Tuesday, November 30, 2010

Payung..

Salam,

Adapun mereka gemar berkata kata
mewar warkan tentang tawaran
gambaran hebat tentang payung

Payung tempat berlindung.
Payung tempat berteduh.
Payung tempat melitupi diri dari cacat cela terikan mentari.

Mereka war war kan itu.
Hebat kata kata mereka.
Membujuk rayu dan manis bermadah
seumpama manisan madu.

Bukankah molek ada tempat berlindung nanti
Bukankah cantik dan mulus kulitmu nanti
Tidak terbakar dek sejengkal mentari yang mencanak di kepala

Halus kata kata mereka.
Syahdu bujukan mereka.
Manis mesra rayuan dan tawaran.
Semanis senyuman perawan yang menawan.

hahaha

Hebat benar langkah dan madah
Mengikut Quran dan Sunnah
Katanya...

Apa itu sajakah ajaran yang ditinggalkan?
Apa itu saja perkara yang difikirkan?
Apa itu saja segala suruhan dan tuntutan?

hahaha

Hebat hebat hebat
Sila berikan tepukan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
dan tiba tiba terjelepuk sekaki payung di atas kepala!!!

p/s
sajak khusus untuk Dak AKU..
direka secara caca marba time hujan petang.

sekian

Lantaran itu...

Salam,

Tiba tiba telefonku berbunyi menandakan ada sms masuk.

"Engkau kat mana? Engkau dah dapat berita ke belum?"

" Aku kat Kuantan ni. Berita apa? Mana la aku tahu..."

" Laaa..kawan kita si Polanah dah tak ada. Kena Asthma attack kelmarin"

" Eh..semalam baru aku telefon dia. Okay jer. Ya Allahhhhhh....Kat mana dia sekarang?"

" On the way back to her home town. Kawan kita ramai yang joint"

Aku terus menelefon kawan yang sms aku. Aku tersedu sedu sambil menceritakan bahawasanya baru sahaja semalam aku buat panggilan kepadanya meminta nombor seorang kawan yang tinggal di Kuantan. Baru semalam aku mendengar suaranya.
Aku sangat gementar. Debaran jantungku membuatkan aku kedinginan. Aku terasa sangat bersalah kerana berada di tepian pantai yang indah sambil menikmati hembusan bayu yang dingin dari Laut China Selatan di saat kawan kawan yang lain menangisi pemergiannya.


" Abang, mati itu adakalanya tiba tiba kan?" kataku pada suami tercinta yang berdiri di sisi sambil mataku merenung jauh di ufuk Timur.
Merenung mentari yang kian menampakkan dirinya. Cahaya jingga yang menyerak di kaki langit.

" Kita tidak tahu bila diri kita ini akan dijemput kembali kepadaNya"

" Kita semua PASTI ke sana jua kan bang...?"

" Ya sayang..kita cuma perlu bersedia "

" Andainya saya pergi dulu sebelum abang, apakah abang akan meredhoi saya? "

" Sayang..kita tidak tahu bila masanya. Shhhh..jangan tuturkan lagi kata kata itu "

" Ahhh...tapi mati itu benar, bang. Kita tidak boleh menafikannya. Kita tidak boleh berpura pura dengan keseronokan dunia yang sementara ini. Lihat...lihat...satu demi satu kawan kawan kita dijemputNya. Hari ini kita masih bergurau senda bersama. Esok mungkin kita menangis keseorangan "


" Lihat ombak yang datang dan pergi. Begitu juga diri kita. Ombak ini menyapa pantai dengan mesra kemudian melambai pergi kerana sudah tiba masa untuk kembali "

" Begitu jua dengan mentari, terbit di kala pagi dan akhirnya tersungkur di waktu senja "
.
.
.
.
.
" Sayang, dah call kawan sayang tu? TANYALA KHABAR...Walaupun kisah itu hanya sebuah mimpi ...."
" Belum lagi bang..Nanti laa.."
.
.
.
Hmmmm...

p/s
aku punya la letihhhhhhh sampai mimpi yang bukan bukan...
TAPI ianya menyedarkan aku bahawa hari ESOK mungkin tiada mentari buat KITA.
You will never know!

sekian

Monday, November 29, 2010

Da di du dapat hadiah perrrrriiiii..alhamdulillah!


Senyum senyum...wa mau tangkap gambor!


Salam,

Ada rasa penat penat la sikit hari ni..
Letih oooo...
Amacam anda semua??
MONDAY BLUES?!!
Oh jangaannnnn la gitukkk..
Masih rasa kebosanan melanda diri?
Kerunsingan..
Kok jangan gitu yak..
Mari dong kita suka suki di KL saja.
Endak endak dapat adiah PERIII gituuukk.

Jom yuk kita lihat kaki langit...
sama itu kolam...
rendam rendaman..


Yuk donggg..
jangan jeling jelingggg aja!
heehe..

p/s hadiah FAMILY DAY hari tu. Penginapan 2 hari 1 malam di The Heritage. Dapat exchange ngan kawan. Tak mau OVEN dah!
Okay la gak...

sekian

Friday, November 26, 2010

Kalau boring..

Salam,

Apa nak buat kalau boring?
Tak kisah la kalau disebabkan cuti dan terperap di rumah.
Atau pun boring sebab terpaksa mengadap kerja di ofis. ( bukan aku)
Atau boring sebab periksa dah habis dan tak dapat flight nak balik rumah lagi. ( ni mungkin anak aku )
Atau boring sebab TAK DER PAKWE DAN TAK BOLEH NAK BERGAYUT TELEFON!! ( of cos la bukan aku...aku DAH ADA PAKWE!!! haha )
Atau boring sebab terpaksa mengadap buku dan nampak subjek ADDMATH< KIMIA< BIOLOGI.
.
dan banyak la sebab musabab yang menyebabkan orang terhengguk hengguk keboringan!
.
.
HAi yaaaaa...aparah!
Allah bagi doploh 4 jam.
Isi la masa dengan sebaiknya.
.
.
...err kalau kat rumah, pi la masak ke, membersih dan buat SPRING CLEANING, cat mengecat?? takkan nak tunggu raya kan? menjahit..ha ha ha
kalau yang bujang tu elok la berlatih latih sikit kannnnnn...
Asah bakatttttt...
Jangan ngadap INTERNET JER.
Kalau kat luar rumah tu, tengok longkang.
Kalau ada reban ayam, sila bersihkan.
Kalau ada lembu kambing, sila jadi penternak yang berjaya.
Pengembala yang berwawasan ke haper ke...
.
.
Kalau yang kerja kat OPIS keBORINGan pulak macam mana?
Weiiii...
Ko jangan guna reta mender dan masa kat OPIS TU berchatting!!
hamboihhh...
Ini kemain lagi...
Buat OPIS macam mak bapak kita punya pulak.
Ada komputer, orang suruh buat kerja OPIS, dia ngadap BLOG la..ngadap FB laa..
Berchatting laaa.....
KARAN LETRIK TU ko guna UNTUK PESONAL matter, ada minta IZIN TAK?
AHAKKKKKSSS..
AYOOOOKKKK TAK TAIYOKKKKKK!!!
.
.
Wa tak mau camporrrr!

rasa boring kan entry ni?

Wa tak boring.


p/s wa sebenarnya baru naik dari kolam.....hehehe

sekian

Thursday, November 25, 2010

Biarlah rahsier..

Salam,

Hari ini aku berjalan jalan ke KL.
Melihat lihat manusia mundar mandir macam aku.
Ada yang jalan laju macam mengejar sesuatu.
Ada yang lenggang kangkung tak der arah macam aku.
.
.
.
Err sebenarnya aku ada arah tujuan juga tau.
Aku ke CM.
CM tu apa?
CENTRAL MARKET la ngok!!
haha..
.
.
sesuka hati jer kata orang NGOK!
.
.
Kalau dah terlalu boring melekat kat rumah maka CM adalah tempat peninjauan.
Tengok orang melukis.
Lukis potret. Lukis pemandangan.
Conteng sana. Conteng sini.
Tapi aku dah tak nampak orang menenun.
Aku juga dah tak nampak orang tiup kaca jadi ukiran ukiran menarik.
Aku rasa PASAR SENI...errr dah tak macam PASAR SENI laa.
.
.
Rasanya kalau zaman 80 an dulu, Pasar Seni adalah tempat seniman meluahkan rasa dan jiwa.
Sekarang dah jadi tempat jual lambakan kain baju...err batik..err cenderahati.
ye laaa..memang la barang barang seni.
Tapi JIWA dan RASAnya dah kureng.
Sebab yang menjualnya kebanyakan bukan SENIMAN ASAL.
.
.
Aku duduk duduk melihat lihat di sana.
Memerhati tangan tangan yang melorek dan menggaris.
Menggunakan pensel pensel berbagai tona.
Bila terbentuk wajah wajah dari lorekan itu maka ianya cukup mengkagumkan.
Dan terus...
Perasaan sayu melakari hatiku..
.
.
.
waaaaaaa...
apasai tangan aku PENGKARK sampai tak reti satu habuk nak lukis muka orang?
Aku rasa kalau aku cuba lokeh muka DatO' CT, entah jadi muka JEBON apa..
hahahhahaa
.
.
.
sekian

Wednesday, November 24, 2010

err..NONTON?

Salam,

Nenek seorang cucu waktu mudo mudonya dulu rajin buat kuih.
Kuih muih itu dijual oleh cucunya di sekolah.
Hasil jualan bolehlah neneknya itu buat belanja dapur.
.
.
Nenek dan cucu ini sungguh rapat sekali.
Ada satu kisah yang agak canggih yang sering diulang cerita oleh cucunya.
.
.
Pada waktu cucunya itu sekolah rendah maka satu cerita wayang hebat telah masuk panggung.
Tak silap cucu itu dalam tahun 1977 yakni sewaktu cucu di dalam darjah 4.
Berduyun duyun lah manusia berbagai bentuk dan rupa ke panggung wayang.
Tak kira tua, tak kira muda maka berasak asak lah mereka.
.
.
Maka baliklah segala rakan taulan cucu ini.
Digambar dan digemburkan akan keseronokan jalan cerita wayang tadi oleh mereka semua kepada cucu itu.
Tajuk?
Oh ye..
Tajuk..
Alahai cerita JAWS yang ada bunyi jeng jeng jeng jeng jeng jeng jeng ...setiap kali bila JAWS datang hampir itu.
.
.
Adapun sayugia apabila dilayurkan cerita ceriti oleh rakan taulan, jiran tetangganya itu maka terdetiklah jua keinginan di hati sang cucu untuk menonton cerita ikan bertaring gergaji itu.
.
.
maka siapakah gerangan yang sanggup menemani sang cucu untuk pergi?
.
.
.
.
hehehehe..
.
.
.
.
of coz... NENEKNYA lahhh!

sekian

Tuesday, November 23, 2010

Wat gos araun...

Salam,

Kawan kawan, hari ini saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk " Wat gos araun.."

Begini ceritanya....

Pada suatu waktu, semasa seorang nenek dan cucu serta cucu menantu pompuannya hendak naik kapalterobang tiba tiba mereka mendapati cucu lelakinya itu terpaksa duduk berasingan.
Cucu menantu pompuannya dan nenek itu duduk di bahagian tengah kapal terobang manakala cucu lelaki duduk bersama dua lelaki lain di seat bersebelahan.

Ada 4 seats di tengah tengah itu.

Oleh kerana cucu menantu pompuannya itu sedang mengandung maka dia memilih seat yang hujung sekali bagi memudahkannya keluar masuk ke tandas!! hehe..
Maka nenek itu pun mengambil seat yang kedua.
Tidak berapa kemudian datanglah dua penghuni seats yang ada dua lagi.
Sepasang suami isteri yang agak bergaya sekitar umur awal 50 an.

Si isteri melihat nenek dan cucu menantu pompuannya itu.
Suaminya menyuruh dia duduk di sebelah nenek tadi tetapi dengan memek muko yang agak EKSYEN, si isteri enggan menurut perintah suami.
Maka terpaksalah si suami duduk di sebelah nenek tadi.
ISH ISH ISH..

Apalah salahnya siisteri duduk di sebelah nenek itu.
Bukannya nenek itu ada kuman H1N1 pun.
Tak baik tau..
Cucu menantu nampak reaksi muko si isteri.
Nenek tu memang la tak nampak sebab dia dok suspense nak naik kapalterobang buat pertamakali dalam sejarah hidupnya.

Apa yang dilecehkan sangat duduk di sebelah orang tua berusia70 tahun?
Orang tuo itu dulu pun pernah muda.
Orang tuo itu pun dulu pernah cantik.
Orang tuo itu pun ada kelebihannya.

Mungkin pompuan itu tak tahu bagaimana sedapnya kuih seri muko nenek itu.
Mungkin pompuan itu tak tahu bagaimana enaknya gulai ikan sembilang laut nenek itu.
Silap silap haribulan pompuan itu nak menyiang sembilang laut pun tak tahu.
.
.
Wahai pompuan ingatlah yo..
Suatu hari nanti engkau juga akan tuo.
Apa rasanya pulak kalau orang lain buat macam tu kat ekau.
Baru ko tahu nanti..
Apa orang putih kato...
Hmmm...

wat gos araun kam araun..
wat kam araun gos araun..
macam bunyi cakap SIAM jer.
gitu la lebih kurang..
.
.
.
.
sekian sahaja cerita di musim cuti sekolah ini.

TOKOJUIT DEN..

Salam,

Hari ni den cuba mengisi ruang ruang yang terluang dengan membaca.
Baek la sikit den hari nih kan.
Den pilih web yang lebih ILMIAH.
Pilih Us Zaharuddin.net punya web.
Yo la....dari menganga kat depan TV lebih baik kasi otak den berfikir sikit.
Kalau biar OTAK den tersadai, kang lamo lamo berkarat habeh!
.
.
.
.
Bual bicara di Us Zaharuddin punya net ni banyak juga topik topik menarik.
Antara topik yang membuatkan den berfikir dan berbincang secara email dengan PAKWE den yang kat opis tu. hehehe..
(Wahhh online juga PAKWE aku tuh..!!)

Topik yang den terlintas nak menengok ialah CERAI BERLELUASA.

Uikkss...
yang menariknya statement statement dan kajian kajian dalam topik ini ialah...
DEN QUOTE ja lah ek?

1) Pendedahan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Othman Mustapha berdasarkan kajian yang dibuat pada tahun 2008, tempoh selama sepuluh tahun perkahwinan amat kritikal sekali kerana potensi penceraian adalah besar.

2)
2007, Jakim mendapati 32.2 peratus perkahwinan untuk tempoh lima tahun pertama mengalami perceraian. Bagi tempoh enam hingga sepuluh tahun pula mendapati 27.7 peratus bercerai.

3)
Apabila wanita sudah berkerja dan berpendapatan sendiri, mereka tiada lagi punyai masalah untuk bercerai, hasilnya berdasarkan kajian Datuk Dr. Zaleha Kamaruddin, trend perceraian bagi tempoh 1998-2002 menunjukkan, hampir 70 peratus kes perceraian di Kelantan, Johor dan Terengganu dipohon oleh wanita (isteri).

4)
Apabila wanita kelihatan berjaya menampung keperluan dunia pekerjaan, tentunya kemampuannya mengurus isi rumahtangga menyusut, ketika itulah peranan lelaki diperlukan, tapi sedikit malang apabila lelaki terus terkebelakang.

.....dan banyak lagi la mender mender yang dibincangkan di sana tu.
Korang buka dan baca la kalau nak kasi SINAPS di otak korang pancar pancar sikit!

Aku heran juga. Kenapa rumahtangga pada awal 5 tahun tu agak kritikal?

Patutnya muda muda, wangi wangi serta masih comei comei lote lagi, tak sepatutnya menimbulkan gegaran besor dalam pengkemudian rumahtangga?
Kecantikan pada isteri, kekacakan pada suami sepatutnya DIPERGUNAKAN SEWAJAR dan SEPENUHNYA untuk menarik magnet hubungan suami isteri.
( yo laaahhh aku tau...Kemesraan suami ngan isteri bukan hanya sekitar hubungan seks semata mata!!)

Tapi itu adalah salah satu daya penarik hubungan suami dan isteri.
Kenapa pada rumahtangga yang berusia muda sebegini yang banyak berlaku kes perceraian?
.
.
Hmmm...tu la pasal..KORANG YANG MUDO MUDI kena respek orang orang VETERAN yang dah doploh, tigapoloh, patpoloh tahun melayari rumahtanggo!!
.
.
Korang kena perati sikit cara kemesraan orang tuo tuo yang dapat kekal lama tuh!
Buek malu jo kalau ghopa isteri cantik, lawa, suami lak hensem mensen , duit berketui, kereto menjalar tapi rumahtangga TUNGGANG LANGGANG!
hehehe..kan nak kena SOUND!!
hahaha
.
.
Aku tanyo la PAkwe aku...sembang sembang sikit kat email.

Nak tau rahsie orang tuo tuo dolu dolu?

Ini jawapan yang pakwe den kasi :

" Makin lama … makin mahir nak bagi wangi

…..makin skillful mengurut

…..makin manja

…..dan macam-macam lagi

Tuuuu yang bahagio tu "


P/S

AKU TAU LA HANGPA NAK GELAK KAT AKU!!

hehehehehehe...

....tapi sebonarnya ada banyak ruang/suasana/situasi/keadaan dalam rumahtangga yang perlu diteliti dan sama sama dipikul dan ditangani oleh kedua dua suami dan isteri.

sekian





Friday, November 19, 2010

Singkat

Salam,

Malam selepas letih balik dari rumah mak saudara aku di hari raya Eidul Adha yang pertama.
Mata ngantuk.
Badan of coz la veli tired maaaa..
Semenjak pagi melepak di masjid Taming Jaya, Balakong.
Lepas tu pergi pula masak memasak daging kat sebuah rumah kawan di Bukit Belimbing.
.
.
.
......
dapat message ucapan selamat hari raya Eidul Adha.
.
.
Siapa yang hanto?
Kemer ni tak tahu sebab nombor semua terpadam akibat VIRUS tempohari.
Si pengirim sms idak le pula ngaborkan nama dia.
Maka aku pun kata dan tanya.
"Selamat hari raya juga tapi siapa ni?"
.
.
.
nazrila mck.

Jenoh aku bertanya anak anak.."Siapa kawan dia nama nazrila?"
.
.
Tak der yang mengaku maka aku jawab la kat si pengirim, "TAK KENAL".
.
.
.
Hari ni aku tengok message tu balik.
Kepala otak aku meneka neka..
Hahahahahaha....
.
.
Ni anak murid tuisyen aku... namanya NAZRI.
Lain kali jawab la panjang sikit, Mat weii.

" Saya NAZRI laaaa makcik, yang pernah bertuisyen ngan makcik 18 tahun yang lalu"
.
.
.
idak le engko bertuko jantina!

p/s dan aku tak la terasa begitu VETERAN!! haha

sekian

Thursday, November 18, 2010

Apakah nilai satu pengorbanan pada diri..

Salam,

Dalam setiap kehidupan seseorang di dunia ini, kebarangkalian besar dia akan berhadapan atau melalui sebuah pengorbanan yang dilalui oleh orang lain terhadap dirinya. Sekiranya dia tidak pernah berhadapan dengan sebuah pengorbanan maka kehidupannya pasti kurang menyerlah dan tidak diwarnai.

Adakalanya seseorang itu melihat ibunya berkorban demi kesejahteraannya.
Adamasanya pula dia melihat ayahnya berkorban demi kebahagiaannya.
Di masa yang lainnya pula dia merasai pengorbanan adik, kakak atau abangnya demi kegembiraannya.
Seterusnya pula dia mungkin melihat pasangannya (isteri atau suami) melalui jalan jalan sukar demi membina kebahagian dalam hidup berumahtangga.
Pengorbanan memerlukan keperitan, kepayahan, keterlukaan hati dan perasaan, wang ringgit dan adakalanya juga tenaga dan mungkin juga nyawa.

Betapa kikirnya hati sekiranya tidak tersentuh dengan segala penderitaan dan pengorbanan oleh orang lain demi kesejahteraan dan kebahagian kita itu.
Betapa jeliknya naluri kiranya kita tidak merasai keperitan yang dilalui oleh orang lain.
Alangkah hodohnya jiwa sekira diri kita tidak merasa bersyukur dengan segala kurniaan.

Bayangkan pengorbanan dan penderitaan yang dilalui oleh seorang Nabi bernama Ibrahim a.s.
Dari sewaktu mudanya sehinggalah dia menjadi tua, kehidupannya sentiasa diuji.
Melalui zaman mudanya bersama seorang Raja yang zalim dan kejam bernama Namrud.
Diuji dengan melihat ayahnya sendiri menjadi tukang pembuat Berhala.
Diuji dengan ditangkap dan dicampakkan ke dalam api.
Diuji dengan pelarian yang membawa baginda jauh dari negerinya sendiri.

Setelah berkahwin, diuji pula dengan ketiadaan anak bersama isterinya Sarah sebelum mendapat puteranya, nabi Ishak a.s.
Diuji pula dalam perkahwinannya dengan Siti Hajar di mana Allah mengkehendaki baginda menghantar isteri dan anaknya nabi Ismail yang masih kecil ke sebuah tempat yang tidak berpenghuni dan terasing.
Kemudian hati bapa mana yang tidak terusik apabila diperintah Allah SWT supaya menyembelih anaknya sendiri sedangkan anak itu merupakan anak yang baik dan buah hati pengarang jantung baginda?
Semuanya mengugat jiwa, meragut perasaan, mendebarkan hati, dan menduga keimanan...

Betapa semua ini dugaan dan pengorbanan yang hanya dapat dilalui oleh mereka yang mempunyai keimanan yang mantap.

Siapalah kita kiranya hanya diuji dengan mungkin hanya kehilangan wang ringgit?
Siapalah kita yang hanya diuji dengan sekelumit dugaan?

Itu pun kita telah merungut dan bersongel.
Mungkin kita tidak pernah melalui jalan sukar.
Mungkin kita tidak pernah diuji seperti mana ibu bapa kita ynag melalui jalan susah.
Kesenangan hari ini banyak melalaikan kita.

Kita tidak melalui zaman di mana darah manusia tertumpah akibat peperangan.
Kita tidak melalui jalan sukar tidak berkasut dan berjalan berbatu batu di atas tanah tidak bertar ke sekolah.
Kita tidak melalui jalan perit berperut kosong berhari hari seperti mana orang orang tua kita di zaman Jepun.
Kita bersenang lenang di atas keperitan dan pengorbanan mereka yang telah lama pergi.

Apakah erti pengorbanan buat diri kita?

Apakah pengorbanan yang kita telah lakukan demi Agama kita?

Mungkin segala kesenangan yang ada sedikit sebanyak mengalpakan kita.
MUNGKIN!!
.
.
"Maka ni'mat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan" - surah Arrahman ayat 13.


sekian

Monday, November 15, 2010

Surat yang tidak sempat dibacakan..

Salam,

Kalau hari ni dideclare Hari Wukuf maka telah 5 tahun Hijriyah ayahanda pulang ke Rahmatullah. Hari ni kalau ikut kalendar tahun Masihi pula, adalah birthday my elder sister.

Hmmm..ayah pergi atas sebab musabab komplikasi diabetes.(walaupun sebab asal sebonar ialah dah memang sampai masa) macam Allahyarham cikgu Hashim juga.

Surat di atas sepatutnya dibaca sewaktu dinner ASPUTRA 2009 yang lalu....tapi disebabkan banyak cikgu cikgu berucap maka surat ini tidak sempat dibaca di hadapan ex studentsnya.
Bila dibaca ketika pengirimnya telah tiada lagi, sayu rasa hati.

Kemana lagi kita kan?? Kalau tidak akhirnya ke sana jua.
.
.
.
.
Agak agaknya nak menongkat dunia sampai bila?
hmmmmm

.
.
p/s surat tu kena edit la sikit sebanyak...
.
.
sekian

Sunday, November 14, 2010

Laksa sup

Salam,

Time cuti sekolah bulan enam hari tu pi Perlis.
Dapat la makan laksa sup ni.
Kak Jijah senior sekolah aku belanja.
Sedap laaaa weii..

nak cari mana la kat KL makanan sesedap ini?
.
.
hmmmmm..

sekian

Tepek lagu ni...

Salam,

Aduhai lupo la pulok macamana nak tepek youtube...
Ini adalah satu TRY AND ERROR.

TM, jangan marah..dah tuo tuo ilmu payah lekat kat kepala otak.
.
.
Tapi lagu ni untuk orang orang yang meminati suara M. Nasir jer.
Yang tak suka, nak sekupang..
Pi main jauh jauh...
haha

uikkk...saja aku dah rehat rehat jap.

sekian

Thursday, November 11, 2010

Status..

Salam,

Sewaktu aku di Chicago, di dalam kelas C.E ku terdapat 20 orang pelajar. 4 darinya adalah perempuan termasuk aku. Selebihnya pelajar lelaki.
Dahsyatkan? 1P : 4L..hehehe

Kalau pensyarah kami pecahkan mengikut kumpulan maka akan disuruhnya setiap kumpulan mempunyai 1 ahli perempuan. Jadi kami yang perempuan ni tak dibenarkan membuat kumpulan sendiri.
4 pelajar perempuan itu ialah aku, seorang budak perempuan Iraq, seorang budak perempuan kulit hitam dan seorang budak perempuan Minah Saleh.

Aku baik dengan budak Iraq itu manakala Minah Itam tu aku kureng suka...
Minah Saleh tu aku tak pernah berkawan. Dia pendiam.....dan aku tengok dia hanya nak berkawan dengan yang sama warna kulit dengan dia ja.
Aku bukan tak suka Minah Itam tu sebab dia ITAM..TAKKKK...
Aku kureng suka sebab dia TERAMAT lah malas buat kerja kerjanya. Homeworknya asek copyright aku punyer...
ADA KE PATUT?!!
Nak masuk group DISKUSI kami, PEMALAS nak mampoih!
Hinggakan waktu exam pun dia asek asek tanya aku...
.
.
AIHHHH nak cari NAHAS dapat straight F?
So dengan Mak Itam ni, bila nampak kelibat dia jer, aku menyorok.
Dengan students lain dia tak berani nak minta tiru homework tapi dengan aku kemain lagi buat samseng.

Ada gak geng geng Mat saleh yang dok perhati tabiat dia datang minta tiru homework kat aku so diaorang ni kata la kat aku jangan bagi muka dekat Mak Itam ni sangat.
Suka TAKE ADVANTAGE!
.
.
So satu hari, bila dia datang desak aku minta tiru homework, aku pun katalah kat dia...

" What were you doing at home? We are all having the same 24 hrs, right. Why couldn't you do you homework like the rest of us?"

.......walaupun waktu tu aku ngeletor juga nak cakap..ngeletor sebab menahan marah...tapi tak nak bunyi macam kureng ajor. ( actually si mak Itam itu memang KURENG AJOR)
.
.
.
Sekali budak perempuan tu cakap la..

" Hei...I have a kid at home to look after. I have to go to work and school at the same time. Juggling all the work."
.
.
OOOO... single mother ghopernya Mak Itam ni.
Aku tanya la anak dia umur berapa?
Waktu tu umur Mak Itam ni duapoh satu tahun.
Anaknya dah 5 tahun. So dia beranakkan anaknya semasa dia umur 16 tahun la...
.
.
.
NIKAH dah ka?
Mana ader nyerrrr...
Trend orang Barat.
Beranak dulu, nikah kemedian.
.
.
.
Errr...tapi aku tengok la ni pun trend tu dah menular masuk ke Malaysia.
UPSR result tak keluor lagi, tapi anak dari perut dah keluor?
.
.
Hai...
15-20 tahun lagi korang rasa akan berlaku tak, BIOLOGICAL FATHER kahwin dengan ANAK BENIHNYA sendiri kat MALAYSIA seperti yang berlaku di luar negara?
Apa nak dihairankan kalau ramai yang menabur BENIH BENIHNYA di merata rata tempat.
.
.
STATUS anak benih yang dilahirkan pula bagaimana?
.
.
.
Pembiakan STATUS apakah ini?


p/s....ngelewor jauh betui aku punya karangan....dari Chicago...terbang sampai Malaysia!!
hahaha...
aku gerammmmm sebenornya nih.
Dengor kabor ada budak umur 12 tahun BERANAK!
BUDAK KAT TENGGANU!! HAIIIIIHHH

sekian

Wednesday, November 10, 2010

Dalam hujan, ribut dan banjir...

Salam,

Biarpun hujan turun mencurah ke bumi..
Biarpun ribut melanda..
Biarpun banjir diharungi..
Namun....
KENDURI TETAP KENDURI..
wahhhhh
.
.
Korang dah terima berapa kad jemputan?
Mentang mentang cuti sekolah dah semakin hampirkan?
.
.
Aku dah terima sekurang kurangnya 4 kad jemputan kahwin.
Anak kawan dan anak jiran.
.
.
Hehehehe..
12/12/2010 ni kenduri anak sulung salah seorang tenaga pengajar di AULAD PERDANA.
Sebulan lagi tu..
Boleh jamin berdebar debar makcik tu nak terimo menantu eiie..
.
.
.
.
ada sesapo nak terimo menantu sulung laeiii?
sajo menanyo..
hehehe
.
.
sekian

Tuesday, November 09, 2010

Tap tap tap..

Salam,

Tap tap tap hujan dah turun,
Tap tap tap di atas bumbung,
Tap tap tap wahai adikku,
Tap tap tap angkat kain dan baju..
.
.
.
Perut lapar aa time time hujan cam gini.
Ngantuk dah tentu la..
Hmmm..
.
.
Cekodok pun sodap nih!

sekian

Monday, November 08, 2010

Tok dan Mak...

Salam,

Hari Sabtu kelmarin balik Ipoh.
Sebelum tiba di Ipoh singgah kat Sg Klah.
Berendam dalam air panas HOTSPRING kejap.
hehehe..
.....sempat jugak tu.
.
.
Tiba di Ipoh around jam 4 petang.
Tok ngan Mak tengah baring baring.
Stail orang veteran yang dah tak der pasangan hidup...
...nak buat apa lagi time petang petang kan?
.
.
Kat depan rumah ada kereta.
Kereta Paksu Ajib, adik lelaki suamiku yang berumur 25 tahun itu..
Pintu rumah tak kunci pun.
Pak Su nya tak nampak bayang pun
Mesti keluar jenjalan ngan kenkawan.
ORANG BUJANG!!
Gitu ler..

" Assalamualaikum..." laung cucu cum cicit yang hanya 3 orang itu. ( tapi bukan cucu cum cicit yang dalam gambar di atas)

" Waalaikumussalam..." sahut ibunda yang keluar dari bilik sambil membetulkan kain dan rambut yang kusut.

" Aman ngan Hidayah ka?" tegur satu suara yang cukup familiar. Suara Tok dari kamar usang yang redup dan kurang kemasukan cahaya.

"Hmm..ya kami ni ngan 3 anak sahaja"

" Tok dok tunggu la...mana Aman ngan Hidayah tak balik balik"

.....aku dah agak lama dah dalam hati. Tapi setiap minggu ada ada saja program yang MENYIBUKKAN kami berdua.

" Nanti Tok nak ikut ke Bangi. Boleh suruh orang mengurut. Kut kut boleh berjalan semula"

Harapannya terlalu besar.
Cuma kuasa Allah sahaja yang boleh menyembuhkannya.
Di kala umurnya yang telah melebihi delapan puluhan itu dan keupayaan tenaga serta otot badan yang mula mengendur dan mengecut, agak sukar untuk mana mana tabib mengubatinya.

Aku melihat otot betis dan pehanya yang sudah berkurang. Hanya bonjolan tulang lututnya sahaja yang kelihatan. Begitulah keadaannya tubuh badan kita apabila sudah berumur dan tidak digunakan. Otot otot ( muscle ) akan mula terhakis. Yang tinggal hanya kulit yang membaluti tulang belulang.

.
.
.
AHAD - 8 pagi.

" Tok nak ikut kami pi Bangi. Mak bagi ke?" tanyaku kepada ibu mertuaku setibanya di kawasan pasar tani.

" Tak payah la kut...Bukan buleh nak ubat lagi dah..." ujar ibu mertuaku.
" Lagipun mak sunyi dok sorang sorang..."

Aku diam...pandang suami yang juga hanya mendiamkan diri.

AHAD - 10 pagi

Tok dah ready dengan meyumbatkan segala baju bajunya ( walaupun banyak yang dia tak pakai dah pun) ke dalam begnya.

" Mak bagi Tok ikut ke?" tanya aku pada suami.

" Mak bagi..."

"Errr..mak ikut juga?"

" Mak.....tahu tahu ajer la"
.
.
.
.
Sekarang Tok ada di rumah kami.
Mak?
Mak seperti selalu.
Di Ipoh.
Keseorangan dan kesunyian.


sekian

Thursday, November 04, 2010

Perginya seorang guru yang dedikasi..

Salam,

Tengahari tadi seorang kawan menghantar message.

" Hida, cikgu mat Hashim @ cannon dah tak dak sat sat nih"

Cikgu Mat Hashim atau lebih dikenali di kalangan pelajar sekolah aku dengan nama gelaran "Cannon" telah kembali ke Rahmatullah tengahari tadi. Dia menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital USM, Kubang Krian, Kelantan.

Guru yang pernah mengajar di Sekolah Menengah Sains Perlis suatu ketika dulu adalah seorang guru yang penuh dedikasi.
Dia agak terkenal kerana mempunyai suara yang garau dan kuat sehingga digelar CANNON. Dia juga seorang jurulatih pasukan bola tampar dan pasukan tenis sekolah kami.

Matapelajaran yang diajarnya ialah GEOGRAPHY.

Walaupun dia hanya mengajar kelas aku selama 2 bulan sewaktu di tingkatan 2 namun kesan pengajaran sungguh terasa.
Aku tak berani untuk mengantukkan diri..hehehe..

Dengan suara nya yang seperti halilintar menyebut perkataan "OSSSSTRRAAAAALIAAA..OSSSSSTRAAALIAAA.. "mana mungkin aku dapat tersengguk dan terlena!

Sebenarnya dia telah kehilangan sebelah kakinya akibat diabetes beberapa tahun yang lalu. Apabila sahaja kami mendapat tahu isterinya kembali ke Rahmatullah secara tiba tiba lantas kawan kawan yang rapat dengan cikgu ini berusha untuk menziarahinya pada awal tahun ini. Ada 5 orang kawan kawan dari batch aku yang telah berjaya menziarahinya. Mereka berpakat untuk mencarinya di Kelantan sana. Alhamdulillah..

Cikgu Mat Hashim dijaga dengan baik oleh anak perempuannya setelah dia kematian isterinya. Dalam usaha ASPUTRA ( persatuan Alumni sekolahku) melancarkan tabung membantunya dari segi perubatan dan kewangan tiba tiba dia telah dijemput Allah terlebih dahulu.

Allah lebih sayangkannya..semoga dia dirahmati di alam sana.
Amiin..

sekian

Wednesday, November 03, 2010

Raya Haji..

Salam,

Sepatutnya Raya Haji kita kena meriah kan?
Patutnya cuti 3 hari berturut turut..sebab TAKBIR RAYA pun 3 hari 3 malam.
Nak buat upacara korban pun senang.
.
.
.
Tapi kebanyakan tempat kerja dapat sehari jer?
.
.
.
AKU?
Aku tak kisah laa..
Sebab aku memang tak balik kampung.
Raya Haji sentiasa disambut di tempat yang aku menetap.
Seingat ingat aku, sewaktu di sekolah menengah dulu pun, aku memang dah tak balik kampung kalau time raya Haji.
Tambahan pula, aku ada seorang makcik yang menetap di Perlis jadi kalau kena kosongkan asrama maka aku akan balik ke rumahnya sahaja. Kalau tidak pun, aku pergi rumah kawan kawan di Perlis.
Masa time hari raya, kami pakat pakat round rumah kawan kawan dan cikgu cikgu di Perlis sana tu.

Bila dah kahwin dan menetap di KL, cuti raya Haji terlampau singkat. Sehari dua sahaja. Tak berbaloi nak balik especially masa awal tahun 90'an dulu. Hiway PLUS masih tiada lagi. Nak mengharungi jammed di Lebuhraya Persekutuan sangatlah meletihkan. Kalau tiba di pekan Bidor, Tapah dan sebagainya jammed bagai nak RAK. Kereta pula MANUAL. Hmmm..amatlah menyiksakan.

Sambutan di KL agak meriah kerana di kebanyakan surau atau masjid akan adakan majlis korban. Semenjak di Wangsa Maju lagi, aku suka gotong royong di surau.
Bila tinggal di Bangi, aku juga suka menghadirkan diri acara gotong royong dan masak memasak ini. Waktu inilah kita akan dapat ramai kenalan dan dapat beramah mesra dengan jiran jiran.

Tahun ini pula bagaimana?

Aku tak tahu la..
Mungkin masih ada majlis korban. Tapi gotong royong masak memasak pula?
Hmmmm..surau di tempat aku ni tengah buat RENOVATION. Nak buat tembok/benteng antara longkang besar dan kawasan surau.
Ramadhan hari tu hujan lebat. Longkang besar sebelah surau rebak dan membahayakan keadaan di tepi surau. Surau kami pula ada kelas untuk pelajar Tahfiz Ummah. Tentulah ibubapa turut bimbang keselamatan anak anak mereka yang ke kelas itu.

So...tahun ni kalau ada gotong royong masak masak MUNGKIN aku pergi la.
Kalau tidak, lepas solat raya ( kalau boleh solat la) aku lepak lepak kat rumah macam biasa.
.
.
.
Cuti pun sehari jerr..


sekian

Banjir di UTARA Semenanjung..

Salam,

Kak Jijah, senior sekolah aku dok hingark dalam FB.

" BENDANG DAH PENUH AYARK. Takkan nak banjir lagi wehh"

Depa habark hujan turun tak berhenti henti semenjak hari Jumaat.
Kut seriyat pun cuma seketika.
Lepas tu hujan balik.
Mencurah curah.
Pastu hari Isnin kelmarin hmmm...apa lagi.
Pakat kena pindah.

Itu cerita kawan kawan yang dok di UTARA tanahayark.

Dengark cerita pekan Changloon pun ayark naik sampai ke lebuhraya.
Aku wonder adik pupu aku yang dok kat pekan Changloon lagu mana keadaan dia.
Tak dak nombog telipon pula nak tanya.

Mak sedagha aku yang empunya rumah tak dok kat situ.
Anak dia yang dok.
Mak sedagha aku dok kat Kelantan.
Kalau adik pupu aku kena banjir, sian laa kat dia.
Hopefully dia okay..

dan hopefully kawan kawan aku yang dok segala makneka cherok kat Peghelih dan Kedah sinun tu semua okay la juga..
TAKE CARE YOU ALL!!

p/s gambar kottersi dari KAK NAB punya FB..Kak nab, sedut 3 keping gambark!! hehe


sekian

Monday, November 01, 2010

Lain kali kena BREAKFAST dulu..

Salam,

Badan aku rasa macam nak demam.
Tak tahu la disebabkan semalam dan kelmarin punya program kah atau memang urat sarap aku ni dah takleh buat kerja giler giler macam masa umur 20an atau 30an.
hahaha..

Err..sebelum tu mana kopi Zulaikha aku?
Kasi minum dulu.

Pagi tadi aku rasa macam tak nak pergi sekolah.
Badan macam lemah longlai.
Tapi aku capai juga tuala.
Kasi mandi sabun wangi wangi..
Bagi fresh.

MUJUR hari ni budak M tak datang..
Tak der le pening kepala aku sangat.

Kak Ti pun mengadu sakit kepala..
HANGEN satu badan.
Apa ke tidaknya..perut tak diisi sampai pukul 12pm semalam.
Macam aku juga.
Tak breakfast..
Aku tidur pun tak berapa nyenyak.
Memikiorkan geng pelajar kami tu.
macam macam la takutnya..
WALHAL TEDIKA JER KAN?
Cikgi cikgi yang lain pun sama.

Kak Ti dah terjaga jam 5 pagi lagi.
Wani ngan Yati pun sama.
Aku jaga jam 4 am. Pastu tidur semula.
Pastu terjaga balik jam 6.15 sebab suami aku call.
APASAL LAAAA setiap kali program kami semua jadi NEVES cam gini?
Aku, kak Ti, Wani, Yati...dan aku rasa cikgi cikgi di tadika cawangan lain pun sama.
MACAM KAMI JUGAK..hahaha..
Aku rasa laaa.


Program Aulad habis lebih kurang 11.30 am.
Pastu aku kena sambung dengan program tadika PASTI sampai jam 2.00pm.
Hanya sekotak air LAICI SAHAJA yang masuk perut.
By 3 o'clock, aku dah selesai zohor..rasa macam TERKETAR KETAR.
Tadika PASTI kasi nasi beriani ayam.
Aku makan pun rasa macam nak terkeluar balik sebab perut dah masuk HANGEN.
Aku order PIZZA. Bila pizza sampai, aku makan bagai nak rak..
HAH..mujur tak muntah.

letih wehhh..

MORAL of the STORY...
apa apa program, sukan ke, majlis konvo ke, kasihan sama PERUT dulu.
Kasi jaga baik baik.
MAKAN DULU SEBELUM NAK PERGI, kalau tidak...jadilah macam aku ni.
Pening meong meong meong..dan terketar ketar...
Pulak tu silap silap DEMAM.

sekian

Program Hari Ahad pula..

Salam,

Pada hari Ahad yang lalu, sewaktu sebahagian anak anakku serta suamiku masih berendam rendaman di sebuah tempat yang terdapat air panas di negeri Perak, aku pula pagi pagi lagi dah ada program bersama anak anak orang lain.
ngeh ngeh ngeh..

Alahai...kenapalah Dewan Anwar Mahmud, UKM bagi papan backdrop LOBANG LOBANG.
Sian kat geng dekor bersama ERIC tau. Mana sempat nak balut.. Tengok dah kureng lewe seket backdrop kami tu. LOBANG sana sini sinun..
Tengok anak anak murid yang berbagai rupa pula. Serius? Selamba? TERLEBIH AKSI?

Korang nak buat persembahan poems kah atau BER OTROMEN kah?
Haiiiiihhhhhhhhhhhhh....
Sampai ke DEWAN ANWAR MAHMUD otromen korang, ek?

Apasal cikgu tu nampak pucat semacam jer.
Sepatutnya tiupkan lah semangat kepada penyampai cerita itu?
Errrrrr APA?!!
Penyampai cerita itu datang LEWAT?
Patutlah cikgu nyer dah pucat pucat...
hahahahahah
Sekarang tibalah giliran penyampai cerita pula yang MEMUCATKAN diri!!
AHAKS!!

HAIIIIIIHHHH...itulah sebahagian cerita di sebalik tabir pada Hari Graduasi di tadika kami!!


sekian

Suka suki Family Day 2010

Salam,

Pada hari Sabtu yang lepas, saya pergi jalan jalan.
Saya jalan jalan bersama keluarga.
Saya bawa kereta.
Dia pun bawa kereta.
Kami bawa dua dua kereta kami.
Ke mana kami pergi dengan keluarga kami?
Cuba teka..
Kami di sini.
Tempat yang ada kolam air panas ini.
Kolam air sejuk pun ada juga.

Ramai ramai kami berkumpul.
Ada orang tarik tali.

Ada anak mekap mekap ayah mereka.


Ada isteri sengih simpul ngan suaminya. hi hi hi..



Ada anak anak loncat tak HINGAT DONIA.



Kami suka suki di sini..


Nanti kami nak datang lagi...
YIPEEEEE...
Walaupun malam itu saya shootttt balik drive sendiri ke Bangi.
Sebab hari AHAD saya ada program sendiri!!
sekian