Sunday, March 28, 2010

Sorry..kunci rumah kejap.

Salam,

Aku kunci pintu rumah jap..
Tak der apa nak bubuh buat sementara waktu ni.
Idea pelbagai..tapi entah kenapa mood swing so down.
.
.
sorry ek.
Nak ber UZLAH barang dua tiga bulan.
he he he he...

Sunday, March 21, 2010

Practice makes perfect..

Salam..
.
.
Buat sesuatu perkara musti kena minat..hatta nak mengambil gambar sekalipun..
Kena ada alat..
Kena pandai guna..
Kena praktis dan gilap skill..


.......masih tak puas hati!!
Kena praktis dan praktis dan praktis lagi.
sekian





Saturday, March 20, 2010

Mentari petang

Salam,
Di dalam remang cahaya petang..
Bersama angin yang berbisik..
dan daun daun pun berguguran..
Bergermersik..
Kulihat air berkilauan..

Semuanya seakan bertasbih dan bertahmid.
memuji kebesaranmu
Oh Tuhan..

Dan sehari lagi
Aku masih bernafas..
Alhamdulillah..


sekian

Monday, March 15, 2010

Ikan di laut, aquarium di darat....

Salam,

Pepatah Melayu cakap, " Ikan di laut, asam di darat..di dalam kuali bertemu jua.."
Pastu kenyang le perut masing masing kan?

Kali ni jom kita tengok ikan di laut tapi jumpa kat darat..dalam aquarium kat KLCC..apa lagi kalau bukan Aquaria.

ALAHHHH..cik kak, baru pergi ke?
Ye laaa...aku baru pergi.
Ohh.. ko meleceh kan aku, ek?
Apa ko biasa pergi Aquarium Tuanku Abdul Rahman yang terletak kat Penang suatu masa dulu?
aaaa...tak biasa kan?
AKU DAH PERGI!! (pesen eksen)

Ko dah pergi Underwater World kat Langkawi?
aaaa..aku dah pergi jugek.

Yang aquarium kat Zoo Negara? Dahhhhh

Aku juga dah masuk Aquarium kat Chicago yang terletak berdekatan Muzium Historynya masa aku belajar di sana....he he he

Tinggal lagi aku tak sempat nak bersenokoling je ..tak pernah lagi masuk real laut..tangkap gambor real LIFE Ikan ikan..
I wish I could do that!! Pesen National Geographic betuiii laaaa.. he he
One day I WILL, InsyaAllah!

Sebenarnya masa raya cina tempohari tu, anak sulung aku balik.
Kebetulan pula birthday dia dan birthday Muhammad dekat dekat.
Birthday Aisyah 8/2
Birthday Muhammad 15/2
so kami bawak le demer dua ni on 13/2 hari tu.
Jalan jalan masuk Aquaria nengok ikan..
OOOO Cantik kan ikan ni?
Exotica!


..tapi yang peliknya
banyak juga aquarium kecil yang diisi dengan serangga serangga kecil macam ni.
Konpius juga aku dibuatnya.

Yang ni aku cukup suka.
So beautiful and very colourful
Rasa nak boh kat rumah jer..ha ha



Maap le kawan..
ko kat dalam sana
aku kat luar..




OPOCOT mak ekau...
apasal ko ada kat sini?????
.
.
Sesiapa yang ada kamera hebat hebat tu boleh la masuk kasi gambar cun lagi dalam ni.
Gambar aku ini banyak yang tak cukup sharp.
.
.
Pun begitu aku rasa macam ikan ikan di aquaria ini perlu dibanyakkan lagi. Kenapa la bubuh binatang darat dan serangga serangga dalam aquarium kecil nya? hmmm
Worth it ke bayar untuk tengok ikan cam gitu?
Alaaaa...berkira benor..
Ko ingat senang nak maintain ikan laut kat darat?
Agak agak susah bagi makan..
Sila masuk berkawan dengan ikan dalam aquarium.
Yang ada ikan jerung bercerangap gigi tu..
ha ha ha ha
.
.
.
sekian






Sunday, March 14, 2010

Fine Dining - Tehran Restoren

Salam,

Rasa kempunan nak makan roti dan nasi Iran.
Maka pada hujung bulan lepas, suami aku pun membawa aku ke Restoren Tehran di Ampang. Tak jauh dari kawasan ' little korea in KL'.

Lokasi tak sibuk atau padat.

Masa pulak sebelah malam.

Makan makan..

Elok sangatlah berdua duaan..he he


Suasana agak romantis..uuuuhhhh


Apa pun kita pekena sup lentil dan barli ini dulu.
Selama ni dok makan mushroom atau sup ekor ja kan?
Wah..mengimbau betul rasanya
Terasa seperti berada bersama sebuah keluarga Iran.



Nasi Dill ini agak banyak juga. Jenuh nak dihabiskan suamiku.


Aku?
Lebih gemar roti dan daging Shish Kebob ini

Sedap...Tapi tak terhabis juga. Mengenyangkan.




This air?...not rekomended..sebab rasanya masam masam masin..
Tapi aku dapat habiskan juga sebab rasanya macam refreshing ..
My husband went for Juice Rozelle..mestilah sedap kan?



Lepas tu..kami jenjalan ambik gambar kat sini..
AMACAM??
LOMENTIK tak?
p/s sesiapa yang agak agak anibeseri time time cuti ni..
bawak bawak le jenjalan berduan..
okay...
he he
.
.
.
sekian








Saturday, March 13, 2010

Duhai bayu..teman setiaku

Salam,
Dengar..
Suara sang bayu menegur laut..
Berbisik perlahan
Mengucapkan rindu dendam
Bercerita tentang hari hari semalam
Kisah suka duka meniti padang dan rimba
Melalui liku liku dan getir lalu
Pelusuk gunung dan lembah

Duhai laut..
Kamu tak perlu keluh kesah..
Atau juga dendam marah
usah dendam pada pantai..
usah pilu pada pasir..
usah hiba pada bongkah batu..

kerana waktu tetap berlalu
pantai akan berubah
pasir akan berganti
bongkah batu bertukar wajah

duhai laut..
kamu tetap kamu
membiru bersama awan
dan sang bayu tetap akan datang menyapa
meskipun

sekali sekala..


ashley...hai mabuk sajak le pulak!!

Friday, March 12, 2010

Dengarlah matahariku

Salam, Mentari,
Apakah kau tidak lelah bersinar..
Menerangi alam saban hari?
Bergermerlapan..terik membakar..
Menyuluh kujur kujur tubuh?

...dan bulan juga
menempias cahayamu
malap redup..
tapi malangnya
dia yang dipuja puja
sang pungguk...

..mendayu dayu memanggil..
bulan yang tidak punya sinar sendiri
hanya menempel..
Adakah kau sedari itu mentari jingga?

Jangan lupa kala senja datang
dan kau melambai dengan mega merah
tersorok dalam gelap malam
untuk kembali lagi
memberi sinar putih berseri
esok hari

membasuh daki daki malam
yang masih berbaki...


ashley

Wednesday, March 10, 2010

Bertamu ke Kuching, Sarawak.

Salam,
Hujung minggu baru ni 5/3/2010 - 7/3/2010, aku dan suami ke Sarawak.
Buat apa?
.
.
.
Jalan jalan ler...
Tanya pulak! he he..

Sepatutnya kami bertolak dari LCCT ( Air Asia) pada pukul 4.20 petang tetapi memandangkan flight Air Asia lewat maka kami hanya dapat menaiki pesawat kira kira pukul 4.50 pm. Malangnya setelah menaiki pesawat, hujan turun dengan lebatnya menyebabkan kesemua pesawat di LCCT diarah untuk tunggu sehinggalah keadaan cuaca mengizinkan. Maka pesawat kami hanya berlepas sekira kira jam 5.20 pm lebih kurang 1 jam lewat dari jadual asal.

Kami tiba di lapangan terbang antarabangsa Kuching lebih kurang pukul 7.40 malam. Seorang rakan suamiku telah menunggu di sana terus membawa kami untuk makan malam di TOPSPOT, tempat makan yang terkenal dengan makanan lautnya.

Hidangan kami pada malam itu ialah udang goreng bermentega, sayur Midin yang terkenal di Sarawak yang rasanya seperti pucuk paku, ketam masak merah yang rasanya lemak manis, sup cendawan bersama rumpai laut, baby lobster dimasak lada hitam , ambal yang dimasak tauchu serta nasi semangkuk kecil. Aku juga merasa keenakan air tebu berlemon dan air tembikai.

Yang menariknya pada malam itu juga ada pertunjukkan bunga api berhampiran tempat kami makan seolah olah meraikan kedatangan kami ke Kota Kuching itu.

Kami menginap di Green Height Villa, sebuah apartment kepunyaan salah seorang bapa saudaraku. Apartment 3 bilik itu hanya untuk tempat berehat kami berdua.

Keesokannya Sabtu 6/3/2010, pada sebelah paginya aku dan suami memanggil teksi untuk ke Waterfront. Jalan jalan, melihat kawasan sekitar...juga shopping shopping barangan sedikit untuk di bawa pulang nanti.

Sebelah petangnya pula, seorang rakan senior sekolahku, Kak Liza Rahim, yang menjawat jawatan Pensyarah di UNIMAS telah berbesar hati untuk membawa kami melawat sebuah taman, Taman Beijing yang indah di kawasan kediaman kami.

Pada hari Ahad 7/3/2010, Kak Liza sekali lagi telah membawa kami berdua dengan anaknya untuk ke Taman Budaya Sarawak yang berhampiran dengan kaki Gunung Santubong. Pelbagai budaya dari suku kaum di Sarawak dipamerkan di sini.
Haiiiiihh...one of my wonderful moments.. It was worth it!
SEBENARNYA ADA banyakkkkkk gambar tapi biarlah aku boh dua ni sahaja! he he he

Bab bab THRILL naik titi ni serah kat aku...jangan dia patah sudahhhh..
he he he
I wish all my children dapat datang bersama..
Mesti demer terlompat nak mencuba!
Next FLIGHT okay...
ha ha ha..aku mencuba bakat membalun Rebana!
Teraaaaa..ada gak penonton wehh..
hi hi hi..

Thank You Bro Asman - belanja makan malam dan bawa kami melawat sekitar Waterfront pada sebelah malam.
Thank you Kak Liza - bawa kami round round Taman Budaya dan Taman Beijing.




p/s hari ni aku cuti...sebenarnya tak sihat sikit. Dapat MC.

sekian



Saturday, March 06, 2010

Dan sekiranya aku lebih mengerti..

Salam,

Terasa seperti inginku berbicara dengan Mu..
...tapi aku hanya hamba sahaya.
Tuhan, indahnya penciptaanMu..
Membiru..dan memutih..

Tuhan, ia menggamit hati untuk mengingatiMu..
KekuasaanMu.

Oh..
Dan aku memerhatikan gerak perlahannya..
Terapung apung di awangan

Indahnya 'mereka' menghiasi langitMu
Bersimpul, berkepul bagai kapas

..............dan sesungguhnya engkau lebih mengerti Tuhan
dengan segala penciptaanMu.

...dan aku hanya hamba yang dungu.
yang sering terpesong dan kelabu.

sekian

Seafood heaven..

Salam,

Sebenarnya aku bertolak ke sebuah bandar kelmarin. Untuk satu perjalanan lagi..
Apa yang telah aku temui?

Makan malam yang dibelanja oleh seorang kawan suami di kota ini.
Ambal

Ketam
Sayur dan Udang Goreng Mentega (Kat Background)
Baby lobster...masak black pepper




Hmmmm lepas tu tinjau tinjau kat tepi sungai..
Eh, bangunan apa tu?
Beritahu aku!!






Thursday, March 04, 2010

AHAKS...tak boleh blah sungguh..

Salam,
okay okay...aku tahu..
Ape ke hal nya buat werena PING PING gelap gelemad kat background ni..
Siap LOVE LOVE FOREVER lagiiiii...
ha ha ha

Sebenarnya aku nak taruh gambar KLCC untuk header.
Nak cari background yang sesuai..

Aku tengok sendiri pun macam pening lalat..
ha ha ha

Korang jangan menanah pulak

Amacam gambar KLCC tu lawa ke lawak?

....tak sempat nak belek lelain punya background.
nanti kalau ada masa aku buat lain la..

jangan pening!

sekian

Tuesday, March 02, 2010

Makan angin..

Salam,

Pada suatu hari, semasa di dalam kelas Technical Drawing, rakan aku bertanya padaku samada aku telah membeli bahan kayu untuk kelas 3D. Rakanku ini adalah Az. ( pakwe kepada makcik yang pernah membiarkan aku kesejukan di luar telefon booth...ha ha ha)

Aku benar benar terlupa tentang bahan kayu yang sepatutnya aku beli semasa hujung minggu.
Lalu aku bertanya kepada Az di mana aku boleh dapati bahan kayu tersebut.

Az memberitahuku nama kedai yang berada di downton Chicago. Dia juga memberitahuku direction untuk aku ke sana.
Sewaktu itu aku tidak pernah lagi keluar ke downtown seorang diri. Sebelumnya aku ditemani oleh rakan serumah atau kakak senior.

Az telah meyakinkan aku untuk tidak merasa takut dan gentar. Dia menyuruhku pergi sewaktu lunch break kerana kelas 3D diadakan pada jam 2 petang. Masa untuk lunch break pula ialah dari jam 12 pm hingga 2pm jadi masih sempat untuk aku pergi ke downtown bagi membeli bahan kayu tersebut.

Az menyuruhku menaiki bas dan melukiskan plan arah ke kedai yang dikatakannya itu.

Lalu dalam debaran aku pun menaiki bas seorang diri untuk ke sana. Alhamdulillah...aku sampai ke tempat untuk membeli bahan kayu tersebut.
Aku membelinya secepat mungkin dan kembali kepada ke tempat menunggu bas.
Semasa tiba di tempat menunggu bas ini tiba tiba aku jadi termangu mangu.
Aku hanya tahu no bas sahaja. Oleh kerana jalan di tengah tengah bandaraya Chicago itu hanya sehala jadi aku tidak dapat mencari tempat menunggu bas untuk ke arah yang berlawanan.
Aku hanya pergi ke tempat di mana bas menurunkan aku pada mula mula tadi.
Waktu ni aku dah rasa nak menangis....
Kalau aku naik bas yang bernombor sama itu maka sudah pasti bas itu akan terus ke utara sedangkan kolej aku berada di selatan downtown. Aku dah mula panik!!!
Aku tidak tahu jalan yang mana terdapat bas ke arah selatan.
Aku takut..aku keliru.
Lantas aku naik juga bas yang benombor sama itu walaupun aku tahu ia menuju ke utara.
.
.
HA HA HA HA HA....
KOK AKU MAKAN ANGIN YEAHHHHHHH...
JALAN JALAN SAMPEI ITU STESEN UJONG!
.
.
Seorang demi seorang penumpang turun tapi aku tak juga turun turun. Waktu ni aku duduk seat betul betul belakang drebar bas!!
Jam menunjukkan hampir pukul 2 pm tapi aku dah tak peduli. Dalam hati aku hanya berdoa agar aku sampai semula ke kolej aku.
.
.
Memandangkan hanya aku seorang sahaja yang masih berada di dalam bas itu maka drebar bas tu pun bertanyalah pada aku,
"Whetchu goin', mem?"
.....dalam dialek pekat Pak Itam Chicagonya.
" Am goin' to IIT"
" Oh....dat's way back in South. Mem"
" Yeah..I know..but I made a mistake by takin' dis bus'"
"It's okay mem, EVEN SMART PEOPLE MAKE MISTAKE!!"
.
.
HA HA HA...
aku macam nak hempok kepala sendiri.
Betapa malunya aku kat drebar bas tu!
.
.
" Dis bus goin' back there..no worry mem, but u 've to wait 5 minutes cos I'm goin' to rite sumthin'"
.
.
Fulamak lega aku..drebar bas tu kena register sekejap...lapur diri tentang route dia. Kemudian dia pun drive balik bas yang sama menuju ke selatan semula.
Buat laluan balik ke downtown Chicago dan sampai le semula ke kolej aku.
Cuma laluan ke selatan mestilah jalan lain sebab mostly jalan di kota raya itu SEHALA!
.
.
Aku sampai ke kelas dah pukul 3 lebih.
Masuk kelas dengan muka macam nampak hantu.
Pucat lesi dan lembik sebab letih dok dalam bas.
Az tanya pasal apa aku lambat sangat masuk kelas.
.
.
Aku KATA.." HANG BAGI DIRECTION NAK PERGI SAHAJA TAPI HANG TAK BAGI DIRECTION NAK BALIK!!!! AKU SESAT NAIK BAS SAMPAI NORTH. STESEN UJONG!!!
MUJUR AKU TAK KENA CULIK"
Dia gelak macam PONTIANAK KAT AKU...
ha ha ha ha ha ha ha..
.
.
CISSSS...
.
.
sekian

Cakap lah anakku....

Salam,

Insan dilahirkan ke dunia berserta dengan tangisannya. Mungkin ganjil kiranya seorang bayi dilahirkan dalam keadaan ketawa. Tetapi yang menariknya tangisannya itu disambut oleh senyuman dan ria ibubapa.
Kenapa agaknya?

Insan kecil itu kemudiannya diajar berkata kata. Bertutur dari bunyi bunyi yang dibuat oleh ibunya.
Ba..ba..ba..Ta..ta..ta..
Begitulah keadaan awal satu pertuturan.

Anak anak yang kecil menyebut ba ba..bila memangil bapanya.
Ma ma bila memanggil ibunya.
Semuanya keluar menerusi pergerakan bibir.
Jarang aku jumpa kanak kanak yang mengeluarkan bunyi ra ra ra ra semasa permulaan mengeluarkan asas pertuturan ini kerana ra ra ra memaksa anak anak membuat pergerakan lidah.

Tapi kiranya stelah agak besar seumur 5 atau 6 tahun, anak tidak dapat juga melakukan bunyi ra ra ra ini dengan betul maka kebarangkalian agak susah mengajarnya bahasa Arab kerana huruf ro' memang salah satu dari huruf Hijaiyah..yakni huruf huruf yang terdapat dalam Al Quran.

Hari ini aku mengajar perkataan ini,

Ah maruun = merah

Ada anak murid ku mengikutnya, AH MAGHUN = MEGHAH

Akh dharuun = hijau

Ada anak murid sebut, Akh dhaghuun = hijau

Az Raqun = biru

Ada anak murid sebut, Az ghakun = bighu

Haiiiiihhhh...bila la nak buleh sebut RO' ni!

sekian