Friday, December 31, 2010

Play dummy..

Salam,

Lokasi : Rumah Hijau, Kuching, Sarawak.

Masa : Tengahari - waktu makan

Menu : 4 orang order Nasi ayam penyek, 1 orang order laksa Penang, 1 orang order mee goreng ( alasan sebab tak makan ayam)

Para pembaham :
Laksa - officer Sarawak,
Ayam Penyek -
1 officer Sarawak,
1 Boss China yang suka makan masakan Melayu,
1 pekerja dari Semenanjung,
1 cikgu Tadika cum makcik yang humble (hahaha),
Mee goreng - officer pompuan yang umur lebih kurang sebaya TM dari Semenanjung.

Butir butir percakapan di permulaan waktu makan :

Bla bla bla..
sok sek sok sek..
cakap omputih campur Melayu.
( Kalau dengan aku, cakap Melayu...sebab takut aku tak faham bahasa OMPUTIH..hahaha..aku sebagaimana biasa hanya play DUMMY..kira senang cakap BUAT BODO....al maklum cikgi TEDIKAR )
.
.
.
Sampailah waktunya ayam Penyek dihidangkan dan terdapat pelbagai ulam ulaman yang menyertai ayam penyek itu.

Sekali.....tiba tiba!

" Errrr...ulam ulam ni nama apa ye?" tanya Boss berbangsa China itu.
.
.
semua macam diam jer.
.
.
Lamaaaa...

Sekali lagi,

" Sedap nih, ulam apa?"

Senyap juga. Masing masing makan buat buat macam tak dengar.
.
.
.
.
Maka aku pun bersuaralah dengan humblenya,
" Oh..ini ulam raja, ini kacang botol, ini daun selom, ini kacang panjang, ini timun."
( dalam hati - nak tahu tak nama scientifiknya pula?... kegunaan?...khasiat? )
.
.
.
hehehehehe

Mujur ada cikgi TEDIKAR yang menyelamatkan keadaan.

sekian

Keunikan tempat ini..


Salam,

Kalau anda ke Bandar Kuching antara tempat tarikan utama yang sering dikunjungi oleh pelancong ialah WATERFRONTnya.
Perkara yang menarik di sini ialah bazaar yang terdapat di sepanjang jalan di Waterfront ini. Bot bot traditional yang menyediakan perkhidmatan cruising di sepanjang sungai dan juga untuk menyeberang sungai Sarawak ini.

Kiranya anda penggemar kek lapis Serawak maka anda boleh mendapati ianya di jual di sepanjang kaki lima bazaar oleh peniaga peniaga kecil yang menjadi agennya. Kebanyakkan kek yang dijual di situ diperolehi dari pembuatnya yang tinggal di kampung seberang sungai Sarawak ini. Kalau kek yang dijual dengan harga RM10 sebiji itu kebanyakannya dibuat dari majerin dan sekiranya dijual dengan harga RM 15 dan ke atas, ianya dibuat dengan menggunakan mentega dan rasanya lebih sedap.

Di bazaar bazaar ini juga terdapat banyak cenderahati yang menggambarkan Sarawak. Antaranya pasu Sarawak, tikarnya, kain kain bercorak Pua Kumbu, beg beg mengkuang, buluh, ukiran dan perabut berasas kayu dan sebagainya.


Add ImageKiranya anda ingin merasai masakan yang enak anda boleh berkunjung ke kedai makan dan merasai Mee Kolok atau Laksa Sarawak atau nasi ayam penyek yang memang terkenal di negeri Sarawak ini.

Anda juga tidak akan dikatakan datang ke bandar Kuching kiranya anda tidak membawa pulang lada hitam atau lada putih serta ikan terubuk masin kerana di sinilah tempat pengeluar utamanya.

hehehe..amacam rencana COTI COTI MESIA kat ataih?
.
.
.
la la la..sempat LAGI TUH!!

Jemput makan kek lapis corak PUA KUMBU!!
hehehe..saja tak nak letak gambar lagi..
1 Januari, boleh?

sekian

Monday, December 27, 2010

Love is in the air..

Salam,

Setiap kali tibanya tarikh 25 Disember maka gambar jejaka di sebelah motor besar ini akan ditatapi.
Jejaka inilah yang telah melafazkan ijab dan menerima aku sebagai teman hidupnya semenjak 21 tahun yang lalu. Teman hidup yang mengharungi susah senang kehidupan. Teman hidup yang menghadapi suka duka kehidupan. Teman hidup yang mendengar rintih dan keluh kesahnya..
.
.
Jejaka ini yang kemudiannya menjadi ayah kepada satu demi satu anak anak kami yang kini telah berjumlah sembilan semuanya. Jejaka ini juga yang telah berusaha membesarkan anak anaknya dalam kehidupan yang serba mencabar ini. Jejaka ini juga yang bersungguh sungguh mengadakan segala keperluan yang dikehendaki. Betapa besarnya jasa JEJAKA ini..sesungguhnya hanya Allah sahaja yang dapat membalaskan segala usaha dan jasanya itu.
.
.
.

....dan pada hari Sabtu yang lalu, jejaka yang kini mungkin tidak se SLIM gambar itu telah membawaku makan makan sambil menikmati pemandangan. Pemandangan itu dirasai cukup indah terutama sekali apabila dikongsi bersama DIA yang tersayang....
.
.
dan....
KL TOWER menyaksikan lafaz cinta kami terukir sekali lagi!

p/s sengaja aku tinggalkan kamera sebab aku NAK CONCENTRATE menatap wajah dan bertentang mata dengannya...hehehehe

sekian

Friday, December 24, 2010

Kalau abah masih ada..

Salam,

Hari ni berapa hari bulan?
24hb disember kan?

Kalau abahku masih ada lagi, maka hari ni sepatutnya birthday dia dalam tahun Masihi.
errr..kalau abah masih ada, umurnya berapa ek?
1936 dilahirkan...hmmmm 74 tahun?
Uishhh..tapi Allah hanya beri dia setakat 69tahun +16 hari sahaja untuk hidup di dunia ni.
Wahh..so kawan sekelas dia, Ustaz Ahmad Awang sekarang ni dah 74 tahun la..
Eh, betui ke aku kira ni?
hahahahahha
Kira umur pun dah tak reti ka..
CUTI SEKOLAH LAMA SANGAT le tu kan!!!
ngeh ngeh ngeh
.
.
.
Birthday mak hampir ngan tarikh birthday my sister.
Manakala birthday abah pula hampir dengan mine.

Tapi abah dah tak ada lagi.
9 hb Januari nanti genaplah 5 tahun abah tidak bersama sama kami.

Kadang kadang terasa juga.
Especially bila balik kampung.
Keriuhan suaranya itu sudah tiada lagi.
.
.
Itulah sebabnya rasa malas jer nak balik.
So sunyi.
Mak pula dah ada pakcik, his new husband.
Mak mungkin tak sunyi lagi..tapi aku terasa macam tak best bila abah dah tak der.
.
.
Pakcik memang okay.
Dia macam ayah ayah yang lain juga.
Kalau anak anak balik, macam biasa la.
Mesti pastikan ada jamuan makanan untuk menyambut kepulangan anak.
.
.
tapi tetap tak sama dengan ayahanda tercinta..
.
.
memang la tak patut kan?
That's what I feel.
.
.
Well..tak leh cakap lebih lebih..
nanti aku kena luku kepala pula.
.
.
hehehehe..

itu saja luahan rasa.

Eh, apasal pepagi cakap pasal abah ni?

Sebab hari ni sepatutnya birthday dia plus tadi dapat sms berita tentang seorang kawan yang nak kena potong kaki.
GENGREN. DIABETES.
.
.
.
sekian

Thursday, December 23, 2010

Bukti usaha gigih cikgu dan muridnya..

Salam,

Sakan budak berdua kat atas tu melompat kan?
Budak budak tu anak aku..
Seronok kegirangan!!
.
.
Hari ni pun aku nengok ramai budak budak yang terlompat lompat kat dewan sekolah menengah anak aku tadi. Budak budak yang mendapat result PMR mereka.
.
.
yeahhhaaaaaa....
Riuh rendah. Gegak gumpita layaknya.
Siapa yang mendapat keputusan luar jangkaan dengan jayanya memanglah GUMBIRA.
Siapa yang mendapat keputusan luar jangkaan dengan kureng jaya akan berdukacita.
.
.
Itu adalah fenomena biasa.
Aku?
Aku sebagai ibu hanya mampu memanjatkan syukur.
Usaha aku hanyalah berdoa selain menyediakan keperluan yang dikehendaki oleh suasana pendidikan masa kini.

Selebihnya adalah usaha guru guru dan anak aku sendiri.
Dan kiranya kejayaan yang diperolehi olehnya maka dia sendiri yang akan merasai kemanisannya. Aku hanya menumpang gembira. Itu sahaja.

.....dan kali ini aku rasa usaha guru guru SMKJ3 patut dipuji kerana membolehkan anak aku meraih perfect score!
Alhamdulillah...tanpa perlu pergi mana mana kelas TUISYEN LUAR, dia telah memperolehi kejayaan yang cemerlang.

hmmmm.......
All you have to do is pay attention in the classroom, ask question when you don't understand and when you go home, study and do your own revision!
Plus, if you like to study in group, choose 2 or 3 friends who are really want to!
And don't forget to pray hard.

And to my daughter, Husna,
Kejayaan ini adalah kejayaan kamu.
You deserve it.
Alhamdulillah and tahniah!



sekian

Wednesday, December 22, 2010

Sikuen..

Salam,

Entry sebelum ni aku tepek gambor penkek stroberi dimakan dengan madu lebah.
Entry kali ni pula aku tepek gambor penkek dimakan dengan cekelat sirap!

Alang kan buku dan filem Harry Potter pun ada SIKUEN nya..

1)Harry Potter and the Sorcerer's Stone
2)Harry Potter and the Chamber of Secrets
3)Harry Potter and the Prisoner of Azkaban
4)Harry Potter and the Goblet of Fire
5)Harry Potter and the Order of Phoenix
6) Harry Potter and the Half-blood prince
7) Harry Potter and the Deathly Hallows

Orang tak jemu jemu menerokam beli buku atau nonton filem HARRY POTTER walaupun tah haper haper ceritanya dah..

sooooooo...
apa salahnya kalau PENKEK aku pun nak ber SIKUEN?
hehehhe
.
.
Hmm lepas ni aku nak buat PENKEK apa pulak ek?
Any suggestion?
.
.
Thanks in advance..
.
.
.
sekian

Tuesday, December 21, 2010

Penkek Stroberi

Salam,

Membuat penkek adalah tersangat sonang.
Bahan bahan pun teramat sedikit.
Pepagi kalau dah jemu sarapan asek asek nasi lemak, meehoon goreng, roti canai...maka sila la merajinkan diri untuk buat penkek.

Bahan?
Tepung, susu, telur, gula, garam....dan yang ni aku tambah stroberi!!
Banyak mana?
Pepandai la mengagakkannya!!
hahaha..sila belajar dengan tekun.

Cara:
Godak semua bahan sampai jadi smooth batter.
Masukkan sedikit butter dalam frying pan.
Ceduk sesenduk batter dan masuk dalam frying pan.
Agak agak dah cantik warna coklatnya, sila flip over ala ala chef yang expert!
Api adalah sederhana. Jangan garang sangat nanti penkek hitam legam.
Keh keh keh..

dah siap?
susun lawa lawa bertingkat kemudian tuang MADU LEBAH...bukan BERMADU, okay.
Kalau BERMADU, nanti ada yang akan jadi PENKEK lak.
.
.
.
Bereihhhh...
sebelum makan, ambik kamera.
Tangkap gambar sekeping dua.
Post masuk dalam blog.
Dah...
.
.
.
Aku laparrrrr.
Allahummabarik lana fima rozaqtana wa qina azab annar.


sekian

Monday, December 20, 2010

Akhirnya...

Salam,

Pada suatu hari, aku pergi ke rumah bapa saudaraku di tempat yang berkeramat. Sebaik saja aku melangkah masuk ke dalam rumah, aku pun diajak oleh adik pupuku untuk ke ruang tamu. Dijemputnya aku duduk.

KECEPUISSSHHH!!!

" La awat kusyen rumah ni bengkok dan melandut semacam, Izan?"
" Bukan ka baru lagi ayah hangpa beli?"

" Laaaa...takkan kak ASH tak tau. Rumah ni ada DINOSOUR!!"

" Hahahahhahahhaha.....wei tak patut hang, Izan. Kalau dia dinosour, hang kakak dinosour laaaa...."

Tak patut kan? Mengata darah daging sendiri!!!

(oh ya..DINOSOUR itu sungguh SPORTING, okeh!!! Dia NO HAL PUNYA)

....dinosour atau tidak, hari Sabtu tanggal 18/12/2010 baru baru ini...akhirnya dia ke jinjang pelamin juga....
GLEMER wehhh...
di Dewan Banquet, UPM.

Amacam?
Macam PANGLIMA ja kan?
SENGGEHHHHHHHHH...
SESEorang yang BARU dapat isteri!



Yang kat belakang tu sibuk sibuk jer..
OOOOIII korang bila lagi?



Cucu seorang.
Menantu dah dua.
Anak tiga.
Ini semua waris Pak Su aku.

Korang perasan tak SESEorang itu asek nampak gigi jer?



Hepppi bangaaatt...sehhh...
heheheheh
yang belakang tu nak dapatkan AURA PENGANTEN!

Kepada kedua mempelai, Izul dan Aizah.
Barakallahu lakuma wabaraka alaikuma..
Wajama'a baina kuma fil khair..

ampun maap diminta ya Izul..
dari kekanda ASH
hehehe

sekian

Friday, December 17, 2010

Makcik Xtreme..suatu hari di musim cuti sekolah!

Salam,

Pada suatu hari di sebuah lapangan sasar...err what I mean di sebuah tempat lapang yang ada litar Go-kart, ada seorang makcik bersama anak remajanya jenjalan, jengok jengok macam interested kat tempat itu.

Berkatalah makcik itu pada anaknya, " Jom lumba!!"

Chup chup chup...sebenarnya anaknya yang cabar dulu.

Err..tak kisah la..siapa yang cabar siapa. Yang pasti maknya yang ala ala mama bear itu pun menyahut cabaran Xtreme itu.

Anaknya kelihatan tenang, aman lagi mendamaikan.


Maknya?
err maknya???
Eh makcik...apasal GABRAH?
hahahahah


Abang yang tak berapa macho sedang meleteri kedua dua pelumba.

"kalau sangkut jangan keluar..bla bla bla.."
"kalau tersadai jangan keluar...bla bla bla.."
"jangan tekan minyak samo ngan brek.. bla bla bla.."

yoooo laaaaaaah!


maka sebaik saja habis segala leteran itu,
mereka berdua pun teruih mempederaihkan kenderaan.....

ZOOOOOMMMMMM..
ZOOOOOOMMMMMM....

" Alahai...makcik, ni makcik dapat lesen terbang ke apa?
Orang ke sawah pun dah habis balik dah...makcik tak sampai sampai lagi.."
.
.
.
"Makcik ni pengamal sikap berhemah di jalan ghayo!! Slow but steady"


Setelah meronda ronda makan angin sebanyak 8 laps, makcik pun sampai la ke destinasi.

'"Adeh! adeh! adeh!...sakit pinggang ngan bon....t aku!"

sekian

Thursday, December 16, 2010

Montessori - satu bengkel di IIC

Salam,

Okay adik adik, tuan puan, sedara sedari yang dihormati sekelian.
Hari ini lebih baik kita sembang sembang mender yang bermenafaat, berfaedah, berguna yang mungkin dapat di apply kan pada kehidupan kita sehari hari dalam menangani anak anak kecil.

Kalau tak der anak kecil cammaner?
Korang kutip la tips tips ini bagi menangani cucu cucu kecil di masa akan datang.
Kalau anak kecil tak der, cucu pun tak nampak batang hidung lagi?
.
.
.
......ehhhhh banyak tanya pulak!!

APA APA YANG BERMENAFAAT TU SHARE LE DENGAN ORANG YANG ADA ANAK atau CUCU KECIL KECILAN!
HAIYAAAAA!!
ish ish ish..
kan dah kena ngan aku..
oopppss...tak aku tak marah...
KASI gempark.
NGANTUK pepagi ni weh!
.
.
.
Okay jom kita belajor sekejap.


First of all, dari mana asal usul perkataan MONTESSORI? cara nak cakap perkataan tu ialah MONtuhSORE-ee.
Asalnya ialah daripada nama seorang doktor di Itali yang mana dia adalah wanita pertama yang menjadi seorang doktor di sana,Dr Maria Montessori.
Sebenarnya Dr Maria ini ialah seorang engineer tetapi sangat suka akan pelajaran BIO dan SCIENCE lalu dia telah belajar ilmu kedoktoran setelah mendapat degree dalam engineering. Kemudian apabila lulus dalam bidang perubatan ini, dia ditempatkan sebagai pembantu doktor di sebuah hospital bagi kanak kanak TERENCAT AKAL atau kita panggil DOWN SYNDROM.
Di hospital inilah dia membuat kajian dan experiment lalu terhasillah satu kaedah pembelajaran dan suasana untuk kanak kanak ISTIMEWA di mana hasil pembelajarannya sama taraf dengan kanak kanak biasa yang NORMAL.

Kaedah dan suasana pembelajaran yang dibentuk dan dihasilkan ini akhir menjadi KAEDAH MONTESSORI yang digunapakai di kebanyakan child center di Rome seterusnya berkembang ke seluruh dunia.

Okay?

....dan oleh kerana aku dihantar untuk menyertai BENGKEL CARA PEMBELAJARAN ini oleh Boss aku, KAKPAH AULAD, maka dapatlah aku sikit sebanyak ilmu KAEDAH MONTESSORI ini..( aku rasa ilmu yang diperolehi dalam masa sehari itu TERAMATLAH CIPUUUUUTNYA dan kalau nak tambah, kenalah ambik SIJIL yang memakan masa 7 minggu atau degree dalam bidang ini)

Gambar kat bawah ini ialah lecturer aku waktu bengkel SEHARI SUNTUK itu.
Madam Seema Majid, berasal dari Kashmir.
Muka dia sebijik macam kawan aku kat US, si Forough, Iranian woman yang sering tolong aku dulu tuh!

p/s AKU LAPOR...nak gi breakfast jap. Nanti kita sambung ek?!!!





Tuesday, December 14, 2010

AGROTECH..Hulu Langat

Salam,

Pernahkah anda mendengar AGROTECH Resort di Ulu Langat?
Orang KL kalau tak sampai lagi, kena pergi la sekali sekala.
LOKASI?
alahai pergi ke arah ULU LANGAT laaaa.
Jalan terusssssss batu 13, 14 tuh!
lepas jam jam trafik light, tengok penanda belah kiri.
JUMPA PUNYA!

Kalau tak jumpa, berenti kat Balai Polis, TANYA.
Rajin bertanya, tak sesat jalan!
hi hi hi
.
.
.
Di sini ada sungai. Kalau ada anak anak, memang tak nak balik bila dah masuk sungai tu.
Orang luar KL, nak buat family day..boleh aje.

Kami dah 3, 4 kali datang sini.
tapi tak pernah tidur lagi.
Kalau setakat kawasan Hulu Langat, kami datang untuk makan makan dan mandi manda sahaja.
Bawa anak anak.
Rasanya nak mancing pun boleh tu. Kena bayar la kut..
tak pernah mancing mancing..
sekadar tengok ikan jer..

kat sini takleh berkayak!
Kolamnya untuk ikan berenang.
Add ImageTapi kalau nak menangkap gambor, VERY DE SESUWAI!


AMACAM?
MENGANCAM?
kah kah kah..
lupa lak nak KOTAK HITAMKAN MUKA TU!
aaaa.....semua dah kenai kan?
tak yah lah..
kasi satu dunia tau!
GLOBALISASI




jeng jeng jeng...
kami tak bawak anak ramai ramai..
nanti KECOH HUTAN tu..
Pasangan yang mempunyai 3 anak?
hehehehehehe
.
.
walaupun sebonarnya tiga kuasa dua!

sekian

Monday, December 13, 2010

Skod-eng

Salam,

Bila dah daftar jadi blogger dan menulis segala caca marba tentang kehidupan dalam blog ini maka kita kena bersedia bahawa diri kita menjadi tempat PENYEKODENG orang lain.

menarik bukan?

orang datang blog kita, dia baca...
dia tengok gambar gambar yang kita pamerkan..
dia sibuk sibuk ambil tahu hal hal kita..
aktiviti kita
tapi dia SKODENG jer..
tak komen apa apa.
NAMA PUN PENYEKODENG!
hahahaha

Kadang kadang PENYEKODENG ni addicted juga.
Dia datang awal pagi..
Dia datang tengahari, petang, malam..
baca blog...
baca penulisan..
.
.
.
Bagus lah tu....membaca amalan mulia!!
hahaahahhahahha

SIAPA PENYEKODENG TEGAR aku?
cepat!!!
sila angkat tangan
.
.
kannnnnnn aku dah kata.
Dia MESTI DIAMMMMM jer..
.
.
.
.

Yang komen komen tu?
ITU kawan BLOGGER!!!
hehehhehehe

sekian

Friday, December 10, 2010

Umur


Salam,

Jumaat kembali lagi.
Menyaksikan dirimu dan diriku..
menjalani hidup sehari hari..
maka tiap saat berlalu
tercatat sudah
sebagai sejarah
.
.
apa yang telah aku dan engkau lakukan
pada hari hari semalam
bersaksikan bulan bintang
bersaksikan sekelian alam
yang kelihatan
yang tidak dinyatakan
yang cuba cuba disembunyikan
teliti tercatit oleh Raqib dan Atid
.
.
sehari lagi umurmu dan umurku dipendekkan
bukan ditambah
mendekati waktu waktu luput
mendekati saat saat maut..
.
.
maka bersedialah
lengkap sudahkah
segala bekal dan amal
yang perlu dibawa
ke satu alam yang kekal
.
.
hanya Dia yang tahu
hanya Dia yang menentu
jadi Tuhanku..
jangan aku dan dirimu dibiarkan sombong diri
angkuh bahawa akan hidup seribu tahun lagi
dan tidak akan mati

diri gagah akan reput menjadi debu
diri cantik akan hancur menjadi tanah
dimamah mamah, dihenyak henyak
tak mampu menahan segalanya
.
.
kerana kamu dan aku dicipta hanya bersifat sementara!


sekian

Thursday, December 09, 2010

Dunia semakin mengecil..

Salam,

Semalam sekira kira jam 4 petang, aku pergi menjemput seorang kawan lama yang akan berkursus di NIOSH hari ini dan esok. Dia tiba dari Taiping bersama sama dengan empat lagi rakan setugasnya. Kawan aku ini merupakan rakan sebaya sekolah menengahku.

Selama 25 tahun lebih kami terpisah, akhirnya kami dapat berhubung di ruangan FB dan telah berjumpa buat pertama kali pada musim cuti sekolah bulan June yang lalu. Walaupun dia tinggal di Taiping, bandar kelahiranku, namun telah terputus hubungan sama sekali dan aku tidak pernah tahu di mana dia berada.

Di dalam kelas aku dulu pelajar perempuan hanya ada 11 orang dari 30 orang pelajar. Selebihnya adalah pelajar lelaki. Ratio pelajar perempuan berbanding pelajar lelaki di kelas kami sewaktu itu ialah 1P : 2L. Intan, aku, Makmie, Ciklia, Leeza, Anim, Kak Yah, Merheda, Na Bakri, Min, Izal adalah nama kawan kawan sekelas denganku. Alhamdulilla, kesemuanya telah dapat dihubungi.

Intan kini mempunyai dua orang cahayamata bekerja di lab yang berkaitan dengan gigi.
( hahahaha..kami selalu cakap..sekarang kawan kawan tak perlu risau..siapo tak dak gigi boleh contact Intan..DIA BOLEH TOLONG BUAT GIGI PELESU!! hehehehe)

Makmie walaupun BERSABOK dikelilingi dengan 6 putera dan 1 puteri dan sentiasa mengadu hal hal ANAK ANAKNYA YANG HEBAT HEBAT TARAF KELASAKAN MEREKA namun satu hari nanti mana tahu, aku akan dengar dia dapat title DATIN pula.
psttt.... Hari tu pun suami dia dah mengadap RAJA PERLIS. Terima pingat.

Ciklia..seorang lagi kawan baikku yang bersama sama mengharungi hidup di Shah Alam dan di USA, kini berada dalam sihat sejahtera nun jauh di Miri. Dia, aku dan makmie tak pernah terputus hubungan. Kami sentiasa menghubungi satu sama lain semenjak keluar dari sekolah, bersama sama di Shah Alam, di USA setelah berkahwin dan beranak pinak. Mereka berdua sering aku ziarahi semasa musim hari raya.

Leeza, Anim, Kak Yah setahu aku kini semuanya kembali menetap di negeri kelahiran mereka iaitu Perlis. Leeza sibuk menguruskan bisnesnya sendiri. Anim pula adalah seorang suri rumah sepenuh masa dan suaminya dulu pernah bekerja syarikat yang sama dengan suamiku tetapi di cawangan Bukit Mertajam namun suamiku masih tidak mengenali suaminya. Mungkin kalau kami berjumpa, bolehlah mereka berkenalan. Kak Yah pula telah berpindah tempat kerja di Perlis walaupun sebelum ini dia bekerja di sebuah bank di Alor Star.

Merheda, Na Bakri dan Min adalah 3 kawan karib di kelasku. Tapi Merheda kini tinggal di Balakong, Na pula tinggal di Ipoh di negeri kelahirannya manakala Min menetap di negeri Kedah juga negeri kelahirannya. Merheda dan Na masing masing telah berkeluarga namun Min, gadis kecil molek dan tegas ini masih SINGLE dan menjadi seorang guru di Utara tanahair.

Sewaktu aku berjumpa dengan Min tempohari, aku ada bertanya kenapa dia masih remain SINGLE? Dengan rupa paras yang kecil molek itu MUSTAHIL tiada siapa yang pernah berkenan kepadanya. Setahu aku dari sekolah lagi Min mempunyai beberapa peminat yang sering menghantar nota nota rahsia kepadanya. Bila ditanya, MIN hanya berkata " If not with right person, being single is AWESOME!!" dan terus ketawa kecil. Kadang kadang memang sukar memahami hati budi orang lain hatta seorang kawan yang kita kenali bertahun tahun lamanya. Mungkin kita tidak tahu apa perkara yang berlaku padanya kerana kita juga tidak bersama samanya sepanjang masa. Kadang kadang anak anak dan suami kita sendiri yang hidup bersama dengan kita juga sukar difahami, inikan pula seorang kawan yang telah terpisah sekian lama.

Izal, last but not least, merupakan seorang rakan kelas dan juga bilikku. Katilnya bersebelahan dengan katilku di bilik dan Izal sewaktu dulu merupakan saingan sengitku semasa belajar. Kalau aku agak ke depan di dalam matapelajaran Add Math, Izal pula cukup handal dalam mata pelajaran Kimia. Aku sering meminta pertolongannya untuk mengajar mata pelajaran ini. Aku rasa terhutang budi dengan kebaikannya memahamkan aku dengan pelbagai fakta-keseimbangan-MOLEKUL-Mole-jadual berkala-apekemender lagi-aku dah tak INGAT...dan membolehkan aku mendapat SPM Credit 3 dalam mata pelajaran itu. KALAU TIDAK...Aku rasa mahu aku KIOK ROCK tungging terbalik, dapat SPANAR SEMBILAN in this PARTICULAR SUBJECT...hahahahahaah!!

Aduhai...dunia semakil mengecil. Apabila semakin berumur seperti diriku ini maka kita semakin ramai kawan dan kenalan. Kemana sahaja kita pergi ada sahaja rangkaian rakan dan kenalan terkait ditemui seumpama sarang lelabah yang terbentang di hujung hujung dahan. Kita berbual mesra, bertanya khabar, mendengar berita. Ada cerita cerita gembira, ada cerita cerita sedih cerita kisah suka duka rakan rakan lain yang ingin diluahkan. Biar seramai mana sekalipun rakan baru yang dikenali pastinya kawan kawan yang lama tidak akan mudah dilupakan.

Kawan kawan dan rakan rakan yang ramai ini lah sebenarnya dunia kita dan mungkin merekalah cermin diri kita yang menggambarkan diri kita dan tingkahlaku kita di masa lalu. Bagi aku rakan yang baik adalah rakan rakan yang dapat menyedarkan kita tujuan hidup kita, perbetulkan langkah langkah sumbang kita, peringatkan tingkahlaku kita, mendorong semangat kita, menawar duka lara, menghibur hati semasa sunyi. Adakalanya mereka juga minta pertolongan kita. Dan kita cuba yang terbaik untuk menolong namun tanpa keikhlasan yang telus, mungkin ikatan persahabatan tidak mungkin dapat terjalin.

Akhirnya, carilah rakan yang baik..dan bukan sekadar mencari kawan sewaktu susah sahaja.

p/s
aku pi mana mana ngan suami.. bercuti, jalan jalan..makan makan....ada je TERJUMPA kengkawan, kenalan, sedara mara yang dikenali.. samada kawan aku atau kawan suami.
Kecik betui dunia nih!

sekian

Wednesday, December 08, 2010

Pemurah ialah sifat rakyat Malaysia..

Salam,

Ramai dari kita yang sudah sedia maklum betapa pemurahnya sifat kebanyakan rakyat Malaysia. Kalau ke Mekah atau ke kota Madinah, rakyat dari Malaysia lah yang sering di 'terkam' oleh peminta peminta sedekah di tanah suci ini. Mereka akan 'menerkam' dan merayu belas kasihan daripada jemaah jemaah kita kerana jemaah negara inilah yang SANGAT terkenal menghulur sedinar dua untuk mereka apabila diminta minta.

Rakyat negara ini jugalah sangat terkenal dengan sifat pemurah dan belas kasihan apabila tiba masa untuk membeli kenderaan terutamanya kenderaan yang bukan berlabel BUATAN MALAYSIA.

PEMURAH?
.
.
ye la PEMURAH..

Cuba bayangkan kalau sebuah TOYOTA CAMRY yang dijual di USA hanya berharga sekitar RM 60,000 sebuah tetapi rakyat kita bermurah hati dengan RELANYA sanggup membeli dengan harga bermula sekitar RM150,000...
.
.
....dan itu lebih 2 kali ganda HARGANYA!
...semuanya GARA GARA CUKAI...AAAAAHHHHHHHHHH!!!
Dan DEMI nak menyelamatkan serta memberi LALUAN kepada WIRA,WAJA, SAGA,SATRIA dan akan datang TUAH, JEBAT, LEKIR, LEKIU, KASTURI dan seumpamanya maka kita sanggup membayar sejumlah BESAR wang kepada TUAN PENGUTIP CUKAI.
.
.
CUKAI adalah PERLU?
CUKAI adalah PENYELAMAT?
CUKAI adalah untuk kesenangan RAKYAT juga?
.
.
.
.
IYE KER?????
....
..
.
.
Mahu tak mahu rakyat Malaysia pakai le kereta BUATAN MALAYSIA walaupun tak ler MURAH maner...
.
.
yaaa..keranamu MELEYSIA!

sekian

Monday, December 06, 2010

The BIG BOYS' TOYS

Salam,

Saja nak tinjau sebab tak pernah sampai lagi..
Apa yang SERONOK sangat orang berpusu pusu datang tengok kannnnnnnn...

Cantik cantik belaka MODEL MODEL KERETA rupanya!!
Errr jap jap...
IYA ke MODEL KERETA yang cantik?
hahahhahahahahhaahahhaha






Pstttt...LIHAT LAH KESUNGGUHAN dan KEGIGIHAN PARA PAPARAZZI!!!



ITU JER..
tak leh komen lebih lebih nanti KAUM ADAM MARAH!!

sekian

Friday, December 03, 2010

Klik Klik Klik ke atau Ketik ketik ketik?

Salam,

Dobelas haribulan dobelas ni akan berlangsunglah satu kenduri kahwin..
SAPA kahwin?
heheeheh..
bukan anak aku..
bukan adik aku..
JAUH SEKALI SOMI AKU...HAHAHAHAHA..
SENTAP KANG!!
.
.
.
Akan berlansunglah perkahwinan anak kepada kawan satu tempat mengajor aku.
Hari tu dia ada risik risik aku suruh datang nangkap nangkap gambor anak dan bakal menantunya nanti. Dia kata memang la dah tempah jurufoto TERLATIH tapi just in case dia suruh juga aku tangkap tangkap gambor anak dan bakal menantunye sebagai BACKUP!!
Aku ni bukan aper..
KALAU disuruh nangkap gambor matahari tu, aku agak pandai juga.
Kalau suruh nangkap gambor orang especially nganten ni, aku neves...!!!
Komer tengok gambor kat bawah ni..


OIIII!!! BUDAK BUDAK..
Komer lambat lagi jadi NGANTEN.
KETEPI!!! KETEPI!!!



Kan tah haper haper jadinyerr..
AKU MEMANG LE TAK PANDAI.


Chewah...cenyum cenyummm..



Pokus dekat sikit kat muka nganten ngan kawan dia..
hehhee
Ish anak sapo ni comei sangat ni..
Errr..maner somi nyer?
Aku bab nak nangkap gambor ngan somi ni yang aku ngeletor sikit.
Bukan apa..
Riso nengok KERISnya melintang kat PINGGANG..
Kang naya pulak MAMARAZZI sekor ni kang!

okey la..
sambil makan kita dengor lagu MAHER ZAIN yang nih..

say say say...


"BARAKAALLAHU LAKUMA WABARAKA ALAIKUMA WAJAMA' BAINAKUMA
FIL KHAIIRRRRR"

ooooopsssss!!!!

laaaaa takkan SESENTAP jugak kut..

Dah, jom balik!


he he he he he he

sekian

Thursday, December 02, 2010

Dok diam diam sambil dengar nih, okeh.

Salam,

Okeh la kan...romantik gitew...
HAHAHAHHA..




Jap jap ada yang tutup mata ngan telinga ke tu?
.
.
.
.
.
p/s dediket utk semua yang bersaudara ngan MAHER ZAIN!

sekian

Tuesday, November 30, 2010

Payung..

Salam,

Adapun mereka gemar berkata kata
mewar warkan tentang tawaran
gambaran hebat tentang payung

Payung tempat berlindung.
Payung tempat berteduh.
Payung tempat melitupi diri dari cacat cela terikan mentari.

Mereka war war kan itu.
Hebat kata kata mereka.
Membujuk rayu dan manis bermadah
seumpama manisan madu.

Bukankah molek ada tempat berlindung nanti
Bukankah cantik dan mulus kulitmu nanti
Tidak terbakar dek sejengkal mentari yang mencanak di kepala

Halus kata kata mereka.
Syahdu bujukan mereka.
Manis mesra rayuan dan tawaran.
Semanis senyuman perawan yang menawan.

hahaha

Hebat benar langkah dan madah
Mengikut Quran dan Sunnah
Katanya...

Apa itu sajakah ajaran yang ditinggalkan?
Apa itu saja perkara yang difikirkan?
Apa itu saja segala suruhan dan tuntutan?

hahaha

Hebat hebat hebat
Sila berikan tepukan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
dan tiba tiba terjelepuk sekaki payung di atas kepala!!!

p/s
sajak khusus untuk Dak AKU..
direka secara caca marba time hujan petang.

sekian

Lantaran itu...

Salam,

Tiba tiba telefonku berbunyi menandakan ada sms masuk.

"Engkau kat mana? Engkau dah dapat berita ke belum?"

" Aku kat Kuantan ni. Berita apa? Mana la aku tahu..."

" Laaa..kawan kita si Polanah dah tak ada. Kena Asthma attack kelmarin"

" Eh..semalam baru aku telefon dia. Okay jer. Ya Allahhhhhh....Kat mana dia sekarang?"

" On the way back to her home town. Kawan kita ramai yang joint"

Aku terus menelefon kawan yang sms aku. Aku tersedu sedu sambil menceritakan bahawasanya baru sahaja semalam aku buat panggilan kepadanya meminta nombor seorang kawan yang tinggal di Kuantan. Baru semalam aku mendengar suaranya.
Aku sangat gementar. Debaran jantungku membuatkan aku kedinginan. Aku terasa sangat bersalah kerana berada di tepian pantai yang indah sambil menikmati hembusan bayu yang dingin dari Laut China Selatan di saat kawan kawan yang lain menangisi pemergiannya.


" Abang, mati itu adakalanya tiba tiba kan?" kataku pada suami tercinta yang berdiri di sisi sambil mataku merenung jauh di ufuk Timur.
Merenung mentari yang kian menampakkan dirinya. Cahaya jingga yang menyerak di kaki langit.

" Kita tidak tahu bila diri kita ini akan dijemput kembali kepadaNya"

" Kita semua PASTI ke sana jua kan bang...?"

" Ya sayang..kita cuma perlu bersedia "

" Andainya saya pergi dulu sebelum abang, apakah abang akan meredhoi saya? "

" Sayang..kita tidak tahu bila masanya. Shhhh..jangan tuturkan lagi kata kata itu "

" Ahhh...tapi mati itu benar, bang. Kita tidak boleh menafikannya. Kita tidak boleh berpura pura dengan keseronokan dunia yang sementara ini. Lihat...lihat...satu demi satu kawan kawan kita dijemputNya. Hari ini kita masih bergurau senda bersama. Esok mungkin kita menangis keseorangan "


" Lihat ombak yang datang dan pergi. Begitu juga diri kita. Ombak ini menyapa pantai dengan mesra kemudian melambai pergi kerana sudah tiba masa untuk kembali "

" Begitu jua dengan mentari, terbit di kala pagi dan akhirnya tersungkur di waktu senja "
.
.
.
.
.
" Sayang, dah call kawan sayang tu? TANYALA KHABAR...Walaupun kisah itu hanya sebuah mimpi ...."
" Belum lagi bang..Nanti laa.."
.
.
.
Hmmmm...

p/s
aku punya la letihhhhhhh sampai mimpi yang bukan bukan...
TAPI ianya menyedarkan aku bahawa hari ESOK mungkin tiada mentari buat KITA.
You will never know!

sekian