Wednesday, June 30, 2010

Cubaan kali kedua menempek youtube

">


Salam...

Nyanyian M Nasir dan Ebiet G Ade tu adalah untuk semua teman temanku...
NJOYTHESONG!

sekian

Lorekan lorekan penselku..

Salam,

Ada masanya kebosanan melanda..
samada penulisan atau lorekan adalah peneman..
satu kesukaan yang jarang dapat dilakukan..
samada sering terganggu atau kurang konsentrasi


Aku tidak begitu mahir melukis..Lukisanku terpaksa dilukis dengan berhati hati.
Tidak seperti orang lain yang mungkin GIFTED..
Namun aku cukup kagum dengan tangan mereka yang mendapat bakat ini..
Lukisan di bawah ialah lukisan yang masih tidak disudahkan dan aku sedang melariknya..
Mungkin sehari dua lagi siaplah kut..
sekian

Blog adalah seumpama diari..

Salam,

Menulis blog sebenarnya seumpama menulis sebuah diari. Ianya mencatatkan kehidupan kita sehari hari. Ianya juga adalah tempat melepaskan perasaan yang terbuku di dalam hati.
Adakalanya seseorang itu tidak berupaya bercakap tetapi mampu menulis jadi diari adalah tempat dia menyatakan perasaannya. Bila mana datangnya era komputer dan internet, blog adalah salah satu tempat melepaskan luahan rasa itu. Pada mula mula aku menulis blog ini, aku tidak sedikit pun mengharap ada yang membacanya. Apatah lagi untuk memberi komen komen. Aku menulis adalah untuk melepaskan perasaan sedih yang melanda diriku sewaktu kematian ayahandaku.
Aku sekadar menulis apa yang bermain di mindaku. Aku msti menulis sebagaimana yang aku pernah tulis sewaktu dulu apabila sesuatu perkara mencengkam perasaanku. Bagi aku, apabila menulis sedikit sebanyak perasaan sedihku dapat dikurangkan dan dilepaskan.

Aku tidak menyangka ada yang berminat untuk membaca blog aku yang mempunyai bahasa kucar kacir ini terutamanya dari kalangan saudara mara dan adik beradikku sendiri.

Sebenarnya memang pada asalnya aku rasa sedikit tekanan apabila mengetahui blogku ini mula dibaca oleh saudara mara, adik beradik dan ahli keluargaku. Ianya tidak lagi dapat melahirkan perasaanku yang sebenar.
Sewaktu aku merasa sedih, aku terpaksa bergembira..
Sewaktu aku merasa marah, aku terpaksa menampakkan keriangan dalam penulisanku.
Ianya tidak lagi melahirkan perasaan sebenarku..


Jadi penulisanku sekadar berkitar kehidupan sehari hari yang banyak menghidangkan gelak ketawa dan menjadi hiburan buat yang membaca. Banyak kisah kisah sebenar yang aku ingin luahkan selama ini terpaksa dipendamkan untuk menjaga hati atau mungkin juga menjaga reputasi orang lain.

Dan aku hanya seumpama sang bayu yang mengejar pelangi, tidak memperolehi apa apa kepuasan selain memberi warna warni pada kehidupan.

....hmmmmm.....
.
.
.
sekian


Tuesday, June 29, 2010

Testing.tting

Salam,


Baru nak try attach youtube..
Ya laaa.
Zaman aku komputer tak de tenet..okay!!!

MENJADI ke tidak ni?

http://www.youtube.com/watch?v=IKuygFP0RFc&feature=related


sekian

Hari ini hari ulang tahun kelahirannya..

Salam,

Hari ini hari ulang tahun kelahiran anak aku yang ini..
The fifth one.
Yang ke berapa?
11 tahun..
Apa ucapan aku?
hmmmmmm...
hmmmmmm...
hmmmmmm...
susah bebeno kalau nak bagi ucapan nih
KEKONONNYA...
Kepada Rahmah, jadilah anak yang baik yang menyenangi semua orang di kelilingmu.
Insya Allah, hidupmu akan sejahtera..
Moga dirimu DIRAHMATI ALLAH DUNIA DAN AKHIRAT!
sekian

Berkambing kambingan lagi..

Salam,
jemput jemput...sila sila..


MAKANLAH KAMBING UNTUK KESEJAHTERAAN.. okay?!


sekian..

Sunday, June 27, 2010

Malam di kotaraya

Salam,

Malam adakalanya terlalu sepi kerana kegelapan membawa seribu misteri..
Yang menyelinap dalam hati dan sanubari..
Dan kadang kadang kegelapan juga memenjarakan diri
Membuat fikiran buntu dalam kelam..

Kegelapan mengongkong rasa,
Minda terasa benak..
Sukar mencerna


lantas cahaya didahagakan untuk menceria suasana

Ahhh...kini minda berpesta
terkinja kinja dalam neon neon cahaya



yang menyuluh langit mencecah awan..
sekian



Saturday, June 26, 2010

Hati yang menangis..


Ada kalanya tanpa airmata..
Ada kalanya sekadar sebak..
Ada kalanya teresak dan tersendu sendu...


Tangisan adalah nyanyian yang sama
Biar tua atau muda atau anak kecil yang disusui
Ianya ratapan hati

musababnya berbeza

kepiluan, kesedihan dan hiba rasa
dari kelukaan yang mungkin mendalam

jadi fahamilah

ketawa adakalanya ingin melindungi
sebuah tangisan yang hiba
ketenangan juga kerana kesabaran
gelodak hati yang membara

mungkin
adakalaya sukar untuk dimengerti
kerana setiap hati berbeza
yang tidak bisa disuluh dengan mata kasar

tapi getarannya tetap ada

mampukan sebuah pujukan
mampukah sebuah kemaafan
menerobos sebuah dinding yang pilu?
....sukar??
dinding asalan tanah
manusia juga asalannya

bukan besi khursani
bahkan tetap dapat dicair

bukan timah tembaga
bahkan dpat dilebur

asalan tanah kita ini mudah dibentuk..
percayalah, yakinilah..


sekian..

Friday, June 25, 2010

Teratai bunga indah..

Salam,

Setiap hujung minggu, kalau aku rasa rasa nak keluar jogging, aku akan mengajak si Dia berjogging di Taman Tasik Chempaka, BBBangi ini.


Keluar mesti pagi pagi, around 7:15 atau 7:30 am, kami sudah berada di sekitar taman tasik itu. Kami jarang jogging waktu petang sebab aku suka suasana pagi. Sejuk, tenang dan mendamaikan.


Dan kalau hari Sabtu, bila jam 8 am ada acara senamrobik, aku kadang kadang turut serta. Ya..aku terlompat lompat..terkinja kinja..hahaha...
WOII.....aku tahu apa yang korang fikirkan.
Acara senam robik itu memang sesuai untuk ibu ibu dan bapak bapak setaraf dengan saiz badan aku, okeh?!


Dan takkala aku round round di tasik Chempaka itu beberapa minggu kebelakangan ini, aku sudah mula perasan ada pokok pokok teratai yang bunganya berwarna merah tumbuh di tepi tepi tasik..


"Cantiknya," kata hatiku.



Aku nak ambil gambar guna Nikon DSLR aku bila bila nanti.
Selalunya aku tak bawak NIKON DSLR kalau pergi jogging. Nantilah yer..
Sementara tu aku boh jer gambar lukisan dari MONET ni untuk tatapan sedara sedari sekelian.

Walaupun bukan ORI..tapi aku rasa okeh la kan...


All of sudden aku rasa nak dongar Ramli Sarip dendang lagu TERATAI...Seripah AINI's??...Nak Ramli Sarip gakkkk...hahaha

Oh teratai bunga indah..

engkaulah pujaan hatiku

telah lama kurindukan

wahai teratai bunga indah...

..LAYANNNNZZZZZ...


sekian

Thursday, June 24, 2010

Roti kacang pool..

Salam,
Ada kawan yang promote makanan ni...Roti Kacang Pool.
Dia suruh masak untuk sarapan pagi ke atau makan tengahari.
Kekonon boleh le avoid makan nasi.
Ha ha..ku tanya lah resepi. Dia kata guna kacang pool.
Kacang pool? Aku tanya...Macamana rupa kacang pool tu.
Dia kata dalam tin? Ada jual kat kedai..
Aku pun pergi la main...Ke hulu ke hilir belek kacang pool.
TAK DER jual pun..

Maka aku pun simpan la hasrat nak buat mender ni.
Sekali hari ni aku tengok ada pula restoren kat seksyen 4 perkenalkan Roti ni.
Aku tanya la..KACANG POOL tu KACANG APA?

Adik empunya restoren tu jawab dengan selamber.." Ala kak, BAKED BEAN.. masak dengan GROUND BEEF. Boh rempah gitu gini. Makanan ni femes gak kat Johor"

LAAAAAA aku kata dalam hati , " Aparah kawan aku ni...ko kabor je la BAKED BEANNNNNNN!! Idak le aku cari keliling Mydin tu KACANG POOL"


sekian....and NJOYDAFOOD!!

Wednesday, June 23, 2010

Oval Cone..

salam,

Diagnosed : Oval Cone..

hmmm..

what's that?

kena tanya doktor mata.

sekian

Pada hari Khamis 3hb Jun 2010..

Salam,
Pada pagi hari Khamis 3hb Jun 2010 sekitar jam 9 pagi aku, suamiku, anak sulungku dan sepupu meronda ronda bandaraya Kota Kinabalu. Aku sebagaimana selalu, apabila meronda sahaja, mestilah tanganku mula mengklik klik.


Antara gambar gambar yang dapat dirakamkan ialah gambar Masjid Bandaraya Kota Kinabalu seperti di bawah ini.



Kami juga dibawa oleh sepupuku ke Observatory Deck di satu bukit yang berdekatan dengan kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah. Apa nama bukit tu...aiseh mennnnn...lupa le pulok


Bandaraya Kota Kinabalu kelihatan begini daripada atas bukit itu. Menariknya anda juga dapat melihat laut yang terbentang luas serta pulau pulau yang berdekatan.

Setelah puas meninjau ninjau kami teruskan perjalanan kami ke kawasan lain yang lebih terpencil untuk meneliti kehidupan dan perkampungan di Sabah. Kami terus ke kawasan yang diberi nama Bongawan yakni arah ke selatan Kota Kinabalu. Kemudian oleh kerana aku telah berjanji dengan seorang rakan sekolah menengahku untuk belanja makan tengahari maka kami berpatah balik dan berjumpa di sebuah restoren di Putatan.


Suami aku cakap macam Bung M jerr...heheh
Inilah rakan sekolah menengahku yang hampir 26 tahun terputus hubungan langsung dengan rakan rakan dari Semenanjung.
Pada hari Khamis ini juga kami menaiki pesawat dari Kota Kinabalu lebih kurang jam 6.30 petang dan mendarat di LCCT lebih kurang jam 9.30 malam. Tiba di rumah di BBBangi lebih kurang 10:30 malam itu.
.
.
.
jap jap...apasai aku bagi detail detail ni hah?!!
.
.
YANG AKU GERAM...KENAPA ALEH ALEH NAMA AKU NAIK DENGAN SEWENANG WENANGNYA DI KAWASAN BANGI PERDANA...
KEKONONNYA AKULAH GURU AULAD YANG MEMBAWA VAN PUTIH YANG TERLIBAT DENGAN KEMATIAN PELAJAR TEMPOHARI..
WHAT?!!!!! AKU TAK TAHU DAN TAK TERLIBAT SERTA TAK ADA DI BANGI PUN PADA HARI KHAMIS 3/6/2010 ITU.
AKU BAWA ANAK SULONG KE KOTA KINABALU UNTUK TINJAUAN KUT KUT DIA DAPAT UMS SANA TUUUUUUUUUUU!!!!!!
TAK KE BENGANG AKU BILA MENDENGAR KHABAR KHABAR ANGIN YANG MELALUT LALUT INI?!!!!

AKU ADA ALIBI LAAAAAA!!!
.....aku dah mohon cuti dari 1/6 hingga 3/6 tuuuu. Kut nak tengok rekod, mai la!!
.
.
.
sebab apa aku mohon cuti time time dah nak nak cuti sekolah tu???
kenapa tak tinjau ke sana masa cuti sekolah??
.................sebab SUAMI AKU DOK TENGAH CUTI SEMESTER DIA..
BILA SEKOLAH CUTI, DIA PULAK DAH START SEMESTER BARU!!!!
.
jawapan kepada sesiapa yang sibuk .....kut nak tanya juga
.
.
grrrrrrrrrrrrrr....entry menghindarkan FITNAH dari berleluasa!
sekian


Tuesday, June 22, 2010

UniMas Sabah

Salam,

The girl dapat Uni Mas Sabah di Kota Kinabalu.
Daftar 3 hb Julai.

okay...terbang lagi!

....biasa biasa kan diri dengan Air Asia!

sekian

Sunday, June 20, 2010

Just do it..

Salam,

Laaaa..macam iklan NIKE le pulok!

he he he he..

Sebenarnya dalam kepala otak ada macam macam mender yang kena layan.

Saturday, June 19, 2010

Payah sangat...goreng jerrrr!!

Salam, Ada udang, malas nak menyambal tumis.
Goreng je laaaa..bukan nya susah bebenor!

1) Kopek kepalanya
2) Ambik serbuk kunyit ngan garam dan gaulkan.
3) Hiris bawang besar bulat bulat, hiris bawang putih nipis dan halia sikit. Hiris juga lada benggal/ cabai bosar pun buleh.
4) Tumis bawang ni semua...dalam MINYAK..campak masuk udang.
5) Ketepiang ketepung...campak lada benggala..ketipiang ketepung.

HAH!! SIAP!!

simple macam tu pun tak leh nak masak lagi????

sekian....

SOP ( standard operating procedure)

Salam,

Waktu aku sekolah menengah dulu, aku belajar di sekolah sains. Bila masuk form four and form five pun aku berada di kelas sains tulin. Bila jadi pelajar kelas sains tulin maka aku belajar 3 subjek sains tulin yang terkenal itu, Fizik, Kimia dan Biologi.

Aku suka kelas fizik..dan aku rasa mata pelajaran ni mudah jer aku terima dan masuk dalam kepala otak..
Aku kurang gemar subjek Biologi. Sebab banyak mender yang aku kena ingat dan tak ada formula macam Fizik.

Kimia?? Subjek yang paling aku BLURRR sekali di antara ketiga tiga subjek sains ini..tapi entah macamana punya bagus cikgu yang mengajarnya maka dia boleh jadikan aku TERUS MEMPELAJARI SUBJEK ini sehingga mendapat C3 ( kira bagus la dapat credit 3 zaman aku tu...hahaha) dalam peperiksaan SPM aku.

Dalam kelas KIMIA ini, kami selalu diingatkan untuk melakukan ujikaji dengan hati hati. Kami berhadapan dengan pelbagai bahan kimia. Antara bahan yang paling merbahaya ialah asid pekat. Kalau bahan ini terkena pada pakaian atau tubuh badan sahaja boleh menyebabkan kemalangan yang teruk.

KAMI KENA IKUT PERATURAN!!
ADA PROCEDURE.
STANDARD YANG TELAH DITETAPKAN OLEH KEMENTERIAN!..

Kalau ambik bahan kimia yang merbahaya begini begitu mulut cikgu mengarahkan.
Kalau melakukan proses ujikaji, begini begitu cikgu mengingatkan.
Kalau selesai kerja ujikaji, begini begitu cikgu menyedarkan.
Pendekata dalam makmal KIMIA, cikgu dan lab assistant akan tengok kami semua melakukan ujikaji macam helang memerhati ayam..

TAPI THINGS HAPPENED one day!!!

Entah macam ada juga kawan aku terpercikkan asid pekat ke atas seorang rakannya.
Semuanya disebabkan GURAUAN TERLEBIH SUDAH!!
APA LAGI berlubang baju dan bahu..


DAN CIKGU AKU pula.....
( KORANG BAYANGKANLAH MACAMANA SATU KELAS KAMI KENA LETERRRRRRRRRR walaupun cikgu tu adalah cikgu lelaki dan bukan kerjanya untuk berleter).
Selepas itu aku ngeri dengan bahan kimia...
.
.
.
.
dan entah macamana SOP ni menjadi subjek berbangkit pulak hari ni...

HUWAAAAAAAAA!!!

sekian

Wednesday, June 16, 2010

Tengok jer tau..

Salam,
korang semua diet kan????? So tengok jer laaaaaaaaa...
okay???!!
HE HE HE HE HE HE HE HE

Melukis juga melegakan stress..

Salam,
Lukisan di atas adalah hasil kerja seorang rakan sekolahku.
Cantik lukisannya walaupun melukis bukanlah pekerjaan utamanya sepertimana seorang Arkitek atau Interior designer.
Ini dilakukan sewaktu lapang bertujuan untuk merelease tension dan mengasah bakatnya yang sememangnya mengkagumkan.
Banyak sudah lukisan lukisannya yang terhasil..
Jeles aku!!
.
.
Aiiihhh...teringin pulak aku nak melukis lagi...walaupun tangan PENGKARK ..KERAS..macam ROBOT dah rasanya..hahahaha
Apa pun.... thank you my friend for sharing the lukisan lukisan..
sekian

Tuesday, June 15, 2010

cerita ceriti yang sukar dimengerti

salam,

Ada banyak perkara yang bermain di kepalaku. Begitu juga yang ingin kusampaikan dari hati kecilku.. tapi aku rasa macam tak bermaya dan tak berdaya.
Tak terkeluar sebagaimana selalu.

Letih rasanya bila ada perkara yang ingin kita hamburkan tersekat..

Rasanya aku hanya patut menjerit....


ARRGGGGGGGGGGHHHHHHHHHHHH!!!
okayyy
dah!

sekian

Jangan main kucing

Salam,

Kucing comel dua ekor..
Depa usung sana sini.
Belai belai.

Malam tadi sorang dah cungap cungap.
Batuk batuk.
Muntah muntah..

Siapa suruh main kucing?
Ummi dah pesan dah..
Dah tahu alergik!!

HAiiiiiiihhh
abah bok pelari pi klinik.
Kena nebuliser ngan inject lagi.
Doktot pun geleng geleng kepala.
.
.
JANGAN MAIN KUCING ATAU HAMSTER!!
ATAU APA APA YANG SEWAKTU DENGANNYA!!!

walaupun ada bekalan ventolin...

sekian

Monday, June 14, 2010

Teman..

Salam,

Ku perhati daun daun yang paut memaut,
di pagar pagar itu..
tolong menolong
bantu membantu

itulah kamu temanku
yang sentiasa berlapang dada
menghulur tangan
membantu mana yang perlu

mungkin
ada yang hairan
mungkin ada yang tak senang
tapi itulah sifatmu

dan yakinilah
ianya sifat mulia
yang tiada bandingannya
biar apa jua nista

kekalkan keperibadianmu..
kerana itulah dirimu
tidak perlu berpura pura
dan biarkan mereka menerima
seadanya...

biarkanlah..
biarkanlah..

sekian

Sunday, June 13, 2010

Lakaran hati

Salam Apakah tidak cuba kau mengerti
tentang garis garis itu
yang terlorek dan terlarik
penuh makna..

Warna warna ini
diukir satu satu
melahirkan apa yang tersirat
menyatakan apa yang tersurat
dari lubuk hati

Mungkin jeritannya
Mungkin bisikannya

Dengarilah
Fahamilah
Jangan dipampan

Biarkan ukiran itu mengalir
bak arus air terus menerus
subur melalui delta dan tanah pamah

Kiranya tersekat
Nescaya membuak
menjadi bencana...

sekian

Monday, June 07, 2010

Draw Dragon Dot Eyes

Salam,

This is a story from starfall.com.
An interesting one.
Come on...read.

Sung Yow had a secret.
He could paint a picture and make it come alive.
This only happened when the painting finished.

Sung Yow loved to paint dragons. He left out their eyes because he didn't want them to come alive. In this way, his secret stayed a secret.

The king heard that Sung Yow was good at painting dragons. He asked Sung Yow to paint four dragons on a wall. In three days the painting was ALMOST finished. The dragons looked like they could jump off the wall. They didn't jump because Sung Yow had left out their eyes.

People came from far away to see the paintings.

" The dragons look so real!" they said.

" But where are their eyes?" they asked.

" If I dotted the eyes, the dragons would fly away," said Sung Yow.

Everyone laughed. No one believed him.

Sung Yow was not happy.
This time he would NOT leave out the eyes.
He painted little black dots on two of the dragons.

CRASH!! CRACK!! The wall split open. The two dragons jumped off the wall.

Sung Yow went on to become a very famous artist with a very famous secret.

In China, when someone adds a finishing touch to a work, people might say,
" Draw Dragon Dot Eyes."


My comment :
In Malaysia, can we possibly draw TIGERS instead of DRAGONS??
RIGHT???

Sunday, June 06, 2010

Maha Suci Allah

Salam,

Biarku kepilkan di sini satu sajak dari Usman Awang...
dari bukunya Gelombang (sajak sajak 1946- 1960 ).


Lagu untuk Adinda

Malam itu kulihat bintang mngerlip,
Dinihari dalam puchat bulan,
Angin lalu dalam pengembaraan yang panjang

Terdengarlah suara dalam lagu baru,
Fajar sedang menyingsing dalam chahaya kuning,
Ah, alunan merdu lagi kelasik, tapi tersendiri,
Penchiptanya? Bukan Beethoven, bukan Saifulbahri,
Karena terchiptanya istimewa sekali, tapi
Ia meresap ke hti, karena datangnya dari hati.


Itulah menjadi laguku, hati yang sunyi,
Untukmu, adikku, ke dalam hatimu yang akan terisi.

sekian

Sabah negeri di bawah bayu..

Salam,

Dari 1-3 June 2010, aku mengambil cuti untuk ke negeri di bawah bayu, Sabah dan lebih tepat lagi aku bersama suami dan anak sulungku menuju bandar Kota Kinabalu.

Siapa yang menyambutku di sana?

Seorang sepupu yang hampir 27 taun aku tidak ketemu. Anak sulung kepada bapa saudaraku sebelah ibu. Anak abang ibuku.
Bahrin Tahir, juga merupakan seorang guru, pernah menuntut di Sekolah Izuddin Shah, Ipoh dan menjadi wakil pemain bolasepak sekolah bersama sama seorang rakan blogger, CIKGOODEN!

Gambar gambar di bawah ni aku tujukan khas untuk Bahrin sebagai ucapan terima kasihku untuk mereka sekeluarga yang telah berbesar hati menjadi tuan rumah kepada kami tiga beranak. Jazakallah...
Bahrin, isteri dan anak bongsu mereka

Si Bongsu yang very FOTOGENIK!!


Tiga lagi anak anak mereka bersama anak sulungku Aisyah.




Bermain di gigi air di pantai Karambunai



Senjakala di benteng untuk makan makan..

sekian



Friday, June 04, 2010

Subhanallah..

Salam,

Hari ni aku dan suami dapat surat dari Tabung Haji..
Surat jemputan/tawaran untuk menjadi TETAMU ALLAH tahun ini!!

Wahai engkawan BLOGGERSKu..
Doakan aku dipermudahkan segala gala URUSAN yang berkaitan dengannya.

Kegembiraan?? Mula bercampur baur...

Kena settle mender satu satu!

Tolong doakan aku dan keluargaku semuanya...

sekian