lain tapi aku nak cuba sampaikan apa yang aku dapat sikit sikit. Ilmu kena kongsikan? Kalau tak dikongsi, rugi pulak. Simpan pun bukan dapat apa..
MENDAP lagi ada laa sebab lupa habis.

Ini berbalik kepada soal mati yang aku sebut dalam entry sebelum ni.
Sekarang ni di kalangan orang MELAYU MALAYSIA cukup ramai yang mati sia sia. Kalau mati pergi berjuang ke Palestine ke, syahid berjuang menentang ZIONIS dan sekutunya..ada juga PAEDAH..BESOR ganjaran. Masuk syurga FREEE FREEE!
Ini tidak..MATI KATAK!
Silap haribulan straight menuju NERAKA JAHANNAM.

APA CERITANYA PULAK?!!

Cukup ramai dari kalangan orang Melayu yang namanya ISLAM ni yang dah SERONOK ambik nyawa sendiri.
APA?!!
WHAT?!!

Kalau dulu mungkin kita dengar bangsa sekian sekian yang bukan Islam lompat depan keretapi..suruh keretapi gelek kasi mati sebab gaduh laki bini. Ada juga yang telan racun tikus, racun rumpai etc untuk mengGOLkan diri sendiri. Ada yang gantung diri. Ada yang slid urat nadi di tangan. Ada yang masuk dalam kereta kasi penuh asap dari exhaust dan sebagainya. Dah bunuh diri satu hal la..SEBAB MUSABBAB pula banyak yang tak boleh diterima..

Kelmarin sewaktu kuliah Subuh, Ustaz yang bagi ceramah itu bagitau bahawasanya ada seorang isteri muda di Jerantut berbangsa Melayu mati bunuh diri.
Sebab musababnya HANYALAH kerana suaminya tak nak belikan set PINGGAN MANGKUK yang ada enam biji setiap satu tu. Mangkuk 6 biji. Cawan 6 biji. Piring 6 biji. Pinggan 6 biji...etc etc la..
Katanya waktu pi supermarket, isteri muda ni nak kan set pinggan mangkuk tu. Suami tak nak beli. Balik rumah pertengkaran kecil membawa kepada pergaduhan besar. Dan sewaktu suami keluar dari rumah, isteri merajuk lantas menelan racun tikus....
LAAAAAAAAAAA ISHHHHH!!

WEI!!! Awat jadi lagu nih? Umur isteri baru 26 tahun. Anak baru sorang. Kecik lagi pulak tu!! Umur 4 bulan.

Kengkawan, sedara mara, para suami, para isteri yang dok baca blog aku ni.
AMBIK LAH IKTIBAR..
Jangan dok ikut rasa...BINASA!
Jangan dok ikut hati.. MATI!

Kita masih berada dalam bulan Ramadhan. Jangan dok start berkelahi, merajuk, berebut, bertengkag nak CHUP BALIK RUMAH MAK SAPA DULU!!
Mak mak pun jangan dok sibuk berebut suruh anak balik rumah depa dulu.
JANJI ANAK BALIK, SUDAH..
Ni tidak....
Suami berkeras nak balik rumah mak dia!
Isteri pun berkeras nak balik rumah mak dia!
Alih alih tak balik mana mana...
BERKELAI mender yang remeh temeh.
Titik bengik...
YANG TAK SEPATUTNYA jadi PERANG BESAR!!

Rugi kira kira dok BERTENGKAR PADA PERKARA YANG KECIL!!
PAHALA TAK DAPAT. DOSA JA BERTAMBAH!!
.
.
.
dan harap harap jangan ada keluar berita sampai BUNUH DIRI pulak..SUDAH!

HORMATLAH SIKIT PADA BULAN RAMADHAN weiiii..
Tahun depan bukannya CONFIRM nak jumpa lagi.


sekian

Saturday, August 21, 2010

Pilih nak yang mana..

Salam,

Lepas Subuh tadi pergi dengar kuliah lagi. Bulan puasa ni tu yang bestnya. Rajin sikit dengar kuliah subuh. Bulan lain tak tentu..sebab banyak dengar dari rumah jer. Mentang mentang surau sepelaung. Kalau dah dengar dari rumah maka banyak yang keluar telinga kiri berbanding yang masuk ke telinga kanan..

Kalau Sabtu lepas, aku banyak angguk angguk, kali ni tengkuk aku lebih POWERFUL. Aku dapat menahan tengkuk aku dari loihhhh tunduk.What a SURPRISE!!

Kali ni juga aku dan suami travel keluar dari kawasan kariah kami. Kami ke seberang jalan besar menuju ke surau yang telah diperluaskan...Surau berdekatan rumah seorang Ulama' di BBBangi ini. Surau Annur. Surau ni lebih aku suka pergi terutama kalau pagi Ahad jam 9.30 pagi...Yaaa..waktu kuliah pengjian untuk orang POMPUAN! Kalau sesiapa nak datang sesangatlah dialu alukan.

Okay..berbalik kepada kuliah Subuh pagi tadi kan.
Hmmm ada satu statement yang best yang ditanya oleh Ustaz.

Given the choice, which one do you prefer?
Nak suami you all mati dulu ke?
ATAU
Nak diri you all mati dulu?
hahahah..
.
.
Apa punya question kan?

Sebab Ustaz tu bincang termasuk soal mati la.. Apa nak marah...lagipun kita semua akan mati kan? Mahu atau tidak, semua kita BAKAL BAKAL JENAZAH belaka nih!!!

Ustaz tu beritahu yang bagus kalau si isteri mati dulu maka suaminya boleh tolong solatkan jenazahnya, boleh tolong usung jenazah isterinya serta boleh tolong sambut jenazah isteri dan masukkan dalam liang lahat.
Sedangkan kalau suami mati dulu, selalunya si isteri tak buat semua tu..
AMACAM??? ada betui??
hehehehhehhe..
.
.
Ustaz tu BERGURAU saja sebenarnya SEBAB DO WE REALLY HAVE THE LUXURY OF CHOOSING WHO'S GOING TO DIE FIRST?
.
.
.
................mana boleh.
TIBA SAAT dan MASA....Selamat jalannnnnn.

Wednesday, August 18, 2010

Allah Maha Pemurah..

Salam,


Rezeki yang Allah berikan pada kita cukup banyak. Ahamdulillah...

Bengkang

Agar agar Milo




Lopez de Trianglar



Char Kue Teow




Jang jang jala...jala itik, jala ayam..
Berapa lubang kancil?
Seratus lima puluh....errrr...apa kaitan??





Pratha Ashwara Rai..






Ada kambing yang perlu dikorbankan lagi..
Syukur...enak enak ni'mat mu, Ya Allah.
Berkatilah kesemuanya.
p/s
Ni combination untuk seminggu posa okay. Bukan untuk sehari jer...
Kalau sehari, melampau!!
sekian.








Saturday, August 14, 2010

Bulan puasa..

Salam,

Pepagi lepas subuh ada kuliah.
Ngantuk wehh..

Tapi dengar la jugak. Tak tidur..walaupun hoyong hayang.
Kisah bulan puasa la. Apa lagi kan.

Ustaz kata bulan puasa ni satu ni'mat dan kurniaan.
Yang Allah bagi kat umat Muhammad ni.
Banyaakkkkkkk FADILAT.
Rebutlah peluang..
.
.
Aku anggukkkkk. Tak geleng tau!

Bulan puasa kena rajin baca quran.
Ye laa..ye..aku cuba baca walaupun takder ler pandai atau rajin sangat.
Boleh la...pelan pelan.

Kena rajin buat Tarawih.
Ye la...aku buat..takder la doploh.
Lapan pun kira okay la tuh!
( sebab itu yang aku mampu kan? )

Jangan ngumpat...
jangan itu..
jangan ini...

Errr....
orang POMPUAN 2010 nih tak rajin ngumpat dah!!
Yang NGUMPAT jadi TETAMU kat pagar atau jadi AHLI MESORAT TINGKAP....
itu zaman 50an.
hehehehe..USTAZ yang kata!! Bukan aku.

Tapi kalau ada yang ngumpat PAKAI TETINGKAP WINDOW kat FB amacam?
SEKARANG NI MENGUMPAT GUNA TANGAN.....
CANGGIHHHH KAN???
Bukan lidah dan mulut!!!

hmmmmmm macam mana tuh? Tak per???

sekian

Model yang tak nak bekerjasama..

Salam,


Setengah budak budak, memang pantang disuruh posing depan kamera. Macam macam depa beraksi...
Tapi berlainan sikit dengan anak aku yang sorang ni.
Susah sebenarnya nak ambik gambor dia.

Waktu balik dari Penang weekend lepas, singgah le Bukit Merah Lake Town kejap untuk menikmati pemandangan indah tepi tasik Bukit Merah tu.

Suruh le budak Waddah ni posing.

Hmmmm...komer tengok le sendiri.

Aku tangkap gambor dia, dia tangkap gambor aku!
Kekonon dia pun nak wat macam pegang kamera.

Aku suruh letak tangan, dia pusing belakang.


Eiiii...jeler lidah pulokk..
TM, agak agak ikut perangai saper nih?



Ish ish ish..budak nih!..
DAH!!
JOM MASUK KERETA!
Perjalanan jauh lagi!

Oh ye...
Baju kuning tu beli kat Batu Feringgi. Guling guling nak baju bila tengok bazzar kat sana tu. Buat perangai...
Mak dia beli baju sepuloh hinggit jer. Mujur okay.
sekian
p/s sorry tak perasan ada bendera interframe kat kepala budak nih!




Thursday, August 12, 2010

You all buat macam mana? SERI MUKA

Salam,

My hubby panggil kuih ni Seri Muka.
Ada orang panggil dengan nama lain...PULUT SEKAYA?
Ada orang kata seri muka dengan pulut sekaya adalah dua kuih yang berlainan.
Ada orang kata pula sebab cara buatnya agak berbeza.
Itu lah kelainannya..(GAMAKNYA la)




Aku tak tau la you all buat cara macam mana. Ada yang masak pulut dan kepalanya serentak?!!
Err..aku tak tau cara tu.
Aku buat asing asing.

Bok mai sini... aku habark cara aku.

My Recipe

Bahan :
Beras pulut more or less dua cawan.
Santan more or less 2 hinggit ( hehehe..ukuran yang jual kat pasar)
Gula 1 senduk setengah
Telur 2 biji
10 helai daun pandan yang dihancurkan, diambil air perahannya untuk warna, bau dan rasa.
Tepung...main agak agak jer.. ( ini resepi orang ASIA..cara nenek turunkan ilmu pada cucu)

Caranya :

1) Basuh beras pulut dan kukus bersama air dan santan serta garam dalam lengat. Hmm banyak mana air dan santan pun main agak agak ja..hehehe
2) Meanwhile, buat kepalanya.
3) Campurkan telur dan gula..godak sedikit..masukkan santan..godak dan gaul. Campurkan perahan daun pandan.
4) Masukkan tepung untuk jadikan bancuhan yang comei. Macamanakah bancuhan yang dikatakan comei itu??? Kena mai BERGURU dengan aku..hahaha..TAPISKAN!
5) Bancuhan ini kemudiannya ditenggek dan dikacau sebentar atas api...sebelum dituangkan ke atas pulut.
6) CHUPPP... jap jap!! Sebelum tu pastikan pulut telah agak agak masak serta ditekan mampat dan disamaratakan permukaannya.
7) Api periuk kukus hendaklah dikecilkan supaya permukaannya cantik dan tidak berlubang lubang macam permukaan bulan.
8) Biarkan sebentar kuih ini sebelum ianya boleh dipotong.

sekian

Wednesday, August 11, 2010

Suka tengok..

Salam,

Dari kecil sampai la dah umur sayup sayup ni, aku memang suka tengok apa apa yang belayar atas air.
Kalau pi Penang cukup thrill naik feri.
DARI DULUUUUUUUUU lagi suka naik feri!!

Pi Penang weekend baru ni pun suami tanya, " Nak naik feri ka, jambatan?"
Sebab naik jambatan tak se best feri, maka aku jawab, "FERI!!"
Anak anak pun sokong!

Hari Jumaat sampai dah Maghrib. Orang berpusu pusu keluar dari Penang. Kami selamba dek jer sampai. Tak ramai yang nak ke Pulau.
Yang gambar siang ni time nak balik. Hari Ahad. Lepas check out hotel la kan..
Saai Seberang Prai terus pi Sungai Dua. Pekena Mee Udang dulu sebelum balik...hehe
Mee Udang PRA RAMADHAN!





okay...itu saja..tak boleh cerita lebih lebih pasai MEE UDANG TU!! HAHAHAH
sekian



Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan..

Salam,

Agak agak panas...pi berendam masuk kolam.
Jangan tertelan ayark...
BATAL POSA...heeheh..

SELAMAT MENGHAYATI RAMADHAN...
pssstt...
tengok kolam teringat zaman kanak kanak mandi ayark sungai belakang rumah.
Time time bulan posa pulak jadi rajin sungguh nak pi MANDI!! haha
.
.
sekian

Monday, August 09, 2010

Penat tak pi Penang?

Salam,

Kalau pi Penang dan bawak budak kecik 4 orang.
Range umur adalah dari 9 - 3 tahun...agak agak penat tak kalau tak dak orang lain yang membantu?

hadoiiiiii...

Sampai hotel, depa melompat sakan!!
Pastu depa gaduh nak pi pantai sebab hotel Gurney ni tak dak pantai walaupun boleh tengok laut.
Bawak la depa pi pantai kat Batu Feringgi. Weh... jauh jugak la kan dari Gurney Drive pi Batu Feringgi tu.

Pi beach yang dekat ngan satu hotel baru gak la..
Hotel hard Rock Cafe, Penang kat Batu Feringgi tu. Hmmm.. Nice hotel.


Tengok ada macam macam aktiviti kat beach. Ada orang naik parachute..Ada orang naik motorbike. Ada orang naik bot laju..etc etc..


He he he he...Ada orang try naik kuda.. Habis 6 beranak naik!! Pak naik ngan anak lelaki dia.





















Had umug 9 tahun naik ngan adik dia yang 7 tahun.
Errr...mak dia??
.
.
.
Mak dia tak lepas peluang jugakkkkkk. Naik ngan si kenit 3 tahun. Tapi sapa nak tangkap gambark sebab mak dia nak kena pegang kuda tu kuat kuat. Kalau jatuh, kang tak sanggup korang nak tengok pulak!!! Kan?
hehehehehe
sekian.







Thursday, August 05, 2010

Perjalanan ke Ipoh, Sabtu lepas..

Salam,

Mendung dan hujan mengiringi kami sepanjang perjalanan di petang hari menuju Ipoh.
Perjalanan tersekat sekat agak lama sebaik melepasi RnR Tapah.
Hmm...
Rupa rupanya ada kemalangan dan lori terbalik menyebabkan perjalanan kami tertangguh selama lebih sejam.


Alhamdulillah..... selepas melepasi kawasan kemalangan tersebut, kenderaan meluncur laju.


Hari telah lewat senja.



Merangkak menuju malam..Kami tiba di rumah bonda mertuaku sebaik Maghrib.




Sebuah kampung di pinggiran bandaraya Ipoh.
Kampung Tengku Hussein Baru.
sekian




Wednesday, August 04, 2010

Biskut kepala lutut zirafah..

Salam,

Selain dari mencicahnya dengan kopi pekat panas panas, apakah kegunaan yang boleh diserasikan dengan biskut kepala lutut zirafah ini? Buat base cheese kek?
Okeh tak????

smile...

sekian

Monday, August 02, 2010

Indah dan damai suasana desa..

Salam,

Indahnya suasana desa di Kampung Anak Kurau, Perak ini.
Kelihatan sawah padi yang menunggu masa untuk dibajak dan ditanam semula.
Aku dan suami serta 3 orang anak di sini kelmarin...
Meninjau suasana desa yang aman dan tenteram.
Kelihatan serangga kecil berterbangan di sana sini.

Hinggap mencari madu di bunga bunga liar.


Dan si kecil ini juga tak sabar untuk berlari ke sana ke mari. Meninjau ninjau.
Kenapa?
Mungkin ada tarikan di dusun ini.
.
.
.
.
.
Ya.... terdapat berbagai buah buahan tempatan.
.... buah langsat yang tersedia untuk dipetik

...dan rambutan yang kelihatan sungguh menawan.

Tak lupa manggis dan pulasan yang manis

serta durian yang harum semerbak ini.



Kelihatan 3 sahabat lama bertungkus lumus mememetik buah buahan di dusun ini.

Alhamdulillah..syukur...nikmat yang Allah kurniakan.
Dapat kami rasai rezeki yang melimpah ini.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN.
Moga tuan rumah, Ustaz Mat Isa, mendapat keberkatan kerana menerima kami sebagai tetamunya..
sekian
p/s ....dia cakap ini adalah rumah pakciknya yang telah berpindah ke bandar. Segala pokok buah buahan tu pakcik dia yang tanam. Tapi pakcik dia suruh ajak kawan kawan makan..Kalau tidak membazir. Tak dak siapa nak peduli.