Tuesday, April 27, 2010

Senjakala..

Salam,

Hanya untuk meletak gambar...
okay..
dah!
Lokasi : PLUS HIWAY dari Selatan menuju Utara
MASA : Around 6.30 pm 24/04/2010
sekian


Monday, April 26, 2010

Cerita Atuk lagi..

Salam,

"Atuk ramai kawan" kata sorang cucu yang bernama Faris.



Atuk sangat suka berkawan. Tak rugi ada ramai kawan.
Atuk pun suka belanja belanja kawan..
.....errr..tang 'belanja' tu errr....errr..nanti sembang lain lah ek..

Tapi Atuk memang suka ajak kawan kawan makan.
Terutamanya kawan kawan yang selalu tolong Atuk buat kerja.

Semalam, Atuk ajak kawan kawan makan lagi. Kali ni bukan kat rumah Atuk.
Hmmmmm..kat kedai makan. Besttttt..ramai kawan Atuk datang.

Ada pakcik pakcik..
Ada abang abang..yang saya maksudkan abang ialah yang pakai baju hitam tu, okeh..

.....ada cikgi cikgi..


Apa yang aku tunggu tunggu nak makan??
ahakkkkksss...

Udang galah masak lomak!!
PERGHHHH...sila perhatikan dengan teliti udang udang itu, okay..



Ayam kampung yang digoreng KORAIH!! hahahaha




....tak lupa juga sambal podaih podaih pedihhh niihh..
ulam ulaman?? takkan nak posing jugak kan...
tomyam campur??
sejukkk sket..
tak nak kasi ruang lah!!
Lepas konyang menyapu bersih udang udang itu, Atuk kasi ucapan...
errrr... Apo bondo atuk cakap ek??
tak dongar la pulokkk.
sekian







Sunday, April 25, 2010

Geng Seni..

Salam,
Zaman zaman aku kat university dulu, aku pernah la belajar lokeh lokeh. Tapi lukisan aku tak dak le semantop mana.
Pun begitu aku tetap kagum dengan mereka yang boleh melukis lawa lawa..
Especially kalau lukis muka orang, memang boleh jadi muka orang..takder jadi muka Chimpazee ke kan..

Kalau lukis bunga pula, orang boleh teka bung apa..
Kalau lokeh bunga ros, memang jadi bunga ros.
Kalau lokeh bunga matahari, memang jadi bunga matahari.
Idak le kalau lokeh bunga, orang ingat kepala badak sumbu pulak kan..
dan aku cukup suka tengok lukisan medium pencil atau charcoal..
Black and white...tak tahu kenapa.
Classical!!
Cam kat atas tu...best kan?!!
ITU GOOGLE LAAA>>>> bukan aku yang lokeh!!!

smile..

Thursday, April 22, 2010

Air tebu berlemon..

Salam,
Air tebu berlemon telah aku cuba di Kuching pada kunjungan aku ke sana tempohari.
Kemanisan air tebu dicampur pula dengan rasa masam manis lemon sungguh menyegarkan.
Ianya sepatutnya dijual di Semenanjung oleh abang abang penjual air tebu.
Kerana kewangian lemon dan kelazatannya menambah perisa air tebu yang manis itu.Hari ini untuk berbuka puasa, aku menyuruh anakku membeli segelas air tebu yang dijual berdekatan rumahku.
Kemudian aku perah sekeping kecil Lemon sebagai perisa tambahan ke dalam air tebu ku itu....
...dan hasilnya....PERGHHHHH... SYAHDUUUU!!

Bagi yang tidak biasa mencubanya, cubalah...pasti menyegarkan!

sekian

Ada juga yang tak tau pemanis mulut nih...

Salam,

Aku dok bersembang pasai masakan puding sago ni di persada Fb.
Tengok tengok ada juga yang tak tau puding sago gula Melaka ni.
Pelik juga...
Sebab belah Selatan ni, aku dok jumpa ramai dari mereka yang menggemari puding.
Dan juga kalau tak silap aku, masa aku belajar SRT tingkatan 1 dulu, sudah diajar nak buat Puding Sago ni.

Bak kata makcik aku, pejam mata pun boleh buat laaa...
Senang ya amat!!
Resepi?
Nak juga ka?

Aihhhhhh...

Bahan utama :
1 cawan Biji sago. ( yang aku punya ni aku beli kat Kuching tempohari)
Air sekira kira 2 atau 3 cawan.
Gula setengah cawan.
Pewarna ros merah.

Masak semua ni dalam periuk...dan jangan dok gahlit...sebab kena kacauuuuuuu..

Kalau nak bagi biji sago tu masak cepat sikit. Eloklah di rendam terlebih dahulu biji sago tu.
Cepat sikit masak. Masak sampai tak ada lagi biji yang berwarna putih. Kalau masih ada, tu mentah lagi!!
Kalau dalam bubur kacang jual kat pasar malam, selalu dok putih lagi sagunya..MENTAH.
AKU PANTANG BEBENOR..

Kemudian setelah siap dimasak, bolehlah sejukkan di dalam acuan acuan kecil.
Masukkan ke dalam peti sejuk.

Masakkan air gula kabung/gula melaka untuk dijadikan sirap gulanya.
Didihkan juga santan pekat yang dicampur secubit garam.

Air gula kabung/gula melaka ini serta santan pekat ini dituangkan sedikit ke atas puding sago untuk dimakan bersama.

Inilah dia pemanis mulut yang sejuk dan nyaman.....
hmmmmmm...yummy....tapi takleh makan banyak banyak TAU!!

p/s sikit hari ni, aku saji mender makan je laaa yer...he he he


sekian

Tuesday, April 20, 2010

Dah Jamadilawal ye kengkawan..

Salam,

Muharam, Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadil awal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban, Ramadhan, Zulkaedah, Zulhijjah..

Tup tup dah awal Jamadilawal ni...wei...posa sapa tak ganti lagi??
CEPATTTT!!
Takkan nak tunggu SYAABAN!!

Okay...harap dah mula cover okay..
Jangan dok kira nak pi kenduri kahwin jaa..
Kenduri memang tak habis habis..
Asai hujung minggu je ada anak orang ni kahwin. Orang sana kahwin..
Ada sambut cucu, ada cukur rambut, ada gathering, ada reunion..
Eh..berapa banyak punya majlis daaaa...

Makan tak berhenti henti....

AIHHHHH.
.
.
.
tapi aku nak buat tayangan pasai makan dan masakan gak la.
wakakaka...sila layannnnnn
Perapan ayam untuk dibakar...
Rajin sikit sebab untuk lauk buka posa.
Ni bila dah siap dibakar..he he..

Air epal berlaici..habuan hilangkan dahaga..


Satu jag.... kut kut nak menambah!!



Aku makan tak banyak..
seketul jer..
smile..
sekian





Monday, April 19, 2010

Membawa rakan antarabangsa..

Salam,

Ahad kelmarin suami aku membuat temu janji dengan rakan kelasnya untuk membawa keluar jalan jalan.
Tak...bukannya hendak pergi ke KLCC atau PUTRAJAYA atau juga Port Dickson. Tu suami aku dah bawa mereka dah...

sebenarnya merea nak pi beli ikan..yang best best macam jenahak, bawal putih, ikan merah, udang, sotong etc etc..

Jangan tak tahu...kawan kawan suami aku ni suka makan ikan sebab mereka tinggal berhampiran laut dan sungai.

Ni yang dari Pakistan
Ni pulak yang dari Bangladesh hari tu..
Pergi pasar SELAYANG pepagi wehh...seronok tangkul ketam, udang dan sotong.
Aku pun tumpang sekaki juga laa..


Balik tu kami round pi UIA..saja nak tengok tengok kawasan UIA.
Pastu singgah kat Restoren Leha Kel Food

Aku mestilah order ini untuk breakfast..

MEE CELUP!!
sedap....



Tengok hasil penangkapan aku dengan menggunakan umpan $$$$$$
he he he he..


LUNCH untuk anak anak dan keluarga..
TOM YAM POKTEK
sekian





Sunday, April 11, 2010

Suka suka ajar..

Salam,

Pada suatu hari, saya dan atuk saya pergi ke Temasya sukan.
Saya masuk acara tarik tali.
Atuk saya begitu bersemangat.
Dia turunkan ilmu tarik tali pada saya.

Macam macam atuk saya ajar saya.

" Ko musti kuda kudakan kaki ko" kata atuk.
" Ko musti beratkan badan ke belakang " kata atuk lagi.

Saya rasa sungguh bertuah kerana ada atuk.
Seorang pakcik pun memberi harapan yang tinggi.
Dia pun bagi air power pada saya supaya saya boleh tarik kuat kuat.

Atuk tanya lagi, " Ko paham tak apa aku kata"
Saya kata, " OKAYYYYY...no hal la atukkkk"


.
.
.
tapiiii..pasukan saya TETAP NAIB JUARA!!

wakakakakaka..

"takperrr..." kata ATUK

SEMANGAT musti ADA!
.
.
sekian