Thursday, March 31, 2011

Cerpen ala ala skrip drama..

Assalam,

Dara sedang menunggu Arjunanya.
Di sebuah shopping kompleks.
Dia mundar mandir.
Hampir setengah jam.
Kakinya sudah lenguh berdiri.
Lehernya juga sudah agak kekejangan meninjau ninjau.
Matanya meliar.

Dara : ( dalam hati ) "Macam ni la orang lelaki..kalau janji suka lambat!! Letih menunggu. Perut dah la lapar.."

Arjuna : Assalamualaikum..

Dara : Waalaikumussalam..( bisikan dalam hati ) "cisss..baru nak muncul..dah lenguh kaki tau...".

Arjuna : Lama tunggu?

Dara : Tak der la.. ( dalam hati ) "cilakak...pinggang rasa macam dah nak patah ni."

Arjuna : Ke mana kita?

Dara : Suka hati abang laa.. ( dalam hati ) " weii...perut aku lapar la...MAKAN LA...APA LAGI?!!"

Arjuna : Kita jalan jalan nak?

Dara : Kalau abang suka.. ( dalam hati ) " Ek eleh...aku tunggu punya lama. Perut dah lapar. Kaki dah lenguh. Dia ajak jalan jalan pulak"

Arjuna : Jom teman abang beli baju.

Dara : Okay..( dalam hati ) " Alahai..ingatkan nak beli baju aku. Rupanya nak suruh pilih baju dia.."

Arjuna : Baju ni okay?....Yang ni macamana?..Seluar ni ngam tak? Warna? Hmmm...
.
.
.
.
Hampir sejam berlalu.
Arjuna masih lagi tidak berkenan dengan pilihan si Dara.
Boleh tahan juga cerewetnya.
Si dara masih lagi bersabar.

Arjuna : Sayang lapar ke?

Dara : Lapar juga.

Arjuna : Jom kita keluar. Rojak buah gerai makcik Bedah bawah pokok sana tu sedap tau!

Dara : Hmmm...boleh juga. ( dalam hati ) " BUDGET nye Arjuna aku nih..!! Ingatkan nak bawa pergi restoren canggih. Rupanya gerai makcik bedah yang aku selalu pergi tu la juga."
.
.
.
.
.
Si dara mengunyah rojak buah sambil hatinya mula berkata kata dan membengkak.
Arjuna pula mencecer cecer menceritakan perihal kerjayanya, keluarga, ibu, ayah, adik kakak serta pasukan bola sepak kegemarannya.
Si dara mula berkata kata...juga di dalam hati..apakah Arjuna ini pilihan yang tepat buatnya?
Si dara tertunggu tunggu samada kekasih hatinya itu menghulurkan apa apa hadiah buatnya pada pertemuan kali ini.
Namun setelah hampir setengah jam mencecer, bayangan hadiah juga tiada nampak kelihatan.
.
.
.
.
Dara : Saya dah letak jawatan di tempat kerja saya. Saya nak balik kampung.
.
.
.
.
Arjuna masih lagi mencecer.
.
.
.
.
.
Dara : Saya tak mahu tinggal di bandar. Saya nak balik berkhidmat dengan ibu bapa saya.
.
.
.
.
Arjuna menceritakan tentang pasukan bola sepak kegemarannya yang kalah malam sebelumnya.
.
.
.
.
Dara : Saya nak cebur bidang pertanian pula. Ternakan ikan air tawar. Nak ternak keli dengan ayah saya. Awak dengar tak ni?

Suara Dara ditinggikan sedikit.

Arjuna : Apa awak kata tadi?

Dara : Saya nak balik kampung. Nak ternak ikan air tawar dengan ayah saya. Saya dah tak mahu lagi tinggal di bandar. Dan.....dan...saya rasa perhubungan kita hanya SETAKAT INI.

Sebenarnya antara sedar dengan tidak, Dara melafazkan ayat terakhir. Entah dari mana datangnya kalimat itu.
Dara sudah bosan dengan Arjuna.
Mungkin Arjuna bukan miliknya.
Mungkin Arjuna bukan pilihan terbaik.
Mungkin...

Si dara bingkas bangun lantas meninggalkan Arjuna dengan mata yang terkedip kedip kehairanan.
.
.
.
Arjuna : Errr..datang 'bulan' ke?


p/s
cerita ini adalah rekaan semata mata...
tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup atau yang dah tiada...
khusus buat abang abang, adik adik manja yang aku jumpa masa gi shopping kelmarin...
IDEA datang masa tengok orang gaduh, masam masam muka, time aku minum...
hehehehehe
.
.
p/s
lagi..aku beli kasut sebab kasut aku dah tercarik!! keh keh keh..


sekian

Tuesday, March 29, 2011

Assam Pedaih..

Assalam,

Ikan tenggiri di atas telah dimasak ASAM PEDAS.
Masakan ASAM PEDAS yang ini dimasak stail orang MELAKA di sebuah restoren ASSAM PEDAS di BBBangi ini.
Rasanya bagaimana?
Hmmm..kalau you all nak try, pergi la ke seksyen 8.
.
.
.
.
My opinion?
Ish..nak juga bagi opinion tuh...
Tak takut kena saman ke?
Suka hati aku laa..
AKU ADALAH SEORANG PELANGGAN.
Dan aku ada hak sebagai pelanggan untuk membuat liputan..hahahahaha..
Bagi pendapat aku tentang masakan yang dibuat pada hari aku makan masakan ini...IALAH......
RASA KUAH ASAM PEDAS ITU TERSANGGATTTLAH TERLEBIH ASSAM nya!!
Ikan okay....segar..
tapi kuah NO WAY HOSEY!!


Lantas,
semalam aku pun masak ASSAM PEDAS VERSI aku..
VERSI orang PEGHAK.
Masak asam pedas versi aku nih tak payah numis cabai ke apa ke.
Main rebuih jer.
Mula mula cuci ikan siakap yang lawa dan segar la kan.
Pastu aku didihkan ayor dan bubuh dua tiga keping asam gelugor.
Pastu aku kisar cabai kering dalam 8/9 biji dan dicampurkan dengan 3/4 biji cabai burung dengan seketul belacan dan sedikit bawang merah.

( ya masak asam aku tak la pedas sangat..biasa biasa ajer )

Lepas ayor udah mendidih, aku masuk cabai kisar+ belacan+ bawang itu ke dalam didihan air tersebut.
Aku biorkan sekejap.
Kemudian aku tambah daun kesom, bunga kantan dan serai yang dah diketuk.
Habis tu baru le aku masukkan ikan siakap.
Aku kerat dua jer ikan tu.
Satu bahagian kepala, satu bahagian ekor.
Aku masak sekor jer..Tak yah banyak banyak..
Kalau banyak, nanti tak habis...
Bila sikit, tahu pula nak berebut..

Bila dah semerbak harum mewangi segala yang dididihkan itu, maka aku tambah garam dan gula sebagai perisa masakan.
.
.
.
Komer nak cuba resepi SEMPOI aku ni?
.
.
.
.
.
.
.
.
Orang MALAS jer masak macam ni.
Tapi apa pun..
JANJI habissss..
.
.
.
p/s
......dah masak pun hanya seekor ikan je kan?


sekian

Monday, March 28, 2011

Bab bab melompat...

Assalam,

Lompatan ada berbagai jenis dan sebab musabab.
Ada lompat tinggi.
Ada lompat jauh.
Ada lompat kijang.
Ada lompat seronok.
Ada lompat terkejut.
Ada lompat takut.
Ada lompat katak.
Ada lompat getah.
Ada lompat zero point.
.
.
.
.
.
.
.
dan mungkin juga lompatan nak bunuh diri.
( errr..hari tu kata nak tunjuk tempat bunuh diri kan?...kita belum dapat ambil gambar lagi jadi kita hold dulu topik tu )

Budak berudu...errr ... I mean budak berdua kat atas tu melompat sebab saja nak kasi senget benget lagi kusyen sofa tu.
Pak depa GAMAKNYA banyak duit sangat..
Hobi PAK depa GAMAKNYA menukar sofa tiap tiap tahun.
GAMAKNYA LAAAA..
.
.
.
Tapi semalam Pak depa mood baek sebab tu Mak depa pun rasa nak jadi mak KATAK.
Turut melompat lompat..
.
.
.
Sebab apa?
Sebab Pak depa bawa shopping ala ala FREE gitu di PARKSON.

Hensem tak salah seorang budak yang melompat memakai baju BEN TEN barunya?
Shopping guna VOUCHER.
.
.
.
DIULANGI sekali lagi...
.
.
.
GUNA VOUCHER....
.
.
Mak depa ada lagi VOUCHER tu.
Esok lusa nak shopping lagi.
Jom...
ada nak ikut?

sekian

Tuesday, March 22, 2011

Keputusan Peperiksaan bagi SPM 2010.

Salam,

Tajuk saja nak buat GEMPARK.
.
.
Rabu 23hb March baru result keluar.
Hari ni baru Selasa.
.
.
.
Amacam??
talian sibuk...
Apply masuk U?
Apply masuk maktab?
Apply masuk Kolej?
.
.
.
wah...
SUSPENSE SUSPENSE SUSPENSE..
.
.
sabor je la..
kalau elok, bersegeralah kamu ke tempat mengingati Allah, sujud shukur.
kalau tak elok pun, bersegeralah ke tempat mengingati Allah, sujud taubat.
.
.
Jangan pi bunuh diri sudah.


p/s
kalau nak pi bunuh diri, aku tau satu tempat.
entry akan datang.....


sekian

Friday, March 18, 2011

Dalam perjalanan pulang ke kampung..

Assalam,

Isnin lepas aku kembali ke kampung tempat kelahiranku di Semanggol.
.
.
.
Oleh kerana setibanya kami di kawasan Taiping hari sudah beransur petang maka aku menyuruh suamiku keluar ke Tol Changkat Jering untuk membeli buah tangan.
Teringin benar lidahku untuk merasai laksa atau satay atau apa apa yang dibeli dari pekan Changkat Jering.

Dan aku menjumpai ini.

Peneram.


Bergerai gerai menjual kuih peneram atau teling ke-ling ini di kawasan tepi jalan di pekan kecil Changkat jering itu.
Rangup.
Lemak.
Enak dimakan panas panas.
Harga?
Masa duluuuuuuu....time aku balik ke TRONG ( kampung suami aku ) harganya 20 biji 1 ringgit.
MURAH KAN?
Lepas tu ianya menjadi 15 biji untuk satu ringgit.
Kemudian lagi menjadi 12 biji untuk satu ringgit.
.
.
.
Tapi hari Isnin yang lalu, aku membelinya dengan harga 10 biji satu ringgit.
Jadi sebiji seposen laa.
Akan datang agak agaknya mungkin jadi 8 singgit..pastu jadi 5 singgit..lepas tu jadi apa TAK TAU!!

Selain dari cucug PENERAM yang agak belambak lambak di Changkat Jering itu, aku jumpa satu lori yang menjual laksa BUYUNG.
Tau dak laksa BUYUNG?
......Kuahnya di masak dalam periuk TANAH berbentuk labu BUYUNG.

Kat lori itu, ada jual laksa BIASA dan ada jual laksa UDANG BANJIR.
Laksa UDANG BANJIR harganya RM5.
Laksa biasa harganya RM2.

Aku order laksa Udang Banjir satu...( aku yang nak makan....sebab aku yang nak TEST rasanya..kalau tak berapa sedap, aku sendiri padan muka...tapi kalau orang lain makan depa kata tak sedap..KOMPLAIN pulak )
Aku order laksa biasa 4 bungkus.
Sebelum tu aku beli karipap, pisang goreng, cucug meneram dah dekat penuh tangan aku membawa plastiknya...baru aku nampak lori LAKSA ini.

Banyak pula. Membazir kalau tak habis.
Sampai rumah mak, aku sruppp srupp kuah laksa UDANG BANJIR..
hmm sedap juga..
Nak tahu cara membuatnya?
Laksa dan awas-awasnya (ulam ulamannya ) macam biasa juga.
Cuma udang (lebih kurang ada 6, 7 ekor) dicucuk seperti satay dimasukkan ke dalam kuah laksa yang berada dalam buyung sehingga masak.
Dikeluarkan dan di sajikan.
More or less macam Mee UDANG BANJIR juga laa.
.
.
.
Husband aku kata pelik sikit la... laksa ada udang.
.
.
.
Aku kata...Well, tak cuba maka tak tahu.
So kalau nak try rasa macamana, korang boleh le cuba buat.
Nak mudah beli jer kuah laksa yang KAW KAW..pastu celup dan didihkan udang hidup di dalam kuah itu sebelum dihidangkan..
.
.
.
Sedap ke tak sedap? Cubalah..

sekian

Thursday, March 17, 2011

Pakaian seragam

Assalam,

Mula mula sekali maafkan daku kerana keadaan gambar yang tidak memuaskan hati anda. Ianya tidak dapat dielakkan atas sebab sebab peribadi.
.
.
Agak agaknya best tak kalau dapat pergi sekolah yang kena pakai pakaian seragam macam ni?
.
.
.
Kalau tanya aku, mana la aku nak tahu.....sebabnya sekolah aku tak suruh pakai macam ni.

Kenalah tanya budak tu.
Budak OMAN tu.
.
.
hehehe..
Seingat ingat aku nak masuk sekolah ni dulu, dia kena test/interview 3 kali.
Sekali kat Taiping.
Sekali kat Ipoh.
Sekali kat KL.
Dari sekolah kampung aku tu ada 10 orang yang nak cuba pergi.
Dan sewaktu peringkat Taiping je, dah ada kena reject sebab badan tak cukup tinggi.
Mujur adik aku cukup cukup paras ketinggian yang dikehendaki.
Sampai Ipoh reject lagi dua tiga orang..entah sebab tak pass interview/periksa.
Sampai KL, last last nyer...adik aku sorang je yang lepas.
.
.
Mak aiiii...bukan main payah bebenor nak masuk sekolah ala ala COMBAT nih.
Masa tu adik aku derejah nam je.
Nak masuk waktu tingkatan satu.
Dia kemaen minat nak bawak kapal terobang tembak tembak...
KATANYA!
.
.
.
Bila dah dapat masuk, mak aku udah riso.
Nyaris nyaris lagi mak aku nak sughoh dia tolak.
TAPI ayah aku tak bagi leeer..
UDAH adik aku minat bebenor.
Ayah aku bagi semangat suruh ANAK JANTAN dia masuk sekolah COMBAT ni!
.
.
.
Bila balik cuti, adik aku cerita le dia kena godam sana sini tak tentu pasal.
BIASA leerrr..dah sekolah lelaki semua.
Ajer nyer GHOPER itu.
.
.
Aku suruh sabor jer..
Asal jangan cacat cela..
udah..
.
.
Masa gambor ni diambik, aku udah habis sekolah menengah.
Aku sibuk sibuk pergi sekolah dia kat KL tu.
Masa ni dia dapat hadiah.
Sekolah pun ada le buat HARI TERBUKA.
Sanak sedara, sahabat handai boleh le jengah nengok.
Best juga nengok pameran..
.
.
Antara pertunjukan yang demer buat ialah latihan perang...serta solat sewaktu dalam perang.
Tu kira ILMU paling menarik aku dapat tengok yang tak dapat dilihat di tempat lain.
.
.
Komer tahu cara solat dalam PERANG?
Errrr...kalau tak tahu, kena masuk sekolah COMBAT le kutttt...
hehehehe..
.
.
.

p/s
budak yang tertenggek kat belakang tu ialah si BUDIN....sibuk main AYOR!
budak pompuan yang diri sebelah OMAN ialah si kak cik..err.. sibuk nak noleh belakang!


sekian

Wednesday, March 16, 2011

Nut..

Assalam,

HIHIHIHIHIHIHI...okay sila gelak puas puas.
.
.
.
Gambar ni aku seludup dari satu album kat rumah mak.
.
.

"Okay, Mom,..one of your photos missing, you know where to find..okay?"
.
.
.
.

..( errrrrr..mak aku faham orang putih ke? gasak la kan...)
Cuba teker teker...aku yang mana satu?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
sebelum komer jumpa jawapan kat bawah ni!

Terdapat catatan yang tertulis di belakang gambar tersebut.
Catatan yang dibuat oleh seorang budak!!
hahaha..
tapi mungkin masa dia dah besar sikit dari dalam gambar tu laaa..

Kalau komer tak faham apekemender tulisan yang terconteng itu, let me explain.

ATAS : Samiah ( mak aku la tu ), emak NUT, bapa NUT,
BAWAH : Yan ( mak sedara aku le tu ), Abang NUT, Yong ( kakak aku le tu ), I, NUT, adik NUT dan dua lagi adik beradik ( yang tidak berapa nak dikenali dulu dan sekarang...saja nak menumpang masuk bergambor le tuh...haha)
.
.
.
.
.
Siapakah NUT?
Adakah ia kekacang yang rangup?
Atau ?????
apakah??
siapakah??
.
.
.
nama sebenarnya aku pun dah tak ingat!!!
hahahhaahahah..

tapi dia kawan sepermainan aku la.
SEBAYA.
Ayahnya pun kawan ayah aku.
.
.
.
NUT, kalau kamu terjumpa blog ni...ini lah kenangan kita suatu masa dulu.

p/s
This picture was taken by my dad probably in 1972 when I was living in Batu Gajah, Perak.

sekian

Bandar Taiping punyai cerita..

Assalam,

Tenang sahaja aku melihat air di tasik ini.
Tiada riak air yang kelihatan.
Aku melihat kuntum kuntum teratai di tasik.
Ada yang masih di dalam kudupnya, ada yang sedang berkembang mekar dan ada yang sudah layu menyapa permukaan air.


Tasik ini punyai cerita tentang masa silamku.
Ia pernah menyaksikan aku berlari lari di sini.
Ia pernah menderngar jeritan tawaku.
Keriangan aku di masa lampau.
Ia menyimpan rahsia kehidupanku suatu ketika dulu.


Aku menanti ikan ikan menyapa aku di permukaan air.
Namun tiada satu kelibat yang kelihatan.
Ke manakah perginya mereka.
Apakah mereka sudah tidak mengenali diri ini lagi?

Apakah mereka seperti bandar Taiping yang sekadar menyimpan kenangan buat diriku.
Apakah aku bukan lagi sebahagian dari mereka lantas dipersisihkan?

Haih....

Biarkanlah...tetapi aku tahu.
Hatiku tetap terpahat di sini.

.
.
.
ada sesiapa lagi punyai kenangan di sini?
.
.
.
.
.
.
CEPAT MENGAKU!!!!

sekian.

Tuesday, March 15, 2011

Kain putih SATU KAYU!!

Assalam,

Di satu sudut rumah mak aku, selalunya ada tersandar di dinding KAIN PUTIH sekayu seperti yang terdapat dalam gambar di atas ni.
Kadang kala gulungan kain itu sudah menipis.
Kalau sudah menipis maka ayah tiri aku akan membeli SEKAYU lagi.
Apakah kegunaan kain putih sekayu ini?
Apa lagi kan?
.
.
.
.
.
.
.
.
.

UNTUK BALUTAN MANUSIA LAAA...
hehehehe..
.
.
.
.
.
.
.
Ayah tiri a.k.a jiran aku dulu nih pekerjaan utamanya yang sebenar adalah sebagai petani. Mengerjakan sawah padinya sendiri. Selain dari itu, dia juga adalah antara mereka yang akan dipanggil untuk mengendalikan penyembelihan lembu, kerbau sewaktu musim kenduri kendara di kampungku.
Kebolehannya ialah menyembelih, melapah serta memasak lembu, kerbau dan disebabkan kebolehannya itu JENOH LA anak cucu makan lauk kenduri di musim cuti begini!!

Selain dari pengendalian lauk pauk kenduri, ayah tiri aku ni juga terlibat dengan satu pekerjaan FARDHU KIFAYAH.
SORANG BUAT, LAIN TAK PAYAH!
Iaitu pengendalian jenazah.......daripada memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan sehinggalah mengkebumikan jenazah.

Kebanyakan situasi, dia hanya terlibat secara langsung dalam memandi dan mengkafankan jenazah sahaja jika waris boleh mengendalikan urusan solat dan kebumi.
Tetapi adakalanya ada jenazah yang tidak ada waris langsung untuk menguruskan jenazah maka ayah tiri aku akan menguruskan segalanya bersama seorang rakan.

Kelmarin, sebuah kedai di kampungku menyuruhnya menyediakan 3 set kain kafan. Maka dia pun mengambil segulung kayu kain putih yang tersandar itu untuk di potong. Katanya, untuk jenazah lelaki, 11 meter kain diperlukan bagi 3 lapis kain pembalut kafan dan sekeping untuk kain basahan sewaktu jenazah dimandikan.
Oooooo...
Kalau perempuan?
Kalau perempuan, 12 meter pula diperlukan.

Pagi kelmarin pula, sekitar jam 8 pagi, rakannya telah menelefon untuk mengajaknya mengendalikan satu jenazah di sebuah rumah orang tua tua. Rumah SERI KENANGAN berdekatan dengan stesen keretapi Taiping. Yang meninggal itu tiada mempunyai waris kerana dia adalah seorang warga orang Asli yang memeluk Islam.
Maka pergilah ayah tiri ku ini bersama rakannya mengendalikan urusan jenazah dari urrusan mandi sehinggalah dimasukkan ke liang lahat. Hanya mereka berdua sahaja. Upah pengendalian yang diberikan tidaklah seberapa kerana yang meninggal itu hanya sebatang kara dan tinggal pula di rumah kebajikan masyarakat. Tapi apa yang penting, fardhu kifayah tuntutan agama tetap dapat disempurnakan.

Pernahkah anda menguruskan jenazah sesiapa?
........................ TERUTAMANYA
AYAHANDA?
dan
BONDA?
atau
orang orang yang sewaktu hayat mereka sangat sangat anda CINTAI?
.
.
.
.
.
fikir fikirkanlah...

p/s kut dapat solat sekali pun kira dah cukup baguih dah tu..

sekian

Monday, March 14, 2011

Senyummmm...jom buat gigi PALSU..nak?

Assalam,

Tuan tuan dan puan puan, adik kakak, abang abang, pakcik makcik, atuk nenek yang dihormati sekelian.
Pada hari ini saya hendak mengajak tuan puan, adik abang, kakak kakak, pakcik makcik, atuk nenek untuk menyingkap rahsia pembuatan GIGI PELESU.
Tahukan anda GIGI PELESU?
Tengok gambar yang di bawah ni.

AMACAM? COMEI tak?
hahaha..
tu kalau kasi atuk nenek yang dah tak do gigi pakai tu..
MAU berseri seri balik wajah..

Sebenarnya hari ini aku telah mengembara sehingga ke suatu tempat rahsia..
TEMPAT kerja seorang kawan.

Apa kerja dia?
Buat gigi gigi PALSU la.


Tengok betapa tekunnya kawan aku menerangkan itu dan ini kepada aku. Aku tak la faham semua dalam masa yang singkat itu tapi terasa sangat bertuah kerana dijemput untuk melihat tempat kerjanya yang begitu EXCLUSIVE ini.
Senyum senyum...ini adalah antara GIGI GIGI yang beratur untuk diproses..

Kawan aku cakap, yang beratur atas rak dia kali ini tak banyak sangat.
Ada masanya punya banyak sehingga jenuh juga nak menyiapkan TEMPAHAN gigi gigi itu.
Dia juga menunjukkan aku set gigi gigi palsu yang telah tersedia diimport ini. Dari COLOMBIA tau!!!
Wuishhhhh...mujur tak didatangkan bersama RATU COLOMBIA..
Kalau tidak..
Set sebelah kanan adalah gigi atas.
Set sebelah kiri adalah gigi bawah.


Ini pula? Ini pula mesin grinding untuk gusi yang dah dikeluarkan dari MOULD.

Ini? Ini adalah tempat pembancuhan 'GUSI' dan juga tempat nak memampatkan gusi dan gigi dalam acuan.

Ini sebuah mesin mesin nak proses MOULD gusi dan juga tempat MEREBUIH MOULD gusi/gigi.

Kawan aku yang aku panggil INTAN ini sedang tunjukkan aku sepasang gigi yang dah siap diproses. Tinggal nak keluarkan dia dari MOULD saja.

Jenuh juga dia BERTUKANG tu..hehehehe


Dia buat ni sorang sorang saja tau. Sebab ni macam ART WORK juga la. Nak kasi cantik gusi dan gigi serta nak sesuaikan dengan PEMAKAINYA nanti.


Gigi yang dah tersusun di atas gusi telah dikeluarkan dari MOULDnya dan dia pun mengetip ngetipkan saki baki MOULD yang terlekat.

JENG JENG JENG....kan dah nak siap dah tu...lepas ni dia kata proses penghalusan saja nak nak kasi hilang "RASA" bahan kimia yang terlekat pada gusi dan gigi itu?

.
.
.
.
AMACAM..DOKTOR DOKTOR gigi OUT THERE!!
.
.
.
Aku tanya kawan aku, doktor gigi tau tak buat gigi palsu ni.
Kawan aku cakap..MESTILAH DEPA KENA TAU dan BELAJAR MASA JADI STUDENT. CUMANYA bila dah jadi doktor gigi, depa tak buat la kerja KASAR yang kawan aku buat ni. Depa cuma ambik UKURAN dan KEDUDUKAN GUSI/GIGI dalam mulut PATIENT sahaja. Lepas tu...Pass kat kawan aku untuk proses seterusnya.
.
.
.
OOOOOOO...gitu ka!!


p/s kawan aku sebenarnya sedang BERCUTI sebab tu dia tak pakai UNIFORM. Saja ja dia nak bawa aku pi tinjau tempat kerja dia.
RASA bertuah weiii...hehehehe
ADA sesiapa lagi nak jemput aku pi tempat kerja depa.
SILAKAN..
Boleh aku menyinggah time cuti ni.


sekian

Saturday, March 12, 2011

Air Setan..

Assalam,

Ini adalah satu cerita di ambil dari majalah SOLUSI.

Ada seorang pemuda yang kuat beribadah. Dia ingin digoda oleh seorang pelacur yang terpikat dengannya. Pada suatu hari perempuan ini telah MEN 'TRICK' lelaki ini untuk datang bertemu dengannya.

Setibanya di rumah perempuan itu, lelaki ini melihat ada 3 perkara di dalamnya.
1) seorang bayi kecil
2) perempuan itu
3) hidangan arak

Kemudian perempuan itu menyuruh lelaki itu membuat salah satu dari perkara ini.

1) Bunuh bayi itu.
2) Berzina dengannya.
3) Minum arak.

Lelaki itu memilih untuk meminum arak kerana pada mendapatnya itulah satu perkara yang hanya melibatkan dirinya kerana dua perkara yang lain melibatkan orang lain.

TETAPI...

.....setelah dia berada dalam keadaan mabuk arak, dia telah berzina dengan pelacur dan dalam kehilangan waras fikiran itu juga dia telah membunuh bayi kecil tersebut.

Demikianlah betapa negatifnya pengaruh ARAK a.k.a AIR SETAN ini.
.
.
.
.
Hmmmmmm...
.
.
.
'SAKE' yang orang Jepun sesuka suki minum tu pun arak juga kan?
Korang rasa selepas KENA BASUH ngan TSUNAMI, diorang nak lepaskan tak 'SAKE' nih?
.
.
.
haih...nauzubillahi min zalik


sekian

Thursday, March 10, 2011

Kasut..

Assalam,

Ada PEPATAH ORANG PUTIH cakap, kalau nak tahu umur pompuan, cuba buka almari kasutnya.
Lagi banyak kasut maka lagi banyak lah umurnya..
Betui ke?
hahaha..

Kasut adalah ASSESORI bagi orang pompuan.
Bukan setakat NECESSITY...

Orang pompuan rata ratanya suka beli kasut...KECUALI mungkin kasut SUKAN!
Kalau orang POMPUAN minat kasut sukan, kebarangkalian besar dia ni jenis yang ala ala TOMBOY sikit.

Aku?
Kalau ikutkan rasa memang syok nak beli kasut.
Dulu pun, kalau keluar pekan atau kota, antara tempat persinggahan adalah kedai kasut.
Tapi bab nak membeli, aku kedekut sikit.
Aku tak akan beli UNLESS kasut aku dah terkoyak GHABAK dan tak boleh dipakai lagi.

Cuma waktu di US dulu, kasut kena ada pelbagai jenis sebab pertukaran musim.
Kena ada kasut boot untuk meranduk snow.
Kena ada kasut SPRING sebab cuaca dah best...takkan nak BERBOOT lagi.
Kena ada selipar ala ala JEPUN dipakai dalam musim panas.
Kena la fashionable sikit..... kan???

Rata rata kasut yang aku beli adalah tidak bertumit....KECUALI kasut yang aku TENGAH PAKAI kat atas tu..
Korang tahu kasut apa tu?
.
.
.
Husband aku namakannya KASUT MEMBAZIR!
Sebab?
Sebabnya aku pakai time nak menikah ngan my hubby.
Lepas tu, aku TERAMAT jarang memakainya sebab TUMITNYA yang agak tinggi.
Aku, kalau berjalan seakan akan berlari lari anak jadi kasut itu teramatlah TIDAK SESUAI dengan aku!!

Jadi sudahnya kasut itu aku buat apa?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
CATWALK dan POSING...
hahahah


sekian

Wednesday, March 09, 2011

Projek 'Buku Hijau' Aulad Perdana

Assalam,

Tahun tahun yang lalu kalau nak tunjukkan pada kanak kanak tadika tentang bagaimana tumbuhan hidup dari biji benih maka projek yang dijalankan di dalam kelas ialah PROJEK POKOK TAUGEH.

Tau projek TAUGEH?
Tak tau???
( kalau buat stail TAS.... dia akan cakap,TAK TAU SUDAHHH!!)

Tapi ini stail cikgu tadika Aulad yang cakap maka kena terangkan la sedikit sebanyak projek TAUGEH itu.

Cikgu akan menyuruh kanak kanak melembabkan beberapa (errr penjodoh bilangan untuk kapas apa??) gumpalan? gombolan? kepul kepul? kapas dengan air.
Letak dalam bekas plastik jernih yang dibawa dari rumah.
Kemudian, cikgu tadika akan menyuruh anak anak muridnya masukkan beberapa biji benih TAUGEH.
Tau biji benih TAUGEH apa?
Tak tau??
( kalau buat stail TAS...dia cakap, TAK TAU SUDAHHH!!)

Tapi ini stail cikgu tadika Aulad, maka dia cakap le...
Biji benih taugeh tu, kacang hijau laaa.

Tau kacang Hijau tu macam mana??
Tak tau??
( kalau buat stail TAS..dia cakap, TAK TAU SUDAHHH!!)

Tapi sebenarnya kalau tanya cikgu tadika Aulad yang sorang ni, macam mana ruper kacang hijo...dia pun nak marah juga....
KACANG IJO PUN TAK TAU!!
Mencekik bubur kacang tahu pulak.
ITU LA PASEI... Rajin bebenor masuk dapur!!


Setelah bertahun buat projek tanaman pokok TAUGEH maka timbul la kejemuan di pihak cikgi cikgi.
Ya la..Murid murid memang la bertukar tiap tahun.
Bagi mereka, ianya sesuatu yang menyeronokkan melihat perkembangan yang berlaku pada biji benih taugeh itu.
TAPI BUAT CIKGUNYA??

Ayoooooo...
nak juga buat projek yang lebih mencabar...kan?
So.... dari itu pada tahun ini, kita kasi kelainan sedikit.
Projek buku Hijau...tanaman sayur sayuran.

Kami diberi pasu petak untuk semaian, tanah baja hitam, beberapa biji benih sayuran.
Kami dapat benih untuk pokok bendi, terung dan tomato.
Benih cili, kami ambik dari cili kering jer.

Kanak kanak di tadika telah menyemaikan biji biji benih sayuran ini.
Hasilnya, pokok pokok sayur kami telah membesar terutamanya pokok bendi dan tomato.
Pokok terung dapat dua tiga pokok sahaja.
Apasal tak nak tumbuh, kami pun tak tahu.


Sekarang tibalah masanya untuk mengubah pokok pokok semaian kami ke polybag dan dibiarkan pokok ini tumbuh secara INDIVIDU pula.
Kita nak tengok pokok siapa yang keluar hasil terlebih dulu.

Pokok cabai ni...CIKGU dah BOOKING, okay!!

sekian

Tuesday, March 08, 2011

Manfaat Day Napping..

Assalam,

Bunyi handphoneku mengalunkan lagu " Everything I do " oleh Bryan Adams.

"Hmmm...siapa le pulok ngaco lelap ku di kala tengahari ini" bisik hati aku.

" Assalamualaikum, buat apa tu? " kedengaran suara mersik dari suami tercinta.

" Tidur...buat apa lagi..Tengok jam..Dua lebih..almaklum.." jawab aku dengan mata yang masih tertutup.

" Seronoknya dia.. dapat tidur petang petang. Abang ni tak der chance langsung.."

Haih...buat gena kan.
Dah rezeki aku mempunyai masa lapang dan dapat berehat rehat di kala orang lain bertungkus lumus dan kelam kelibut di ofis.

Si dia selalu ' jeles jeles manja' dengan masa napping ku itu.
Hahaha..

Okay... hari tu aku ada buat kajian sedikit tru the internet mencari sebab musabab tentang kenapa bagi sesetengah orang mudah mengantuk ( macam aku ni ) around mid day?
Dan aku pun dah ada buat entry tentang itu.

Balik dari sekolah tadi, aku beli majalah 'SOLUSI'.
Wah..dalam majalah ni pun ada cerita pasal Day Napping ni.
Nak share la dengan you all.

Aku ambik second part yang menarik.
Part yang awal ceritanya adalah tentang perubahan hormon dalam badan.
More or less macam yang dah aku ceritakan sebelum ni.

Aku nak terus kepada Manfaat DAY NAPPING.
( ya laaa...tak der le asyik kena perli jer kan?)

BEGINILAH SEPERTI YANG TERTULIS DI DALAM MAJALAH ITU :-

Dalam sesetengah masyarakat, tidur waktu siang dianggap sebagai satu perlakuan orang yang malas dan tabiat yang tidak baik. Di negara negara maju seperti di Amerika Syarikat, masa dinilai sebagai duit. Mereka mengkritik amalan tidur pada waktu siang hari kerana dianggap sebagai tidak mendatangkan keuntungan, tidak produktif, malas dan membuang masa saja.

Namun, sejak kebelakangan ini mereka mula sedar akan kepentingan tidur seketika di waktu siang. Para saintis sehingga kini sedang giat menjalankan pelbagai kajian mengenai kesan Day Napping ke atas badan manusia. ( Yo my man...aku rela jadi bahan kajian..SILA SILA AMBIK AKU!! ). Mereka termasuklah David F. Dinges dan Robert J. Broughton yang telah menghasilkan sebuah buku bertajuk Sleep and Alertness : Chronobiological, Behavioral and Medical Aspect of Napping.

Buku ini menyebut bahawa bagi mereka yang secara rutinnya mengamalkan tidur selama 30 minit pada waktu siang mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat serangan penyakit jantung berbanding orang lain. ( dia cakap berisiko rendah...BUKANNYA tak berisiko langsung...TAPI okay la tu kan?). Bahkan ia juga berkesan untuk tekanan mental kerana tempat kerja merupakan tempat utama kepada masalah tersebut. ( Hello, hello..pakcik makcik, sedari sedara yang sedang bertungkus lumus, kelam kelibut di tempat kerja...sila tidor sepuluh minit!!! Ambik lunch hour you all..jangan bebankan mata anda...okay? Sila dengar nasihat ye.. )

Pakar tidur dari Cornell University, Dr James Maas juga membuat kajian mengenai Day Napping. Beliau menyatakan bahawa tidur pada waktu tengah hari sekadar 15 - 20 minit mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan.

Lebih menarik lagi, satu kajian selama 25 tahun telah dilakukan untuk mengkaji kesan kesan Day Napping ke atas pekerja pekerja di negara negara industri dan pasca industri. Hasil kajian tersebut, 92.5 % para pekerja yang berkesempatan tidur sekejap pada waktu siang mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi ( ehem ehem... kenapa macam terasa pula...) Daya kemampuan untuk menyelesaikan masalah juga meningkat dan hasilnya, produktiviti juga meningkat.

OLEH ITU : KONKLUSINYA...sila benarkan diri anda untuk tidur sekejap di kala ia keletihan...

( Article ini terus bersambung menceritakan tentang sunnah yang diajar oleh Rasulullah tentang tidur sekejap di waktu tengahari yang dipanggil Qailulah.
Nak tahu? Yo...... yooo.. sila beli aje lah majalah 'SOLUSI' ni...Banyak manfaat nya...Daripada majalah MANGGA, POP ARTIS, DIVA etc etc...apo dapek... kan? kan?)


sekian

Monday, March 07, 2011

Permanent Underarm Hair Removal Treatment

Assalam,

Aku terpandang iklan.
Iklan kat blog budak TAS.

RM 39.80 instead of 199 for Permanent Underairm Hair Removal Treatment.
by Body Secrets

Kikikikikiki..
Aku ketawa.
Hai...sapa la tergamak nak mencabut bulu ketiak orang tu?
.
.
Kikikikikiki...
.
.
.
Dan siapakah pula yang sanggup bagi ketiaknya pada seseorang yang tidak dikenali untuk..
.
.
.
bahasa berlapik..
di 'TREAT' kan dan di 'LAWA' kan?

.
.
.
Padan la sekarang ni banyak IKLAN tunjuk ketiak.
Sebab ketiak pun dah lawa!
hahahahahaha
.
.
.
Siapa terpesona tengok ketiak?
Angkat tangan..
.
.
.
oooopppppssssss....

p/s...
apa kategori nak boh entry ni?
SENI?
ya...aku rasa seni..
SENI dan KECANTIKAN

sekian

Tipu tipu..

Assalam,

" Kamu jadi mak kita " kata Ifa pada Jannah.
" Kamu kena jaga baby ni, bagi dia susu. Nanti dia nangis" sambungnya lagi sambil menghulurkan 'baby doll'nya yang dikeluarkan dari beg sekolah.
Ada bermacam macam mainan di dalam begnya itu.
Termasuk pinggan, cawan, pisau, seterika tapi semuanya adalah mainan kanak kanak belaka
.
.
.
.
.
" Kalau kita jadi mak awak, siapa nak jadi ayah? " tanya Jannah.
" Hmm..siapa yang nak jadi ayah, ye? " tanya Ifa pada kawan kawan lain.
.
.
.
.
" Kita tak nak la jadi ayah. Ayah, boy. Kita, girl. Awak lah jadi ayah " kata Dinnie setelah didesak oleh Ifa untuk menjadi ayah.
" Kita jadi kakak baby. Kita tak boleh la jadi ayah. Ala Dinie.... awak jadi ayah 'tipu-tipu' je. Bukan betul betul.." pujuk Ifa.

Anak anak kecil perempuan ini memang suka main 'kahwin kahwin'. Berlakon jadi mak, jadi ayah, jadi kakak dan lain lain. Berlakon jadi doktor, jadi bidan, jadi nurse.

Ada suatu hari tu, aku lihat mereka letakkan sebiji bola dalam baju. Kononnya mak mengandung dan dah nak beranak.
Dan ada yang berlakon jadi doktor serta tolong belahkan perut untuk keluarkan 'baby' dari perut 'mak'.
Bila aku tanya mereka, mereka tahu tak baby keluar dari mana?
Mereka menjawab dari perut.
Perut kena belah, baru baby keluar.

Aku tanya mereka siapa yang beritahu?
Mereka jawab mak atau ayah yang cakap.
.
.
.
.
Dalam hati aku, aku kata " Kebarangkalian besar, mak atau ayah korang tipu!! Takkan semua keluar dari perut. Dan takkan semua perut kena belah"
.
.
.
Tapi budak budak mana tahu mak atau ayahnya menipu.
Mereka masih kanak kanak dan mereka pun mungkin tidak mahu diberitahu 'jalan sebenar' tempat keluar bayi oleh mak dan ayah mereka. Itu sebab mak atau ayah pun menipu mereka.
.
.
.
Baguskan MAK dan AYAH?
.
.
.
Silalah menipu selalu..
hehehehe..
.
.
Bak kata perumpamaan masa kini,

"SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI,
CAKAP BOHONG LAMA LAMA JADI MENTERI!!"

hehehehe..

Korang jadi mak ayah macamana pulak?
Suka tipu tipu tak?


sekian

Thursday, March 03, 2011

Swan..

Assalam,

Masa aku kecik kecik dulu aku teringin sangat tengok 'swan'.
Kalau boleh yang berwarna putih dan dapat terbang.
Kenapa?
Kerana semasa aku kena marah ngan mak aku, aku selalu bawa diri pergi belakang rumah tempat sebatang anak sungai mengalir. Di sana aku selalu tengok itik itik yang aku bela, mandi manda dengan riang. Aku tengok itik itik belaan aku tu gembira tanpa ada rasa sedih sedikit pun.

Dalam masa aku menyendiri itu, aku selalu teringat cerita yang aku baca. ' Anak itik yang hodoh'. Cerita tu berkenaan dengan seekor anak itik yang pada mulanya hodoh dan tidak disukai ramai tetapi ia sebenarnya adalah anak seekor 'swan'- angsa liar. Sewaktu ia kecil, ia sangat berbeza dengan anak anak itik yang lain. Besar, warna kelabu dan tidak kuning, kemudian mengeluarkan bunyi suara yang kasar. Mak itik sendiri tidak mengaku itu anaknya.

Bila mengenangkan diri aku yang selalu dimarahi mak, aku selalu rasa nak jadi anak itik hodoh tu. Biarlah sewaktu kecil dimarahi orang tetapi akhirnya bila dewasa bertukar menjadi 'swan' putih yang cantik. Yang boleh berenang renang di dalam satu tasik yang luas dengan aman damai tanpa sebarang gangguan atau terbang ke langit biru berkawan kawan.
.
.
.
.
.
.
.

Tapi MALANGNYA angan angan aku tak pernah dan tak mungkin menjadi kenyataan...tangan aku tak digantikan dengan kepak...Kaki aku tetap kaki manusia.... Mulut pula tidak bertukar menjadi paruh angsa..Dan aku tidak pun dapat terbang sendiri. Kalau nak terbang pula kena naik kapalterbang...
haihhh....

Hmmm...sampai ke hari ini aku masih tertanya tanya, seronok ke kalau kita jadi 'swan'?

......dan bila dah tua tua begini, korang rasa kalau masa aku tengah sedih sedih agak agaknya la aku nak bertukar jadi apa?
.
.
.
.
.
.
.
.
1) IKAN DUYUNG?...boleh masuk dalam laut berenang renang...tapi hmmmm kang terkejut pulok nelayan tengok MAKCIK yang tak berapa nak seksi jadi DUYONG!!
haihhhhhh....bukan macam MAYA KARAN kan?!

2) Dolphin?...best jadi dolphin ni..boleh lompat lompat dan berenang renang di lautan luas..Dan kalau orang nampak kelibat dolphin dia pun akan tumpang gembira...

3) Dugong?....Ishhhhh.....


sekian

Bujang kelana..

Assalam,

Waktu aku di US dulu, sebelum aku berpindah ke apartment kampus, aku tinggal bersama sama 3 orang rakan perempuan yang sebaya dengan aku di sebuah rumah lebih kurang 4 bloks dari kawasan universiti. Pergi dan balik ke kelas hanya berjalan kaki. Tidaklah jauh tapi tidaklah dekat sangat. Kalau musim sejuk, rasa macam nak beku juga berjalan dari rumah ke kelas dan dari kelas balik ke rumah. Cuma yang paling bagus ialah tidak perlu mengeluarkan barang sesen pun untuk transportation.

3 rakan sebaya aku tu, dua darinya mengambil architecture study dan yang seorang lagi mengambil engineering. University yang aku pergi tu jurusan Architecturenya adalah antara yang paling top di US. Sebut ja graduate dari situ maka orang akan tahu ianya sebuah school yang bagus dalam jurusan senibina. Tapi macam biasa lah..kalau dah school nya berstandard tinggi maka pelajarannya pun mestilah TOUGH.

Seorang dari kawan aku yang ambil jurusan Arch tu memang pandai melukis. Dia ni jenis tekun dan study hard. Suka kerja dan suka dengan apa apa yang berkaitan dengan ARCH. Dalam kerja ARCH ni memang kena banyak konsentrasi. Bila nak konsentrasi pula, kita tidak boleh diganggu maka kawan aku ni pun suka menyendiri. Kami roomates dia yang lain lain ni memang tak berani nak kacau dia especially masa dia tengah buat kerja melukisnya itu.

Pada masa yang lain, dia seperti biasa akan bersembang sembang dengan kami terutama sewaktu makan malam dan pada satu ketika aku bertanyalah kepadanya apa yang dia nak buat selepas graduate nanti.

" Aku nak kerja, cari duit banyak banyak, buat bisnes pastu aku nak travel keliling dunia" itu jawapan dia.

" Eh, ko tak nak kahwin ke Ruzi?" terpacul soalan itu dari mulut aku.

" Hahahahahaha, entah tak terfikir pula aku" jawabnya.

" Kenapa?" tanya aku.

" Why do I have to get married when I can be happy being single ?" jawabnya.

Sampai ke hari ini aku diberitahu, dia masih single.
Dan?
Dan dia mengotakan katanya,

She is travelling all over the world...
.
.
.
.
Duit?
Mestilah banyak...
hehehehehe
.
.
.
Kahwin?
Sila jangan tanya ya!


sekian

Wednesday, March 02, 2011

Keletihan..

Assalam,

Beg sekolah dijadikan teman tidurnya.
Topi terpelanting.
Air liur meleleh.
Mata seperti ayahandanya juga...( hehehe ) tidur pesen nampak mata putih!
.
.
.
Anakku keletihan.
.
.
.
Hari ni assignment yang cikgu dia beri adalah menulis huruf 'j'. sebelum tu kena baca dulu perkataan dari huruf 'j'.
Kerjanya telah disudahkan.
Siap.
Sudah semakin cantik tulisannya.
Kalau huruf 'a' tempohari terkangkang kangkang..tapi kini huruf'j' sudah agak tersusun.
Bukan itu sahaja dia telah menulis perkataan 'jelly', 'jet','jem','jeep' dan 'jump rope' juga.
Aku rasa dia menghafal perkataan itu sampai terlena..
.
.
HAIHHH..
anak jantan ku nan seorang!
.
.
.
Rajin juga engko belajo ye nak..


p/s
maknya macam terharu pulok!!!
hahaahhahaha..
MARAH ANAK YANG LAIN KANG!


sekian

Tuesday, March 01, 2011

Pantun...LAMA!

Assalam,

Ini dari buku lama..

Keratau madang di hulu
berbuah berbunga belum
merantau bujang dahulu
di rumah berguna belum

Ka pekan sekali ini
entah membeli entah tidak
entah membeli limau kapas
berjalan sekali ini
entah kembali entah tidak
entah menghadang lautan lepas

tangsi churup Muaro Aman
Lebong di buka Masakapai
bunda kandong tegohkan iman
melepas anak dagang sansai*


p/s
kepada pembaca sekelian. Ini tugasan anda.
Sila beritahu apakah maksud perkataan 'sansai'.

sekian