Monday, January 31, 2011

Bila anak dah pandai..

Assalam,

Bila anak dah pandai melihat, tunjukkan kepadanya akan kebesaran Allah ( tentang kejadian langit dan bumi, manusia dan kelahirannya, tumbuh tumbuhan dan pembiakannya, binatang binatang dan keajaibannya)



Bila anak dah pandai membaca, isikan mindanya dengan ayat ayat suci Al-Quran serta ceritakan Sunnah sunnah Nabinya serta kebaikan ilmu yang patut dipelajarinya.


Bila anak dah pandai mengira, ajarilah dia dengan nombor nombor talian ALLAH, 24434.
Bilangan nama nama Allah.
Bilangan rukun Iman dan Islam.
Bilangan nama nama Rasul.
Bilangan nama Malaikat.
Bilangan kitab kitab
Bilangan hari.
Bilangan bulan yang diciptakan Allah.
serta bilangan yang mendekatkan dirinya dengan Pencipta.


Bila anak dah pandai mencari makan sendiri, didiklah dan selalu ingatkan dia agar mencari rezeki dan makanan yang halal kerana hasil dan makanan yang haram akan menjejaskan kehidupannya sebagai orang Islam.


Walaupun agak susah pada awalnya tetapi melentur buluh biarlah ketika masih rebung kerana apabila sudah menjadi buluh, memang sukar untuk dibentuk lagi.

sekian

Sunday, January 30, 2011

Senaman tangan

Assalam,

Tangan merupakan salah satu anggota badan.

Tanpa tangan maka betapa susahnya seseorang itu untuk membuat kerja kerja contoh untuk menulis, mengambil barang, mengangkat barang, untuk makan, untuk minum hatta untuk membasuh UH UH sekalipun mestilah anggota tangan lah yang paling berguna.
Kita diajar semenjak dari tadika lagi bahawasanya kalau makan, gunalah tangan kanan dan kalau nak mencebok UH UH gunalah tangan kiri.

Pada tangan, terdapat anggota sendi yang bernama siku dan ianya merupakan anggota persilatan paling OOMPH dan kuat sekali especially di waktu waktu nak menyiku orang yang menyerang hendap kita dari belakang!!

Di tangan juga terdapat jari jari yang halus, runcing dan teramatlah berguna.

Tanpa jari maka kemungkinan besar entry ini tidak dapat ditaip kerana anggota jarilah yang memainkan peranan besar untuk menaip huruf di keyboard laptop ini.
Jari jari ini walaupun tidak runcing, mulus mahupun gebu tetapi amat berguna ketika memegang peralatan dapur untuk memasak makanan kepada keluarga.
Aku pernah melihat mereka yang tidak berjari memegang cawan atau gelas untuk minum. Kelihatannya begitu belas sekali. Begitu juga bagi mereka yang tidak berjari kelihatan begitu susah untuk menyuap nasi.

Jadi bersyukurlah kalian yang mempunyai anggota tangan yang berketiak, berbahu, bersiku dan berjari ini!!

Wahhh...intro nak khabor pergi nengok orang main bowling jerr..tapi siap penerangan tentang anggota badan yang bernama tangan pula.

OH YA...jangan lupa..
TANGAN - juga adalah salah satu anggota wudhu' dan tayammum.
Kalau berwudhu' basuh tangan hingga ke siku..jangan memandai sampai ke ketiak pula!
Begitu juga bertayammum...sapu debu sampai siku.

Sebelum berbowling, pastikan perut berisi dan badan bertenaga.
Sebab takut takut kalau kalau tak larat nak mengangkat tangan pula.
Ingat ye..
Makan kena guna TANGAN KANAN!




Jemput jemput...jangan malu malu..
Selamat datang, welkam!!



Selepas makan, sekiranya anda ingin participate dalam acara ini maka boleh lah jengok jengok kawasan di sini. Tetapi kalau anda seorang REGULAR pastinya anda mempunyai kelengkapan sendiri yang dibawa SIAP DALAM BEG BERODA LAGI!!
macam PRO la..





Bowling memerlukan kasut tersendiri.
PILIH lah yang mana sesuai.
TRY TEST ACU CUBA TENGOK!




Hi cik abang..
Takkan jengok jengok jer..
Kena lah TEST TANGAN SEKALI!



Fulamak!!!
Pantang pelawa...




Baling jangan tak baling..



Shalin Zulkifli mesti TERHARU ni!!




Oooo cik adik weiii haiii...kalau nak main basketball atau netball, cik adik salah tempat..
hihihihi
apa apa pun...

Kengkawan sekelian, perlu diingatkan, kalau dapat STRIKE sekalipun tak perlu le kita berHIGH FIVE dengan kaum yang berlainan jantina.
Jagalah anggota TANGAN kita supaya tidak menyentuh KULIT KULIT yang TIDAK LAYAK disentuh...
Okay...sebagai peringatan buat yang terLALAI ataupun terTAK TERINGAT ataupun ter TIDAK TAHU...

Aku kata 'TERRRR' sebab perkataan 'TERRR' selalunya di associate dengan perbuatan 'TIDAK SENGAJA'.....dan mungkin boleh dimaafkan!
.
.
.
.
Kalau SENGAJA, macam mana?..... Ahakss!

sekian

Friday, January 28, 2011

Bunga bungaan..

Assalam..

Ditiup angin senja..
Satu satu bunga berguguran..

Di dalam keindahan, tiada lagi cahaya
Hilanglah seri penghias taman..

Kelopak bagai sutera
Kini tandus tiada bermaya

Hilanglah keharuman tiada lagi berseri
Bunga layu di pangkuan bumi

Dimana jejari yang sering menanti..
Untuk menyuntingmu ketika kau mekar mewangi..

Dititis embun pagi..
Kau tak mungkin mekar kembali..

Di remang warna senja..
Bila bunga bunga berguguran..

Hilanglah kemegahan cahaya penerang taman..
Setelah bunga jatuh berserakan.


p/s
sayu jer senikata lagu Poziah Mat Daud ni kan..
......lagu penuh EMOSI..
kalau boh youtube nyer lagi EMOSI..
.
.
.
untuk peringatan..
bagi yang terlupa!


sekian

Hepi Birth Gong!!

Salam,

Hari ni hari Jumaat kan?
28hb Januari 2011.

Maka pagi tadi semasa rehat datang la seorang ibu membawa kek birthday anaknya beserta mee goreng untuk dijamukan kepada kami.
Hah!! Hari ni kita orang di tadika ini telah mengadakan sedikit jamuan sambutan hari ulang tahun kelahiran untuk pelajar yang lahir dalam bulan Januari.
Maka bersedap sedapan la kami berjamu kek, mee goreng SPECIAL, agar agar santan dan sedikit kuih. Bulan ni tak ramai yang sambut birthday. Hanya 3 orang sahaja.
.
.
.
Eh..tak der ke yang bawa oren. Ye laaa..dah dekat Gong XI Fa Chai ni..
Kut kut nak boh lilin kat oren..sambut birthday?
Hehehe...
Cuba tengok gambar di atas tu!!
Kalau boh lilin kat oren cam gitu, ada ala ala bom tangan geng berani mati tak?
hahahahaha
.
.
Wahhhh..sebenarnya hari ni pun adalah merupakan birthday seseorang!
Cer teka..
Cuba tengok muko kakpah ari ni?
Pastu cubo tengok muka Atuk Faris pulok...
.
.
.
Ahaks!!
.
.
HEPI BIRTHDAY and GONG XI FA CHAI ATUK!
dah duo cucu hah!!

sekian

Thursday, January 27, 2011

Jalan jalan cari munger..

Salam,

Adalah menjadi satu kerugian TERAMAT BESAR kalau berkunjung ke tanah tinggi Cameron Highland tanpa meninjau ninjau apa yang di OFFER di tanah tinggi ini.

Apa barang kalau sekadar main badminton jer?
Kat stadium seksyen 15 BBBangi pun boleh melepuk lepuk itu bola tangkis kannnnnn??
wahhhh....

Oleh kerana itu kita kena bangkitkan semangat untuk berjalan jalan. Sementelah dah sampai di Cameron ini, maka adalah tidak munasabah untuk tidak pergi menjengok MUNGER MUNGER...tidak pergi mengintai BUAH BUAHAN....tidak pergi menegur SAYUR MAYUR!!

Tempat lain munger ada juga...tapi tak le seLAWA macam kat CAMERON..kan kan kan?
Tempat lain pun ada juga sayur mayur..tapi tak le sebanyak jenis jenisnya macam kat Cameron...betoi dak?
Buah buah pula? Mana tempat lagi kat Mesia ni nak dapat strawberri yang lawa lawa..
Ladang Teh????

Sila tolong carikan aku kebun teh kat KL tu.... kat mana? kasi tau sini jap!
.
.
.
okay okay okay...ada kata kat Kinabalu?
.....helllooooooooooo...
satu kerojer pula nak ke Sabah tu. Tambang mahei juga nak ke sana tu walaupun ngan Air Asia atau Firefly.
.
.
Kalau dah dapat duit minyak, penginapan dan makan minum orang tanggung...ape ke hal nya nak TERPERAP KESEJUKAN dalam bilik kan???
.
.
SILA JALAN JALAN!!

Sebelum ke sana ke mari lebih baik sarapan untuk memanaskan badan.
.
.
.
Jemput berjamu itu nasi lemak berlauk telor mata kerobau ngan ayam salut tepung berempah bersama dengan sambal bilis dan timun...
.
.
BURPPPPPP.....kekenyangan sehingga melupakan diri!

Untuk menghilangkan beberapa kalori yang telah masuk, biarlah kaki kaki digerakkan di taman MARDI ini!
Tempat ni aku suka pergi.
Sebabnya adalah kepelbagaian tanaman yang terdapat di sini.

Masuk : sediakan duit rm3 untuk orang dewasa dan rm1 untuk kanak kanak..
budak 6 tahun ke bawah FOC!

Biarkan bebudak dengan buih buih belonnya...biarkan! biarkan!
.
.
.

Biarkan mak budak budak ngan munger mungernya....biarkan! biarkan!
.
.
.

Biarkan bapak budak budak ngan ikan ikannya...biarkan! biarkan!
.
.
.




Udah la ye....nanti jemu pula!
.
.
Sesambil tu cuba tengok dalam peti ais kut kut ada lebihan cekelat masakan raya tahun sudah.
Apa kata malam ni kita cairkan cekelat tu..
BUAT STRAWBERRY CICAH CEKELAT!!
hohohohoho..
.
.
.
selamat bermalam Jumaat!

sekian

Monday, January 24, 2011

The Return of Back-Ouch-Ton in the Highland..


Hari tu masa Encik Hafiz Hashim bermain secara hampes dan tidak secara berhempas pulas di gelanggang Malaysia Open 2011, aku rasa macam nak suruh orang sebelah aku jer pergi ganti dia..
hahaha

Tetapi malangnya bila aku belek belek balik kayu pemukul bulu tangkis...errr orang panggil rakit?..reket?... raket? nya maka aku dapati sudah tiba masanya lah ianya dipergunakan semula!!

WEHHHH HAI ...terbersin sepoloh kali!!

Korang kena faham...
SiDia telah menjadi pelajar semula pada setahun yang lalu maka secara logiknya segala TENAGA PEMIKIRAN DAN PUSAT TUMPUANnya adalah mentelaah dan mengkaji serta meneliti nota nota pengajiannya. Oleh itu adalah tidak berupaya baginya untuk berfoya foya bersama teman teman seperjuangan di gelanggang seperti tahun tahun sebelumnya!

Tapi Alhamdulillah di hujung minggu yang lalu, siDia bersama segelintir anak beranaknya dan juga sebilangan rakan taulannya telah memecahkan tradisi pengunjung pengunjung yang datang ke tanah tinggi pusat penanaman teh terkemuka ini.

Secara umumnya kita selalu berkunjung ke ladang strawberi, ladang teh, ladang sayur, taman bunga....etc etc etc bila ke sini...tapi kali ini satu kelainan telah dilakukan sebagai pemecah tradisi.

Siapa yang rasa THRILL nak pergi dewan ini untuk MAIN BADMINTON setelah menempuhi jalan yang berbiku biku serta mabok mabok dua tiga round sepanjang perjalanan?
Sila angkat tangan???
hehehehe

.
.
.
.
Gambor bunga yang diselitkan ini ditanam di luor dewan.
Wanita dan bunga secara amnya tidak dapat dipisahkan..
hehehe
Sengaja aku selitkan gambor bunga supaya komer dapat menikmati keindahannya kerana selepas ini VISUAL adalah kurang memuaskan.
Jadi jangan betulkan laptop atau komputer anda!
Masih banyak yang perlu aku belajar bab PHOTOGRAPHY so maapkan aku..



Kegigihan para pemain!!

Kecekalan anak beranak!!

Ketangkasan melakukan WARM UP!



Takkan CHINA nak bolot 4 TITLE!!
Apa barang?????
KAN?



Hello!! Helllooooooo!!
Kepada pasangan beregu kita, sila beri perhatian SERIUS okay?
Majulah sukan untuk negara..

sekian

Cuba teka..

Salam,

Siapakah ini?

Seorang pengilang teh?
Seorang peladang teh?
Seorang pemborong teh?
Seorang pembekal teh?
Seorang pekerja ladang teh?
.
.
.
.
.
syak aku??
.
.
.
.

semua bukan.
Yang pastinya peminum teh!

Saturday, January 22, 2011

Gigil gigil..


Ini laling wa versi ANAK BAPAK!
posing dengan calaran di muka akibat TERTOMOIH..

Salam,

Menaip dalam keadaan mengigil..
Kenapa?
Oh ya..Hujung minggu kena jalan jalan juga.
Tidak boleh terperap di rumah.
Nanti minda tak lapang.
Pandangan mesti diluaskan.
Otak kena cergas..
Ha ha ha..
Tapi wa rasa jari wa macam beku beku laaa..
Maap..
Wa tak boleh tulis banyak banyak.
Dan maap..kalau ada yang suruh wa buat kilija...
Ini hujung minggu wa kena temankan laling wa naik tempat tinggi ini..
Lu olang pun tau kan..
Mana lagi tempat tinggi kat tanah Semenanjung ini yang sejuk sejuk memalam gini!



Ini baru gambar INTRO..
hehehe..
wa bubuh sikit sikit sudah laaa


Wa manyak ngantuk..
.......lepas makan itu steambot..
Errrr...permisi ya!!

sekian

Friday, January 21, 2011

Jangan dong jangan..

Salam,

Ada pepatah yang mengatakan, " Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga"..
Ada pepatah juga mengatakan, " Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.."
Ada jua pepatah, " Jangan main api, kalau kalau terbakar nanti.."
.
.
.
Ada juga pepatah yang baru diciptakan yang lebih kurang jua maksud dan makna yang tersirat,

" Jika takut tergigit cili, jangan coba cobaan nak masuk lebih lebih cili padi dalam masakan"
.
.
.
.
kerana "SIAPA YANG TERKONYAH CILI, KAN MERAUNG JADINYA!!"
.
.
.
kan omak dah bilang...
Jaga jagaan dirimu.
Ya..jangan MAIN CINTAN CINTAN, kalau belum cukup dewasa!!
hehehehe...
.
.
.
adusss mak....sakit nya..aduss mak.... sakitnya!!
Podaih ekao ghaso?

sekian

Anda peminat?

Salam

Relek jer Pokcik pala dogol ni nengok oghe main kan?
Oghe main gapo dio nya?
Main tu la..
pukul pukul bulu aye..

Tapi demo jangan taghuh haghape dok oh..
Jange haghap Awe Kelate ni nok boie yang TERBAEK..
Jange sekali kali..
Kalu buleh dok payoh pukui gambo pon..
Wat abeh pitih!!

Dok payoh susoh payah la Pokcik weii haaaih..
Demo main macam dok make sebule..

Haih susoh payoh la Pokcik ambik gambo dari BEWAK VIEW ni..
.
.
.
tapi Hapiz...... hampehhhh!!!!!!


p/s
bagi yang tak berapa aware, sekarang sedang berlangsung di Stadium Bukit Jalil,
Badminton...Malaysia Open....
tapi kalau tak pi tengok pun, tak der le rugi mana.
Dok kat rumah tengok ASTRO pun boleh.
Rehat rehat..
nak lolap pun sonang!!



sekian

Kisah buta perut lagi..

Salam,

Komer ada baca tak dalam surat khabor kelmarin pasai satu eksiden kat lebuhraya.
Alaaa kisah kereta yang bawa kotak duit syiling tu la..
Habes duit syiling dia berterabur tengah jalan, tepi jalan pastu terpelanting masuk dalam poket orang SECARA TIDAK SENGAJA....
.
.
.
"Yang terpelanting masuk poket secara tidak sengaja" tu ayat EKSAJERIT!!
.
.
Apekejadah punya buta perut, buta hati, buta akal kan?
Udah le si pemandu tadi tu eksiden.
Harta mender dia rosak pastu ada pulak mangkuk mangkuk ayun yang aku kira mesti buta perut habes, pi sapu pula harta yang dia dok bawa tu!
.
.
.
HOOOOOIIII!!
Apekejadah merompak siang siang hari depan owner dia.
WALAUPUN HANYA DUIT SYILING, korang takdak hak ambik, TAU!!
KEBULUG bebenor..ngambik harta orang lain secara terang terangan!!
.
.
Shame on you guys!!
Kalau ada yang balik rumah, bagi kat anak anak buat belanja pergi sekolah, siap lah...
MESTI BELAJOR TAK BERKAT!
Harta yang haram tidak akan membawa keberkatan kepada orang yang memakai dan menggunakannya.
Orang yang bawa duit syiling tu merayu rayu cakap jangan ambil..tapi komer ambil juga!
.
.
.
Kalau ada yang rasa bersalah...sila pulangkan semula.
.
.
Kalau komer beragama ISLAM lagi patut rasa MALU!
MENCEMARKAN NAMA BAIK JER!!
Cisss...

sekian

Wednesday, January 19, 2011

Terkilan..

Salam,

Kelmarin di FB, seorang daripada Pakcikku yang hanya tua setahun dariku telah membuat satu nota. Nota yang mengingatkan kami tentang tarikh keramat 18 hb Januari 2006. Tarikh di mana Nenda sebelah bondaku telah kembali ke Rahmatullah.

Benar, setiap yang hidup pasti akan mati.
Setiap yang bermula pasti akan berakhir.
Dan setiap jiwa yang dicipta ini pasti akan kembali jua kepada Empunyanya.
Tiada siapa yang mempunyai kudrat untuk menahannya.
Begitulah jua perginya seorang Nenda yang tercinta, kembali menghadapi Ilahi pada tarikh itu.

Namun apa yang menyedihkan ialah nendaku ini kembali dalam keadaan menyayat hati.
Dilanggar lari dari belakang sewaktu menunggang basikal oleh sebuah lori pasir 1 tan yang melalui kampung kecil yang agak sunyi itu. Perlanggarannya itu pula di saksikan sendiri oleh salah seorang pakcikku yang ketika itu sedang berdiri tidak jauh dari tempat kejadian.

Biarpun lori 1 tan itu cuba dikejari oleh pakcik aku dengan menaiki morosikalnya namun dia tidak berjaya memberkas orang yang bertanggungjawab melanggar Nendaku.
.
.
.
Aku tahu cerita ini adalah ulangan...aku pernah menceritakan perkara yang sama dalam sebuah entry sebelum ini.
.
.
.
.
Namun rasa terkilan tetap ada.
Kemaafan mungkin agak sukar kerana orang yang melanggar tidak pernah memohon maaf atau juga dihadapkan ke muka pengadilan.
.
.
.
Begitu senang jiwa seseorang diragut tanpa rasa bersalah.
Begitu senang membuat kesalahan tanpa mohon sedikit kemaafan.
.
.
Biarlah Allah sahaja yang memberi balasan kepada kamu.
.
.
.
Dan kamu pastinya TIDAK AKAN SENANG dalam hidup kamu, wahai pembunuh!
Allah MAHA ADIL...dan DIAlah sebaik baik PEMBERI PEMBALASAN!
.
.
sekian

Tuesday, January 18, 2011

Alahai anak Omak..

Salam

Ada seorang budak di Aulad.
Dia seronok datang sekolah.
Kalau sebelum ni bangun selalu lambat.
Bila sekolah sudah bangun enam setengah.
.
.
Hari hari dia rajin gosok gigi.
Sekarang dah tak susah mandi pagi.
Botol susu pun tak nak pakai dah,
Sebab katanya dah sekolah.
.
.
Sampai sekolah rajin sungguh baca kitab,
Buka buku belajar ilmu hisab,
tapi sayangnya, menulis malas sekali,
Time mengaler, sikit sikit suruh ummi.
.
.
dum dum dum.. dia nyanyi di malam hari,
ulang dan ulang dan ulang berkali kali..
kakak kakaknya ketawa berseri seri
mendengar cerita adik gembira sekali
.
.
maknya seorang rasa tak larat,
sebab sound nyanyiannya terlalu kuat,
yaaaa...budak ini memang berbakat,
alahai anak omak seorang yang hebat..( hua huah huah )
.
.
cuma wahai anak dengarlah sini,
pergi sekolah bebaik mengaji,
jaga akhlak biar terpuji,
kalau tak bagus, nanti orang keji.
.
.
wahai anak, jangan buat bising,
Nanti omak terasa runsing,
Kawan tak suka bikin omak pening,
Bila baik, disukai kawan keliling..
.
.
Alahai anak Omak....
.
.
sekian

Monday, January 17, 2011

Pantoon..

Salam,

Bapak budak berlari lari,
Berlari lari mengejar bola,
Woi bapak budak sedor lah diri,
Jangan ingat badan masih gagah la!!


Bapak budak bermain bola,
Bermain bola di tengah hujan,
Badan masih gagah dan muda, ya?
Bila malam awat suruh urut satu badan?


"Ngeh ngeh ngeh"...diketawakan budak budak ja!!
.
.
.
.
"Haihhhh...mak budak budak ni, tak der kasi MOTIBASI langsung!" keluh bapak budak.
.
.
.
sekian.